Saturday, December 20, 2008

Nak tanya soalan lisan di parlimen?

Salam,

Saya dalam proses menyediakan soalan lisan untuk persidangan parlimen tahun hadapan.

Kalau anda mempunyai soalan yang hendak ditanya kepada kerajaan persekutuan, sila hantar email anda kepada saya di alamat mpkotabelud@yahoo.com.

Soalan anda mesti tidak lebih dari 40 perkataan. Nyatakan kepada kementerian mana yang hendak ditujukan soalan tersebut.

Jika anda kurang pasti kementerian mana yang bertanggungjawab, hantar saja soalan itu dan saya akan pastikan kementerian yang bertanggungjawab.

Jangan risau sangat tentang samada soalan anda itu remeh temeh kerana semuanya pada saya adalah penting.

Soalan boleh berkenaan dengan isu tempatan di Kota Belud, isu neger Sabah atau isu nasional. Cuma pastikan soalan adalah bersangkut paut dengan tanggunjawab kerajaan persekutuan dan bukannya dalam bidang kuasa kerajaan negeri seperti isu isu tanah.

Hantar kepada saya secepat mungkin kerana saya akan masukkan soalan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Terima kasih.

DARD.

8 comments:

  1. YB, saya tinggalkan soalan disini sahaja.

    soalan saya kepada jabatan perdana menteri

    kaedah-kaedah kereta motor (talipinggang keledar) pindaan 2008 dikuatkuasakan pada 1.1.2009. adakah kementerian tahu bahawa idea ini menyusahkan dan tidak praktikal. apakah ia boleh dikuatkuasakan kelak?

    ReplyDelete
  2. Catat dahulu soalan sebelum dibawa :-)














    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum dato',
    Harap YB beri komen tentang isu penswastaan IJN dalam blog ini kerana ramai yang tertanya-tertanya siapakah yang bertanggungjawab memberikan cadangan penswastaan yang telah memburukkan imej kerajaan BN dimata rakyat. apatah lagi menjelang pilihanraya kecil KT ini, isu IJN ini akan menjadi isu besar yang akan dimainkan oleh pembangkang. Ramai yang ingin siapakah orang bodoh yang membuat cadangan yang akan menjatuhkan imej kerajaan dengan begitu teruk sekali. dalam keadaan imej BN yang agak teruk sekarang ini sepatutnya cadangan-cadangan seperti ini seharusnya ditolak terus oleh kerajaan. Tak payah nak tangguh ataupun dikaji sama sekali. Ianya akan menjadi salah satu sebab kekalahan BN di KT nanti. Harap YB dapat beri komen dan penjelasan

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan daripada orang kecil kepada ORANG BESAR. Tahniah atas dayausaha ini. Teruskan!

    ReplyDelete
  5. kpd JPN.ttg KPT yg sukar dibuat oleh warga sabah, yg mengambil masa pjg. TERIMA KASIH YB.

    ReplyDelete
  6. salam berjuang datuk,semarakkan lagi ekonomi anak sama supaya selaras dan seiring dengan ekonomi bangso lain tak sabah tu,

    ReplyDelete
  7. ANAK SAMA TUARAN9:24 PM, March 23, 2009

    Solan Saya,

    DI SABAH BUAT MASA INI KEBANYAKAN PEKERJA SWASTA/SYARIKAT MENERIMA GAJI DI BAWAH RM 750 SEBULAN. APAKAH USAHA KERAJAAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI AGAR IANYA SELARI DENGAN SARANAN KERJAAN BARISAN NASIONAL YANG MENETAPKAN GARIS KEMISKINAN PADA PARAS TERSEBUT.

    ReplyDelete
  8. ANAK SAMA TUARAN9:53 PM, March 23, 2009

    Assalamualaikum YB.Datuk,

    Ini bukan soalan untuk diajukan kepada parlimen tetapi sekadar renungan YB.Datuk sahaja untuk diambil perhatian.

    1.Mohon YB.Datuk membantu usaha untuk menerbitkan sebuah kamus atau Glosari bahasa bajau sama.Bahan telah sedia ada, hanya menungguh kerjasama dan kesediaan YB.datuk untuk bekerjasama dan membantu.

    2.Mohon diadakan anugerah untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak sama ( Jomo sama ) yang telah lama berjuang untuk memartabatkan bahasa bajau sama samaada dari segi seni suara (lagu-Lagu sama ) ataupun bidang peneyelidikan bahasa bajau sama.
    Kesian mereka ini.

    Walaupun YB.Datuk baru sahaja menjadi Ahli Parlimen namun hendakya inilah takdir,kerana kalau dikira sangat sebelum ini telah ramai pemimpin sama telah menjadi menteri tapi apa mereka tinggalkan untuk jenerasi anak sama dari segi khazanah memartabatkan bahasa bajau ini,tidak seorangpun telah berusaha kearah ini,termasuklah bei ketua menteri tei doou aa...Presiden PSBB ian bei buatnei..embanannei ta' bangso sama sampai io beranti nang ketua menteri.Ruun lagi menteri laat teposoknu duangan dinakan tei anu jaji menteri ngabutnu betiu ian pebuat segaa ta' tuturan sama tu.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: