Thursday, August 06, 2009

RM10,000 untuk PPD Kota Belud - Gunakan dengan baik

RABU, 2009 JULAI 29

PPD KOTA BELUD TERIMA SUMBANGAN DARI AHLI PARLIMEN KOTA BELUD


SUMBANGAN......Abdul Rahman menyampaikan replika cek sejumlah Rm 10 ribu kepada YDP Majlis Guru Besar Kota Belud, Salamat Omar untuk kecemerlangan UPSR Daerah Kota Belud.



SUMBANGAN......Abdul Rahman menyampaikan replika cek sejumlah Rm 2000 ribu kepada Tokoh Guru Kota Belud 2009 Jason Limpakan.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

Pejabat Pelajaran Kota Belud telah menerima sumbangan sebanyak Rm 10 ribu untuk meningkat prestasi UPSR diseluruh daerah Kota Belud.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan pada majlis makan malam bersama guru-guru besar seluruh Kota Belud di Bambo Café Hotel Tang Dynasty, Kota Belud, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Adbul Rahman turut menyampaikan sumbangan sebanyak Rm 2000 ribu kepada Tokoh Guru 2009 Kota Belud, Jason Limpakan sebagai tanda penghargaan Ahli Parlimen itu kepada sumbangan Jason kepada masyarakat sepanjang beliau terlibat dalam pendidikan.

Seramai 100 orang guru-guru besar dari seluruh Kota Belud hadir pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: