Friday, May 30, 2008

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

Bagi pihak keluarga saya dan kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan 2008 kepada semua rakyat Kota Belud. Saya berharap hubungan antara kaum dan agama yang sedia terjalin di Kota Belud ini akan sentiasa dipelihara dan ditingkatkan.

Kita cari persamaan bukannya perbezaan antara kita kerana sesungguhnya persamaan itu akan membina persahabatan buat selamanya-lamanya.

DARD

Tuesday, May 27, 2008

Naib Pengerusi BNBBC

Salam,

Saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (Barisan Nasional Back Benchers Club - BNBBC). Berikut adalah senarai penuh Jawatan Kuasa.

Pengerusi:
YB Dato Seri Tiong King Sing (BINTULU)

Timbalan Pengerusi:
YB Datuk Bung Moktar Bin Radin (KINABATANGAN)

Naib Pengerusi:
YB Tuan Alexander Nanta Linggi (KAPIT)
YB Dr Mohd Fuad Bin Zarkashi (BATU PAHAT)
YB Dato Abd Rahman Dahlan (KOTA BELUD)

Setiausaha:
YB Dato Hj ISmail Abd Mutalib (MARAN)

Bendahari:
YB Dato Hj Mohamad Hj Aziz (SRI GADING)

Penerangan:
YB Tuan Hj Ahmad Maslan (PONTIAN)

15 org AJK (mungkin ditambah 7 orang YB lagi)

Saya tetamu RTM pagi ini

Saya akan menjadi tetamu di TV1 hari selasa 27hn Mei 2008, dari jam 10 pagi hingga 11 pagi semasa RTM menyiarkan sesi soal jawab secara langsung. DARD

Thursday, May 22, 2008

BPR Report

Salam sejahtera!

I did not want to make a fuss about this - some of you have questioned why I didnt report to BPR the attempt made by certain individual who tried to bribe me to cross over. My answer is I did. Not once but twice last week. It was done after I mentioned it in my maiden speech in Parliament.

So since it is already reported to BPR, let BPR do its investigating. I was told that BPR also is also in the process of compiling information from the other MPs who have stated that they too have been approached.

Salam,
DARD

PTI Motion by DAP

Dear all!,

Some of you have criticised Sabah MPs for not supporting the opposition motion on PTI today in the Parliament. Some of you said that Sabah MPs have failed to raise Sabah issues in Parliament.

If you all care to read the Parliament hansard, you would read that all MPs from Sabah have spoken about PTI issue. Everyone of us have the passion to solve this issue. Even YB Kalabakan whom was said to be the brave one in parliament, did not agree with the usul! That goes to PBS,UPKO, SAPP, LDP and PBRS!!

Actually there is nothing wrong or unusual about this. This is because of the whip system. All Government MPs are not allowed to support Opposition's motion. And I am sure, opposition MPs are also subjected to their own house rules. For example, many programs suggested by the government are good initiatives but the opposition will jump on any opportunity to ridicule and oppose the programs just because they were pembangkang.

For your info, MPs Sabah have different view on how to solve the PTI issue. It does not necessarily require Suruhanjaya DiRaja. Perhaps a high level government committee or Parliamentary Committee comprising prominent figures in and out of the government and Sabah MPs, is more practical and more suited for our needs. In addition, the terms of reference must be dictated by the Sabah MPs themselves because they are at the forefont and know this issue by heart. In addition, if the terms of reference are not vetted by Sabah MPs, I am afraid the end results may not be what we wanted in the first place.

Wait for more announcements soon from Sabah BN Backbencher Club on this issue.

Salam,
DARD

Ruang Blog Utama vs Ruang "Cakaplah..."

Salam Sejahtera!

Ramai yang memberi komen tentang ruang utama blog ini tidak membenarkan sesiapa membuat topik baru. Ada beberapa sebab kenapa saya berbuat demikian.

Pertama, saya mahu blog ini digunakan sebagai platform untuk mendapatkan respon daripada anda tentang sesuatu isu yang saya bawa. Kalau saya buka kepada semua untuk membuka topik baru, ianya akan kelam kabut dan akan semacam suasana pasar dengan posting yang berbagai bentuk termasuk isu remeh temeh dan tidak releven. Kalau terlampau banyak posting yang dibuat dalam ruang utama Blog ini, ianya sebenarnya akan membuat pengunjung tidak mahu membacanya kerana telalu panjang dan tidak fokus.

Kedua, saya menyedari bahawa anda memerlukan satu ruang untuk berdiskusi secara on-line supaya komen anda boleh keluar secara real-time. Sebenarnya pada mulanya, blog ini hanya ada ruang utama blog sahaja tanpa ruang "Cakaplah...".

Kepada sesiapa yang awal-awal menjadi ahli blog ini mereka tahu hal ini. Saya masukkan elemen "Cakaplah..." untuk membolehkan anda berdiskusi sesama sendiri tentang apa saja isu yang anda mahu. Secara kebiasaannya, saya tidak perlu membalas komen anda dalam ruang "Cakaplah..." kerana saya anggap ruang ini sebagai tidak rasmi. Tetapi percayalah saya membaca semua komen dalam ruang "Cakaplah..." ini dan saya ada juga memberi respon dan komen sekali sekala terhadap posting anda semua.

Saya juga tahu bahawa dengan membuka ruang "Cakaplah..." ini, risikonya ialah saya tidak dapat mengawal perbincangan anda kerana semuanya boleh memberi pendapat walaupun mungkin pendapat anda itu tidak tepat, tidak adil, berniat jahat, fitnah atau pun nakal. Anda sendiri menyaksikan bagaimana segelintir mereka yang meninggal komen dalam ruang "Cakaplah..." itu telah menggunakan perkataan yang kurang baik dan atau yang tidak berhemah. Lagi ramai yang jadi masuk menjadi ahli ruang "Cakaplah...", lagi "meriahlah" ruang itu dengan bermacam macam karektor. Tapi atas janji saya untuk mendemokrasikan maklumat semasa membuat keputusan membuat blog ini, saya akan teruskan format "Cakaplah.." ini.

Sebenarnya bukan semua anda yang memberi komen kurang berhemah kerana ramai juga yang memberi idea yang bernas dan cadangan yang praktikal. Kepada mereka ini, saya ucapkan tahniah kerana menjadikan ruang "Cakaplah..." ini sebagai ruang yang "terpanas" dalam semua blog-blog di Kota Belud.

Ketiga, memanglah kebiasaannya blog hanya diurus oleh "master" atau empunya blog seperti blog Tun Dr M, Khir Toyo dan lain-lain.

Keempat, kalau anda mahu membuka topik baru dalam ruang utama blog, anda boleh berbuat demikian. Sila email isi topik anda kepada saya di alamat mpkotabelud@yahoo.com. Kalau prosting anda mempunyai merit dan tidak berbau hasutan, fitnah agama atau perkauman. Insya Allah saya akan siarkan.

Tkasih.

DARD

Tuesday, May 20, 2008

Dr M keluar UMNO

Saya rasa seluruh negara tergamam dengan keputusan Tun M untuk keluar dari UMNO. Saya rasa kesal dengan tindakan Tun M kerana dalam masa parti melalui cabaran politik yang cukup getir dalam sejarah, Tun M membuat keputusan untuk menambah kecelaruan yang ada.

Apa pun, Tun M berhak untuk keluar parti dengan alasan apa sekali pun biar pun alasan itu tidak masuk akal dan amat rapuh asasnya.

Kepada Tun M saya ucapkan, selamat jalan!

Salam,
DARD

Insiden minta saya lompat...

Salam Sejahtera!

Ramai yang menulis berkenaan isi ucapan saya dalamparlimen berkenaan insiden meminta saya melompat parti. Saya membaca komen-komen pembaca disini. Ada yang kata saya betul, ada yang kata saya silap dan tidak kurang yang minta saya buat polis report atau lapur pada BPR.

Untuk makluman, sebelum saya membuat kenyataan tersebut, saya sebagai ahli MP tahu apa kesan dan risikonya. Jangan bimbang, saya tahu apa yang saya buat.

Tapi tak apa lah, saya tidak salahkan anda kerana saya sendiri belum lagi membuat posting tentang hal ini (saya akan buat penjelasan dalam masa yang terdekat). Saya cuma mahu mengambil masa sedikit agar dapat membaca komen anda semua. Kalau saya buat posting tentang hal ini terlalu awal, nanti komen anda dipengaruhi oleh komen saya.

Teruskan bagi pendapat dan komen anda tentang isu ini dan juga tentang apa-apa yang saya bangkitkan dalam ucapan saya tersebut kerana saya juga membahaskan soal TV untuk Sabah, isu PATI, peralihan kuasa dalam PKR dan isu SDC. Anda boleh baca ucapan tersebut dalam seksyen blog utama saya (bukan ruang Cakaplah...).

Salam
DARD

Pendekatan konsep pelancongan di KB perlu pembaharuan

Salam sejahtera!

Hari ahad yang lalu saya hadir di program Pesta Kaamatan peringkat daerah KB di kawasan Tamu KB.

Saya tengok acara begitu meriah dengan tarian, nyanyian dan pertunjukan kebudayaan termasuk Unduk Ngadau. Banyak masa diluangkan oleh peserta untuk memberikan pertunjukkan yang tebaik. Saya cukup kagum setiap kali saya menonton persembahan sebegini rupa kerana ianya memerlukan latihan dan disiplin yang kuat. Malah tidak salah kalau saya katakan bahawa, mereka yang terlibat betul-betul sayangkan budaya dan bangsa mereka.

Saya cuma mahu bagi cadangan untuk menambah baik lagi program seperti ini. Pertama, saya tidak nampak ramai pelancong luar dan dalam negara hadir dalam acara tersebut. Sepatutnya, JK Pelaksana menjemput secara rasmi pelancong-pelancong yang tinggal di hotel-hotel di KK untuk turun ke KB melihat acara ini. Begitu juga dengan Tour operator. Mereka perlu diberitahu tentang acara sebegini kerana merekaboleh memasukkan acara ini dalam kalendar mereka dan membawa pelancong yang mereka jaga untuk datang ke KB.

Untuk memastikan mereka dalam keadaan selesa, kita perlu sediakan kem khusus untuk mereka yang siap dengan mist-fan kerana mereka ini tidak tahan panas. Bagi juga tuala basah (boleh dibeli dari kedai-kedai) untuk mengelap dan menyegarkan muka mereka. Selain itu, minta mereka untuk naik ke pentas untuk ikut srta dalam tarian kebudayaan kita. Bagi mereka air mineral yang sejuk dll. Buatlah apa saja untuk memastikan mereka selesa dan rasa dihargai dan dialu-alukan oleh kita.


Kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan parking untuk bas pelancong perlu mencukupi. Mungkin juga ada perlunya kalau ada tempat makan (gerai atau kantin) yang khusus untuk menjual makanan yang digemari oleh pelancong.
Pendek kata kita perlu melayan pelancong luarnegara kerana ianya akan menjadi buah mulut mereka mempromosi KN setelah mereka balik ke negara masing masing.

Kalau tidak, kita berbelanja berpuluh-puluh ribu hanya untuk mempersembahkan keindahan dan kekayaan kebudayaan kita kepada orang-orang tempatan yang sudah kenal dan masak dengan acara acara kebudayaan seperti ini. Nampak macam kita syok sendiri!!!

Salam.
DARD

Giant mungkin akan buka di KB

Saya berpendapat hyper-market seperti Giant ini akan memberi persaingan yang hebat kepada peruncit-peruncit yang sedia ada di KB.

Bagi peruncit berkenaan ini akan memeningkan kepala mereka. Bagi pengguna pula ianya perkara yang bagus kerana ianya akan menjanjikan harga yang rendah (sekurang-kurangnya secara teorinya). Bagi peniaga kecil bumiputera terutamanya pekebun buah-buahan, pengusaha makanan kecil-kecilan dll, mereka patut melihat ini sebagai satu peluang untuk memasarkan produk mereka.

Packagekan produk itu dengan baik, saya pasti ianya akan dapat dijual kepada Giant. Contohnya, buah nangka. Kalau dijual sebiji sebiji mungkin tidak akan dapat harga yang tinggi tetapi kalau dibelah dan diambil ulas isinya dan dipackage dalam plastik dengan kebersihan dan kualiti yang dijamin, di brand kan, saya rasa paket plastik yang ada dua tiga ulas nangka itu jauh lebih menguntungkan dari menjual sebiji nangka begitu saja.

Seperkara lagi kalau Giant nak buka kedai di KB, tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya kerana kita mengamali demokrasi.

Friday, May 16, 2008

Siapa minat Kursus Infomasi Teknologi Maklumat dan Kursus Bahasa Inggeris di Kota Belud?

Salam sejahtera!

Kementerian Pembangunan Sumber danKemajuan Teknologi Maklumat Sabah. Sila ke Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud di alamat Blok H, Lot 37, Centenary Complex, Kota Belud. Maklumat ada di pejabat mulai hari isnin 18hb Mei 2008. Tarikh tutup untuk menghantar permohonan ke Kementerian ialah pada 22 hb Mei 2008 (pejabat Ahli Parlimen akan membantu menghantar permohonan anda).

Maaf atas notis ini terlalu singkat kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

Salam
DARD

Racial-religious tolerance highest in Sabah: Masidi

DAILY EXPRESS NEWS
--------------------------------------------------------------------------------

Kota Kinabalu: Racial and religious tolerance levels in Sabah are the best in the country, making it the most harmonious place in Malaysia.

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun said this at a dinner for participants of the 1st Commonwealth Sports Tourism Conference at Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Tuesday.

He said inter-marriages are common in the State and it is not strange to see Muslim and Christian family members living under one roof.

"Nowhere else in the country is there such high tolerance like in Sabah. It is only in Sabah that we never hear silly questions like 'what is your race?'," he said.

He said no major racial conflict has ever occurred in the State unlike in other parts in the world.

In fact, he said the tolerance level is so good that people of diverse faiths could sit in one table and consume their choice of food.

"It's common to see a Muslim taking their beef sit in one table with their non-Muslim friends eating pork and vegetarian friends having their meal."

Hence, he said Sabahans generally find it hard to fathom why people in other parts of the world fight among themselves.

Wednesday, May 14, 2008

Esok pagi (Khamis) saya keluar TV1 utk soalan lisan pertama...

Esok soalan saya dipilih sebagai soalan lisan pertama di Parlimen dan akan keluar jam 10 pagi dalam TV1. Saya akan bertanya kepada Menteri Pelancongan, "APAKAH PERANCANGAN KEMENTERIAN PERLANCONGAN UNTUK MEMBANGUNKAN SEKTOR PERLANCONGAN DI DAERAH KOTA BELUD?" .

Ucapan YB DARD di Parlimen 13hb Mei 2008

Salam sejahtera!

Saya muatkan ucapan saya di Parlimen kelmarin. Sebelum anda semua bertanya kenapa tidak ada soal KB (kemiskinan dan pembangunan) dalam ucapan saya ingin saya maklumkan bahawa ucapan membahas titah diRaja lebih ditumpukan tentang soal negara atau isu besar masa kini. Soal KB boleh telah saya bawakan dalam soalan lisan dan bertulis saya. Masa yang diberi icuma 15 minit sahaja. Lagi pun ada banyak lagi peluang yang lebih baik untuk membincangkan soal KB iaitu dalam mesyuarat kedua parlimen (jun) dan ketiga (sept) dimana kajian separuh penggal RMK9 dibahaskan. Terima kasih.


Tuan Yang DiPertua (TYDP),

Terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung yang sesungguhnya amat bernas dan munasabah untuk kita mengambil iktibar darinya.

Sabah Development Corridor (SDC)

TYDP,

Pembangunan Koridor Sabah atau Sabah Development Corridor (SDC) merupakan pembangunan yang telah diatur dan dirancang dengan baik. Perancangan yang melibatkan seluruh negeri Sabah itu bertujuan untuk memberi kesaksamaan pembangunan kepada semua daerah dan wilayah di negeri Sabah.

Rakyat Sabah berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi untuk melancarkannya pada awal tahun ini. Saya berharap kerajaan pusat akan membangunkan koridor ini mengikut jadual kerana koridor ini adalah salah satu sebab kenapa rakyat negeri Sabah mengundi BN dalam pilihanraya ke12 baru baru ini. Antara lain yang kita terangkan kepada rakyat ialah SDC ini bakal mengujudkan 900,000 peluang pekrjaan dalam tempoh pembanguanaanya. 13 MOU juga telah ditandatangani dengan syarikat dari China, Jepun dan Ameika Syarikat.

Skop SDC ini adalah luas sebab itulah ianya perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Antara lain:

- Projek Jelapang Padi Kota Belud dan Sipitang.
- Pembinaan stesen pusat kereta api
- Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu
- Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
- Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
- Pembangunan ekopelancongan dan kesihatan/perubatan
- Pembinaan kondominium mewah dan hotel lima dan enam bintang
- Pembangunan pusat-pusat pelancongan.
- Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Sawit POIC.
- Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.
- Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.
- Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005.


TYDP, seluruh jentera kerajaan negeri dari YAB Ketua Menteri sehinggalah kakitangan peringkat akar umbi telah bersedia untuk menjayakannya. Kata mesti dikota. Janji mesti dipenuhi.

Jangan sampai Koridor ini menjadi satu bahan jenaka dikalangan rakyat kerana sesunggunya sudah banyak contoh dimana janji tidak ditepati. Contohnya 4 pusat pusat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah dijanjikan kepada Sabah sampai sekarang belum tercapai lagi. Walaupun tujuannya baik iaitu membanteras penyeludupan, serangan lanun, pengambilan pasir dan pengawalan persisiran pantai dari dibolosi oleh PTI tetapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda untuk bermula. Malah saya difahamkan bahawa tapak pun belum dikenalpasti lagi.



PENYELESAIAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

TYDP,

Bak kata pepatah, di mana ada gula di situ ada semut. Kemakmuran negara kita telah menarik minat ramai tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang seperti pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Ramai rakan-rakan saya telah membicarakan soal PATI ini. Sekadar menambah, saya ingin cadangkan agar kerajaan membuat kajian terperinci berkenaan perkara berikut bagi mengatasi masalah PATI:

Turunkan levi dan yuran proses pengambilan pekerja asing. Ini akan menggalakkan mereka datang ke Malaysia secara sah. Kadar bayaran yang dikenakan sekarang ini dirasakan tinggi oleh majikan disebabkan kenaikan kos-kos lain. Semakin ramai pekerja asing masuk secara sah, semakin mudah bagi kerajaan mengawal kegiatan dan aktiviti mereka di Negara ini kerana kerajaan menyimpan database latar belakang dan bilangan mereka.


RTM

TYDP,

Saya berterimakasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya membangunkan industri penyaiaran dalam negara kita. Kalau dulu kita hanya ada RTM1 dan RTM2, sekarang kita mempunyai berbagai-bagai saluran TV untuk tatapan kita sabah hari dan malam. Tidak cukup dengan itu, kita juga sudah mempunyai satelite TV Astro yang membuka jendela minda kita kepada perkembangan dunia luar. Banyak yang boleh dipelajari dari kepelbagaian saluran TV ini. Malangnya TYDP, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai stesen TVnya sendiri. Dengan keluasan sebesar semenanjung Malaysia, rakyat negeri Sabah dan sarawak memerlukan saluran Televisyen yang khusus untuk mereka. Berita kedua-dua wilayah ini amat terhad di saluran-saluran TV yang ada sekarang ini. Kalau pun ada ianya disiarkan pada jam yang kurang sesuai iaitu 5 petang.

Saya difahamkan baru-baru ini, Menteri Penerangan telah mengumumkan penambahan masa siaran berita Sabah dan Sarawak dalam rancangan “Warta Negeri” dari 7 minit kepada 15 minit. Saya ucapakan terima kasih kepada Menteri atas keperihatinan itu.

Cuma yang saya pertikaikan ialah bagaimanakah jutaan rakyat di Malaysia Timur mendapat maklumat tentang dasar-dasar dan program kerajaan negeri jika yang hanya diperuntukkan ialah 15 minit. Sabah contohnya mempunyai sistem kabinet dengan 11 Kementerian dan begitu juga Sarawak. Takkanlah 11 Kementerian boleh menerangkan dasar-dasar mereka dalam 15 minit. Apaatahlagi kawasan yang dijaga begitu luas sekali.

Ada lagi yang belum fasih bahasa Malaysia dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Janganlah kerana penggunaan Bahasa Malaysia akan menidakkan hak rakyat yang mahu mengetahui apa yang berlaku dengan kerajaan mereka.

Mengujudkan televisyen untuk Sabah dan Sarawak bukanlah perkara baru pun. Sebelum ini, Sabah mempunyai saluran RTM sendiri iaitu TV3 tetapi telah dimansuhkan. Jangan khuatir tentang keselamatan atau control. TV Sabah itu masih lagi dibawah kawal selia oleh RTM Malaysia.



POLITIK

TYDP,

Pada saya soal lompat ini adalah simptom atau kesan daripada hal yang lain. Melompat ini bukan perkara pokok. Ianya terjadi kerana faktor lain yang berlaku iaitu jika rakyat Sabah dan Sarawak masih berfikiran Kerjaan Pusat meminggirkan mereka. Maka untuk semua pihak memfokuskan perhatian mereka kepada soal lompat mungkin agak kurang tepat kerana perkara pokok ialah perasaan rakyat Sabah yang memerlukan kasih sayang dan manja dari kerajaan pusat. Itu saja… Pembangkang jangan terlalu ghairah dan gembira dengan ucapan ucapan YB YB dari Sabah kerana itu adalah luahan hati akar umbi rakyat Malaysia di Sabah. Jika keluhan ini dapat diatasi, saya percaya soal lompat tidak akan berlaku. Dan sememangnya semua permasalahan ini telah diberitahu kepada PM dan beliau akan mengusahakannya. Takkanlah semua yang diminta boleh terjadi dalam sekelip mata. Walau bagaimana pun. Saya berharap kunjungan YAB Perdana Menteri ke Sabah hujung bulan ini akan membawa khabar gembir untuk rakyat Sabah. Insyaallah.

TYDP,

Pihak pembangkang selalu menuntut supaya kerajaan Malaysia mesti mempunyai minda dan etika kerja kelas pertama. Ada pula yang mengatakan keputusan PRU12 ini menjanjikan suasana politik yang lebih robust, lebih terbuka dan berwibawa. Ada yang mengatakan sistem dua parti dengan sistem check and balance dan shadow cabinetnya akhirnya berjaya ditubuhkan di Malaysia. Maka dengan fenomena baru ini, delivery sytem (sistem penyampaian) kerajaan dan rasuah akan dapat dihapuskan.

Saya secara peribadi setuju tentang apa yang diajukan oleh parti pembangkang. Peluang yang muncul daripada keputusan PRU12 ini perlu di pergunakan sebaik mungkin. Tidak kira kita dari parti kerajaan atau parti pembangkang kita bersama sepatutnya membina tamadun dan kemajuan Malaysia yang lebih bermakna dan model politik baru yang berlandaskan minda kelas pertama.

Tetapi malangnya TYDP, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita ambil contoh kerajaan Pulau Pinang. Mereka menjanjikan kerajaan kelas pertama tetapi nyata itu hanya retorik apabila Exco-Exco Kerajaan Pulau Pinang yang dilantik tidak melambangkan kelas pertama. Ada yang terpaksa dihantar untuk berkursus tetang cara cara bagaimana untuk mentadbir kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan malah tidak pernah mengurus apa apa perniagaan. Sungguh tertipu rakyat Pulau Pinang kerana mereka dijanjikan kerajaan kelas pertama tetapi yang mereka dapat adalah kerajaan kelas ketiga. Fakta ini bukannya datang dari saya tapi datangnya dari YB Jelutong, Wakil rakyat DAP sendiri dalam interviewnya dengan MalaysisKini (http://www.malaysiakini.com/news/82084).

Parti pembangkang juga selalu menuduh kononnya UMNO dan BN adalah rasuah dan tidak layak untuk menjadi kerajaan kelas pertama.

Pakatan Rakyat sekali lagi cuba untuk mengabui mata rakyat. Sementara mereka mahu supaya BN bermindakan kelas pertama, mereka menunjukkan minda kelas ketiga. Mahu mengajar orang tetapi dia sendiri umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka minta BN jangan rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah.

Saya ingin bertanya TYDP, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada ahli-ahli parlimen untuk melompat itu bukan rasuah namanya? Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya?

Selepas itu mereka menawarkan jawatan kabinet pula kepada saya. Bukankah itu rasuah namanya? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya. Saya tahu TYDP, trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dulu. Duit berbakul bakul, projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sejarah tidak boleh diubah. Kami di Sabah masih ingat bagaiman perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin agung PKR kerana memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam parti UMNO Sabah.

TYDP,

Saya ingin mengalihkan ucapan saya kepada peralihan kuasa parti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai yang memikirkannya tetapi tidak ramai yang membincangkannya secara terbuka. Iya ahli-ahli Yang Berhormat, tepat sekali tanggapan AYB sekalian, saya bercakap tentang isu peralihan kuasa parti Keadilan rakyat atau PKR. (Ini penting kerana perancangan susunan kepimpinan PKR perlu kita teliti kerana mereka mahu menjadi Perdana Menteri. Jadi rakyat Malaysia mahu tahu susunan ini agar tidak menjadikan negara tidak stabil apabila Datuk Seri Anwar tidak lagi menjadi Perdana Menteri).

Dimerata pelusuk negara kita, ramai pemimpin-pemipin Rakatan Rakyat mencanangkan bahawa DSAI akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam sebelum tanggal Hari Malaysia pada 16hb September 2008.

Saya berdoa semoga Ybhg DSAI panjang umur dan sihat tubuh badan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari kiamat. Tetapi sebagai salah seorang ahli parlimen dari Sabah yang diwar warkan untuk melompat ke PKR, saya dihujani banyak soalan dari orang ramai di kawasan saya yang bertanya siapakah yang akan menjaga rakyat dan negara ini jika DSAI tidak lagi mejadi Perdana Menteri.

Adakah YB Permatang Pauh (Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail – isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang selama ini takut untuk keluar dari bayang bayang Ketua Partinya kerana selama ini pun beliau hanya menjadi puppet dan memanaskan kerusi untuk DSAI?

Adakah Timbalan Presiden PKR (Dr Syed Husin Ali) akan diangkat menjadi senator dan dipilih menjadi PM? DAP marah pulak sebab Dap tidak suka menteri dari kalangan senator.

Atau apakah YB Gombak (Azmin Ali), Naib Presiden PKR yang dari dulu sehingga kini masih dilihat terlalu taksub kepada seseoarang pemimpin idolanya sehingga apa pun yang dicakap oleh Ketua Partinya semuanya ok ok boss! Dan mahu meniru stail DSAI dari cara berpakaian dan intonasi ucapannya?

Apakah YB dari Gopeng (Dr Lee Boon Chye) atau YB dari Subang (Sivarasa Rasiah)?

Atau apakah saya patut mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada Ybhg Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR ke lima kerana bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas DSAI tetapi mungkin itupun tidak kesampaian kerana Datuk Dr Jeffrey Kitingan pernah dikaitkan dengan skandal melesapkan duit Yayasan Sabah berjumlah berbilion bilion ringgit…. Mana mungkin DSAI yang suci bersih itu mahu menjadikan seorang seperti Ybhg Datuk Jeffrey Kitingan yang terpalit dengan dakwaan tuduhan salah laku sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Jadi siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Ketua Parti PKR, DSAI? Rakyat nak tahu!!!

Mungkinkah Pakatan Rakyat (PR) akan terus membuat kezutan, meminjam kata kata pengacara Akademi Fantasia, dan menempah sejarah dengan melantik Perdana Menteri yang pertama dari kaum Cina atau India, YB Ipoh Timur (Lim Kit Siang) atau YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) dari DAP? Kita tunggu…..

Atau mungkinkah PR akan memberi peluang kepada Presiden PAS, YB Marang (Dato Seri Hadi Awang) untuk menjadi Perdana Menteri?

Tapi dengan cara berpakaian serban dan jubah, YB Marang mungkin akan kempunan, kerana beliau mempunyai masalah dengan imejnya. Dengan berpakaian serban dan jubah ala taliban , beliau dikatakan tidak sesuai memegang jawatan Perdana Menteri kerana akan memberi imej yang salah terhadap Malaysia di mata pelabur antarabangsa. Malah, dikatakan, rakyat bukan Melayu mungkin akan merasa resah dan gelisah jika beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pelajaran. Ini sekali lagi bukan kenyataan dari saya tetapi dari MalaysiaKini yang menjadi lidah rasmi parti pembangkang (http://www.malaysiakini/news/82576).

Jadi siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas DSAI? Saya tercari cari juga jawapannya sehinggalah seorang kawan memberi sedikit clue atau andaian kepada saya bahawa DSAI sebenarnya sedang membina empayar nepotismanya dengan bakal melantik YB dari Lembah Pantai (NurulIzzah Anwar – anak Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh Malaysia. Tahniah kerajaan anak beranak.

Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.

Friday, May 09, 2008

Anda ada pandangan?

Salam...

Saya mungkin berpeluang untuk berucap dalam Parlimen hari Isnin atau Selasa ini. Itupun kalau ada masa yaang tinggal. Saya mengalu-alukan pendapat dan cadangan anda semua untuk saya masukkan kedalam ucapan saya.

Kepada yang berminat, sila hantarkan pandangan anda ke email saya mpkotabelud@yahoo.com selewat-lewatnya jam 12 tengahhari hari ahad ini (11hb Mei 2008). Topiknya apa saja yang boleh membawa kebaikkan untuk Sabah dan Malaysia. Kalau boleh sertakan statistik dan berhujahlah dengan berhemah dan berfakta.

Saya nak dengar suara hati orang grass root/ akarumbi bukan saja dari Kota Belud tetapi semua yang melayari blog ini.

Tkasih.

DARD

Monday, May 05, 2008

Jawapan kpd soalan saya di Parlimen

Salam Sejahtera!

Berikut adalah soalan pertama saya di Parlimen. Soalan ini ditanya kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani berkenaan jelapang padi di KB.

Salam
DARD
=========


PARLIMEN MALAYSIA
PEMEBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB. DATUK HAJI ABD. RAHMAN
BIN DAHLAN [KOTA BELUD]

TARIKH : 30 APRIL 2008 [RABU]

SOALAN : YB. DATUK HAJI ABD. RAHMAN
BIN DAHLAN [KOTA BELUD] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

Status terkini Program Jelapang Padi di Daerah Kota Belud dari segi jenis projek, peruntukan dan pelaksanaannya. Kalau ya, bilakah ia dijangka dimulakan, dan jika tidak, mengapa.






JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Projek Jelapang Padi Di Kota Belud meliputi kawasan seluas 10,000 hektar. Bilangan petani terlibat ialah 9,857 petani. Projek ini melibatkan lima (5) pakej. Pembangunan Pakej 1 telah dimulakan pada tahun 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010 yang melibatkan komponen-komponen seperti berikut :

(i) Kerja-kerja menaiktaraf Skim Pengairan Tamu Darat telah dimulakan pada tahun 2006 dan akan siap pada tahun 2008.
(ii) Pelaksanaan projek perintis di kawasan seluas 267 hektar di Kg. Keguraan, Kota Belud iaitu sebahagian daripada projek Pakej 1. Projek ini dijangka akan dimulakan dalam tahun 2008 dan siap tahun 2009.
(iii) Pelaksanaan, penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran bagi kawasan Keguraan, Tamau dan Tempasuk Utara.

Dalam Rmke9, sebanyak RM20 juta telah diluluskan sehingga April 2008, sebanyak RM5.7 juta telah dibelanjakan. Tambahan siling sebanyak RM76,600,000.00 telah dipohon dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9.

Pelaksanaan Pakej 1 akan dapat meningkatkan purata hasil padi sehektar di kawsan tersebut daripada 3.7 tan metrik/hektar/musim kepada 6.0 tan metrik/hektar/musim.

Friday, May 02, 2008

ABDUL RAHMAN AJAK PENYOKONG PEMBANGKANG MAJUKAN KOTA BELUD

Para penyokong parti pembangkang pada pilihanraya lalu di daerah ini diseru agar bersama-sama dengan penyokong parti pemerintah BN merapatkan barisan bergerak seiringan bagi memajukan daerah Kota Belud untuk manafaat rakyat secara keseluruhannya.Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tidak ada gunanya selepas melalui proses demokrasi pilihanraya menentukan parti mana yang diberi mandat untuk memerintah, rakyat masih lagi berpecah belah dengan pelbagai syak wasangka yang hanya akan merugikan.

Katanya, apa yang penting setelah rakyat mengetahui keputusan pilihanraya, rakyat secara keseluruhannya perlu merapatkan semula ikatan perpaduan bagi memastikan apa juga perancangan yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk faedah semua pihak.

Klik tajuk untuk berita sepenuhnya....

JELAPANG PADI KOTA BELUD, KERAJAAN PERLU BERTINDAK SEGERA - ABDUL RAHMAN

KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sudah sampai ketikanya kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan serius dan drastik memaju industri Jelapang Padi di Kota Belud.Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh beberapa buah negara pembekal beras ke Malaysia seperti Vietnam dan India pada ketika ini yang telah membataskan import berasnya ke luar negara perlu dijadikan ikhtibar kepada kerajaan persekutuan mencari jalan alternatif untuk keggunaan para pengguna di negara ini.....

Klik Tajuk Untuk berita lanjut....

NOTIS: Blog ni kena "Hacked"

Saya tak tahu siapa yang buat tapi ayat "Ruangan Ini Untuk Bergaduh... YB DARD" telah dimasukkan sebagai tajuk ruangan "CAKAPLAH..." diatas. Angkara siapa saya tak tahu dan saya cuba nak perbetulkan tapi belum ada masa nak cuba macammana. Ada sesiapa yang boleh bantu saya bagaimana caranya supaya saya tidak tercari cari jalannya?

DARD

Kongsi artikel ini: