Friday, September 18, 2009

MAKLUMAT RINGKAS TANAMAN PADI DAERAH KOTA BELUD



Keluasan diusahakan 8,503 hektar

Keluasan kawasan, kekerapan menanam dan purata hasil mengikut kategori :-

K1 : 3,929.20 ha ( 2 x penanaman / thn ), purata hasil : 4.6 mt / ha

K2 : 2,135.65 ha ( 1 x penanaman / thn ) , purata hasil : 3.5 mt / ha

K3 : 2,437.87 ha ( 1 x penanaman / thn ) , purata hasil : 1.5 mt / ha

( K1 – pengairan dan saliran yang baik, K2 - pengairan dan saliran yang kurang baik, K3 – tadahan hujan )



Bilangan petani

6,930 orang ( berdaftar di Jabatan Pertanian )




Anggaran sumbangan pengeluaran beras

28,367 MT ( 25% daripada pengeluaran beras negeri )




Jentera

120 buah traktor pembajak.

Hanya lebih kurang 60 buah beroperasi.

Masalah operator – pendapatan rendah (Rm200 / bulan).

Operator dibayar Rm20-Rm24 / ekar.

Kos pembaikan tinggi (harga alat ganti tinggi).

Masalah sawah berlumpur – saliran tidak mencukupi / tidak baik.

25 buah jentera penuai.

Program Jabatan Pertanian (Mekanisasi ladang )

40 buah TDR (25 pinjaman Jabatan)

4 buah mesin penuai mini (Pinjaman Khas Jabatan)




Kilang padi

13 buah utama (berdaftar dengan BERNAS) (10 buah aktif).

22 buah kecil – sederhana.




Sistem Pengairan

13 buah skim.

a. Tempasuk Utara (26,880 m)

b. Kesapang (25,447 m)

c. Jawi-Jawi (6,760 m)

d. Luwadi (2,000 m)

e. Kawang-Kawang (5,200 m)

f. Tamu Darat (10,800 m) – dalam proses menaiktaraf

g. Bugaron (2,350 m)

h. Tempasuk Selatan (23,490 m)

i. Tamau (2,480 m)

j. Lebak Moyoh (3,620 m)

k. Piasau (8,000 m)

l. Tambulion Laut (4,150 m)

m. Tambulion Ulu (1,700 m)




Kawasan tanah sawah terbiar

4,313 ekar ( 1,746 ha)




Penjadualan tanaman

Ahli jawatankuasa penanaman padi telah merangka satu jadual penanaman padi daerah yang digunapakai bermula pada tahun 2008. Susunan jadual penanaman padi ini ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan.


Tujuan : -

i. Mengujudkan masa penanaman padi yang sistematik dan teratur.

ii. Membolehkan JPS membuat perancangan pengagihan / pembekalan.

iii. Membolehkan JPS melaksanakan pembaikan dan penyelenggaran tali air semasa rehat (diantara musim).

iv. Mengurangkan insiden penyakit dan perosak tanaman padi.

v. Menyenangkan kontraktor pembajak melaksanakan kerja-kerja pembajakan dan penuaian hasil.

vi. Memudahkan kakitangan Jabatan Pertanian dan PPK membuat pemeriksaan kawasan dalam proses pembayaran subsidi pembajakan dan insentif pembajakan.

vii. Menyenangkan pengagihan subsidi baja oleh PPK.

viii. Membolehkan pembayaran subsidi jualan hasil yang teratur dan lancar oleh BERNAS.

ix. Memelihara keadaan tanah sawah yang baik.





Usaha untuk meningkatkan hasil padi

i. Melalui projek peningkatan hasil ke arah 10 mt / ha (kendalian Jabatan).


Tahun 2006-2007

Tahun 2006 : 100 ha

Tahun 2007 : 200 ha

Tahun 2008 : 150 ha


ii. Melalui latihan dan kursus berkaitan tanaman padi :

a. Kursus sehari peningkatan hasil tanaman padi.

Tahun 2006 : 2 buah, 550 orang petani.

Tahun 2007 : 2 buah, 450 orang petani.

Tahun 2008 : 2 buah, 600 0rang petani (sasaran),

13 Mei 2008 dan Ogos 2008.

b. Dailog / taklimat an 2L : dari masa ke semasa.


iii. Melalui pembukaan semula tanah-tanah sawah padi terbiar :

Tahun 2006 : 20 ha.

Tahun 2007 : 30 ha.

Tahun 2008 : 80 ha.


iv. Plot Demonstrasi :

Kg. Kulambai (2006), 1 ha

Kg. Piasau (2008),1 ha.


v. Demonstrasi penanaman padi berjentera :

Kg. Piasau 1 ha.

Kg. Labuan 1 ha.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: