Wednesday, September 02, 2009

Maaf dari Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen

Datu P dan Abu dan sahabat sahabat yang lain, Terima kasih atas komen / sms anda semua. Saya telah menyiasat perkara berhubung kait dengan pegawai saya baru baru ini dan telah meminta supaya perkara ini tidak diulangi. Beliau telah menerangkan senario kekeliruan yang sebenarnya, tetapi apa pun sebabnya, perkara ini tidak sepatutunya berlaku. Bagi pihak pejabat perhubungan Ahli Parlimen, saya mohon maaf dan berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Salam, DARD

3 comments:

  1. Tahniah DARD,

    Perkara seumpama ini kalau boleh jangan berulang. Saya terpanggil utarakan ini kerana yang menyaksikan gelagat pegawai DARD tu. Saya cukup malu sikap kebiadapannya di depan seorang wanita. Bila saya tanya apa masalahnya konon kerana Parking kereta. Masalah Parking kereta telah melanda KB begitu lama sekali, sekarang DARD ahli Parlimen tlong cari penyelesainnya.
    Syaugia diingatkan Aslie kena ubah sikap jika DARD mahu dihormati oleh masy KB.

    ReplyDelete
  2. Salam DARD,

    Hai nah panas sudah isu Si Aslie kau tu. Yang pastinya saya yang menonton video klip yang sempat dirakam oleh kawan saya. Perlaku pegawai itu macam orang gila. Membaling kursi dan teriak-teriak macam orang kerasukan syaitan. Awasi dia DARD, jangan sampai kau yang jadi mangsa, kalau boleh ambil tindakan tegas, biasanya kapal yang sedang belayar mengharungi lautan perlu mengorbankan muatannya untuk menyelamatkan kapal itu dari tenggelam terus. TQ

    ReplyDelete
  3. Salam DARD..

    Tahniah! atas permohonan maaf Dato' bagi pihak sdra Aslie. Kebijaksanaan dato' meredakan keadaan. Walau pun kemarahan sdra Aslie bersifat peribadi( bukan soal urusan Parlimen )namun selaku kakitangan di bawah dato'..dato tidak kekok memohon maaf..
    Namun..mungkin tidak wajar juga jika sekiranya dato mengambil tindakan drastik terhadap sdra Aslie semata-mata desakan orang yang tidak berpuas hati terhadap beliau..

    Terimakasih...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: