Friday, August 28, 2009

ICT di Masjid Pekan Kota Belud

Dengan adanya kemudahan slide projector yang tersedia di Masjid Pekan Kota Belud membolehkan jemaah yang duduk dibelakang dapat mengikuti khutbah Jumaat menerusi tayangan slide isi kandung khutbah.

Masjid Pekan Kota Belud yang terkenal dengan reka bentuknya yang tersergam indah memiliki kubah berwarna kuning keemasan, kini bergerak maju setapak kehadapan mendahului masjid-masjid lain di negeri ini kerana menggunakan bantuan peralatan moden ‘slide projector’ dalam menyampaikan dakwah agama Islam kepada umatnya.

Sejak beberapa minggu yang lalu masjid tersebut telah menggunakan ‘slide projector’ menayangkan setiap isi kandung khutbah yang dibacakan oleh imam masjid itu pada setiap Jumaat untuk tontonan jemaah yang mengimarahkan masjid tersebut.

Difahamkan, masjid di daerah ini merupakan masjid yang pertama di kawasan luar bandar di negeri ini yang menggunakan bantuan peralatan moden ‘slide projector’ dalam menyampaikan dakwah agama Islam kepada umatnya.

Set projector dan sebuah komputer riba tersebut telah disumbangan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan

Masjid Pekan Kota Belud Mercu Keagungan Umat Islam.



Dengan adanya kemudahan slide projector yang tersedia di Masjid Pekan Kota Belud membolehkan jemaah yang duduk dibelakang dapat mengikuti khutbah Jumaat menerusi tayangan slide isi kandung khutbah.

KEMUDAHAN………Aslee (dua dari kiri) menyampaikan satu set slide projector dan sebuah computer riba kepada Imam Madlan (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Asmadi (dua dari kanan), Hj. Kazol (tiga dari kanan) dan Hj. Manchu (kiri sekali).

Peranan masjid dalam melaksanakan aktiviti dakwah Islam dan pembangunan umat Islam menjadi begitu penting, fungsi masjid akan menjadi lebih dinamik dan perlu bertindak secara proaktif dalam menangani keperluan yang berkaitan.

Apabila kita menyingkap sejarah perkembangan kegemilangan umat Islam khususnya di zaman baginda Rasulullah s.a.w. , masjid merupakan pusat ibadat, muamalat, penyebaran Islam, pemerintahan dan pentadbiran.

Masjid juga menjadi pusat pembentukan keperibadian insan serta kegiatan yang dapat memberikan faedah serta mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya.

Masjid merupakan lambang syiar Islam dan kedaulatan, ia merupakan pusat yang menghubungkan manusia sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya.

Rasulullah s.a.w. mengambil langkah yang berkesan bagi meluaskan fungsi dan peranan masjid bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dikalangan umat Islam di Madinah dengan meletakkan dasar ketakwaan di dalam kehidupan mereka.

Imam Madlan Awang

Dalam perkembangan berkaitan, Imam 1 Masjid Pekan Kota Belud, Imam Madlan Awang mengucap jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Belud.

Madlan berkata, dengan adanya kemudahan tersebut ianya dapat mempermudahkan lagi penyampaian khutbah secara berkesan.

Katanya, setiap apa yang dibaca oleh imam yang bertugas pada hari Jumaat dapat dibaca oleh para jemaah yang menunaikan sembahyang pada hari itu dengan jelas.

“ Saya bagi pihak Ajk masjid ini berasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan atas sumbangan beliau, kemudahan ini bukan sahaja amat berharga kepada Ajk masjid tetapi juga kepada umat Islam diseluruh daerah ini.” katanya lagi.

Hj. Kazol Samin

Sementara itu, Ajk Masjid Pekan Kota Belud, Hj. Kazol Samin mengalu-alukan pembaharuan yang dipraktikan oleh Masjid Pekan Kota Belud.

Menurut Hj. Kazol kemudahan seumpamanya bukan hanya boleh digunakan ketika hari jumaat sahaja tetapi ia juga boleh digunakan dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh AJK Masjid Pekan Kota Belud.

“ Dalam dunia ICT masa kini, umat Islam tidak seharusnya ketinggalan dengan ledakan ICT yang serba canggih dan saya yakin apa yang dipraktikan oleh AJK Masjid ini akan dijadikan contoh oleh masjid-masjid lain di negeri ini dalam melaksanakan dakwah islamiah.” tambahnya lagi.

Hj. Manchu Kula

Manakala Hj. Manchu Kula pula berpendapat memang wajar kemudahan seumpamanya digunakan di masjid, ini bagi memberi peluang kepada jemaah yang berada dibelakang melihat sendiri isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh Imam dengan jelas dan terang.

Beliau yang juga Pemaju Mukim Dun Usukan turut mencadangkan agar kemudahan seumpama itu diperluaskan lagi hingga ke peringkat surau di kampung-kampung di seluruh negeri ini.

“ Bagi saya kemudahan seumpama ini bukan satu pembaziran, pada saya ia satu keperluan yang perlu ada di setiap masjid dan surau di negeri ini, kemudahan seperti ini berupaya menyampaikan setiap khutbah secara berkesan dan ia amat relevan untuk zaman yang serba canggih seperti hari ini. “ katanya lagi.

Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara dengan keluasan 1,385.6 km persegi,kepadatan penduduk sebanyak Lebih kurang 71,615 orang, jarak dari Kota Kinabalu ke daerah ini sejauh 70 km.

8 comments:

  1. Salam...Dato,pertama sekali tahniah atas keperihatinan YB Dato'...

    Sebagai makluman Dato'..saya mendapat maklumat bahawa kos pemasangan set projector di Masjid Pekan menelan belanja RM15,000.00 sedangkan mengikut perkiraan mereka yang pakar terhadap ICT menganggar kosnya sekitar RM7000.00 sahaja. Projector RM2599, Laptop RM2499 dan Remarks adalah RM500. Ini harga bagi kategori set projector yang sangat canggih teknologinya.

    Saya lihat pemsangannya sangat2 tidak sempurna, dengan kedudukan remarks yang kurang sesuai serta kedudukan projector yang hanya diletak di atas rak/meja. Saya pernah lihat di dewan2, bilik mesyuarat dan hotel2, projector di gantung di atas bukannya di bawah yang dilihat kurang selesa pada pandangan kita. wayar berselerak di sana-sini...

    ReplyDelete
  2. radiamoda,

    Terima kasih atas maklumat tentang harga perkakas tersebut. Saya telah mengarahkan pejabat saya untuk menerangkan perkara itu.

    Dari penerangan itu, saya maklumkan bahawa sebenarnya permohonan yang diminta oleh pihak pemohon ialah RM15,000 tetapi yang saya luluskan hanyalah RM11,500.

    Jadi saya meminta maaf kerana menerbitkan jumlah yang salah.

    Terima kasih kerana melayari blog saya.

    DARD

    ReplyDelete
  3. Salam Dato..

    Tadi petang sementara menunggu sungkai, saya berehat di tembok depan restoran perdana, kb. Tak semena2 saya terdengar suara kasar dan bahasa yg kesat seorang lelaki memarahi seorang perempuan. Bila saya lihat betul2, rupanya Peg. Perhubungan Parlimen En. Aslee Hj Parlin sedang membalingkan kerusi kearah pekerja perempuan restoran kotaraya.2 kali lagi dia baling kerusi tu.. Kesian saya dgn perempuan tu. Sebagai penyokong kuat dato saya sangat terkejut dan berasa sangat MALU melihat sifat En. Aslee seolah-olah seperti SAMSENG jalanan, MEMBALING KERUSI, BERTERIAK dan MEMAKI HAMUN perempuan tersebut gara2 satu parking lot depan restoran tu di reserved dan membuatkan Aslee tidak berpuas hati kerana katanya KB ini bukan restoran kotaraya yg punya.Kalau di fikirkan itukan tugas MDKB, kenapa pula org MP yg sibuk2.?

    Seharusnya sebagai representative kpd MP, seharusnya Aslee menunjukkan sikap yg baik dan prihatin kpd masalah rakyat, membantu menyelesaikn masalah sekiranya ada (problem solver) dan bukannya cari masalah @ TROUBLE MAKER. Saya tidak memihak sesiapa, tapi SAYA BENCI SIKAP SEORANG LELAKI YG SUKA BERGADUH DGN KAUM YG LEMAH, trutama perkara remeh sebegini.

    Kalau ini lah sikap hakiki en. Aslee, tidak kah ini memberi impak negative kpd pejabat MP dan Dato sendiri kerana berorang kanan kan seorang SAMSENG TUA, SUKA MENCARI PASAL @ TROUBLE MAKER, PANAS BARAN, KASAR, SUKA MAKI HAMUN & KAKI GADUH DGN PEREMPUAN lagi tu.. Seharusnya sbgai peg.perhubungan en. Aslee mempunyai leadership skills bukannya samseng skills.

    Diatas kejadian yg saya saksikan ptng tadi saya rasa En. Aslee ni sesuai kerja dengan ALONG @ AHLONG sebagai tukang tagih hutang.

    Sebagai seorang yg menyanjung dato, sya berharap in the future dato akan lebih berhati2 memilih org2 kanan dato, takut nanti org kata dato hire KAKI PUKUL@SAMSENG. Kalau sya tak silap pandang hj.junaidi pun ada ternampak kejadian tu. Saya rasa dia pun tak sanggup melihat aski BRUTAL SI ASLEE tu, TERUTAMA DI BULAN PUASA NI.

    ReplyDelete
  4. Salam YB Datuk,

    Saya amat bersetuju dengan ICT yang diluluskan oleh YB Datuk kepada Masjid Pekan KB. Banyak membantu jemaah yang hadir semasa sembahyang Jumaat memahami khutbah yang disampaikan oleh Katib secara mendalam.

    Cuma yang saya komen tentang kedudukan paparan khutbah itu terletak dibelakang dan masih terlalu kecil bagi mereka yang duduk dibahagian belakang.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  5. Salam DARD,

    Tolog nasihatkan orang kita ASLI Haji Parlin, semalam mengamuk di depan kota raya hanya masalah Parking Kereta. Sebagai orang yang ada di tempat kejadian. Perkara yang dilakukannya amat memalukan Datuk yang melantiknya pegawai perhubungan Parlimen.

    ReplyDelete
  6. salam dato..

    Kenapa dato tidak berani menayangkan atan menjawab komen saya berkaitan orang kanan dato yg SAMSENG tu?? Apakah tindakan yg telah dato ambil untuk menasihati samseng itu? Atau Dato tidak kisah org kanan dato beraksi brutal mcm samseng ??? Tak apa dato, di blog kelapamawar bloger lain pun dah komen pasal org dato ni.. Dato aje yg nak cover si aslee tu. Satu kota belud pun dah tau..

    ReplyDelete
  7. Datu P dan Abu,

    Terima kasih atas komen anda. Saya telah menyaiasat perkara itu dan telah meminta Sdra Aslee untuk tidak mengulanginya. Beliau telah menerangkan senario sebenarnya, tetapi apa pun sebabnya, perkara ini tidak sepatutunya berlaku.

    Bagi pihak pejabat perhubungan Ahli Parlimen, saya mohon maaf dan berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

    Salam,

    DARD

    ReplyDelete
  8. Salam Dato..

    Dato jangan tanya si Aslie tu saja, tanya lah pihak yg satu lagi. Aslie tu kaki tembirang mana dia mau akun. Tapi saya ada rakaman video tu. Macam jomo biloon aslie a.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: