Thursday, August 06, 2009

KIKIS SIKAP TIDAK AMBIL PEDULI PENDIDIKAN ANAK-ANAK - ABDUL RAHMAN



TURUN PADANG.....Abdul Rahman (tengah)sedang meneliti surat permohonan penduduk kampung selepas selesai merasmikan progarm di kampung Linau.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD :
Ibu bapa di luar bandar perlu mengikis sikap tidak peduli terhadap pendidikan anak-anak, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Katanya, mereka perlu mengubah sikap terhadap kepentingan pendidikan demi masa depan anak-anak yang merupakan aset dan modal insan kepada negara.

“Kerajaan telah menentukan pendidikan anak-anak sebagai satu tanggungjawab yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesra anjuran Jabatan Kemas dengan kerjasama JKKK Kampung Linau yang diadakan di Kampung Linau, dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan pendidikan, termasuklah bantuan kewangan, skim pinjaman buku teks, makanan tambahan, kemudahan asrama dan sebagainya.

“Bantuan dan kemudahan ini harus dimanfaatkan oleh setiap ibu bapa dan juga anak-anak mereka yang merupakan pelajar sekolah,” tambahnya.

Menurut Abdul Rahman lagi, pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan sudah tentu tidak bermakna jika ibu bapa bersikap tidak acuh dan tidak meletakkan pendidikan sebagai agenda utama.

Katanya pembinaan bangunan sekolah yang cantik bukan bermakna untuk kemegahan tetapi ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada anak-anak bagi berusaha mencapai pendidikan yang tertinggi.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Timbalan Pengarah KEMAS Sabah, Anisah Saidin, Pengerusi JKKK Kampung Linau, Japli Maton serta para pemimpin setempat yan lain.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: