Friday, June 26, 2009

Nak Projek? Tanya Gurubesar/Pengetua dulu...

Salam, 

Pada majlis Hari Guru Daerah Kota Belud baru baru ini saya telah memberi kenyataan dalam ucapan saya bahawa mulai tahun depan (2010), saya akan memberi keutamaan kepada pemohonan individu melalui peruntukan ahli parlimen yang menyertakan surat perakuan dari gurubesar atau pengetua yang menunjukkan bahawa anak mereka tidak mempunyai masalah disiplin, ponteng atau buli di sekolah.

Saya bukan berniat untuk memberi kuasa kepada gurubesar atau pengetua untuk menentukan siapa dapat peruntukan dari saya. Malah saya juga tidak berniat untuk mewajibkan pemohon untuk merujuk kepada gurubesar dan pengetua sebelum mengemukakan permohonan. Tetapi inilah cara saya untuk memberi keadilan kepada mereka mereka yang betul betul berusaha untuk meletakkan pendidikan anak mereka sebagai perkara yang penting dalam hidup mereka.

Surat perakuan itu tidak boleh menyebut sokongan kepada pemohon dalam mendapatkan peruntukan ahli parlimen. Surat itu hanya memperakukan bahawa anak pemohon tidak mempunyai masalah disiplin seperti buli dan ponteng. Ianya perlu ditandatangan oleh gurubesar atau pengetua sahaja. Soal kecemerlangan dan prestasi akademik anak mereka tidak menjadi ukuran kepada saya buat masa ini. Yang perlu saya tahu hanyalah samada anak pemohon tidak mempunyai kes disiplin sepertimana yang saya sebut tadi. 

Perlu saya tegaskan sekali lagi bahawa surat sokongan dari JKKK dan Ketua Kampung masih perlu dan surat perakuan gurubesar atau pengetua yang saya maksudkan ini tidaklah wajib. Saya akan dan masih mempertimbangkan setiap permohonan berdasarkan merit (walaupun tanpa surat perakuan gurubesar dan pengetua)  tetapi surat perakuan itu tentunya akan memberi sedikit kelebihan kepada pemohon berbanding mereka yang tidak ada surat perakuan. 

Sebenarnya acapkali saya dapati pemohon yang tidak memperdulikan pendidikan anak mereka mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapat peruntukan hanya kerana mereka mempunyai ruang untuk mendekati saya. Ini perlu diubah!

Isu pendidikan sudah telalu banyak kali dibincang oleh semua pihak. Sudah tiba masanya kita meletakkan syarat kecemerlangan pendidikan sebagai landasan pertama untuk mendapatkan peruntukan dari saya. Kalau dulu surat sokongan JKKK atau Ketua Kampung penting untuk dilampirkan bersama, sekarang surat perakuan gurubesar dan pengetua juga dapat memberi kelebihan kepada permohonan mereka tersebut. 

Saya rasa saya perlu membuat keputusan ini agar semua pihak sedar bahawa pendidikan anak anak mereka amatlah mustahak dan menjadi prioriti nombor satu kepada mereka. Semoga pemdekatan baru ini dapat mengubah persepsi masyarakay terhadap peripentingnya pendidikan dalam kehidupan kita semua!

Sejahtera Kota Belud.

DARD

6 comments:

  1. Datok..yang dihormati

    Saya amat menyokong tindakan perubahan seperti ini..Apa yang
    lebih penting lagi mengenai pemberian projek ini ialah memberikan projek kepada individu yang benar-benar bertanggungjawab,hasil projek yang berkualiti,suka menolong rakyat,tak ada komen kontra dari pekerja, dan tidak terlibat
    dalam nama (kecil/besar) rasuah.

    Selamat berjuang...

    ReplyDelete
  2. Salam dato, satu idea yang baik untuk pendidikan. Tapi harus diingat, hubungan baik antara pemimpin tempatan dengan pengetua dan guru besar amat rapat. Setakat minta tolong buat surat pengesahan itu tidak ada masalah dengan sedikit wang kopi dari hasil projek. Barangkali saya fikir kita kembali kepada asas tujuan projek iaitu utk kemudahan rakyat. Takel masalah pendidikan melalui program kesedaran keluarga melalui agensi seperti KEMAS, BTN dan lain-lain agensi. Tentang projek parlimen, keutamaan projek mestilah ditentukan penduduk kampung tertentu dengan pemimpin kampung yang terdiri JKKK, ketua kampung, guru besar, ketua UMNO, mengadakan satu JK Khas menyenaraikan projek mengikut prioriti. Terpulanglah kepada MP memberi kepada mana-mana kontraktor. Yang penting projek, bukan siapa yang dapat. Ini mengelak politiking dalam pemberian projek. sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  3. apa pun kenyataannya hanya sepupu2 serta orang-orang datuk yang membolot projek, seperkara lagi bagaimana peruntukan untuk DUN tempasuk boleh ditarik ke DUN Usukan dan Kadamaian, kami adalah pengundi tegar UMNO tetapi sekarang kami sudah menjadi bijak buat pilihan... 3 tahun lagi pilihanraya!!!

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama @ 2:11 PM, Jun 29, 2009,

    Komen anda saya sudah baca. Tkasih.

    Saya telah beberapa kali mengatakan dalam blog dan ucapan saya bahawa semua projek peruntukan ahli parlimen adalah terbuka untuk di rujuk oleh sesiapa sahaja.

    Tuduhan yang dibuat oleh anda boleh di jawab dengan melihat fail-fail tersebut.Dlam fail terebut , saya senaraikan projek, pemohon, nama kontraktor dan lokasi setiap projek yangs aya luluskan. Dari situ , anda akan dapati bukan sahaja saya berlaku adil dengan memberi peruntukan kepada semua tempat, malah saya tidak menganaktirikan kawasan kawaan yang tidak mengundi BN dalam praya lepas.

    DARD

    ReplyDelete
  5. Tkasih sdra Musli.

    Pandangan yang baik.

    Saya cuma mahu mencar satu pendekatan baru dalam kriteria memberi projek kecil ini.

    Permohonan yang dibawa oleh JKKK, JK MAsjid, PIBG dan sebagainya tidak memerlukan surat perakuan itu kerana ianya dipphon oleh kumpulan masyarakat atau badan badan yang mewakili sekumpulan masyarakat.

    Yang saya maksudkan lebih kepada permohonan daripada individu yang meminta projek itu dan ini atas nama peribadi mereka. Saya mahu membantu mereka yang lebih peka kepada pendidikan anak mereka lebih dari yang tidak.

    Salam,

    DARD

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: