Sunday, August 16, 2009

HIsham mendarat cemas

Berita dua hari lalu menyiarkan helikopter khas yang membawa TPM membuat pendaratan cemas di Mimpian Jadi Resort di Tuaran dalam penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu. Khabarnya, TPM dan rombongan beliau tidak mengalami sebarang kesulitan dan pendaratan itu kerana ianya hanya faktor cuaca.

Saya teringat pada tahun 2005 apabila saya dan rombongan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein (selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysiapada waktu itu) terpaksa mendarat cemas di padang bola Tambunan setelah merasmi mesyuarat UMNO Bahagian Keningau. Cuaca begitu teruk sekali sehinggakan pilot helikopter membuat keputusan untuk menamatkan pernerbangan secara tiba tiba itu. Sebenarnya, walaupun telah banyak kali naik kapal terbang, penerbangan tersebut amat membimbangkan saya apatah lagi, seorang menteri kanan ada didalam pesawat tersebut... Jadi keputusan pilot tersebut disambut dengan rasa kelegaan..

Yang menariknya, sewaktu landing di padang bola itu, ramai yang bertempiaran lari termasuk mereka yang sedang berjogging mengelilingi padang. Mereka terkejut apabila secara tiba tiba helikopter mendarat disitu.

Selepas mendarat, Dato Seri Hisham keluar dari pesawat dan berjalan menuju ke grandstand... orang awam mula "curious" dan menghampiri kapal dan juga tempat Dato Seri Hisham sdang duduk sementara pegawai-pegawainya sibuk bertalipon untuk mengatur rancangan logistik untuk beliau.

Ada seorang tua yang saya rasa berumur 70-an, tersengih sengih dan cuba menghampiri Dato Hisham. Dato Hisham memberi isyarat kepada saya untuk berdiam diri dan dengar apa yang nak dicakapkan oleh orang tua itu.

Setelah merenung Dato Hisham agak lama, orang tua itu secara kurang yakin bertanya, "Aku macam kanal bah kao ni? Kao slalu kaluar TV bah kan???"

Saya tak tahan dan ketawa terbahak bahak mendengar kata kata orang tua itu. Begitu juga Dato Hisham. Bayangkan apa yang dalam fikiran orang tua itu. Tentunya beliau cukup terperanjat melihat sebuah helikopter turun dari langit dan lepas tu keluar pula seorang menteri dari perut kapal itu... Dati Hisham terus memeluk orang tua itu dan minta jurugambar mengambil foto mereka berdua.

Seminggu selepas itu, saya ditugaskan mencari orang tua untuk memberikannya salinan gambar itu yang tertulis nota peribadi Dato Hisham... Sikit punya sengsara nak cari pakcik tu kerana terlupa minta alamat atau no taliponnya...

Alhamdullilah, akhirnya mission acomplished!

Ahh... kenangan indah!

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: