Friday, September 11, 2009

Aktiviti Berbuka Puasa Ahli Parlimen Kota Belud


Bersama tetamu yang lain menikmati juadah berbuka puasa ketika berbuka puasa di rumah Hj. Muhamad Tutuh di Kampung Penampang Baru, Kota Belud.


Mengabdikan album kenangan bersama Hj. Muhamad dan isterinya ketika Abdul Rahman berbuka puasa di rumah keluarga mereka.

Bersama penduduk Kg. Pandasan menikmati juadah selepas selesai sembahyang tarawih.

Bersama penduduk Kg. Kota belud berbuka puasa di rumah kediaman Haji Timbul Sinyor, kelihatan Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Najib Muntok (dua dari kiri) turut hadir memeriahkan majlis itu.

Bersama penduduk Kg. Menunggui sebaik sahaja selesai sembahyang tarawih di Masjid Al-Hadhari Kg. Menunggui.

Menikmati juadah berbuka puasa di rumah Hj. Awang Nasyip (tiga dari kanan) di Kg. Pirasan.

Mengabdikan album kenangan bersama penduduk Kg. Pirasan di Masjid Jamek Kg. Pirasan.

Berbual dengan rakyat ketika berada di Masjid Jamek Kg. Pirasan.

Sepanjang bulan puasa ini, saya berkesempatan berbuka puasa di beberapa buah rumah umat Islam di daerah ini, program berbuka puasa dari rumah ke rumah merupakan wadah saya mendekatkan diri dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Program ini merupakan acara tahunan yang menjadi kemestian saya selaku Wakil Rakyat Parlimen di kawasan ini, pada bulan ramadan tahun lalu pendekatan berbuka puasa dari rumah ke rumah turut saya adakan dan ianya diadakan dalam suasana penuh semangat persaudaraan.

Acara ini merupakan aktiviti wajib setiapkali menjelang bulan Ramadan ini, bukan sahaja bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim dengan lebih intim lagi dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Malah dikesempatan ini juga, saya mengambil peluang mendekati rakyat di peringkat akar umbi sambil mendengar masalah yang mereka hadapi secara langsung.

Program seperti ini akan terus saya adakan pada setiap bulan ramadan setiap tahun untuk mendekati rakyat di daerah ini disamping berbincang dengan mereka tanpa sebarang batasan.

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbuka puasa di beberapa buah rumah penduduk kampung di daerah ini, antara rumah yang sempat saya kunjungi untuk berbuka puasa di kediaman keluarga Mohamad Tutuh di Kampung Penampang Baru, Kota Belud, rumah kediaman keluarga Hj. Timbul Sinyora di Kampung Kota Belud dan berbuka puasa di rumah Haji Awang Nasyip di Kampung Pirasan, Kota Belud.

Pada kebiasaannya, selepas berbuka puasa dengan pemilik rumah, saya turut mengunjungi masjid atau surau di kampung yang berdekatan, berjemaah tarawih dengan umat Islam di kampung saya kunjungi.

Selepas selesai bersembahyang jemaah dengan penduduk di kampung yang saya kunjungi, saya akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan untuk kemudahan masjid dan surau di kampung itu, diikuti dengan bersama jemaah menikmati juadah yang disediakan oleh kaum wanita di kampung itu.


DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: