Friday, August 14, 2009

Kes H1N1 di Kota Belud

Salam,

Kini sudah terdapat kes positif H1N1 di Kota Belud. Saya telah menghubungi Dr Samy, Pengarah Hospital Kota Belud dan juga PPD, Encik Bakhrin untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes kes ini.

Menurut Dr Samy, ada 3 orang yang disahkan positif. Seorang ibu yang mengandung telah dihantar ke Hospital Kota Kinabalu dan seorang lagi ditahan di wad hospital kota Belud. Manakala seorang lagi masih menjalani permeriksaan rapi selanjutnya.

Kesemua kes ini masih dalam tahap tidak serius dan kemungkinan boleh sembuh. InsyaAllah.

Saya juga dimaklumkan oleh Encik Bakrin bahawa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran belum lagi mengeluarkan arahan untuk menutup mana mana sekolah di Kota Belud kerana keadaan masih terkawal.

Walaubagaimanapun saya menyeru rakyat Kota Belud lebih berhati-hati dan mengamalkan cara cara pencegahan supaya wabak ini tidak merebak terus di Kota Belud. Antara lainnya ialah sentiasa memastikan kebersihan diri termasuk rajin membasuh tangan. Begitu juga batuk dan selesema hendaklah dirujuk ke Hospital secepat mungkin. Kalau batuk atau selesema, pastikan mulut ditutup setiap kali bersin atau batuk. Elakkan berada dalam kumpulan yang mungkin mendedahkan anda dengan virus H1N1 ini. Dan seterusnya kalau boleh, pakailah topeng setiap kali berada dikhalayak ramai.

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha mencegah penyakit ini dari terus merebak di Kota Belud. Saya akan terus memantau keadaan jangkitan penyakit ini di Kota Belud.

Terima kasih.

DARD

2 comments:

Kongsi artikel ini: