Thursday, August 06, 2009

WARGA PENDIDIK DIGESA TUMPUKAN TUGAS GURU SEPENUHNYA - ABDUL RAHMAN



DISAMBUT MESRA......Warga pendidik menyambut mesra ketibaan Abdul Rahman di majlis itu.


KAGUM....Abdul Rahman bersama warga pendidik menyaksikan persembahan seni mempertahankan diri yang dipersembahkan oleh para pelajar SMK Taun Gusi.


KOMITED......Sebahagian warga pendidik yang memeriahkan majlis pada hari itu.


KOMITED......Sebahagian warga pendidik yang memeriahkan majlis pada hari itu.


RASMI.......Abdul Rahman meletak senaskah buku emas sebagai tanda perasmian majlis.


MESRA......Abdul Rahman (kiri sekali) membetulkan tali leher Tokoh Guru Kota Belud 2009, Munggin @ Jason Limpakan sambil diperhatikan oleh Abdul Bahkrin (dua dari kanan) pada majlis itu.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD :
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menggesa agar warga pendidik di seluruh negeri ini dapat memberikan lebih tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya mendidik.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sudah ada kritikan-kritikan masyarakat yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah warga pendidik yang kurang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya guru kerana terbabit dalam pekerjaan nombor dua.

Katanya, kebimbangan dan kegusaran yang disuarakan oleh masyarakat terhadap isu ini perlu diambil perhatian serius oleh setiap warga pendidik.

“ Masyarakat meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap warga pendidik agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya mendidik anak-anak mereka, mereka khuatir jika warga pendidik terlibat dalam pekerjaan nombor dua seperti terlibat dalam perniagaan jualan langsung dan sebagainya akan menyebabkan tumpuan warga pendidik terhadap kerjaya perguruan berkurangan yang akhirnya akan memberi kesan terhadap pelajar.

“ Justeru itu, saya menggesa agar warga pendidik yang terlibat dalam pekerjaan nombor dua dapat kembali menumpukan perhatian mereka terhadap kerjaya perguruan, ini penting bagi memastikan kegusaran dan kebimbangan masyarakat dapat diatasi segera.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2009 peringkat Daerah Kota Belud yang telah diadakan di Dewan Datuk Musbah Jamle, Kampung Taun Gusi dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Juru Kira-Kira Wang Negara turut berkata warga pendidik bukan sahaja berperanan memberikan ilmu dan kemahiran kepada warga pelajar semata-mata.

Malah menurutnya, warga pendidik sebenarnya merupakan antara agent terpenting kepada negara yang akan mencorakkan pelapis kepimpinan negara ini di masa hadapan.

“ Sumbangan warga pendidik dalam melahirkan bakal pelapis kepimpinan negara sejak sekian lama tidak lagi boleh dinafikan, kepimpinan negara yang lahir terdahulu dan yang ada pada ketika ini merupakan hasil didikan yang diberikan oleh warga pendidik ini.

“ Pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kumpulan ini tidak ternilai harganya dan atas dasar dan sebab inilah maka setiap tahun di negara kita diadakan sambutan Hari Guru sebagai menghargai sumbangan dan peranan yang telah mereka curahkan.” tambah Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBNBC).

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Abdul Bahkrin Mohd Yusof, Pengetua SMK Taun Gusi, Umin Sadi serta Pengetua-Pengetua, Guru-Guru dari seluruh sekolah di daerah Kota Belud.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: