Thursday, August 06, 2009

JANGAN LETAK TANGGUNGJAWAB MENDIDIK DIBAHU WARGA PENDIDIK SEMATA-MATA



TAHNIAH……..Abdul Rahman (Tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang terlibat menjayakan program itu sambil disaksikan oleh Matlan (Kiri sekali) dan Papartaim (Dua dari kanan).


TURUN PADANG......Abdul Rahman mengambil kesempatan memantau masalah yang dihadapi penduduk di Kampung Pangi Kota Belud.


DAPAT SAMBUTAN.......Sebahagian daripada penduduk dari lima buah kampung yang hadir pada majlis itu.


DAPAT SAMBUTAN.......Sebahagian daripada penduduk dari lima buah kampung yang hadir pada majlis itu.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD :
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, berkata golongan ibubapa dan Ajk PIBG seharusnya tidak meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak dibahu warga pendidik semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau golongan tersebut mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang pentingnya dalam menentukan kejayaan anak-anak.

“ Sikap meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak dibahu warga pendidik sepenuhnya perlu diubah segera, jika sikap seumpamanya terus tertanam dalam pemikiran golongan ibubapa dan Ajk PIBG ini akhirnya akan menyebabkan timbulnya kurang minat anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Bestari (Maufakat) Tahun 2009 yang telah diadakan di Dewan Kampung Pangi dekat sini, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh SMK Pekan II Kota Belud dengan kerjasama PIBG turut dihadir penduduk Kampung Pangi, Kampung Sumbilingon, Kampung Ambong, Kampung Pituru Laut dan Kampung Pituru Darat.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut meminta golongan ibubapa meletakkan pendidikan anak-anak sebagai agenda utama.

Menurutnya, pendidikan mampu mengeluarkan rakyat keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

“ Pendidikan sekolah anak-anak perlu dijadikan agenda utama oleh setiap ibubapa, ibubapa tidak boleh meletakkan agenda pendidikan ditempat yang ke belakang, jika ini berlaku yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak.”

Hadir sama pada majlis itu antaranya Timbalan Pengerusi II YDP PIBG SMK II Pekan Kota Belud, Papartaim Bidin, Pengetua SMK Pekan II Kota Belud, Matlan Datu Unjong serta para pemimpin setempat yang lain.

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: