Saturday, July 25, 2009

UMNO perlu hero kecil

Semua orang tahu bahawa UMNO dan BN dalam keadaan defensive atau bertahan sejak pilihanraya tahun lepas. Telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana caranya mengembalikan kegemilangan Umno/BN.

Antara lainnya pindaan kepada perlembagaan parti, Indeks Pencapaian Utama (KPI), slogan satu Malaysia, kepimpinan baru dan transormasi ekonomi. Semua itu adalah di peringkat dasar dan diharapkan akan membuahkan hasil.

Pada masa yang sama, saya berpendapat di peringkat individu perlu ada anjakan pemikiran dan tindakan

Amat penting bagi setiap ahli MKT, setiap YB, setiap Ketua Bahagian dan AJKnya, setiap Ketua Cawangan dan AJKnya dan setiap ahli UMNO hendaklah buat kerja masing-masing, di tempat masing-masing, pada setiap masa, secara fokus dan tidak mudah gelabah, tidak mudah panik, tidak putus asa, tidak terpengaruh, tidak masuk hal org lain dan tidak sebar khabar angin.

Percayalah biar sekecil manapun kerja itu, akhirnya semua akan terkumpul menjadi ombak tsunami politik yang kali ini memihak kepada BN/UMNO. InsyaAllah!

Dalam erti kata yang lain, pada saat dan ketika ini, UMNO perlukan lebih ramai hero-hero kecil (maaf, mungkin boleh diumpamakan sebagai Cicakman) di kalangan Ketua Cawangan dan AJKnya, yang mampu mempertahankan parti dan kerajaan dan mematahkan hujah-hujah musuh di kedai-kedai kopi, di surau-surau, di bendang, di gerai-gerai, dalam JKKK, dalam JK Masjid, dalam Felda, di jeti-jeti nelayan, di dalam jabatan kerajaan dan dalam pejabat-pejabat swasta, kerana di situlah medan yang UMNO/BN kalah undi dan kalah semangat.

Kita perlu mereka-mereka ini LEBIH daripada hero-hero besar (maaf sekali lagi kalau saya umpamakan Superman-Seuperman) di kalangan menteri menteri, ahli MKT dan YB-YB yg bertarung di forum2, program2 debat dlm TV, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen!

Pertarungan politik untuk pilihanraya umum ke 13 nanti akan banyak berlaku di peringkat akarumbi lebih daripada di peringkat "corridors of power".

Sudahkah Umno/BN melahirkan hero-hero kecil ini?

Salam,

Dard.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9 comments:

  1. HAIYA LATO', APAMASAM HERO KISIL MAU LAHIR, KALO MAU LAHIR SAJA SUDAH DICANTAS OLEH ORANG LAMA YANG MEMANG MENTAH-MENTAH DITOLAK ORANG RAMAI.. GRADUATE YANG MASUK CAWANGAN PUN TIDAK DITERIMA. ITU PASAL UMNO DITOLAK OLEH 75% INTELEKTUAL..GUDLUCK JAK LATO'

    ReplyDelete
  2. salam Dard,

    hero-hero kecil memang telah lama ada dikalangan anggota UMNO. Malangnya, hero-hero kecil ini ada kalanya kurang disenangi hero besar..

    Memberi mereka peranan dan kepercayaan barangkali akan meningkatkan peranan mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk, pandangan Kilu dsokong. Cicakman tidak akan lahir jika Superman pun ambil jalan pintas, bunuh Cicakman sebelum m'ancam Superman.
    Cicakman tidak akan mampu bsuara di peringkat bawah jika Superman pun tidak menunjuk teladan yg betul. Bmana cicakman hendak bcakap soal ppaduan, jika superman pun blawan sama superman lain!

    ReplyDelete
  4. salam Datuk...

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara kita 2 orang ini. pada saya, sikap "AYAH2" dan "IBU2" perlu diubah. Insyallah UMNO pasti memperolehi kejayaan besar kelak.

    Kadang kala bila kita sudah senang sedikit kita akan terlupa untuk melihat rumput di bumi...inilah yang sering terjadi kepad pemimpin kita..tq

    ReplyDelete
  5. Salam YB..

    Saya rasa ada benarnya pandangan YB itu, cuma bagaimana nak memulakannya? kerana ahli-ahli parti diperingkat akar umbi..masih terikut-ikut dgn rentak pemimpin diatas...mendukung pemimpin tiada salahnya..tetapi menjadi assabiyah kp sesorang pemimpin sehingga gagal berfungsi sebagai hero-hero kecil sprti yg YB katakan itu....itulah yg jadi masalah.

    Di Peringkat Parlimen KB, perkara ini berlaku..hingga ada cawangan yg berjuang utk golongan pemimpin tertentu...dan menolak secara total pemimpin yg lain walaupun berada dalam kapal yg sama...

    Bagaimana hero2 kecil ini dapat menyampaikan mesej kp org lain.?

    Sekadar pandangan

    ReplyDelete
  6. UMNO perlukan 'hero kecil'..
    Yang besar ? :-)









    p/s: Merajuk..




    Pendirian Generasi Baru 1 Malaysia Tetap Sama:
    Rujuk >> Blog 1 Malaysia

    ReplyDelete
  7. Matlie Jani

    Salam,

    YB Dato' kita perlukan hero kecil tapi mestilah berjiwa besar...

    ReplyDelete
  8. salam datu..

    apa cerita perancangan untuk meletakkan screen besar di masjid kb.. dengar peruntukkan dah keluar tapi yang saya nampak hanya projector aje yang ada tapi tak le pakai juga...Aslie kat projek tu rm8 ribu aje..tu yang tak boleh buat yang gempak cikit....

    Tak kan dengan masjid pun kena pau juga...susah...

    ReplyDelete
  9. Susah lah Datuk, orng kecil mahu naik kalau superman tu buyuk dia mahu orang2 dia shj naik walaupun ada mcm perompak, pembunuh dan penagih.... mcm mana orang yg bijak sikit naik kalau ...pemilihan pun buyuk...

    semuga umno maju...walaupun tanpa cicakman yg iklas.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: