Saturday, November 15, 2008

500 RIBU RINGGIT PERUNTUKAN PARLIMEN KOTA BELUD TELAH DILULUSKAN OLEH KERAJAAN - ABDUL RAHMAN

500 RIBU RINGGIT PERUNTUKAN PARLIMEN KOTA BELUD TELAH DILULUSKAN OLEH KERAJAAN - ABDUL RAHMAN

ABDUL RAHMAN - PROGRAM HOMESTAY MAMPU MENJANA EKONOMI PENDUDUK LUAR BANDAR

ABDUL RAHMAN - PROGRAM HOMESTAY MAMPU MENJANA EKONOMI PENDUDUK LUAR BANDAR

ABDUL RAHMAN LAWAT MANGSA ANGIN RIBUT DI TIGA BUAH KAMPUNG DI KOTA BELUD

ABDUL RAHMAN LAWAT MANGSA ANGIN RIBUT DI TIGA BUAH KAMPUNG DI KOTA BELUD

JKKK,KK DIMINTA HANTAR SENARAI NAMA IBU TUNGGAL DAN ORANG KURANG BERKEMAMPUAN DI PEJABAT PARLIMEN KOTA BELUD SEGERA

JKKK,KK DIMINTA HANTAR SENARAI NAMA IBU TUNGGAL DAN ORANG KURANG BERKEMAMPUAN DI PEJABAT PARLIMEN KOTA BELUD SEGERA

90 RIBU UNTUK BAIKI JALANRAYA DI KG.PITURU,KOTA BELUD

90 RIBU UNTUK BAIKI JALANRAYA DI KG.PITURU,KOTA BELUD

BELIA PERLU UBAH SIKAP JIKA INGIN MAJU - ABDUL RAHMAN

BELIA PERLU UBAH SIKAP JIKA INGIN MAJU - ABDUL RAHMAN

ENAM GELANGGANG SERBAGUNA BELIA AKAN DIBINA DI KOTA BELUD

ENAM GELANGGANG SERBAGUNA BELIA AKAN DIBINA DI KOTA BELUD

EMPAT WAKIL RAKYAT KOTA BELUD SALUR BANTUAN

EMPAT WAKIL RAKYAT KOTA BELUD SALUR BANTUAN

ABDUL RAHMAN BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK KG. SEMBIRAI, KOTA BELUD

ABDUL RAHMAN BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK KG. SEMBIRAI, KOTA BELUD

IMARAHKAN MASJID BILA-BILA MASA - ABDUL RAHMAN

IMARAHKAN MASJID BILA-BILA MASA - ABDUL RAHMAN

PERUNTUKAN PARLIMEN AKAN DIAGIHKAN SAMA RATA - ABDUL RAHMAN

PERUNTUKAN PARLIMEN AKAN DIAGIHKAN SAMA RATA - ABDUL RAHMAN

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD SUMBANG KERUSI RODA

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD SUMBANG KERUSI RODA

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD LULUSKAN 160 PERALATAN KATERING

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD LULUSKAN 160 PERALATAN KATERING

LEBIH 3000 UMAT ISLAM MEMBANJIRI MASJID PEKAN KOTA BELUD

LEBIH 3000 UMAT ISLAM MEMBANJIRI MASJID PEKAN KOTA BELUD

KEMAS BERUPAYA BAWA PERUBAHAN - ABDUL RAHMAN

KEMAS BERUPAYA BAWA PERUBAHAN - ABDUL RAHMAN

ABDUL RAHMAN - BN SABAH DESAK TUNAI TUNTUTAN

ABDUL RAHMAN - BN SABAH DESAK TUNAI TUNTUTAN

ABDUL RAHMAN TEMUI PERSATUAN TIONG HWA KOTA BELUD

ABDUL RAHMAN TEMUI PERSATUAN TIONG HWA KOTA BELUD

ABDUL RAHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KWAPM SMK KOTA BELUD

ABDUL RAHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KWAPM SMK KOTA BELUD

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD TINJAU MASALAH RAKYAT

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD TINJAU MASALAH RAKYAT

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD LAWAT WARGA TUA SAKIT

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD LAWAT WARGA TUA SAKIT

LEBIH 40 PROJEK BERNILAI RM 300 RIBU RINGGIT DILULUSKAN DI KADAMAIAN

LEBIH 40 PROJEK BERNILAI RM 300 RIBU RINGGIT DILULUSKAN DI KADAMAIAN

Perbahasan Parlimen (klik disini)

Berikut adalah perbahasan YB Dato' Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud, semasa membahaskan belanjawan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah peringkat Jawatankuasa.

Untuk makluman Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah memohon sebanyak RM3,821,850,600 di mana sebanyak RM1,041,195,600 adalah untuk belanja mengurus, RM2,681,655,000 untuk belanja pembangunan dan RM99,000,000 untuk pinjaman. Setiap ahli parlimen diberi 10 minit untuk membahaskannya.

YB Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil peranan dalam perbahasan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, saya rujuk kepada P.22 Butiran 030200 (RM110,400,000) - Pendidikan Pra - Sekolah.

Saya dapati di negeri Sabah terutamanya di kawasan saya Tuan Pengerusi ialah masalah dari segi pengambilan tanah tapak untuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh orang kampung ataupun pemimpin-pemimpin tempatan di kampung untuk menubuhkan sekolah-sekolah pra sekolah Tabika KEMAS ini. Saya ingin bertanya sama ada kementerian ada mempunyai satu gerakan yang teratur untuk meminta kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan tapak-tapak, menjadikan tapak untuk membina Tabika KEMAS ini.

Seperti mana yang kita tahu, pendidikan pra sekolah ini amat penting. Baru –baru ini saya telah diberitahu oleh pegawai-pegawai KEMAS di daerah Kota Belud bahawa masalah yang terbesar ialah pengambilan ataupun kawasan yang perlu di ambil untuk menyediakan tapak untuk pembinaan Tabika KEMAS ini.

Kemudiannya, saya ingin merujuk juga kepada butiran 01700 – Bekalan Elektrik Luar Bandar (RM160,000,000) dan juga bersama dengan 02000 – Bekalan Air Luar Bandar (RM90,000,000) yang ada berhubung kait dengan negeri Sabah iaitu 01703 dan 02003.

Tuan Pengerusi daerah Kota Belud adalah salah satu daerah yang termiskin di negeri Sabah dan negeri Sabah adalah salah satu negeri yang termiskin. Jadi, by extension dengan izin, daerah Kota Belud ini yang merupakan antara daerah yang termiskin di negara Malaysia. Jadi, saya minta kementerian untuk memberi perhatian yang khusus kepada daerah ini yang begitu besar yang meliputi kawasan daripada kaki Gunung Kinabalu sampailah beberapa pulau di Laut China Selatan.

Saya minta supaya kalau boleh perhatian diberikan kepada jalan-jalan kecil yang menuju ke kampung-kampung di mana hasil-hasil tuaian tanaman dan buah-buahan tidak dapat dibawa ke pekan untuk dijual akibat kekurangan jalan-jalan kampung yang memasuki tempat-tempat berkenaan. Kalau boleh saya minta dari Yang Berhormat Menteri untuk menyenaraikan kepada saya mungkin kalau boleh perancangan kementerian untuk RMK-9 khusus kepada Parlimen Kota Belud.

Seterusnya Tuan Pengerusi saya juga ingin menyentuh tentang butiran 040000 – RISDA (RM193,500,000). Di negeri Sabah RISDA ini mungkin tidak begitu aktif ataupun ternampak tidak begitu aktif. Saya diberitahu mereka hanya mengadakan program-program training dan sebagainya. Saya tidak tahu apakah kekangannya tetapi tujuan penubuhan RISDA untuk membentuk masyarakat pekebun kecil yang lebih progresif ini perlu diperluaskan dan diberi perhatian di negeri Sabah. Saya tidak tahu sama ada kekangan ini dari segi enakmen atau Akta Kerajaan Negeri itu mungkin boleh diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri.

Yang terakhir ialah butiran 045000 – LIGS atau Lembaga Industri Getah Sabah (RM4,750,000). Saya dapati di sini diperuntukkan sebanyak RM4 juta lebih, RM4.75 juta, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apa sebenarnya peruntukkan ini, untuk apa? Tujuannya? Kerana di negeri Sabah ini kita dengar banyak masalah pekebun pekebun kecil ini tidak dapat diselesaikan oleh LIGS atau Lembaga Industri Getah Sabah ini.

Contohnya masalah benih getah yang tidak cukup dan harga getah yang tidak dapat distabilkan oleh LIGS, dan juga enakmen-enakmen negeri atau pun akta-akta kerajaan negeri yang melarang untuk penjualan getah asli, getah kepingan ini daripada pembeli di luar negeri Sabah. Saya tidak tahu, itu adalah bidang kuasa kementerian atau tidak cuma saya ingin hendak tanya peruntukkan RM4.75 juta itu untuk apa? Diharap supaya kementerian dapat memberitahu kepada LIGS supaya mereka lebih proaktif dalam menjaga kepentingan pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah. Terima kasih.

Monday, November 03, 2008

Drama Dalam Pemilihan UMNO Tuaran (Bab 2)

Salam,

Dalam pemilihan pemuda UMNO Malaysia di Dewan Bersatu pda 10hb Oktober yang lalu, pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jatuh ketangan sahabat saya, YB Dato Mukhriz Mahathir.

Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan itu kerana itu adalah kehendak perwakilan pemuda. Mukhriz mendapat 176 undi dan YB Khairy Jamaluddin mendapat 79 undi.

Ada beberapa orang teman memberi pandangan dan melontarkan sebab kenapa Khairy kalah dalam pertandingan itu. Tanpa menidakkan sokongan Mukhriz di Tuaran, menurut mereka salah satu sebab kenapa Khairy kalah ialah keran keputusan saya meminta calon-calon pro-saya menarik diri dari bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda dan Pengerusi Tetap Persidangan.

Apa yang berlaku setelah pengumuman dibuat ialah penyokong-penyokong mereka telah keluar dari dewan dan pulang. Kalau dilihat jumlah undi yang didapati oleh Khairy dan Mukhriz ianya berjumlah 255 undi dibandingkan jumlah keseluruhan perwakilan yang mendaftar pada pagi itu hampir 500 perwakilan. Persoalannya kata teman-teman tersebut, jika kesemua perwakilan hadir termasuk penyokong-penyokong calon-calon pro-saya, apakah keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ada perubahan. Hanya Tuhan yang tahu...

DARD

Kongsi artikel ini: