Thursday, August 06, 2009

SEMANGAT BN SABAH DI DUN MANEK URAI, KELANTAN



SEMANGAT BN.....Kelihatan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan (dua dari kanan) bersama Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Seri Penglima Salleh Tun Said (dua dari kiri) dan Ketua Bahagian Umno Kudat, Bolkiah Hj. Ismail (kanan sekali) ketika berkempen di Kg. Laloh dalam kawasan DUN Manek Urai, Kelantan.


MENIKMATI BUAH-BUAH TEMPATAN......Abdul Rahman (tengah), Sapawi (kanan sekali) dan salah seorang pemimpin Pemuda UMNO dari Sabah menikmati buah-buah tempatan yang dihidangkan penduduk Kg. Loloh, Manek Urai, Kelantan ketika rombongan UMNO Sabah mengadakan kempen di perkampungan itu.


TURUN PADANG.......Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Musa Aman mengetuai rombongan UMNO Sabah ketika mengadakan kempen di Kg. Loloh, Manek Urai, Kelantan, turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin selain daripada para pemimpin UMNO Sabah yang lain.


KEMPEN.......Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan (tengah) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penduduk Kg. Loloh, Manek Urai Kelantan ketika rombongan UMNO Sabah berkempen di perkampungan tersebut.


PRIHATIN......Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman sedang bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penduduk di Kg. Loloh, Manek Urai, Kelantan ketika rombongan UMNO Sabah melawat ke perkampungan tersebut.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

SEMANGAT BN…………
Para pemimpin dari negeri Sabah yang bernaung di bawah lambang Barisan Nasional turut berhempas pulas membantu Calon BN Dun Manek Urai, Kelantan, Tuan Mat Tuan Aziz pada pilihanraya kecil di kawasan berkenaan, baru-baru ini.

Walaupun mempunyai komitmen lain di kawasan masing-masing di negeri Sabah namun atas semangat setiakawan dalam parti BN, bukan sahaja para pemimpin dari Sabah sahaja yang turun berkempen di Manek Urai malah ia turut disertai oleh seluruh para pemimpin BN di seluruh negara.

1 comment:

  1. semangat yang diharapkan akan berterusan bagaikan sebuah keluarga besar.semangat yang bukannya dibuat-buat tapi datang dari jiwa yang telus.tidak ada tikam belakang sesama ahli dalam satu parti.selalunya rakan separti yang membawa jahanam.sedang orang lain berhempas pulas mahukan kemenangan,si kawan menjaringkan gol sendiri.celakalah

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: