Sunday, April 05, 2009

Bukit Gantang - tempat "terpanas" di Malaysia

Setelah berada di Bukit gantang selama seminggu, saya menerima banyak lapuran bahawa peluang untuk BN memenangi kerusi ini bertambah baik.

Secara peribadi saya rasakan bahawa peluang BN masih lagi ditahap 50/50.

Ada beberapa isu lagi yang perlu di selesaikan menjelang hari mengundi seperti pengundi luar, pemantauan semasa hari mengundi terutamanya sistem membawa pengundi ke tempat mengundi dan sebagainya.

Begitu juga saya rasakan, masa kempen mungkin tidak cukup untuk meyakinkan pengundi bukan melayu terhadap keikhlasan BN untuk memperjuangkan nasib mereka kerana setiap malam, Pakatan Rakyat berceramah untuk memberi gambaran bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang paling korup, zalim dan menindas rakyat terutamanya bukan Melayu.

Walaubagaimana pun, faktor yang memihak kepada BN banyak. Calon BN adalah asal anak tempatan. Isu derhaka kepada Sultan juga sedikit sebanyak memihak kepada BN. Track record pembangunan oleh BN tidak boleh dinafikan.

Ramai penganalisa politik mengatakan bahawa keputusan pilihanraya di Bukit Gantang ini akan menjadi referendum terhadap kepimpinan BN negeri Perak dan juga Perdana Menteri yang baru. Tetapi hakikatnya menang atau kalah BN di kawasan ini tidak mengubah apa apa imbangan kuasa kerajaan BN di DUN Perak dan Parlimen Malaysia.

Kepada jentera BN perlu di ingatkan untuk berdisiplin dan menunjukkan komitmen serta fokus pada hari mengundi nanti. Suka atau tidak, gerak kerja jentera BN pada saat saat terakhir itu akan menentukan menang atau tidak BN.

Salam,
DARD
Bukit Gantang, Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Selamat sejhtera Dato,
    Setelah melihat keputusan pilihanraya di 2 bukit dengan kekalahan BN oleh PR ternyata rakyat menolak amalan kerajaan sekarang walaupun kemasukan kembali mantan perdana menteri Tun Mahadir Mohd ke dalam umno.Mengikut kajian saya PR13 akan datang sabah akan mengalami sunami politik yang teruk kerana beberapa sebab:

    1.kajian ke atas 200 orang pekerja sabah di singapura dan johor hanya 4 orang yang menyokong kerajaan sekarang.

    2.Rata-rata daripada mereka ini menyatakan "BN gagal dah nak kalah baru nak minta restu rakyat.Sudah bertahun-tahun di beri peluang memerintah tapi masih bawa lambang gagal"

    3.Mereka mengangap kerajaan BN terlalu banyak rasuah bukan saja di kalangan umno tapi komponen2 BN yang lain.SPRM pula tidak adil terhadap sesuatu isu.

    4.Pembangunan di sabah jauh ketinggalan di bandingkan dengan di semenanjung dan sarawak.

    selain sebab2 seperti yang di sebut di atas banyak lagi isu-isu lain
    yang mungkin menyababkan sunami tersebut seperti isu pandatang asing,isu pemimpin,isu diskrimanasi dalam peluang pekerjaan dan isu tanah rakyat.

    Harap komen ini dapat membantu..

    ReplyDelete
  2. pendatang tanpa izin Si Najib cakap operasi,operasi apa hangat hangat tahi ayam tengok yang bakar bendera sabah apa tindakan susulan (tiada) sekarang baru tunduk dgn rakyat konon tidak tau malu...harap harap bertukar la kerajaan di PR 13 nanti kasi chance PR memerintah

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: