Tuesday, September 30, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya






Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini. Walaupun kita berbeda pendapat (dan ramai juga yang bersetuju pendapat), saya ucapkan terima kasih kepada semua warga blog ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada anda kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan panjang umur.

Ikhlas dari saya dan keluarga.

Saturday, September 27, 2008

Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar

In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." - Anwar Ibrahim

ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim?

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa. Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri.

Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

1970-an

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan tercetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan.

Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.

1997

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu.

Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda.

Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara.

Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian.

Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.

- dipetik dari laman web Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday, September 23, 2008

Strategi Anwar

Ramai kenalan saya tertanya tanya kenapa Anwar IBrahim terlalu memainkan isu lompat dan membentuk kerajaan baru seolah olah esok sudah tiada (there is no tomorrow) bagi Pakatan Rakyat. Saya juga turut berfikiran demikian. Apa sebenarnya disebalik strategi Anwar ini? Pembohongan demi pembohongan dan 'political spin' yang dibuat oleh beliau sehinggakan kestabilan politik dan ekonomi negara tergugat kadang kadang tidak masuk akal.

Kalau kita selidik dan melihat latarbelakang Pakatan Rakyat, kita boleh membuat beberapa kesimpulan kenapa Anwar memainkan isu lompat ini. Nyata yang sebenarnya bahawa isu lompat ini digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyatdari kelemahan pentadbiran Pakatan di 6 buah negeri yang ditawan oleh mereka dalam PRU12 yang lalu . Antaranya ialah:

1. Prestasi kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat tidak memberangsangkan. Ekonomi negeri negeri tersebut tidak bergerak dan banyak janji janji manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat masih tidak dapat ditunaikan.

Para ahli perniagaan di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula gelisah dan resah kerana pertumbuhan ekonomi di negeri negeri industri dan 'perniagaan' tersebut tidak seperti yang dijanjikan. Malah pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar mencari kesilapan kerajaan dulu daripada memikirkan bagaimana untuk menyuburkan ekonomi negeri negeri tersebut.

2. Anwar mendakwa bahawa dia mempunyai kenalan dari kalangan pelabur antarabangsa yang mempunyai dana pelaburan sebanyak USD satu trillion atau (RM3,400,000,000,000) yang boleh dilaburkan di Malaysia tetapi kononnya mereka tidak mahu berbuat demikian kerana kerajaan Malaysia dilihat sebagai tidak telus dalam pentadbirannya.

Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan tertanya tanya kenapa tidak dibawa pelaburan itu ke negeri negeri tersebut dan buktikan untuk kali terkhir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telus dan adil. Dengan pelaburan demikian, tentunya rakyat akan melihat beliau sebagai pemimpin yang tidak berbohong sepanjang masa

3. Begitu juga dengan isu dasar di antara parti parti komponen Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak dapat di persetujui dan menampakkan keretakkan. Antaranya ialah dasar parti DAP iaitu kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bercanggah dengan ideologi PAS iaitu meletakkan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara.

4. PAS nampak tidak selesa dengan kebangkitan DAP dalam Pakatan Rakyat dan melihat Anwar terlalu memberi muka kepada DAP dalam soal soal menentukan halatuju Pakatan Rakyat terutamanya tentang soal perkongsian kuasa dan masa depan dan kebajikan orang Islam di Malaysia.

5. Sementara itu, orang melayu yang menyokong PKR masih ragu ragu dengan penjelasan Anwar Ibrahim tentang penghapusan Dasar Ekonomi Baru yang nyata merugikan mereka. Sebagai kaum teras kepada pembentukan negara ini, orang Melayu (dan kaum bumiputera yang lain) merasakan apa perlunya dasar yang membantu orang melayu dimansuhkan walaupun ianya telah termaktub dalam perlembagaan.

Rasional mereka senang. Orang bumiputera hanya mempunyai kekuatan politik sementara kaum Cina mempunyai kekuatan ekonomi. Inilah sebenarnya yang membolehkan keamanan dan perpaduan kaum dinegara ini terjamin sejak merdeka.

Apabila kaum Cina yang mempunyai kekuatan ekonomi juga ghairah untuk mendapat kekuatan politik maka orang Melayu dan bumiputera akan merasa takut dan akan terpinggir. Ini tentunya akan menyebabkan perkongsian 'kuasa' di negara ini yang telah difahami sekeian lama akan hancur akibat kerakusan Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

6. Mereka juga kini menyedari bahawa Anwar sekali lagi dilihat sebagai seorang insan yang terlalu gopoh untuk mendapatkan kuasa dan menjadi Perdana Menteri sama seperti pada tahun 1998 sehingga sanggup mengadaikan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan suara rakyat dan demokrasi apabila beliau mahu menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang. Malah semakin banyak blog-blog yang pro Anwar menyuarakan kekesalan mereka dengan sikap tergopoh gapah ini.

Itulah salah satu sebab utama kenapa SAPP yang digembar genburkan pro Anwar dan Pakatan Rakyat tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat walaupun keluar dari BN.

DARD

Friday, September 19, 2008

SAPP keluar BN - kecewa tapi lega

Jadi SAPP telah secara rasmi menarik diri dari daripada gabungan Barisan Nasional. Apa reaksi saya? Secara jujur saya katakan saya merasa kecewa tetapi lega kerana akhirnya mereka membuat keputusan tersebut. Lebih baik berdepan dengan 'musuh politik' yang nyata dari 'musuh politik' dalam selimut.

Apa yang menghairankan ialah kenapa SAPP tidak masuk dalam Pakatan Rakyat tetapi memilih untuk menjadi parti yang berdiri di atas kaki sendiri - parti yang bebas. Apa maknanya kenytaan YTL itu? Saya cuma boleh simpulkan bahawa SAPP sebenarnya tidak berminat dengan falsafah politik Pakatan Rakyat sebab itulah mereka tidak mahu masuk dalam Pakatan Rakyat. Apakah YTL tidak percaya kepada Anwar Ibrahim? Kenapa YTL tidak mahu membantu mengukuhkan political base Anwar Ibrahim untuk menumbangkan BN? Kempunan Anwar...

Mungkinkah YTL tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim? atau mungkin dia tidak percaya kepada pakatan politik dari semenanjung untuk menjadikan Sabah 'tanah jajahan ' mereka? Apa pun saya rasa Anwar kempunan dan merasa marah kerana SAPP tidak mengotakan janji untuk berjuang bersama.

Seperkara lagi, sejurus selepas mengumumkan SAPP keluar BN, YTL dikhabarkan terbang ke luarnegara. Kalaulah ini betul, kenapa tergesa-gesa ke luar negara? Mungkinkah ada perjumpaan untuk merundingkan 'sesuatu' dengan teman-teman Anwar di luar negara selepas pengumuman itu? Apa yang dirunding? Bila? Kenapa? Bagaimana? Atau pemergiannya ke luarnregara untuk melihat teknologi pertanian terkini disana sepertimana yang dibuat oleh kelab penyokong BN baru baru ini?

Dulu YTL tuduh ahli MP BN yang ke luarnegara ( Taiwan) 'diberi' RM50,000 seorang. Kalau ada yang menuduh YTL juga 'diberi' sesuatu? Berapa ya?

Tuhan saja yang tahu....

Salam.

Peringatan kepada semua....

Saya harap semua komen yang berbentuk menghentam peribadi tidak di'post'kan dalam blog ini. Saya dapati sejak akhir akhir ini, banyak komen telah melencong jauh dari isu sebenar dan ini adalah perkembangan tidak sihat. HENTIKAN!

Kalaupun ada yang tidak bersetuju dengan fakta atau hujah yang diutarakan disini oleh saya atau penulis lain, saya harap berilah 'counter argument' atau 'hujah balas' yang berdasarkan fakta atau pandangan yang berasas.

Salam,

DARD

Sunday, September 14, 2008

Penangkapan ISA terhadap 3 individu

KENYATAAN MEDIA
YB DATO' ABDUL RAHMAN DAHALAN
SETIAUSAHA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD


1. Saya berpendapat bahawa tahanan terhadap wartawan Tan Hoon Cheng, dgn menggunakan ISA adalah tidak tepat, dan boleh menjejaskan imej kerajaan.

2. Alasan Syed Hamid bahawa tahanan itu perlu dibuat kerana menjaga keselamatan Tan adalah alasan yang sama sekali mengundang kekeliruan. Kenapa perlu guna ISA sedangkan pihak polis boleh memberi perlindungan polis kepada Tan?

3. Penggunaan ISA adalah untuk perkara yg serius dan perlu digunapakai apabila undang-undang lain tidak mencukupi atau tidak dapat menyelesaikan masalah yg boleh menggugat keselamatan negara dengan segera.

4. Berbanding dengan penahanan wartawan itu, di dalam kes Raja Petra dan Teresa Kok, Syed Hamid berkata tangkapan yang dibuat adalah berasas perbuatan mereka yang boleh ditakrifkan sebagai ancaman kepada ketenteraman negara yang memang jelas dan memang wujud (clear and present danger to the country). Hal ini jelas kerana, walaupun telah berkali kali diberi nasihat atau amaran untuk jangan cuba mencabar had undang undang atau bermain dengan terma dan semangat para pengasas negara yang berbilang kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

5. Sebagai Setiausaha Pemuda yang mewakili dan peka terhadap suara generasi muda, saya juga tidak mahu alasan-alasan yang tidak konkrit dan boleh mengundang kekeliruan diberikan seperti di dalam penahanan ISA wartawan Tan Hoon Cheng itu akhirnya akan menyebabkan krisis keyakinan terhadap Kerajaan berlaku, terutamanya di kalangan generasi muda.

YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN

Ambiga is Ambiguous part 2

Malaysia Kini reported today: The Malaysian Bar, consisting of some 13,000 lawyers, plans to call an emergency extraordinary general meeting (EGM) next week to condemn the government's crackdown on three civilians through the use of the draconian Internal Security Act (ISA).

Its president Ambiga Sreenevasan told a press conference in Kuala Lumpur today the EGM will take place next Saturday at 10am at the Wisma MCA in Jalam Ampang to discuss the violation of the rule of law.... Ambiga condemned the arrests, saying that the use of ISA could not be justified.

She also reminded the government to uphold its pledge as a member of the United Nations Human Rights Council, which includes upholding the ‘promotion and protection of all human rights'.

Under the pledge, it was stated ‘the promotion of a free media, including in cyberspace, as well as the encouragement of vibrant and active civil societies' should be part of society's fundamental rights.

Asked whether there was any possibility that Bar leaders would be the government's next target, Ambiga said any threat of the ISA would not stop them from speaking and doing the right thing for the Malaysian public...

*****

1. In this ISA case, I must congratulate Dato Ambiga for her extremerly quick response to the ISA detentions which proved my point in my earlier posting titled "Ambiga is Ambiguous".

2. Earlier, she responded to my query of the "deafening silence" from Bar Council over the undemocratic antics of Anwar in trying to topple a democratically elected government through back door manipulations.

3. She said that crossing over was a legal issue and therefore permissible without addressing my original worry of Anwar's blatant disregard to morality issue ie crossing over is against the very fabric of democracy, freedom and human rights.

4. She said in the report above that the ISA detentions were, among others, against the promotion and protection of all human rights, against the charter of UN Human Rights Council which stipulate that member countries like Malaysia must uphold the promotion of a free media, including in cyberspace, as well as the encouragement of vibrant and active civil societies (read moral issues).


5. May I remind Dato Ambiga that ISA is actually a LEGALLY enacted law instituted by Parliament and therefore, going by her very own logic, should be acceptable!!

6. Come on Dato Ambiga, please dont abuse Bar Council as a platform to hurl your bias and prejudiced views against parties you dont like. Bar Council should uphold its dignity and impartiality in dispensing its views.

Thursday, September 11, 2008

Ambiga is Ambiguous

In its website, Bar Council President wrote: The Bar Council refers to the statement by UMNO Youth’s Datuk Abdul Rahman Dahlan reported at page 4 of the Star dated 8 September 2008 in relation to the issue of “cross-overs”.

The Bar never participates in party politics nor in partisan politics. Thus, the Bar has deliberately declined to comment on the political issues facing the nation. Nonetheless, the public goading by the Datuk Abdul Rahman Dahlan and queries by the Press have necessitated a response. Hence, this comment is strictly limited to the legal issues raised by the subject of political cross-overs.

Cross-overs are not new in Malaysia. The law of the land in relation to “cross-overs” has long been settled in the case of Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin Salleh & Anor decided in 1992 by a 5-member panel of the Supreme Court, our highest Court. The Court struck down provisions of the Constitution of the State of Kelantan that sought to prevent such cross-overs on the basis that it offended the fundamental right to freedom of association enshrined in Artcle 10 (1) (c) of the Federal Constitution.

In the case of Nordin Salleh, the plaintiffs were elected to the Kelantan State Assembly during the 1990 General Elections on the PAS ticket. The plaintiffs subsequently resigned their memberships in PAS, and joined the Barisan Nasional. The Supreme Court decision upheld the constitutional right of the Plaintiffs to “cross-over” to Barisan National and held that the right to freedom of association under the Federal Constitution includes the right to disassociate. Similar situations have arisen in the State of Sabah in 1994 when members of the Sabah State Assembly from the PBS crossed over to Barisan Nasional thereby reversing the original majority in favour of the PBS to the Barisan Nasional.

As it stands therefore there is no legal impediment to “cross-overs” by members of political parties.

Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar
9 September 2008



My dear Dato Ambiga,

Thank you for replying to my comments in the Star. I think you have missed the point altogether. I didnt question the legality of crossovers. I know it is within the confines of the law of the land.

My question was why Bar Council which pride itself to be the defender of human rights, democracy and freedom, failed to condemn Anwar's undemocratic moves to topple a legitimately chosen government. My question was on moral ground not legal.

It disturbs me that Bar Council would expeditiously issue 'moral' statements against alleged Government's trample on human rights, freedom and democracy but failed miserably when it comes to putting opposition parties under their very same standards of scrutiny.

It looks and sounds like sheer hypocrisy. Bar Council and Dato Ambiga pretend of having virtuous and moral principles, when they clearly do not really possess.

Instead of lecturing us on legal aspect of the issue, I urge Dato Ambiga to be not ambiguous in her response.

DARD

Sunday, September 07, 2008

Anwar oh Anwar

1. Anwar adalah manusia opportunis yang sanggup menggadaikan segala galanya termasuk keselamatan negara untuk memnuhi nafsunya menjadi Perdana Menteri.

2. Sebagai Ketua Pembangkang, sepatutnya Anwar menjadi ahli politik yang matang. Dia dan Pakatan Rakyat sepatutunya memberikan khidmat menerusi sistem dua parti di negara kita. Biar rakyat yang menilai samada dasar yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat lebih baik dari dasar Barisan Nasional.

3. Tren politik yang dibawa oleh Anwar adalah jenama politik yang merbahaya kepada demokrasi negara dan konsep harmony antara kaum dan agama. Kenapa? Kerana:

(a) Setiap kali pilihanraya kecil, keganasan berlaku apabila BN bertanding dengan calon PKR. Kalau BN bertanding dengan DAP atau Bebas, keganasan tidak berlaku. Ini kerana penyokong PKR keterlaluan dari segi kelakuan semasa pilihanraya kecil.

(b) Anwar kata 30 ahli parlimen BN akan lompat untuk masuk Pakaatan Rakyat. Dengan itu mereka akan menubuhkan kerajaan berdasarkan majoriti satu kerusi sahaja. Apakah kerajaan yang ditubuhkan itu nanti stabil dengan majoriti satu kerusi? Tidakkah nanti ada kemungkinan seorang MP akan lompat keluar dari Pakatan Rakyat apabila kehendak dia tidak dapat dipenuhi oleh Anwar? Bukan kah ini akan membawa ketidakstabilan politik dan keselamatan kepada negara?

(c) Menurut Anwar dan Pakatan Rakyat, slogan dan falsafah PR ialan mereka mendaulatkan suara rakyat, memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. Apakah dengan meminta ahli parlimen BN untuk melompat itu sesuai dengan falsafah dan slogan Pakatan Rakyat tersebut? Tidakkah usaha Anwar untuk mencuri ahli parlimren Bn itu anti demokrasi, tidak menghormati kebebasan pengundi yang telah memilih BN pada 8hb Mac yang lalu, tidak bebas dan melanggar hak asasi manusia. Nyata Anwar dan Pakatan Rakyat hipokrit dan tidak mempunyai pendirian.

(d) Ditakdirkan 30 ahli parlimen BN lompat, tidak mustahil penyokong BN yang berjumlah berjuta juta orang akan memberontak dan akan berdemonstrasi dijalanraya kerana hak mereka dirampas oleh Anwar melalui pintu belakang. Keselamatan dan keamanan negara akan terjejas. Rusuhan dan pergaduhan akan berlaku. Semua ini gara gara Anwar nak jadi Perdana Menteri.

4. Anwar perlu ingat bahawa peluang yang diberi oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk mrenjadi alternatif kepada BN perlu digunapakai sebaik mungkin. Saya berpendapat bahawa hasil dari tren pengundian pada PRU12 yang lalu, rakyat mahukan two party system (sistem dua parti) untuk memberi check and balance kepada kerajaan memerintah. Jika Anwar mahun bermain politik perang piskologi, politik jalanan atau politik opportunis, saya rasa rakyat akan menolak mereka nanti kerana mereka membelakangkan konsep yang mereka canang canangkan sendiri.

5. Saya juga heran kenapa kumpulan masyarakat madani (civil societies) seperti SUARAM, ALIRAN, Majlis Peguam dan lain lain senyap sahaja dalam isu ini? Mereka ini selalu mendabik dada mereka adalah mewakili suara rakyat madani, hak asasi, kebebasan dan demokrasi. Kalau kerajaan dianggap buat salah, mereka akan kutuk dan bidas kerajaan seteruk teruknya. Tapi sekarang apabila Anwar mahu menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, mereka senyap sunyi. Saya kata mereka ini HIPOKRIT dan tidak berpendirian. I have lost respect for them!

6. Amerika Syarikat selalu bertempik diseluruh pelusuk dunia kononnya mereka adalah suara keamanan, suara demokrasi dan defender of freedom. Kerajaan Malaysia sentiasa menjadi mangsa propaganda Amerika yang lebih pro kepada Anwar. Dalam banyak hal termasuk kes liwat Anwar, Amerika cepat memberi komen yang membayangkan agar Kerajaan menghormati suara rakyat yang menyokong PKR , menghormati hak asasi Anwar, jangan ada konpirasi politik dan sebagainya. Tetapi apa yang Anwar buat sekarang lebih merbahaya kepada sistem demokrasi negara kerana Anwar terang terang mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pilihanraya yang telus, adil dan saksama (dimana ketelusan dan keadilan dalam PRU12 juga menyaksikan 5 buah negeri dan 82 kerusi parlimen jatuh ke tangan Pakatan Rakyat). Kesimpulan saya Amerika sanggup menjadi hipokrit, berat sebelah, bias dan pilih kasih kerana teramat sayang kepada Anwar.

Kongsi artikel ini: