Friday, July 03, 2009

RM 1 billion peruntukan kepada pertanian Kota Belud

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1 billion untuk 5 tahun di Kota Belud. Saya amat mengalu alukannya.

Alhamdullilah, apa yang diperjuangkan melalui perbincangan oleh ahli-ahli Yang Berhomat BN (DUN dan Parlimen) dari Kota Belud dengan kerajaan membuahkan hasil. 

Ekoran daripada itu, saya telah meminta Kementerian Pertanian untuk menerangkan secara terperinci apakah perancangan atau sektor dan bidang yang akan dipilih oleh kementerian untuk membelanjakan peruntukan itu. Saya berharap peruntukan itu akan digunakan untuk memperbaiki infra dan sistem penanaman padi agar pendapatan petani akan bertambah. Begitu juga sektor perikanan dan getah harus tidak dilupakan.

Semalam saya berjumpa dengan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Rohani di Parlimen. Saya minta Kementerian Pertanian untuk memberi taklimat kepada saya dan YB ADUN-ADUN di Kota Belud untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini. Sekkurang kurangnya maklumat itu akan dapat kami salurkan ke akar umbi. Datuk Rohani setuju dengan cadangan saya itu.

Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Persekutuan kerana komited untuk memajukan sektor pertanian di Kota Belud.

DARD

4 comments:

  1. Rakyat Kota Belud tentu sekali gembira dengan pengumuman kerajaan Pusat itu. Kita sebagai rakyat berharap peruntukan sebegitu besar akan memberi kesan limpahan yang akan menjana ekonomi daerah tersebut. Sektor dan industri yang berkaitan dgn perladangan padi akan maju dan seterusnya memberi kesejahteraan kepada rakyat. cuma apa yang saya kesalkan ialah pengumuman tersebut sepatutnya dibuat pemimpin-pemimpin daerah itu samada ADUN, Ahli Parlimen, mahupun pemimpin daripada parti yang memerintah iaitu UMNO. Setidak-tidaknya rakyat melihat usaha pemimpin tempatan yang telah lama merancang projek berkenaan seperti Dato Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian Negeri atau MP Kota Belud sekarang.

    ReplyDelete
  2. Datuk...Kita orang kota belud amat mengharapkan peruntukan itu..tapi kalau setekat janji tak ada guna jugakan.kita harap maklumat itu menjadi kenyataan..tempat kita telalu
    amat jauh ketinggalan daripada pelbagai kemajuan dibandingkan
    di semananjung.Sebagai peringatan kepada datok...Saya dapat maklumat bahawa banyak permohonan projek penanaman getah di LTGS yang belum diluluskan.

    ReplyDelete
  3. Salam YB.Dato...
    Sekali lagi dato menunjukkan komitmen yg tinggi utk memajukan Kota belud. Memang SEJAHTERA KOTA BELUD!

    ReplyDelete
  4. YB datuk, saya selaku petani kota belud amat berbgga apabila kerajaan pusat mengumumkan peruntukan begitu banyak sekali. baru-baru ni, JPS kb telah meluluskan peruntukan RM 200 000 utk membina jalan ladang di TAUN GUSI KERANJANGAN sejauh 1 km melalui proses tender tetapi malangnya pelaksanaan jalan ladang tersebut amt mengecewakan. betullah cakap orang baru-baru ni peruntukan seratus ribu pelaksanaannya cuma 35 ribu saja. YB datuk, Perkara ni sehrusnya tidak lagi harus berlaku dalm zaman pemerintahan kita ni kalau kita mahu melihat masyarakat petani KB dan SABAH maju ke hadapan malah bukannya kontraktor, kakitangan kerajaan dan pemimpin bawahan ini yang maju. YB datuk, bolehlah datng sendiri melihat kerja yang telh laksanakan yang amat mengecewakn.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: