Thursday, August 06, 2009

Rancangan Makanan Tambahan - Program baik, implementasi kurang - Perlu Dirombak



MESRA......Abdul Rahman berbual mesra dengan salah seorang Guru Besar dari Daerah Kota Belud pada majlis ituL MOHD ROSLI

KOTA KINABALU : Kementerian Pelajaran diminta memperkenalkan sistem kantong dalam pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di negeri ini bagi memastikan program tersebut mencapai matlamat utamanya.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sistem pengagihan dan penyediaan RMT sedia ada dilihat gagal menyediakan makanan yang menepati standard dan piawaian Kementerian Pelajaran.

"Kita lihat bekalan makanan melalui RMT yang diberikan di sekolah-sekolah di Sabah tidak merangsang perubahan fizikal dan mental bagi membolehkan murid mencapai kecemerlangan.

"Keadaan ini lebih jelas di luar bandar kerana perkembangan mereka sama seperti sebelumnya, sedangkan tujuan program itu adalah untuk perkembangan mental dan fizikal," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama guru-guru besar di Hotel Tang Dinasti di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, sistem kantong yang menyaksikan penyediaan dan pengagihan makanan dilakukan oleh pembekal yang dilantik kementerian telah berjaya dilaksanakan di Semenanjung.

Berbeza dengan Sabah katanya, ia masih menggunakan pendekatan lama apabila makanan disediakan oleh kantin sekolah terbabit.

''Ini menyebabkan langkah kawalan tidak dapat dilakukan. Selain itu sistem kantong juga telah diperakui oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan," katanya.

Abdul Rahman berkata, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan sistem kantong diperkenalkan kerana ia akan menjejaskan pendapatan pengusaha kantin.

''Perlu diingat, RMT diperkenalkan bukan untuk menjaga kepentingan pengusaha kantin tetapi untuk memberi makanan berkhasiat kepada murid sekolah.

"Jika mereka mahu, cadangkan sistem lain dan bukannya mengunakan RMT untuk mengaut keuntungan mudah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: