Saturday, September 19, 2009

Nak tanya SOALAN DI PARLIMEN?

Salam,

Sesi persidangan Parlimen akan bermula semula pada 19hb Oktober 2009.

Saya ingin menjemput para pembaca untuk memberi cadangan soalan yang saya boleh kemukakan dalam Dewan.

Soalan anda boleh berkisar pada semua subjek yang berhubung kait dengan negara, negeri Sabah atau Kota Belud.

Cuma yang perlu saya nyatakan disini ialah, soalan mestilah tidak lebih 40 perkataan, ditujukan kepada mana mana Kementerian Kerajaan Persekutuan dan tidak terlalu remeh.

Pada sesiapa yang mempunyai cadangan, permasalahan dengan jabatan kerajaan persekutuan, soalan atau permerhatian, silalah email kepada saya di mpkotabelud@yahoo.com


Tarikh tutup ialah 27hb September 2009.

Saya mengalu-alukan pandangan anda.

Terima kasih,

DARD

2 comments:

  1. Salam..

    Di bawah ada beberapa soalan daripada saya..

    1. Bagaimana dengan masa depan generasi muda 50 tahun akan datang?

    2. Muhyiddin kata nak buat transformasi parti, bila nak buat penjenamaan semula dan meremajakan parti?

    3. Cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Hadi bagaimana?


    Tkasih..


















    Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  2. Saya memohon jasa baik dato' untuk memberi beberapa soalan kepada kementerian pelajaran dan kewangan. soalannya:

    1. Apakah nasib pekerja kontrak dibawah pakej ransangan ekonomi kedua (PRE-2) yang dilantik oleh kerajaan dan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia?

    2. PM ada membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan negara kearah positif iaitu semakin pulih. Minta buktikan dengan cara lebih praktikal contohnya peluang pekerha kontrak PRE-2. Untuk makluman pada Jun tahun ini JPNS dibawah KPM ada melantik lebih 200 pekerja kontrak menjadi Guru siswazah, pegawai tadbir, penolong pegawai tdbir dan pembantu tadbir. apa nasib mereka ini selepas disember ini kerana saya dimaklumkan kontrak mereka hanya 7 bulan sahaja bermula jun hingga december tahun ini. segala jasa baik dato' saya dahulukan dengan jutaan terima kasih

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: