Thursday, May 28, 2009

Selamat Menyambut Pesta Menuai Dari Sydney

Salam,

Saya sekarang berada di Sydney Australia untuk menghadiri Seminar Parlimen Komanwel yang ke 21. Walaupun jauh saya ingin mengucapkan Selamat Pesta Menuai kepada semua penduduk kaum KDM di Kota Belud.

Saya di sini mewakili parlimen Malaysia. Saya adalah salah seorang panelis dalam salah satu sesi berkenaan peranan media dalam demokrasi.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar seminar tersebut:






















Banyak tajuk tajuk yang di bincangkan termasuk:


(1) Fungsi Ahli Parlimen
(2) Sistem Mengundi di Australia
(3) Fungsi Media Dalam demokrasi
(4) Sistem Jawatankuasa Parlimen
(5) Pentingnya Perdagangan Bebas
(6) Sistem Federalisma di Australia
(7) Ahli Parlimen dan Parti Politik
(8) Penyeliaan Proses Bajet Kerajaan
(9) Fungsi Pegawai Pegawai Parlimen
(10) Kesan Perubahaan Cuaca
(11) Akta Hak Asasi.

Selain dari Malaysia, peserta datang dari Cameroon, Mauritius, Namibia, Tanzania, Pakistan, Sri Lanka, Australia, Malta, UK, Canada, Kepulauan Caribbean, India, New Zealand dan Pulau Solomon. Peserta-peserta ini mewakili kerajaan dan juga pembangkang. Pembangkang dari Malaysia di wakili oleh YB Abd Isa Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Banyak yang dipelajari di sini terutamanya cara bagaimana untuk mendemokrasikan tatacara perjalanan parlimen.

Di Malaysia, majoriti perbahasan di Parlimen Malaysia rasanya terlalu emosi dan berpihak kepada parti masing masing . Kadang kadang ianya dipengaruhi oleh perasaan bukannya fakta.
Ramai ahli ahli parlimen mengambil pendekatan selamat dan sentiasa menyokong rang undang undang kerajaan jika mereka ahli BN dan sentiasa mengkritik jika mereka ahli pembangkang. Tidak banyak ruang untuk bersetuju kerana itu bermakna mereka terpaksa berkompromi pendirian parti masing masing.

Agaknya sistem "whip", yang sudah menjadi tradisi parlimen, yang diamalkan oleh pihak parti kerajaan dan pembangkang sedikit sebanyak menyumbang kepada keadaan ini.
Seperkara lagi yang saya rasa perlu diberi perhatian ialah dalam sistem parlimen kita sekarang ini, menteri menjawab soalan soalan yang diajukan oleh ahli parlimen pembangkang dan kerajaan. Ini kerana,tradisinya, menteri mewakili kerajaan dan sememangnya beliau bertanggung jawab untuk menjawab soalan soalan yang diajukan dalam Parlimen.

Cumanya saya rasa ada baiknya kalau pegawai pegawai kementerian juga diberi peluang untuk menjawab soalan soalan dalam Parlimen kerana mereka mungkin lebih arif dalam sesetangah isu isu yang berhubung kait dengan kementerian mereka. Contohnya, Ketua Setiausaha Kementerian tentunya lebih sesuai untuk menjawab jika soalan yang ditanya terlalu teknikal dan memerlukan penjelasan yang terperinci. Apatah lagi kalau menteri beliau baru saja menerajui kementerian itu.

Apa yang berlaku sekarang ialah Menteri akan menjawab soalan asal berdasarkan jawapan dan feedback dari pegawai pegawai kementerian. Tetapi apabila soalan tambahan diajukan (soalan ini tidak diberitahu dahulu kepada menteri dan hanya disoal selepas menteri menjawab soalan asal), jawapan yang diberi kadang kadang terlalu awam dan tidak menepati kehendak penyoal.
Saya faham bahawa dalam sistem Westminster, Menteri bertanggungjawab terhadap kementeriannya. Itu tak jadi masalah. Malah saya tidak bermaksud untuk meragut kuasa Menteri ataupun mahu pegawai kerajaan mengambilalih tugas dan tanggungjawab itu dalam proseding Dewan Parlimen.

Cadangan saya ialah untuk parlimen mengujudkan banyak lagi jawatankuasa parlimen bagi membincangkan isu isu penting berkenaan kementerian kementerian berkenaan. Masa mesyuarat jawatankuasa sebenarnya adalah diluar masa Dewan dan bukannya bermesyuarat dalam Dewan Parlimen.

Contoh ialah seperti mana yang dibuat oleh Jawatan Kuasa Kira Kira Wang Negara (Public Accounts Committee), di mana saya adalah ahlinya. Jawatan kuasa ini mempunyai kuasa untuk memanggil pegawai kerajaan untuk menjawab soalan soalan yang diajukan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pihak kerajaan dan pembangkang dan telah beberapa kali memanggil pegawai pegawai kerajaan seperti Gabenor Bank Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Pengarah Pelancongan Malaysia dan sebagainya. Malah kami pernah memanggil Ketua Angakatan Tentera Udara Malaysia untuk memberi keterangan. Setiap kali dipanggil pegawai pegawai kerajaan ini datang dengan pendekatan professionalisma mereka. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sentiasa memberi kerjasama kepada Jawatankuasa ini.

Dalam prosedur mesyuarat Jawatankuasa ini, banyak soalan yang ditanya oleh ahli jawatankuasa dan kami mendapat jawapan yang lebih terperinci. Dan oleh kerana kami tidak terlalu terikat dengan masa yang terhad seperti mana dalam prosedur biasa Dewan Parlimen, banyak bidang dapat difahami dan kami boleh menyoal soalan solan yang lebih substantif.
Malangnya tidak banyak jawatankuasa seperti ini yang diujudkan. Saya berharap Parlimen dapat menambah jawatankuasa seperti ini pada masa yang akan datang untuk memenuhi tuntutan memperkasakan Parlimen.

Salam,
DARD

4 comments:

  1. Terimakasih Datok..kerana sentiasa mengingati rakyatnya walaupun sibuk dengan tugas kerajaan malaysia di sydney,Australia terutama kepada bangsa KD yang menyambut "tadau tagazo do kaamatan".

    Mengimbas kembali berita Tv3 jam 8 semalam berkenaan dengan peruntukan kerajaan sebanyak 3 million di kota belud harap di gunakan sepenuhnya kepada kehendak rakyat terutama pengangkutan...rakyat mahu nilai daripada hasilnya.

    Selamat berjuang Datok...

    ReplyDelete
  2. tahniah yb, cadangan yang bernas. harap sangat dewan undangan negeri juga mempunyai jawatankuasa yg sama dan segala keputusan disiarkan di akhbar tempatan supaya rakyat khusunya sabahan dapat informasi yang lebih dalam tindakan kementerian negeri

    ReplyDelete
  3. Tahniah YB.Dato'..

    ReplyDelete
  4. Tahniah YB.Dato' krn menjadi wkil parlimen Malaysia ke seminar Parlimen Komanwel di Sydney..dan menjadi panelis dalam seminar tersebut..saya berbangga dengan kemampuan dato'. Sekurang-kurangnya dato' sudah ada bayangan bagaimana mendemokrasikan tatacara persidangan parliman di Malaysia...Gambar2 dato' pun handsome betul...10x handsome banding wakil dari Comeroon. Mauritus,Tanzania,kepulauan Solomon,Namibia,Malta dll....tapi syg...kalau dato pakai pakaian Bajau-Sama masa seminar tu...laga lawa!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: