Wednesday, August 05, 2009

Wanita Kota Belud dan Hak Mereka

Pada 4hb.Ogos.2009 saya telah merasmikan satu seminar bertajuk “Menangani Keganasan Terhadap Wanita” yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang diadakan di Dewan Tun Said Kota, Belud.


Saya amat berterima kasih kepada Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan satu majlis ilmu yang bagi saya amat berguna kepada kaum wanita di daerah ini.


Pada saya, golongan wanita di negara ini tidak terkecuali di daerah Kota Belud tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak parti ini diberi amanah memerintah negara ini.


Sejak zaman era merdeka hingga ke hari ini, kerajaan Barisan Nasional dari semasa ke semasa berusaha bersungguh-sungguh membela dan membangunkan nasib golongan wanita menerusi pelbagai program yang diperkenalkan oleh kerajaan.


Dalam negara kita Malaysia ini, kemajuan yang dicapai oleh golongan wanita telah dapat dilihat bilamana ramai wanita-wanita yang telah memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan mahupun swasta.


Saya ingin memberi nasihat kepada penduduk-penduduk di Kota Belud bahawa pertamanya, sesungguh peranan dan sumbangannya wanita ini penting, Keduanya, statistik telah menunjukkan bahawa di tahun-tahun akan datang ini lebih ramai jumlah wanita berbanding dengan golongan lelaki.


Justeru itu, kita perlu menggembelingkan tenaga dan potensi golongan wanita ini untuk sama-sama menaikkan ekonomi kita, kita tidak boleh lagi meletakkan mereka di dalam dapur sahaja.


Sebaliknya mereka harus keluar dari dapur menimba pengalaman, belajar hingga ke menara gading supaya mereka boleh menjadi rakyat Malaysia yang produktif kepada ekonomi negara.


Pada saya, dibandingkan lelaki dengan wanita, di dalam setengah-setengah aspek golongan wanita lebih produktif dalam kerja mereka, kalau kita menidakkan hak mereka sebagai wanita untuk belajar, mencari pengalaman ataupun mencari kerja dan sebagainya, saya rasa negara akan rugi kerana satu segmen populasi yang begitu produktif sekali dinafikan hak mereka.


Dalam parti UMNO sendiri wanita amat dihargai terutamanya Pergerakan Wanita UMNO yang mempunyai cawangan di merata tempat dengan ahli yang beribu-ribu dan diperingkat nasional beratus ribu, setiapkali pilihanraya golongan wanita inilah yan menentukan kemenangan parti UMNO dalam pilihanraya.


Pentingnya wanita ini dalam negara kita tidak boleh diambil ringan lagi, sehinggakan Perdana Menteri yang lepas Tun Abdul Ahmad Badawi telah mengwujudkan satu kementerian khusus iaitu Kementerian Pembangunan Wanita supaya dapat menaikkan martabat kaum wanita di negara ini.


Mengenai seminar ini, saya amat berharap agar semua jenis penderaan dan keganasan terhadap wanita dapat dihapuskan. Terlalu banyak contoh wanita ditindas, didera dan diperlakukan sewenang wenangnya. Keganasan ini tidak terbatas kepada keganasan fizikal sahaja. Ianya termasuk, penderaan mental, konkongan kewangan, hak untuk bekerja dan keganasan seksual.


Saya belajar banyak perkara hari ini dan saya berterima kasih kepada penganjur.




DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: