Tuesday, September 22, 2009

Ke Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri Datuk Jahid Jahim

Hari ini masuk hari ketiga Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, walaupun tiga hari sudah berlalu namun kehangatan berhari raya masih membara, di sana sini tidak kira samada pemimpin ataupun rakyat biasa masih lagi mengadakan acara rumah terbuka.

Saya turut tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka sempena hari raya yang penuh bahagia ini, pada pagi ini 22 Sept saya mengunjungi rumah terbuka yang diadakan oleh Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang diadakan di restoren baru beliau yang terletak di Sedco Berungis di Kg. Tambalugu, Tuaran.

Sungguh meriah dan harmoni suasananya, seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan suku kaum dan pegangan agama turut sama meraikan hari raya aidilfitri, keharmonian seperti di Malaysia inilah yang sering menjadi bualan masyarakat luar dari negara kita. Orang luar kagum dengan apa yang kita miliki ini kerana walaupun negara ini mempunyai penduduk yang banyak perbezaan namun kita masih dapat hidup aman dan sejahtera sepanjang masa.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka Datuk Jahid, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman, Datuk Masidi, Datuk Hajiji, DSP Bumburing dan beberapa pemimpin negeri dan persekutuan yang lain, kegembiraan jelas terpancar diwajah Datuk Seri Panglima Haji Musa, mungkin kerana melihat warna warni ikatan perpaduan yang terjalin rapat di majlis itu.

Salam.

DARD

3 comments:

  1. makan-makan beraya tu jangan pulak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, info tentang keracunan makanan ada kat sini - Keracunan Makanan

    ReplyDelete
  2. makan-makan beraya tu jangan pulak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, info tentang keracunan makanan ada kat sini - Keracunan Makanan

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA SUNGGUH RAMAI SEKALI YANG DATANG SEHINGGAHKAN TAK CUKUP MAKAN DAN MINUM.VIP DIKAWAL KETAT OLEH RELA DAN SB RAKYAT LANGSUNG TAK ADA CHANCE NAK BERSALAM. RAYA INI BUKAN UNTUK RAKYAT TAPI UNTUK VIP SAHAJA. BYE BYE 1 MALAYSIA

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: