Friday, July 03, 2009

CURI LETRIK SERIUS DI SABAH

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Kegiatan jenayah mencuri bekalan
elektrik di Sabah serius yang antara lain berpunca dari kegiatan yang dilakukan
oleh pendatang tanpa izin, kata Pengarah Urusan Sabah Electricity Sendirian
Berhad (SESB), Ir. Baharin Din.
Beliau berkata turut berlaku kegiatan pemasangan talian elektrik secara
haram di kawasan setinggan.
"Tindakan undang-undang yang keras akan dikenakan terhadap mereka yang
didapati terlibat dengan perbuatan jenayah elektrik di negeri ini.
"Ini bagi memastikan mereka menerima `habuan'' yang setimpal seperti mana
juga kes-kes jenayah yang lain.
"Pada ketika ini pihak kami sedang giat membanteras kegiatan penyambungan
haram yang merupakan kegiatan yang sangat berbahaya kepada orang awam," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9 comments:

  1. Eya Datok...Saya rasa ini adalah masalah kita kerana terlalu bertoleransi dengan pendatang tanpa izin sehingga kita macam di injak-injak oleh mereka...Saya rasa datok tahu ada cadangan bagaimana cara yang lebih efektif untuk mengendali perkara ini.

    ReplyDelete
  2. HAI DATO" APA CERITA FUTSAL PANTAI EMAS? KENAPA DI SIMPAN DALAM KAWASAN PAGAR ADLI BIN HAJI PERLIN SEDANGKAN ADA PADANG SUKAN YANG DISEDIAKAN? KAMI BELIA2 PANTAI EMAS MOHON PENJELASAN..JANGAN MARAH HAA KALAU BN TUMBANG PRU13...

    ReplyDelete
  3. salam YB,

    Apasal masalah bangunan sk Tamau YB tak buat ulasan.

    Masalah Kuala Pintasan sebagai kawasan Agropolitan, sehingga buat laporan kat SPRM, SUHAKAM, tengok YB duduk relax aje, mana ulasannya...salleh yang tak da kena mengena yg kena urus pula..apa ceta..


    KAWASAN Daerah Kota belud macamana bekalan airnya...


    Apa projek yang YB bagi dekat Tempasuk...nak rujuk fail mcman..org kuat YB kat pjbt di KB banyak tunjuk lagak aje.. Mana idris nanti, tiap kali mau jumpa entah kemana.. org lain kita jumpa setakat janji sahaja..

    Sentiasa turun padang, setakat gmbr pegi Mantanani semua orang bole.. janji bagi projek kat org rm5 ribu, smpi kat org kuat YB tinggal rm3 ribu..diaorg tak da gaji ke...?

    ntahlah YB susah nak kat zaman YB ni.. Tk kn tak nak berubah...Kasihan kami di Tempasuk nie...

    ReplyDelete
  4. salam YB Datuk,

    mcmana kg2 di kawasan tempasuk, masi ada yg tiada bekalan talipon dan air barsih..

    ReplyDelete
  5. Salam,
    YB Datuk yang dikasihi, macam mana c Asli Parlin boleh letak Futsal di dalam kawasan pagarnya... apakah di Pantai Emas dia saja yang Datuk mau pelihara kah? Jadi kami ini yang mengundi Datuk macam mana, TIDAK APA LAIN TAHUN SURUHLAH ASLI BIN PARLIN MENUGUNDI YB SEORANG2...

    ReplyDelete
  6. Segimono / Tanpa Nama:

    Futsal:
    Futsal Pantai emas adalah untuk semua bukannya hak individu. Lokasi tidak penting kerana yang penting semua dapat menggunakannya dan prosedur diikut.

    Masalah air:
    Sedang diusahakan. Dua minggu yang lepas, saya telah berjumpa dengan Dato Shafie Afdal, Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah serta Ketua Setiausaha beliau.

    Saya telah serahkan kajian terperinci yang saya minta Jabatan Bekalan Air KB berkenaan keperluan air di KB. Kita sudah mempunyai loji air yang baru tetapi masalahnya ialah paip di KB rosak, lama dan berkarat serta bersaiz kecil. Ini tidak dapat menampung tekanan air yang tinggi dari loji baru tersebut. Stiap kali loji di Kg Bayayat itu dubuka sepenuhnya, paip akan pecah.

    Kos yang diminta ialah RM30 juta. Kalau ini dapat diberu, 80% kawasan berpenduduk KB akan mendapat air bersih.

    SK Tamau:
    Sedang diberi perhatian oleh PPD Kota Belud

    Masalah K.Pintasan:
    Saya telah membuat kenyataan dalam media berkenaan masalah ini. Saya juga telah meniliti tuntutan dan minit mesyuarat pihak yang membantah. Ada dua isu disini. Satu ialah bantahan terhadap pemindahan hak tanah kampung kepada individu-individu dan kedua ialah isu agropolitan.

    Saya telah minta supaya agroplitan diteruskan demi kebaikan rakyat kerana tanah yang dilibat adalah kecil dan pada dasarnya agropolitan tidak menjadi masalah.

    Soal pemindahan tanah itu, kita serahkan kepada SPRM untuk menyiasat kerana aduan telahpun dibuat.

    Komplain terhadap pegawai saya:
    Saya rasa kalau setakat kritikan tanapa menyebut contoh, saya tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Kalau mahu saya melihat kepada masalah ini, silalah gunakan nama sebenar dan hantar email kepada saya di mpkotabelud@yahoo.com Sesungguhnya orang yang bercakap benar tidak perlu takut untuk menonjolkan diri.

    Senarai projek: Tak payah retorik. Pergilah ke pejabat saya dan minta untuk melihat fail fail berkenaan. Kalau pegawai saya tidak benarkan, bagitahu saya secara langsung ok!

    Salam,
    DARD

    ReplyDelete
  7. salam Datuk,

    Terima kasih atas kesunggunhan datuk didalam membantu masyarakat Kota Belud. Saya sangat menghargai usaha Datuk...Saya doakan semoga segala perancangan datuk dalam membangunkan masyrakat kota belud terus berjaya...Saya belia kota belud berbangga dengan usaha YB Datuk.....buang yang keruh ambil yang jernih...thanks...

    ReplyDelete
  8. Matlie Jani
    Salam,

    Dato'...pagi tadi saya terbaca sebuah blog (www.belacansambal.blogspot.com) yang menceritakan penderitaan golongan janda2 terutamanya ibu2 tunggal di Kota Belud...mohon YB Dato' memberi sedikit pandangan...

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Dato,
    Apa cerita dengan penutupan sungai kg.Linau yang mana ianya mengalir dari sungai Tempasuk..DiTimbus terus dengan kongkrit-kongkrit besar sehingga mendatangkan masalah yang amat besar kepada penduduk kg. linau...Persoalannya siapakah yang meluluskan penutupan sungai tersebut? Adakah wakil rakyat sengaja tutup mata ataupun buat2 tak nampak? Sila beri penjelasan...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: