Friday, May 22, 2009

Catatan Lawatan ke Pulau Mantanani 21hb Mei 2009.

Hari ini saya bersama rombongan pejabat ahli parlimen dan jabatan jabatan kerajaan persekutuan melawat pulau Mantanani.

Saya amat berterima kasih kepada penduduk di sana kerana walaupun semasa waktu kempen pilihanraya tahun lepas, saya tidak dapat meluangkan masa untuk kesana kerana kesuntukkan masa.

Namun penduduk di sana mengundi calon calon BN dengan penuh keyakinan bahawa BN mampu memperjuangkan masa depan mereka. Terima kasih penduduk Mantanani!! Saya hadiahkan dua buah pantun kepada mereka!

1. Lembu KB meragut rumput. Rumput diragut berguni2. Sokongan Mentanani tak pernah luput. Dalam kenangan terus abadi.

2. Rumput diragut berguni2. Guni diguna menyimpan beras. Dalam kenangan terus abadi. Hanya Allah sahaja dapat membalas.

Dalam masa setahun ini , saya telah luluskan beberapa projek di sana antaranya ialah 2 khemah pasang siap, kerusi sebanyak 200 buah, pembaikan sekolah berjumlah RM90 ribu, melengkapkan keperluan masjid dan membaiki 5 buah rumah bernilai RM70 ribu.

Saya kesana menaiki helikopter. Bukannya nak menunjuk nunjuk tetapi saya adalah antara 14 ahli parlimen Sabah yang diberi peluang untuk menggunakan helikopter sepanjang tahun ini - ehsan jabatan pembangunan negeri Sabah.

Sewaktu menghampiri pulau Mantanani melalui udara, saya melihat keindahan pulau itu cukup luarbiasa. Airnya begitu jernih dan berwarna hijau biru. Pemandangan dari udara seolah olah saya melihat syurga dunia. Cantik sungguh!!

Malangnya apabila saya mendarat dan melawat kawasan pantai, saya dapati sampah sarap yang begitu banyak. Saya bagitahu JKKK dan Ketua Kampung, kalau mereka mahu saya luluskan projek masa akan datang, saya mahu pantai itiu bersih dari sampah sarap. Mereka akur.

Dalam pada saya berucap dalam majlis ramah mesra di situ, tiba tiba orang ramai berteriakan dan belarian. Saya tergamam seketika. Kenapa hadirin saya berkeliaran ke sana kemari? Rupa rupanya, sebuah rumah sedang terbakar. Kami semua bergegas kesana. Oleh kerana rumah itu kayu, api marak begitu cepat. Air pula susah nak dapat. Apa yang terfikir oleh saya ialah memastikan pertama tidak ada nyawa yang terkorban. Kedua, rumah rumah bersebelahan tidak terbakar sekali.

Alhamdullilah, setelah lebih kurang 15 minit, api reda. Saya luluskan bantuan kilat berupa sebuah rumah dan wang ringgit. Sekurang kurangnya mereka dapat kurangkan bebanan.

Saya juga melawat seorang tua yang sakit dan kudung tangan. Kakinya pun nampak patah dan penuh dengan bekas luka yang masih belum sembuh. Saya merasa sayu melihat keadaan orang tua itu. Apatah lagi tinggal terbaring dirumah kecil berdindingkan zink buruk.

Dengan perasan sedih saya menghampiri beliau dan bertanya apa sebabnya dia dalam keadaan begitu. Apabila beliau menjawab dia kudung tangan dan sakit begitu kerana bom ikan meletup ditangannya sebelum dia dapat mencampaknya kelaut, perasaan sedih bertukar menjadi marah dan kesal.

Marah kerana bom ikan merosakkan terumbu karang dan memusnahkan kehidupan ikan dan hidupan laut yang lain. Ianya juga adalah salah disisi undang undang! Kesal kerana biarpun berkali kali kerajaan mengingatkan bahaya bom ikan, ada lagi orang yang tidak pedlikan langsung nasihat itu. Akhirnya yang menerima padah adalah beliau itu sendiri.

Keluarga dia juga merana kerana sudah tidak ada yang mencari nafkah untuk mereka dan ditambah pulak bebanan perubatan beliau yang tinggi. Saya tinggalkan keluarga itu dengan perasaan yang bercampur campur.

Saya amat kagumi penduduk pulau Mantanani kerana mampu hidup berdikari walaupun jauh dari tanah besar.
Cuma mereka minta supaya: SESB dapat memanjangkan tempoh bekalan letrik janakuasa diesel yang sekarang ini hanya beroperasi selama 12 jam dari 6 petanh hingga 6pagi. Saya hairan kenapa ada makmal komputer, tapi bekalan letrik hanya 12jam sebelah malam saja.

Saya juga dapati mereka tidak dapat manafaat dari kunjungan pelancong luar negara yang datang ke situ. Ini kerana mereka tidak ada kemahiran untuk menghasilkan kraftangan atau cenderahati yang boleh dijual kepada pelancong yang datang.

Saya teringat keadaan di kawasan "ghetto" di Afrika Selatan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka mempunyai kemahiran untuk membuat produk pelancongan hasil tangan mereka. Kenapa penduduk mantanani tidak berusaha kearah itu?

Saya bincang dengan pengarah Kemas Sabah yang ikut serta dalam rombongan saya, kalau boleh biarlah Kemas adakan kursus kemahiran seperti itu. Pengarah Kemas kata dia akan cuba tengokkan. Harap harap Kemas boleh buat.

Dalam pernerbangan balik, saya minta pilot helikopter untuk ke Kota Belud kerana saya mahu melihatnya dari udara. Pemandangan dari udara sekali lagi amat menguja perasaan. Dari kaki gunung kinabalu yang serba hijau dan segar, ke pantai yang putih melepak dan mengasyikkan, ke tanah rata yang subur dan penuh dengan tanaman, Kota Belud menjanjikan peluang dan potensi yang cukup banyak kepada sesiapa yang mahu berusaha.

Dengan keberangkalian keberangkalian yang ada pada kelebihan Kota Belud ini, saya ingin bertanya kepada penduduk Kota Belud, apakah mereka sanggup untuk kerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup mereka - tepuk dada tanya selera.

Salam,

DARD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 comments:

  1. orang mengebom ikan bukanlah kerana ia suka mengebom ikan. Sebabnya di pinggir pantai dah tak ada ikan seperti dulu kerana unjam dan tukun yang mereka bina dimusnahkan oleh nelayan pukat tunda, yang menangkap ikan di kawasan berdekatan pantai. Ini yang patut diteliti

    ReplyDelete
  2. masyarakat binadan atau ubian tradisinya nelayan dan mengambil masa berkurun utk didik mereka menghasilkan kraftangan atau bercucuk tanam. Kemas akan kecewa. saya cadangkan kembangkan industri tradisi mereka dengan barangkali mengajar mereka memelihara ikan sangkar atau downstream hasil laut secara komersial. ada diantara mereka export ikan masin, udang kering ke Brunei tapi skala kecil. perlu juga mereka dididik untuk jaga kebersihan dan buat homestay. beri peruntuk kepada 2 atau 3 rumah sbg pilot projek homestay, dan beri promosi. harap cadangan dipertimbangkan. tkasih MP kerana prihatin dgn rakyat pulau mantanani

    ReplyDelete
  3. syabas datuk kerana begitu prihatin dengan masyarakat mantanani. namun begitu, saya minta datuk supaya dapat membantu seorang penduduk kg. sayap kota belud
    bernama en. Gunsanad yang hidup dalam keadaan serba daif dan keadaan beliau yang sakit. keadaan rumahya sangat daif iaitu berlantaikan tanah dan tidak ada bilik.beliau juga mempuntia beberapa anak untuk dibesarkan. harapan agar datuk dapat menolong beliau.trima kasih.

    ReplyDelete
  4. syabas datuk kerana begitu prihaecil untuk tin dengan masyarakat kota belud khasnya. saya memohon agar datuk dapat membantu seorang penduduk kg. sayap yang bernama en. Gunsanad. keadaan rumah beliau sangat daif hanya berlantaikan tanah dan terlalu kecil dan tidak mempunyai bilik untuk mereka tinggal.En. Gunsanad juga sakit dan hanya bergantung sepenuhnya kepada isterinya untuk perbelanjan keluarga.terima kasih datuk kerana begitu prihatin.Thank you so much. May God bless u in whatever you do and where ever you go.

    ReplyDelete
  5. saya setujuh dengan pandangan en.musli oli. Bagi potensi yang dapat dilihat pada kota belud pasti salah satunya adalah penanaman padi secara sistematik. Bagaimana sistemnya itu saya tak tahu pula tapi bagus juga kalau DARD dapat melawat Vietnam dulu kalau-kalau ada yang dapat dicontohi dari negara itu yang mungkin dapat disuaikan di kota belud ini.

    ReplyDelete
  6. Kenapa hairan dengan keadaan penduduk Mantanani? Sekarang dah 2009, keadaan penduduknya demikian, bayangkan 40 atau 50 tahun yang lalu. Pengundi Mantanani dari dahulu kala adalah pengundi kerajaan, dari zaman USNO hingga sekarang, biasalah apabila menjadi penyokong kuat, maka tidak akan di majukan.Coba tengok bandar, disalutkan emaspun, tetap sahaja undi lawan kerajaan. Janganlah kata soal Mantanani, lawat saja kampung-kampung yang berhampiran,keperluan air minumpun tak ada, sedangkan wakil rakyatnya senantiasa minum air mineral non jauh mungkin di coffee bean, starbucks, atau paling tidak kopitiam. Apabila ada pilihanraya, buat janji lagi demikianlah seterusnya

    ReplyDelete
  7. Dear DARD, Pekan Kota Belud ibarat bottleneck ... roundabout depan police station tidak logik ... baik buat flyover ... at least flyover boleh jadi talking point tentang KB ... boleh jadi penarik itu pelansung :)

    You r now da man. Plis do better!

    ReplyDelete
  8. Trma ksh YB atas keprihatinan terhadap penduduk Pulau Mantanani. Cuma saya terkilan dengan penggunaan nama BINADAN oleh saudara Musli Oli terhadap suku bajau ubian. Sepatutnya saudara sebagai salah seorang barisan pemimpin dalam USBO lebih memahami rumpun bajau. Suku bajau ubian adalah berlainan sama sekali daripada suku Bajau Binadan. Untuk makluman saudara di Pulau Mantanani tidak terdapat suku kaum Bajau Binadan. Correct me if I'm wrong.tq.

    ReplyDelete
  9. 2 buah khemah,200 kerusi,pembaikan sekolah dan pembaikan 7 buah rumah?? Itu sahaja sumbangan yang mampu beri dan banggakan.YB dipilih menjadi wakil rakyat kerana rakyat percaya YB mampu membela nasib mereka. Tetapi jika hanya inilah kemampuan YB selama beberapa tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat,ada harus pada PRU akan datang YB akan jatuh. Sepatutnya di Pulau Mantanani,YB harus mewujudkan satu sumber ekonomi yang boleh membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Itulah peranan YB dan kerajaan BN, kerana mereka di sana tidak berpelajaran tinggi dan kurang berkemampuan untuk memulakan sesuatu.
    Jgn asyik bercakap di Parlimen tetapi rakyat terbiar. Masa untuk mengumpan rakyat dengan beras dan tangki gas sudah berlalu YB. Klu tidak berkemampuan membela rakyat,beri laluan kepada orang yang lebih berkelayakan,mempunyai kesungguhan dan berjiwa rakyat. Jangan hanya bangga ke sidang parlimen dengan memakai blazer.

    ReplyDelete
  10. Selagi pengerusi jkkk pulau mantanani hj jaffawil ismail dan imam kg adalah adiknya hj kennedy ismail selagi itulah pulau mantanani tidak akan maju. Kedua-dua adik beradik ini tinggal di kuala abai.bagaimana seorang imam khariah menjalankan tugas hanya pada solat hari raya sahaja?sdgkn beliau di bayar gaji untuk tugas- tugas harian imam yg lain.begitu juga dgn jaffawil.kedua- dua mereka tidak mahu orang pulau mantanani lebih maju daripada mereka, kerana khuatir kedudukan politik mereka tergugat.mereka lebih suka penduduk pulau hidup dlm kemiskinan supaya mudah utk mereka tindas.setiap bantuan yg disalurkan melalui mereka oleh kerajaan akan mereka utamakan kaum keluarganya.jika bantuan berlebihan,beliau lebih rela bantuan disekat lebih awal daripada diterima penduduk kg.kepada wakil rakyat kota belud yg membaca komen ini tolong berbuat sesuatu untuk menamatkan monopoli mereka.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: