Wednesday, September 16, 2009

LIM AKUI NAJIB 'BUKAN MUDAH' UNTUK DIKETEPIKAN SEBAGAI PM

KUALA LUMPUR, 15 sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.


Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan hari ini, Lim, yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia
tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah. Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah."


Laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata komen
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar telah mencadangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan ''melompat parti'' di kalangan ahli Parlimen.


Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya
perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Laporan itu menyebut Najib, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula. Bagi menekankan keseriusan, laporan itu menyebut Najib baru-baru ini
mengumumkan inkuiri terhadap skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan
pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata Najib telah mendapatkan semula ''pegangan'' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan
positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.


Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak
ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan
hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.


Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa
Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia.


Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari
Universiti Nottingham, CLSA berkata Najib pantas melaksanakan pelbagai
pembaharuan fiskal dan struktur negara.
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. jika pihak tuan menemui masalah rungutan penduduk berhubungan bau busuk dari tapak pembuangan sampah, ladang ayam/babi, sungai kotor dan berbau, sila hubungi saya di 0125318326.
    BIOTECHNOLOGY SOLVE MANY THINGS

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: