Sunday, September 06, 2009

Kekalkan Semangat Perpaduan Dan Sayang Menyayangi

Baru-baru ini pada 4 September 2009 saya telah dijemput untuk merasmikan penutupan Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 3 Siri 6/2009 di Kem Sinar Jaya di Kota Belud.

Seramai 213 remaja dari pelbagai lapisan suku kaum dan kepercayaan agama dari seluruh negara telah menamatkan Program Latihan Khidmat Negara di kem itu.

Sehari sebelum saya ke Kem itu, pihak Pengurusan PLKN Kem Sinar Jaya telah memberikan saya sepasang baju pelatih PLKN lengkap dengan kasut ala tentera. Pada pagi sebelum saya ke kem itu saya menyarungkan pakaian khas pelatih dan berdiri berjam-jam dihadapan cermin memperkemaskan serta memperbetulkan baju yang saya pakai.

Ketika melihat diri dihadapan cermin besar di rumah, saya terkhayal sebentar melihat diri sendiri yang berpakaian seragam PLKN, sungguh segak dan bersemangat sekali, didalam hati kecil saya berkata kalaulah program latihan PLKN diadakan ketika zaman saya bersekolah, inilah program latihan yang pertama menjadi pilihan saya jika ketika itu program serupa ini telah diadakan di zaman persekolahan saya.

Malangnya saya tidak dilahirkan di zaman program ini dilancarkan, namun begitu tidak juga ‘kempunan’ walaupun dalam beberapa jam saya memakai baju pelatih PLKN saya sudah dapat merasakan semangat yang dirasai oleh setiap pelatih-pelatih PLKN.

Ketika saya sampai ke kem itu pada paginya, dari dalam kereta, saya sudah nampak beratus pelatih-pelatih PLKN sedang berbaris di padang kem itu menanti ketibaan saya dengan berpakaian lengkap dan penuh semangat, ini membakar semangat saya untuk bersama-sama dengan pelatih-pelatih di sini walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja.

Sebaik sahaja saya turun dari kereta, Komandan Kem, Mejar Anuar Al-Shadat Abdul Rahman, Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Sabri Hj. Mali, Timbalan Komandan Latihan, Juair Masadang @ Abdullah serta beberapa para pemimpin masyarakat menyambut saya.

Mejar Anuar Al-Shadat membawa saya singgah sebentar di pondok berehat, sambil berdiri Mejar Anuar Al-Shadat membantu saya memperkemaskan dan memperbetulkan baju seragam pelatih PLKN yang saya pakai, nampak mudah saja tetapi sebenarnya banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Selepas upacara menyanyikan lagu kebangsaan Negara Ku dan beberapa buah lagi Mejar Anuar Al-Shadat dan pegawai-pegawainya mengiringi saya memeriksa perbarisan pelatih-pelatih PLKN di kem ini.

Kesanggupan pelatih-pelatih berdiri berjam-jam sepanjang program jelas menggambarkan setiap dari mereka memiliki disiplin yang tinggi dan kental. Saya cukup berbangga dengan semangat yang telah berjaya diterap oleh Juru-Juru Latih kem ini kepada remaja-remaja ini.

Dari setiap wajah pelatih-pelatih PLKN di kem ini saya dapat melihat kekuatan, keberanian yang ada pada mereka sehinggakan saya berasa cukup yakin jika andaikata negara ini diserang musuh, bukan sahaja pelatih-pelatih di kem ini sanggup mempertahankan kedaulatan negara malah dianggarkan 580 ribu orang yang telah menamatkan latihan sejak beberapa siri yan lalu, pun sanggup bergerak senada dan seirama menyahut cabaran negara.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelatih-pelatih PLKN dan tidak lupa juga tahniah kepada Juru-Juru Latih PLKN di seluruh negara yang bertungkus lumus membentuk karektor pelatih-pelatih bagi memastikan pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bertanggungjawab ke atas negara ini.

Ketika berucap dihadapan pelatih-pelatih PLKN di kem ini saya juga meminta agar mereka terus mengekalkan semangat perpaduan, sayang menyayangi di antara kaum yang telah mereka praktikkan di kem ini apabila mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sebaik sahaja mereka menamatkan latihan.

Semangat tersebut itu perlu dipraktikan secara berterusan bagi memastikan kemerdekaan, kemakmuran serta keamanan negara dapat terus dipertahankan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Tujuan latihan PLKN diadakan selain bertujuan menerapkan satu keperibadian yang terpuji, disiplin dan semangat waja mempertahankan negara di kalangan kumpulan remaja.

Program ini juga adalah bertujuan untuk memperatkan hubungan di antara pelbagai kaum di seluruh negara yang merupakan asas kekuatan negara ini sejak zaman kemerdekaan lagi.

Saya berharap apa yang telah dipelajari dan diterapkan oleh Juru Latih di PLKN kepada para pelatih PLKN yang antara lain menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan agama, sayang menyayangi antara satu sama lain dapat terus dipraktikkan sekembalinya mereka kepangkuan keluarga masing-masing.

Semangat perpaduan dan sikap sayang menyayangi yang diamalkan di negara ini sejak merdeka merupakan asas serta kekuatan kepada kesinambungan kemerdekaan yang kita nikmati hari ini, para remaja perlu meneruskan semangat seumpamanya bagi memastikan generasi mendatang dapat terus berkongsi kemerdekaan yang telah kita warisi dari kepimpinan negara terdahulu.

Dalam ucapan saya, saya turut menjelaskan senario keadaan semasa negara pada masa ini, sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu perkauman, keagamaan telah ditimbulkan oleh kumpulan extrimis perkauman dan keagamaan di negara ini.

Niat tidak baik kumpulan extrimis perkauman dan keagamaan menggunakan isu-isu tersebut berniat jahat cuba mengucar kacirkan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Mereka ini cuba menggunakan dan mempengaruhi kumpulan remaja di negara ini untuk bersama-sama mereka memperjuangkan ideologi yang pada dasarnya hanya boleh menghancurkan kemakmuran di negara ini.

Sehubungan itu saya meminta agar golongan remaja terutamanya yang telah menamatkan latihan PLKN, yang dianggarkan seramai 580 ribu di seluruh negara, tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan aktiviti kumpulan extrimis perkauman dan keagamaan yang tidak mendatangkan manafaat kepada kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya.

DARD

7 comments:

  1. apakah generasi PLKN ini bakal mengurangkan kes-kes jenayah dan gejala sosial? saya melihat kes-kes jenayah di tahap kronik di negara kita. satu contoh 2 orang meninggal kerana gejala mat rempit di kota belud minggu lepas? salah seorang tidak terlibat dengan mat rempit. untuk makluman mat rempit terlibat adalah salah seorang bekas peserta PLKN? apa sumbangan PLKN kepada generasi akan datang?

    ReplyDelete
  2. Watasikadi,

    PLKN diujudkan dengan hasrat yang murni. Kalau ada yang terlibat dakam jenayah seperti yg anda sebutkan, saya pasti itu adalah dlm golongan minoriti.

    DARD

    ReplyDelete
  3. Opcharlie,

    Memang rasa bersemangat pakai baju seragam biru tu... Lepas tu boleh tabik tabik lagi... ha ha ha.

    DARD

    ReplyDelete
  4. Diucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian DARD menyempurnakan majlis penutupan PLKN K3S6/2009 Kem Sinar Jaya. Kem ini akan menjadikan kebanggaan DARD selaku MP KB. Bukan semua kawasan parlimen ada PLKN. Sememangnya pengurusan PLKN hanya dapat 'mengharapkan' perubahan positif kalangan pelatih setelah hampir semua yang patut telah diberikan kepada mereka. Kini atas bahu dan pundak merekalah beban itu untuk berubah.. menjadi pelajar yang baik, pekerja yang baik, pemimpin yang baik... spouse yang baik!. Kita telah melakukan sesuatu yang baik untuk mereka. Motivasi paling tinggi ialah kita serahkan segalanya kepada Allah SWT setelah usaha dan ikhtiar sebaik termampu telah dilaksanakan. Selamat berpuasa & Selamat Hari Lebaran kepada DARD & SEMUA WARGA KB... utk & bp warga KSJ

    ReplyDelete
  5. Juair Masadang @ Mohd Jawaheer Abdullah6:08 AM, September 12, 2009

    Diucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian DARD menyempurnakan majlis penutupan PLKN K3S6/2009 KSJ. KSJ adalah kebanggan KB.Bukan semua daerah/parlimen ada kem PLKN. Sebaik termampu kita hanya 'mengharapkan' perubahan berlaku di kalangan pelatih PLKN sebabnya semua yang mendorong perubahan dah diberikan.. tinggal lagi.. menjadi tanggungjawab dan kesedaran tinggi di kalangan mereka untuk menjadi yang sepatutnya.. menjadi warganegara yang baik... atau warga dunia yang baik utk dunia & akhirat. Selebihnya kita serahkan usaha ini kepada Allah Swt.. apa yang sepatutnya telah ditunaikan. Amin. SELAMAT HARI LEBARAN KEPADA DARD & SEMUA WARGA MALAYSIA DI KB.

    ReplyDelete
  6. Salam Singgah Datuk.

    www.rantauanakdesa.blogspot.com

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: