Thursday, March 05, 2009

DAULAT TUANKU :Sumpah Menjunjung Setia...

Bacaan Ikrar oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysaia, sempena program Menjujung Setia - Daulat Tuanku. 6,000 orang ahli pemuda berada dalam dewan tersebut. Pemuda begitu bersemangat!

4 comments:

  1. HAJI NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI12:52 PM, March 07, 2009

    Kepada:
    Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

    Cabaran Debat Isu Siapakah Sebenarnya Pendehaka Kepada Sultan

    Perkara di atas adalah dirujuk.

    Saya sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Saudara sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam isu siapakah sebenarnya pendehaka kepada Sultan.

    Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Saudara dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

    Saya berharap YB Saudara dapat memberikan jawapan bila-bila masa jika benar ikhlas untuk menyelesaikan isu ini.
    Sekian, terima kasih.

    Yang menjalankan amanah;

    HAJI NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI
    Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

    s.k ; Setiausaha Agung PAS

    ReplyDelete
  2. salam yb,
    pertama kali saya menjengok ke blog ini, dari blog list dato kk pilah.... tahniah dato'.
    buat sesuatu pasti masa akan menilai.

    ReplyDelete
  3. DARD, memang bagus cadangan tersebut dan ianya juga memadai jikalau mana2 MP yang tidak bersopan diminta menghadiri kursus tersebut, tetapi, kita juga mesti adil supayda tiada keistimewaan diberikan kepada sesiapa pun. Kesemua MP2 samada daripada BN atau PR mesti mengikuti kursus tersebut jikalau didapati membuat kesilapan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sahabatku Dato Rahman, saya berharap agar cadangan saya dibawa ke atas untuk tindakan sewajarnya terima kasih -ezan

    Nama: NUR MOHD EZAN BIN TAIB (Warga Petaling Jaya Utara)
    Email: ezantaib@yahoo.com

    Tajuk: Cadangan Perlaksanaan Program “Muafakat Bela Negara” (MBN)
    Kepada: YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO Malaysia
    Tarikh: Isnin, 30 Mac 2009

    Assalamualaikum YAB Dato Sri,
    1. Tahniah diatas pemilihan sebagai Presiden UMNO Malaysia ke 7 bersama-sama dengan jawatankuasa yang baru di semua peringkat. Semoga ALLAH SWT memberkati kepimpinan YAB Dato Sri menerajui UMNO dan Barisan Nasional demi agama, bangsa dan negara (Amanah Rakyat).

    2. Dalam usaha untuk mengukuhkan keyakinan Rakyat memenangkan Kerajaan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak, saya mengesyorkan agar satu pelan tindakan bersepadu secara “Fast Track” dilaksanakan iaitu Program Muafakat Bela Negara (MBN).

    3. Sebagai permulaan, UMNO dan Barisan Nasional di peringkat akar umbi secara konsisten mendampingi masyarakat setempat dengan jaringan sokongan lebih 20,000 cawangan UMNO bertindak sebagai “Community Focal Point”. Ketua-ketua cawangan UMNO dengan kerjasama Badan NGO tempatan boleh bertindak sebagai Wakil Komuniti supaya segala permasalahan dan kritikan kepada Kerajaan akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hakikatnya, kita kekurangan “grassroots watchdogs”. Wakil Rakyat yang dipilih wajib dipertanggung-jawabkan jikalau mereka gagal menjalankan tugas mereka menerusi Program MBN ini (Check and Balance).

    4. Objektif Program MBN meliputi 3 skop utama iaitu Sosioekonomi, Belia dan Hubungan Kaum dimana Kerajaan perlu menekankan keberkesanan saluran komunikasi secara lansung dan tidak lansung dalam menerangkan kepentingan permuafakatan dalam membela negara menghadapi krisis ekonomi global masakini. Sudah tiba masanya Kerajaan bertindak tegas dalam 3 tahun akan datang untuk memastikan bahawa Rakyat tidak lagi terpengaruh kepada fitnah dan tohmahan anasir jahat untuk menimbulkan anarki didalam negara untuk kepentingan peribadi mereka. Ini akan membolehkan Rakyat menyedari reality semasa dalam membezakan antara kebenaran dan kepalsuan (Effective Line of Communication).

    5. Saya mencadangkan agar Program MBN memperjuangkan Sosioekonomi dari sudut pembangunan usahawan (Entrepreneurship) dimana ramai pekerja yang diberhentikan oleh majikan tidak mempunyai punca pendapatan yang kedua. Malah ramai diantara mereka sudah berkeluarga dan terkesan oleh inflasi dan perbelanjaan isi rumah yang meningkat. Walaupun mempunyai simpanan wang, mereka hanya mampu untuk “Kais pagi makan pagi Kais petang makan petang”. Menerusi Program MBN, masyarakat setempat yang terjejas tanpa mengira Melayu, Cina, India dan lain-lain boleh didedahkan untuk bergiat dalam pembangunan usahawan sebagai “stop gap measure” sementara menunggu ekonomi pulih membolehkan suama-isteri untuk mendapatkan pekerjaan tetap dikemudian hari. Jikalau mereka tidak ada kemampuan untuk menjadi usahawan, Program MBN dengan kerjasama Kerajaan dan Badan NGO boleh membantu mengesyorkan perkerjaan sementara (Part Time).

    6. Saya juga mencadangkan agar Program MBN memperjuangkan Belia dari sudut latihan (Skills) dimana ramai siswazah yang menganggur diberi peluang untuk bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya pendidikan dan kebajikan. Menerusi Program MBN ini, golongan belia akan berkhidmat mengendalikan kelas tuisyen kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah serta membantu golongan OKU dan Warga Tua. Disamping itu, perkhidmatan “Children Sitter” akan membolehkan ibu-bapa yang tidak berkemampuan untuk mencari nafkah tanpa membelakangkan anak-anak mereka. Bagi belia yang dikenali sebagai “Bloggers”, Program MBN menyediakan platfom kepada mereka bertindak sebagai Mentor Generasi Muda ICT menegakkan keadilan dan kebenaran secara konstruktif khususnya perlaksanaan dasar kerajaan dalam membela Rakyat tanpa mengira kaum dan agama (1Malaysia).

    7. Saya akhirnya mencadangkan agar Program MBN memperjuangkan Hubungan Kaum dari sudut komuniti bersama (Sense of Belonging) dimana penduduk Melayu, Cina dan India bekerjasama dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati. Program MBN ini akan membolehkan masyarakat setempat merapatkan tali silaturrahim menerusi aktiviti gotong-royong dan kebudayaan sepanjang masa dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Badan NGO berkaitan. Dalam masa yang sama, Konsep Dasar Ekonomi Baru juga perlu diterangkan secara holistik supaya masyarakat bukan melayu akan sedar bahawa kejayaan melayu bergantung kepada sokongan bukan melayu menerusi “Smart Partnership”. Malah ia perlu dikembangkan supaya membolehkan Usahawan Malaysia berjaya ke persada global.

    8. Walaupun kami sedar bahawa betapa perlunya “Political Will” untuk memenuhi hasrat akar umbi yang kini lebih cerdik dan kritikal, ia juga memerlukan strategi yang berkesan serta para pelaksana yang ikhlas dan berwibawa untuk menjayakannya. Ramai pemimpin mengambil jalan mudah untuk menjadi popular melalui demonstrasi anti kerajaan dan rhetorik janji manismu untuk meraih simpati rakyat. Adakah UMNO dan Barisan Nasional mampu mengambil tindakan susulan yang “Decisive” dalam masa 3 tahun ini? Jawapannya terletak di tangan YAB Dato Sri Najib selaku nakhoda. Silap percaturan akan menyebabkan kehilangan terus keyakinan Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu, janganlah persiakan harapan kami YAB Dato Sri menyelamatkan negara dengan berbekalkan legasi Allahyarham YAB Tun Abdul Razak dan para pemimpin terdahulu (Coherent Team Effort).

    9. Oleh yang demikian, YAB Dato Sri secara bijaksana harus menstruktur semula jentera UMNO dan Barisan Nasional demi membuktikan keikhlasan pucuk pimpinan memperjuangkan nasib bangsa dengan meramaikan golongan belia, professional dan intelek untuk berjuang bersama-sama dalam satu barisan. Kita memerlu ramai pejuang yang berkualiti terdiri daripada yang berjawatan dan tidak berjawatan dalam parti untuk memastikan kejayaan mutlak. (Quality amongst the Quantity).

    10. Akhir kata, UMNO telah memerintah selama 50 tahun secara berpasukan dengan parti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PPP dan Parti Komponen BN yang lain. PRU12 telah memberi “wake up call” kepada YAB Dato Sri dan rakan-rakan bahawa Rakyat, Parti dan Kerajaan perlu berganding bahu dalam erti kata sebenar untuk meneruskan kesinambungan dengan mengaplikasi strategi dan pendekatan Abad-21 menerusi Program “Muafakat Bela Negara” (MBN) “designed to complement existing measures and engagements”. Saya dan rakan-rakan seperjuangan diperingkat akar-umbi mendoakan agar YAB Dato Sri berjaya kelak (Amin Ya ALLAH).

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam,
    Nur Mohd Ezan bin Taib PJK
    Warga Petaling Jaya Utara

    Isnin, 30 Mac 2009

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: