Monday, June 30, 2008

Tuduhan liwat Anwar Ibrahim...

Saya berharap penyiasatan dibuat oleh pihak polis secara terperinci tanpa rasa takut dan gentar kepada sesiapa temasuk dari pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Kes ini serius dan melibatkan banyak spekulasi yang tidak sihat dan merbahaya kepada kestabilan ddan keselamtan negara.

Kita tidak boleh biarkan teori konspirasi menjadi penyebab kes ini dan rakyat menjadi keliru.

Saya berharap semua pihak bertenang dan membenarkan pihak polis menjalankan kerja mereka untuk memastikan kesahihan kes ini.

Saya akan bagi komen selanjutnya nanti.

DARD

100 hari - respon kepada respon

Salam!

Berikutan posting saya berkenaan 100 hari menjadi MP KB, ramai yang bertanya tentang penerima projek projek yang saya umumkan itu. Ada yang bertanya seolah olah mereka "terhidu" ada sesuatu yang tidak kena tentang pemberian projek-projek tersebut.

Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku dan terbukti ada yang mempersoalkan siapa yang dapat projek projek tersebut.

Kenapa persoalan itu yang perlu ditanya dulu? Kenapa terlalu negatif dan berperasaan serong? Sepatutnya bersyukurlah ada projek yang diberi oleh kerajaan di Kota Belud.

Apa rasional mereka yang bertanya itu yang nampaknya lebih ingin tahu siapa dapat projek daripada mahu mengetahui apa nama projek dan apa kebaikannya? Mereka sepatutnya mensyukuri projek yang dibawa oleh kerajaan. Apakah mereka hanya merasa bersyukur jika projek itu diberi kepada mereka atau kawan kawan mereka? Bukankah yang penting kampung mereka mendapat projek tersebut!

Sepatutnya persoalan siapa yang dapat itu tidak timbul. Yang penting kontraktor tempatan yang dapat projek tersebut telah dinilai oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah/ JKR!

Kalau itulah pertimbangan mereka, maknanya mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri kerana perkara pokok kepada mereka ialah mereka mesti dapat projek barulah mereka mensyukuri adanya projek itu dikawasan mereka dan kalau tidak dapat maka mereka akan menuduh ada unsur penipuan atau kronisma dalam penganugerahan projek tersebut. Mereka terlupa bahawa yang paling penting ialah kampung tersebut mendapat projek tersebut.

Lagipun, kalau mereka yang dapat, apa jaminan orang lain tidak akan merajuk dan mempersoal kenapa mereka pula yang dapat?

Itulah sebabnya saya tidak menyenaraikan nama kontraktor di laman blog ini kerana saya tahu perkara pertama yang diselidik ialah SIAPA DAPAT PROJEK PROJEK TERSEBUT!!!
KENAPA DIA YANG DAPAT DAN TIDAK SAYA? APAKAH ADA UNSUR KRONI?

Saya sengaja tidak mryenaraikan kontraktor kontraktor tersebut disini kerana saya tidak mahu kontraktor-kontraktor yang tidak bersalah ini (yang hampir semuanya saya tidak kenalpun kerana saya orang "baru" di KB) akan dituduh bermacam macam oleh sesetangah pihak yang hanya puas hati jika projek tersebut diberikan kepada mereka atau kroni mereka.

Alangkah malangnya jika itu yang difikirkan oleh sesetangah blogger dalam blog ini.

Saya teringat satu cerita bilamana seorang pemimpin peringkat bahagian (bukan di KB) yang memohon satu sekolah di kawasan beliau dari Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran. Dengan semangat berkobar kobar beliau memberitahu Dato Sri Hisham bahawa adalah tanggungjawab beliau sebagai pemimpin di kawasan tersebut dan yang perihatin tentang masalah rakyat di kawasan beliau yang mana beliau merasakan kampung beliau sangat sangat memerlukan sekolah rendah tersebut demi untuk masa depan anak anak kampung tersebut. Dan seperti biasa beliau juga mencadangkan satu syarikat kontraktor yang rapat dengan beliau untuk dianugerahkan projek sekolah tersebut.

Apabila 3 bulan berlalu, Dato Sri Hishammuddin melalui Kementerian Kewangan memaklunkan bahawa sekolah itu diluluskan serta merta tetapi kontraktor pelaksana bukan kontraktor yang dicadangkan oleh pemimpin tersebut. Apabila pemimpin tersebut mengetahui tentang perkara ini, beliau amat marah kerana syarikat luar yang dapat projek tersebut. Maka beliau telah mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan projek tersebut supaya kontraktor yang dipilih itu tidak akan dapat menjalankan kerja dengan baik. Tujuannya ialah memastikan syarikat yang dilantik itu gagal dan diganti dengan kontraktor beliau.

Apabila Dato Sri Hishammuddin mendapat tahu bahawa projek itu terlewat akibat kegagalan pemimpin tersebut membantu kontraktor menjalankan kerjanya, beliau telah dipanggil menghadap Dato Sri Hishammuddin. Dia memebritahu Hisham bahawa beliau kecewa dan marah kerana syarikat lain yang dapat. Saya tidak pernah melihat Hisham marah seperti itu. Hisham marah kerana pemimpin itu mementingkan diri. Hanya kerana syarikat beliau tidak dapat projek itu, beliau sanggup menggagalkan walhal pemimpin tersebut pada awalnya mendabik dada kononnya beliau memperjuangkan kepentingan orang kampungnya untuk mendapatkan sekolah tersebut!

Ambil iktibar dari cerita tersebut. Kalau mereka ini masih nak tahu juga siapa yang dapat projek tersebut, sila datang ke Pusat Khidmat saya di Pekan Kota Belud. Semuanya ada disitu untuk ditonton oleh semua pihak. Bukankah itu satu ketelusan dari pihak saya dan dengan cara ini kita dapat menghindarkan spekulasi sementara kepentingan awam untuk mendapat maklumat dipenuhi.

Salam

DARD

Sunday, June 22, 2008

Report Card 100 hari saya jadi Ahli Parlimen Kota Belud

Dalam masa 3 bulan ini, banyak perkara yang saya lalui dan alami. Antara lain:

Mengujudkan blog ini untuk berinteraksi dengan warga Kota Belud,

Meluluskan peruntukan jalan raya kampung bernilai RM800 ribu,

Meluluskan peruntukan projek projek kecil bernilai RM300 ribu dari wang peruntukan parlimen,

Mendapat kelulusan secara prinsip dari Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri untuk mengujudkan Sekolah Matrikulasi di Kota Belud yang memerlukan 100 ekar tanah. Projek ini akan menaikan kuasa membeli di Kota Belud kerana seramai lebih 1,000 orang akan tinggal di situ disamping mengalakan aktiviti ekonomi,

Membincangkan untuk menjadikan Kota Belud sebagai hub aktiviti industri gas dan minyak. Saya telah berjumpa dengan pihak pihak tertentu yang berminat untuk membangunkan kawasan Kuala Abai untuk tujuan itu supaya lahir peluang pekerjaan dan industri sampingan dan hiliran,

Mendapat persetujuan khusus dari Dato Dr Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk menyerahkan 1000 nama pemohon bantuan kebajikan dari kalangan ibu tunggal, orang kurang upaya, orang miskin dan orang tua,

Mendapat persetujuan khusus dari Dato Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mengemukakan 100 pemohon bantuan membaiki rumah bernilai RM5,000 satu rumah,

Membincangkan masalah dan pendekatan untuk membantu petani memajukan jelapang padi dengan Dato Mustapa Mohamad, Menteri Pertanian Malaysia,

Membincangkan pembangunan homestay di Kota Belud dengan Dato Seri Azlina Othman, Menteri Pelancongan,

Memulakan perbincangan dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk menaikan harga getah yang dibeli dari pekebun kecil di Kota Belud,

Memberi peruntukan sebanyak RM40 ribu untuk majlis-majlis Pesta Kaamatan di seluruh daerah Kota Belud,

Memberi bantuan RM15,000 kepada mangsa kebakaran sederet kedai di pekan Kota Belud,

Mengadakan seminar motivasi belia di Taun Gusi

Menyediakan dana untuk perniagaan kecil kecilan,

Mengedar 1,200 kampit beras kepada golongan miskin,

Merasmi berpuluh puluh program dan majlis rakyat dan kerajaan,

Melawat Kota Belud setiap hujung minggu (tanpa henti) selama 3 bulan ini untuk meninjau masalah rakyat.

Butiran lengkap tentang jadual kerja dan aktiviti serta perancangan pembangunan ada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen P169 Kota Belud.

Terima kasih.

DARD

Friday, June 20, 2008

PM's response to YTL.

KUALA LUMPUR, June 19 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi revealed that he had offered Datuk Yong Teck Lee to become a senator and special envoy to the Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines-East Asean Growth Area (BIMP-EAGA).

The Prime Minister said that since Yong could not contest in the last general election because the seats allocated to the party had been filled, he had decided to offer the Sabah Progressive Party (SAPP) president to be a member of the Dewan Negara.

"I remember when he was deciding on the candidates for the election he only decided his members to be candidates for the seats that are allocated to his party.

"But he wanted to be a candidate (but) since there was no more seat, he requested a seat allocated to another party," Abdullah told reporters after chairing the three-hour Barisan Nasional (BN) Supreme Council emergency meeting here.

Abdullah said Yong wanted to contest for the Kota Kinabalu parliamentary seat that was allocated to Parti Bersatu Sabah (PBS) and the party was not willing to give way to Yong and he was unhappy about it. Abdullah said he had also planned to appoint Yong as Special Envoy to BIMP-EAGA.

"I told him 'you will be made Special Envoy with regard to BIMP-EAGA' so that he would have a role to play like in matters relating to promoting trade and tourism as well as matters relating to border problems and illegal immigrants.

"He said okay, that's good. I then began the move and informed Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and he was happy but suddenly, he takes this attitude," he said.

Abdullah said the offer could not be implemented immediately because it had to go through several procedures including making a submission to the Yang di-Pertuan Agong.

He said that when was in Sabah recently and announced several incentives and development projects for the people in the state, Yong was absent because he was said to be in Sandakan. "It seems he has begun to take another course. So, why should I give (the offer to) him.

"At last, we know what he wants. Apparently, he is more interested in what Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat adviser) is offering him. Perhaps, he wants something bigger. What is the offer? I don't know," he said.

Abdullah said he regretted Yong's actions because the former Sabah chief minister could have been able to fulfil his obligations to the Sabah people with the posts to be given.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 19, 2008

SAPP bawa usul TIDAK PERCAYA terhadap PM...

Salam sejahtera!

Politik Sabah bergolak semula. Walaupun mencapai prestasi yang membanggakan pada PRU12 yang lalu di mana BN Sabah menang 59 dari 60 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 24 dari 25 kerusi Parlimen, SAPP telah membuat keputusan drastik untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Kalau Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (YTL) berpendapat bahawa dengan mengambil tindakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri ini, beliau boleh menyebabkan Pedana Menteri letak jawatan atau UMNO menjadi lemah, saya rasa YTL akan terkejut. Apa yang akan terjadi ialah orang Melayu akan merasa kuasa politik mereka semakin ditekan dan dicabar melalui tindakan seperti apa yang dilakukan oleh YTL dan Anwar Ibrahim dimana mereka mahu menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang (lompat parti atau undi tidak percaya). Orang Melayu akan bersatu semula di belakang UMNO.

Ini sudah termaktub dalam sejarah politik orang Melayu. Setiap kali orang Melayu merasa tertekan, mereka akan bersatu semula dan menentang 'musuh' mereka. Jadi pendapat saya, pemimpin UMNO patut berterima kasih kepada YTL kerana dengan satu tindakan nakal seperti ini, YTL telah menyatukan orang Melayu dan seterusnya memperkasa UMNO semula, satu perkara yang amat sukar dilakukan oleh pemimpin pemimpin UMNO sendiri sekarang ini.

Berbalik kita kepada perkara pokok. Belum pernah dalam sejarah negara kita, perkara ini berlaku. Parti-parti yang jauh lebih senior (yang sudah ‘established’) daripada SAPP seperti PAS dan DAP, yang ‘bersumpah’ bahawa UMNO dan BN adalah musuh politik mereka yang perlu 'dihapuskan dari muka bumi' ini, pun tidak pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri BN sejak merdeka sehingglah sekarang.

Mereka tahu bahawa kesan dari usul seperti itu amatlah serius kepada kestabilan negara kita. Ianya akan mengundang pergolakan politik yang tidak sihat malah merbahaya. Perlu diingat bahawa Parlimen Malaysia bukannya parlimen tergantung (hung parliament) dimana kedudukan BN umpama telur di hujung tanduk. BN mempunyai mandat yang cukup dari rakyat untuk memerintah kerajaan ini.

Jadi persoalannya kenapa PAS dan DAP tidak mengusulkan undi tidak percaya ini?. Saya pasti kalau ikutkan hati mereka dan kalau dibandingkan dengan kekuatan SAPP yang hanya ada 2 ahli di Parlimen, PAS dan DAP sepatutnya telah lama membawa usul tidak percaya ini. Jawapannya ialah, PAS dan DAP adalah parti ‘gentlemen’. Mereka faham bahawa sebarang usaha mengulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya akan hanya mengundang kekacauan, demonstrasi dan mungkin juga kehilangan nyawa apabila penyokong kerajaan marah dan keluar di jalan jalan raya kerana mandat yang diberikan oleh mereka kepada BN tidak dihormati.

Malangnya YTL tidak dapat melihat perkara ini. YTL telah merendahkan martabat Malaysia sama dengan negara-negara mundur dan yang berpecah belah di dunia. Tanpa disedari, YTL telah ‘memperlekeh’ semangat demokrasi di Malaysia. Kalau YTL seoarng yang gentleman, YTL patut tunggu sehingga pilihanraya ke 13 untuk merampas kerajaan dari BN.

Tentang perkara perkara yang dinyatakan oleh YTL menjadi penyebab kepada tindakan beliau (antaranya PTI dan pembangunan Sabah), saya setuju perkara tersebut adalah penting dan memerlukan penyelesaian.

Tetapi untuk menyalahkan Perdana Menteri sekarang mengenai PTI adalah kurang tepat. Isu PTI sudah lama sejak zaman allahyarham Tun Mustapha lagi termasuk zaman Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan YTL menjadi Ketua Menteri. Rekod Anwar dalam isu PTI semasa berkuasa amat buruk sekali. Sewaktu itu, beliau mempunyai kuasa yang cukup besar untuk menyelesaikannya termasuk meminta rakan rakannya di negara negara barat untuk menerima pendatang ini di negeri mereka. Apa yang terjadi ialah, setiap kali Anwar ke Sabah, dia lebih suka bincang bagaimana nak menawan hati perwakilan UMNO dari Sabah untuk beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO / Timbalan Perdana Menteri dari membawa pemimpin-pemimpin Sabah memikirkan soal PTI ini. Malah setelah menang dan cuba mengintai-intai sokongan Sabah untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Anwar tidak pernah serius membincangkan isu PTI.


Begitu juga YTL, semasa beliau menjadi Ketua Menteri, beliau boleh melakukan sesuatu tetapi masalah itu masih berlarutan sehingga hari ini. Apakah patut undi tidak percaya dilakukan terhadap Anwar dan YTL kerana gagal menangani isu ini semasa mereka berkuasa. Malah di kawasan YTL semasa menjadi wakil rakyat, DUN Likas dan Parlimen Gaya (termasuk Pulau Gaya) dikatakan mempunyai PTI yang ramai.

Sebelum anda membuat kesimpulan yang saya seperti tidak menyokong tindakan untuk membenteras PTI di Sabah, saya ingin nyatakan di sini bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah drastik untuk menangani isu ini. Kalau tenaga pihak penguasa (Polis, Task force, Rela dan lain-lain) tidak mencukupi, saya cadangkan agar pasukan askar kita dikerahkan untuk membantu. Isu Pti ini perlu diselesaikan dengan melihat ke depan dan bukannya dengan mencari kesalahan yang lalu. Kalau mencari kesalahan yang lampau dalam hal PTI ini menjadi keutamaan, maka saya risau isu ini tidak akan dapat diselesaikan kerana agenda politik akan menebal dalam proses mencari penyelesaiannya.

Isu pembangunan negeri Sabah yang ketinggalan juga dijadikan alasan untuk YTL mengambil tindakan undi tidak percaya ini. Saya setuju yang Sabah masih jauh ketinggalan dalam pembangunan. Tetapi kalau kita bandingkan Perdana Menteri sekarang dengan Perdana-Perdana Menteri yang lalu, saya boleh katakan bahawa keikhlasan dan rekod Perdana Menteri sekarang ini untuk membangunkan negeri Sabah jauh lebih baik dari sesiapa pun. Dalam RMK9, Pak Lah telah memberi antara peruntukan tertinggi untuk Sabah dan Sarawak. Sabah mendapat RM20 billion.

Peruntukan pendidikan di negeri Sabah saja adalah yang terbesar dalam RMK9 (lebih RM3 billion). Ini tidak termasuk Koridor Pembangunan Sabah yang dijangka mendapat pelaburan dan peruntukan lebih RM105 billion. Kalau dulu, kerajaan pusat hanya menumpukan kepada pembangunan di kawasan lembah kelang dan Pulau Pinang dan Johor Bahru, Pak Lah mengubah semua itu dengan memberi penumpuan kepada luar bandar dan wilayah yang masih mundur. Maka ujudlah koridir pantai timur, koridor utara, koridor Iskandar dan koridor Sabah dan Sarawak. Ini adalah usaha Pak Lah untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang tidak samarata di antara wilayah sebelum ini.

Selain itu, Pak Lah juga umum projek bekalan letrik solar-hybrid ke sekolah-sekolah luar bandar di Sabah bernilai lebih dari RM1 billion dan baru-baru ini, Pak Lah beri lagi tambahan RM1 billion untuk projek luar bandar di samping menaikkan peruntukan tambahan Ahli Parlimen dari Sabah sebanyak RM1 juta setiap kawasan Parlimen di Sabah. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Pak Lah termasuk apa yang diutarakan oleh ahli ahli parlimen dari Sabah dalam sidang parlimen tempoh hari.

YTL pelu memahami bahawa masalah pembangunan di negeri Sabah ini mempunyai dimensi yang berbagai bagai dan perlu dilihat secara holistik. Soal peruntukan hanyalah salah satu dari masalahnya. Banyak lagi masalah yang lain termasuk soal sistem penyampaian (delivery system)kerajaan negeri, termasuk semasa YTL menjadi Ketua Menteri, yang tidak effisien yang menyebabkan ketirisan dan memberi ruang kepada salah guna kuasa serta rasuah. Begitu juga dengan persepsi rakyat yang sentiasa sinis dengan usaha pembangunan kerajaan. Malah sewaktu YTL menjadi Ketua Menteri, ramai yang menimbulkan isu-isu seperti Saham Amanah Sabah dan urus tadbir perniagaan agensi kerajaan. Semua ini adalah masalah pusat dan negeri yang perlu diperbaiki.

Soal tentang jawatan kabinet, saya rasakan SAPP perlu rasional. Janganlah kerana LDP dan PBRS mendapat jawatan Timbalan Menteri pusat, SAPP kecewa. Apakah betul BN tidak bagi jawatan kepada SAPP? Datuk Raymond Tan, Timbalan Presiden SAPP, diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dengan potfolio penting iaitu Menteri Infrastruktur (JKR). Apakah itu bukan penghormatan? Yb Melanie Chia dilantik sebagai pembantu menteri dan Datuk Tham Nyiap Shin dilantik sebagai penasihat sains bertaraf menteri kepada Ketua Menteri. Apakah itu bukan penghormatan?

Saya pasti kalau diberi peluang untuk memilih, Datuk VK Liew atau Tan Sri Kurup akan memilih menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri JKR dari menjadi Timbalan Menteri pusat kerana jawatan Timbalan Ketua Menteri memberi keistimewaan kepada penyandangnya dari segi protokol dan imbuhan (perks).

YTL juga perlu ingat bahawa barisan kabinet Sabah termasuk perlantikan Datuk Raymond Tan sebagai Timbalan Ketua Menteri mendapat ‘endorsement’ dari Pak Lah. Jadi untuk mengatakan Pak Lah tidak perihatin terhadap SAPP tidak betul sama sekali. Cuma kita tidak tahu apa yang diminta oleh YTL yang menyebabkan Pak Lah memberi reaksi, "I have not been able to satisfy his (Yong's) personal greed."

Oh ya, esok SAPP akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya bagi membincangkan soal untuk keluar dari BN. Saya berharap ahli Majlis Tertinggi SAPP tidak lupa bertanya kepada YTL, apakah SAPP akan menyertai Pakatan Rakyat? Jika ya, apakah SAPP sudah bersedia untuk menerima parti PAS (rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat) dengan perjuangan negara Islamnya dan bagaimana nak memberitahu penyokong-penyokong SAPP tentang hal ini? Juga jangan lupa tanya YTL kenapa YB Datuk Raymond Tan, YB Au Kam Wah, YB Melanie Chia dan YB Datuk Eric Majimbun tidak hadir dalam press conference semalam walaupun itu adalah press conference yang penting kerana menentukan masa depan politik SAPP?

Percayalah, melihat rekod politik YTL yang opportunis (keluar dari PBS dan tubuh SAPP semasa PBS betul betul memerlukan sokongannya akibat tertekan mengenai isu keluar dari BN pada awal 90an– walaupun keputusan keluar dari BN adalah keputusan YTL sendiri juga), pemergian YTL dari BN bukanlah satu kejutan luarbiasa dan tidak perlu ditangisi dan diratapi. BN will soldier on!

Salam,
YB DARD

Tuesday, June 17, 2008

Anwar terus bersandiwara...

Anwar Dicabar Tanding Pilihanraya Kecil Ukur Sokongan Rakyat

Kuala Lumpur -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil terlebih dahulu sebelum terus bercakap mengenai perubahan kuasa pemerintahan yang didakwa akan berlaku pada 16 September ini.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan demi kenyataan yang dibuat Anwar tidak membawa apa-apa makna khususnya untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap dirinya selaku bakal Perdana Menteri.

Tegas beliau lagi apa yang dilakukan Anwar ketika ini tidak lebih sekadar retorik politik yang bertujuan untuk mencipta harapan palsu selain cuba menimbulkan suasana curiga di kalangan komponen BN.

”Kita cabar beliau untuk bertanding pada pilihanraya kecil daripada asyik bercakap soal lompat parti dan sebagainya.

”Kerajaan yang ada sekarang dipilih oleh rakyat. Dia buat macam-macam dakwaan tapi satu pun tak betul. Kalau betul-betul kemaruk nak jadi Perdana Menteri, dia patut berani bertanding dalam pilihanraya apatah sekarang tiada halangan buat beliau untuk jadi calon bertanding”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan Anwar yang saban hari bercakap mengenai soal perubahan kuasa kepimpinan negara menerusi lompat parti di kalangan anggota Parlimen BN.

Terbaru, Anwar dilaporkan berkata Ahli Parlimen MCA akan bertindak terlebih dahulu sebelum disusuli Ahli parlimen BN yang lain.

Mengulas lebih lanjut Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud seterusnya berkata tindakan Anwar yang sentiasa mengharapkan tindakan lompat parti untuk berkuasa menjelaskan sifat rakus beliau dalam mencapai matlamat peribadi.

”Saya sendiri sebelum ini pernah mendedahkan adanya usaha yang menawarkan ganjaran yang cukup lumayan yang dibuat pada ahli Parlimen BN yang ingin melompat parti.

”Perbuatan ini amat bertentangan dengan prinsip Anwar sendiri yang kononnya menentang rasuah dan memperjuangkan soal integriti”, ujarnya.

Monday, June 16, 2008

Pemuda PAS main sandiwara.

Saya tertarik dengan artikel mengenai Pemuda PAS yang disiarkan dalam Malaysiakini. Artikel itu menyebut tentang usaha mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di4 buah negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat. TIndakan Pemuda PAS ini hanyalah gimik politik semata mata. Mereka tahu ahli dan penyokong PAS merasa resah kerana parti PAS telah melencong jauh dari landasan perjuangan asal mereka. Agenda untuk mendirikan negara Islam sudah tidak kedengaran dari mulut pemimpin pemimpin mereka.

Pada satu ketika, negara Islam menjadi satu perkara yang tidak boleh dikompromi oleh kepimpinan parti PAS. Malah mereka sanggup menggelar UMNO kafir kerana berkerjasama dengan parti Cina (MCA dan Gerakan).

Sekarang fitnah dan tuduhan yang dilempar oleh PAS terhadap UMNO menghantui PAS apabila mereka terpaksa bekerjasama dengan parti Cina. Apakah sekarang mereka pula kafir kalau diikut tafsiran parti PAS itu sendiri? Kenapa nampak sangat hipokrit mereka.

Pemuda PAS yang terdesak cuba untuk menenangkan ahli mereka dengan mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dalam MalaysiaKini itu. Kenyataan itu sebenarnya hanya sandiwara kerana mereka tidak serius dan bertegas. Malah saya rasa mereka tahu cadangan itu tidak akan dapat diterima oleh parti DAP dan PKR.

Dalam kenyataan tersebut, PEmuda PAS memberi bayangan bahawa perkara ini memang susah untuk dilaksanakan kerana mungkin ada bangkangan dari DAP dan PKR. Nampak sangat Pemuda PAS cuba untuk mengabui mata rakyat. Kenapa tidak mendesak secara keras sepertimana mereka buat terhadap UMNO? Kenapa tidak melabelkan PKR, parti kafir? Adakah mereka takut pada Lim Kit Siang atau Karpal Singh?.

PAS sebenarnya sudah tidak dapat mempertahankan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Penyokong mereka sudah marah kerana ideologi mereka diperlekehkan oleh parti komponen PR sendiri. Nyata sekali ideologi mereka terlalun berbeza untuk menjayakan komplot politik mereka ini. Saya bagi 6 bulan lagi kepada mereka sebelum keretakan yang ada ini merobohkan istana yang dibina atas persengkokolan politik yang tidak 'halal' ini.

Ikuti artikel tersebut yang saya petik dari MalaysiaKini.

______

Siasah syariah di negeri Pakatan

Jun 14, 08 2:36pm

Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi.

Beliau dipetik sebagai berkata, antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.

Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .

"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad.

"Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu hari ini.

Menurut laporan Bernama, Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini di kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara, akan diadakan pada Ogos ini.

'Tidak jejas hubungan'

Seminar itu, katanya, antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.

"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.

Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.

"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.

Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.

"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di
antara satu sama lain," katanya.

Akaun Petronas dibentang untuk umum...

YB Khairy Jamaluddin akan membawa usul di Parlimen untuk meminta Petronas membentangkan akaunnya kepada umum. Saya menyokong usul ini bagi menjawab spekulasi rakyat terhadap akaun Petronas.

Saya masih lagi berpendapat bahawa Petronas selama ini diurus tadbir mengikut piawaian bertaraf antarabangsa yang ketat dan professional.

Saya berharap semua MP dalam Parlimen menyokong usul ini supaya keterbukaan ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

Thursday, June 12, 2008

Ulasan harga minyak

Saya terbaca satu artikel yang menarik oleh "Hantulautan" dalam blognya mengenai isu harga minyak ini. Saya ingin anda membacanya untuk mendapat perspektif berbeza mengenai isu harga minyak ini. Sila klik tajuk di atas untuk membaca selanjutnya.

Salam,
DARD

Thursday, June 05, 2008

Penjelasan Kerajaan tentang kenaikkan harga mnyak

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus. Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun. Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang. Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2. Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik. Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion. Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.

Harga Minyak Naik

Salam,

Semua sudah tahu dan maklum pengumuman kerajaan tentang kenaikkan harga petrol dan diesel.

Kenaikkan harga minyak tidak dapat dielakkan kerana ianya adalah fenomena pasaran dunia dan kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan subsidi minyak ini. Apabila harga minyak dunia mencecah $135 dollar Amerika dan perbelanjaan subsidi mencecah $56 billion ringgit, kerajaan terpaksa mengambil tindakan.

Tidak ada satu negara dalam dunia ini yang mahu menindas rakyatnya dengan menaikkan minyak sewenang-wenangnya. Itu adalah resepi yang terbaik untuk kalah dalam pilihanraya. Tetapi kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Walaupun mungkin risiko politiknya terlalu besar, tindakan perlu diambil bagi mengelakkan negara ini dari bangkrap! Sebenarnya bukan Malaysia saja yang terpaksa menaikkan harga minyak. Banyak lagi negara yang terpaksa berbuat demikian. Malah pada hari yang sama PM mengumumkan kenaikkan harga minyak itu, kerajaan India juga mengumumkan kenaikkan harga minyak di India.

Subsidi petrol di negara kita adalah satu sistem yang tidak effisyen. Yang kaya juga mendapat subsidi walaupun mereka mampu untuk membayar harga yang tinggi. Orang kaya yang memandu kereta Mercedes Benz mendapat subsidi petrol sama dengan orang miskin yang membawa motor kapcai 100cc. Golongan menengah yang mampu juga sepatutnya tidak perlu diberi subsidi.

Yang penting sekarang ialah apakah golongan yang miskin akan dapat pembelaan dari kerajaan dan dilindungi dari kesan kenaikkanharga ini? Tindakan kerajaan untuk memberi rebet sebanyak RM625 tunai kepada pemilik kereta yang berkuasa kuda kurang dari 2000cc dan penurunan cukai jalan bagi motorsikal berkuasa lebih dari 250cc sebanyak RM50 amat dialu alukan.

Saya tahu pihak pembangkang akan mengeksploitasikan isu ini. Malah saya tidak hairan jika mereka akan membakar perasaan rakyat dan mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan ini dengan harapan mereka boleh menumbangkan kerajaan yang sedia ada ini.

Kepada pihak pembangkang saya ingin bertanya. Kalau anda merasakan tindakan kerajaan ini tidak patut dan perlu dibantah, saya mohon agar mereka menyediakan pelan tindakan mereka untuk menangani fenomena kenaikkan harga minyak di pasaran dunia untuk kita semua tatap dan kaji. Saya harap pelan alternatif pembangkang itu tidak terlalu simple dan mudah dengan berjanji kerana masalah ini adalah kompleks. Kalau hanya membantah dan berdemonstrasi sahaja tanpa memberi pelan tindakan alternatif itu, saya rasa itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab!!

Salam.
DARD

Tuesday, June 03, 2008

Politik Wang

Salam,

Saya amat tertarik dengan pandangan anda semua dalam soal politik wang dalam pemilihan UMNO dalam ruangan "Cakaplah...".

Hampir semua anda meletakkan masalah politik wang ini kepada calon-calon yang bertanding kerana anda berpendapat merekalah yang beriya-iya mahu memberi habuan kepada perwakilan. Betulkah pemimpin yang bertanding sahaja yang bersalah? Bagaimana pula dengan perwakilan yang menuntut habuan untuk memberi undi mereka? Apakah mereka juga bersalah dalam hal ini?

Sememangnya politik wang harus ditolak kerana ianya adalah satu jenis rasuah yang boleh menghancurkan parti. Cuma fenomena ini tidak mudah untuk di hapuskan begitu sahaja kerana ianya membabitkan "willing buyer, willing seller".

Apa pandangan anda? Bagaimanakah ianya dihapuskan?

Kongsi artikel ini: