Friday, August 14, 2009

Mesyuarat Khas Tindakan Daerah KB - penyenaraian projek-projek pembangunan Kota Belud

Pada 18hb Ogos ini, satu Mesyuarat Khas Tindakan Daerah Kota Belud akan diadakan. MEsyuarat ini akan berlangsung sehari suntuk untuk membincangkan projek-projek pembangunan yang akan dipohon untuk dimasukkan kedalam Rancangan Malaysia ke 10 nanti.

Mesyuarat ini nanti akan memperincikan input daripada wakil-wakil rakyat dan juga jabatan-jabatan kerajaan di Kota Belud agar penyenaraian projek-projek pembangunan ini lebih teratur dan tidak bertindih. Lebih mustahak ialah supaya projek-projek yang betul-betul mendesak diberi keutamaan dahulu.

Ada beberapa keperluan mendesak di Kota Belud ini. Antara lainnya ialah bekalan air bersih dan jalan-jalan raya kampung serta bekalan eletrik dan perkhidmatan kesihatan. Semua ini adalah keperluan asas dan perlu disegerakan. Tanpa bekalan air, eletrik dan jalanraya, pembangunan tentunya tidak akan dapat dibawa ke Kota Belud secara besar-besaran.

Saya melihat peluang untuk menyelesaikan keperluan asas ini agak cerah kerana Perana Menteri sendiri telah menetapkan beberapa KPI dan KRA berkenaan keperluan asas kawasan luarbandar perlu diselesaikan sebelum pilihanraya ke 13 nanti. Kita diakan hasrat PM itu akan tercapai.

Saya sendiri telah berbincang dengan Datuk Seri Shafie Afdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah (KKLW) berkenaan keperluan asas ini. Respon dari mereka agak baik dan kita berharap pepruntukan untuk menangani masalah air di Kota Belud dapat dimasukkan kedalam bajet 2010 yang akan dibentangkan di parlimen bulan Oktober nanti.

Mesyuarat itu juga nanti akan membincangkan soal tapak baru pekan Kota Belud sebagai gandingan kepada pekan yang sedia ada. Kota Belud sebenarnya sudah tidak mampu untuk menampung lebih banyak bangunan komersil atau kerajaan kerana ketiadaan tanah yang sesuai.

Saya akan berkongsi lebih banyak maklumat berkenaan perkara-perkara di atas dengan saudara selepas mesyuarat itu nanti.

DARD




No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: