Monday, November 03, 2008

Drama Dalam Pemilihan UMNO Tuaran (Bab 2)

Salam,

Dalam pemilihan pemuda UMNO Malaysia di Dewan Bersatu pda 10hb Oktober yang lalu, pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jatuh ketangan sahabat saya, YB Dato Mukhriz Mahathir.

Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan itu kerana itu adalah kehendak perwakilan pemuda. Mukhriz mendapat 176 undi dan YB Khairy Jamaluddin mendapat 79 undi.

Ada beberapa orang teman memberi pandangan dan melontarkan sebab kenapa Khairy kalah dalam pertandingan itu. Tanpa menidakkan sokongan Mukhriz di Tuaran, menurut mereka salah satu sebab kenapa Khairy kalah ialah keran keputusan saya meminta calon-calon pro-saya menarik diri dari bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda dan Pengerusi Tetap Persidangan.

Apa yang berlaku setelah pengumuman dibuat ialah penyokong-penyokong mereka telah keluar dari dewan dan pulang. Kalau dilihat jumlah undi yang didapati oleh Khairy dan Mukhriz ianya berjumlah 255 undi dibandingkan jumlah keseluruhan perwakilan yang mendaftar pada pagi itu hampir 500 perwakilan. Persoalannya kata teman-teman tersebut, jika kesemua perwakilan hadir termasuk penyokong-penyokong calon-calon pro-saya, apakah keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ada perubahan. Hanya Tuhan yang tahu...

DARD

14 comments:

  1. Untuk pengetahuan tuan,
    Tuan selaku penyokong kuat Khairi adalah salah satu sebab ramai kami pengundi tidak mengundi tuan.
    Kami ahli UMNO, amat memandang tinggi reputasi UMNO supaya dijaga dengan baik dan dipandang tinggi semula.
    Khairi selaku seorang yang dilihat tidak bersih dan telus dalam Politik Malaysia. Selaku Ketua Pemuda, beliau telah menunjukkan contoh-contoh dan perlakuan yang tidak sepatutnya layak sebagai seorang pemimpin.
    Kita selalu berbincang mengenai ingin membersihkan UMNO dari segala bentuk rasuah dan penyelewengan... Hakikatnya Khairi adalah salah seorang raja yg mengetuai banyak salahguna kuasa. Kalau undi Khairi dan pengikutnya.. macam cakap tak serupa bikin.

    Khairi dan tuan juga telah mewujudkan puak-puak UMNO yg boleh menyebabkan perpecahan dlm UMNO juga. Tuan mengakui ini dengan secara tidak langsung dgn dengan perkataan "pengikut/penyokong" tuan. Saya selaku pengundi tidak mahu perkara seperti ini. Biarlah saya mengundi yg tidak menyebabkan perpecahan.

    Khairy juga seorang yg tidak patut mendapat sokongan dari bahagian kita. Tidak ada sumbangan yang jelas Khairi telah buat semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO.. malahan lebih banyak kepada retorik semata-mata.

    walau kita bersahabat, tapi dalam parti kita tetap berbeza pendirian.

    ReplyDelete
  2. The floors have spoken that said pls respect their votes. you should ve'not divide peoples 'orang saya' dan 'orang kamu' accept MM as the the acceptable KP than KJ do not get personal ,the ground giving a very clear message .

    ReplyDelete
  3. Denakan,
    Itu lah masalah kita sekarang - Kalau masing-masing ada pengikut, sudah tentu kita tidak akan berjaya, saya cadangkan supaya semua itu adalah pengikut denakan kerana dia orang UMNO. Kita suara ramai - Perjuangan harus di teruskan untuk memajukan bangsa dan Negara. Orang Bajau ni sudah ketinggalan dari semua aspek - kena pushup sikit supaya ada kesedaran.
    Perjuangan denakan, berteraskan kemajuan tetapi pengikut UMNO berteraskan PULUS untuk mendapatkan sesuatu. Biar lah perjuangan mereka begitu dan hanya berserah kepada ALLAH untuk perjuangan denakan dengan hati yang iklas

    ReplyDelete
  4. Terima la hakikat yang YB tak di sukai, tinggal di KL pastu jadi MP Kota Belud tapi ada hati mau pimpin UMNO Tuaran. Kami mahu orang yang sentiasa di Tuaran, susah dan senang bersama kami di sini. YB nie nampak sangat mau jawatan saja tapi ndak mau susah bersama. Kalau mau menang tinggal la di Tuaran.

    ReplyDelete
  5. Temanggong Kabuayaan11:21 AM, November 08, 2008

    Datuk, faktor Khairy, saya setuju sebagai satu punca kekalahan Datuk. Datuk selama ini tyelah dilabel sebagai konco Khairy, so ramai yang tidak suka Khairy telah menolak Datuk.

    ReplyDelete
  6. "Hakikatnya Khairi adalah salah seorang raja yg mengetuai banyak salahguna kuasa. Kalau undi Khairi dan pengikutnya.. macam cakap tak serupa bikin."
    Wahai Sahabat..........
    Ini adalah satu tuduhan yg serius, tolong kemukakan bukti-bukti saudara sekiranya saudara khairi menyalahguna kuasa!!!!!
    TUBAL

    ReplyDelete
  7. abdul rahman sulaiman khan11:43 PM, November 08, 2008

    Datuk, hari ini orang memilih pemimpin UMNO bukan lagi kerana visi, ketokohan atau wawasan calon berkenaan tetapi semuanya didasarkan oleh wang atau RM. Macam mana baik dan kaliber sekalipun seseorang calon itu, sekiranya dia tidak banyak duit maka timpislah harapannya untuk menjadi pemimpin UMNO. UMNO ketika ini benar-benar sudah binasa.

    Saya setuju dengan pandangan Tan Sri Muhamamad bahawa kehadiran golongan kontraktor dalam kempimpinan UMNO merupakan satu faktor yang mendorong kepada kebinasaan UMNO sekarang. Mereka ini berlumba-lumba untuk menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin dalam UMNO bukanlah kerana perjuangan bangsa tetapi hanya untuk mengejar projek dan tander..Mereka semua munafik dan prejudis dalam perjuangan.

    Percayalah Datuk, sekiranya golongan kontraktor ini kekal dan semkin ramai duduk dalam saf kempimpinan UMNO tak kiran sebagai ketua bahagian atau ketua pemuda,percayalah bahawa UMNO sedang berada dipenghujung usia sebagai parti pemerintah..Sekiranya UMNO tidak berjaya mengekang politik wang yang ditabur oleh kontraktor dan peniaga yang opportunis, percayalah bahawa Datuk Najib adalah perdana menteri daripada UMNO yang terakhir..

    ReplyDelete
  8. Menang sekarang tak bermakna menang buat selama2nya..

    Mungkin bukan sekarang..
    Tapi..
    Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga :-)






    Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. kepada encik tolong pegi baca bolg mamat ni http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2008/...

    mampukah Pusat Zakat dan baitulmal melakukan nya???

    ReplyDelete
  10. http://pkrpasdap.blogspot.com

    menang kalah tidak penting. yang penting perjuangan diteruskan. hari ini menang, esok belum tentu juara itu milik pemenang. tidak ada yang kekal di dunia apatah lagi politik. BUSH pun jatuh. dan OBAMA tidak semestinya akan berada teratas selamanya.

    setuju dengan saya DARD?

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Dato' YB.. Kota Belud,
    Untuk pengetahuan dato telah begitu ramai orang kecewa dengan sikap dato yang seolah-olah mengabaikan kawasan dan rakyat kota belud sejak kebelakangan ini. Kami begitu keciwa memandangkan dato sentiasa tiada masa untuk orang kota belud tetapi ada masa untuk temankan KJ masa dia nak umum bertanding calon ketua pemuda di N9. Dato tiada masa nak menjenguk kawasan dato, tapi ada masa untuk menemani KJ kemana saja yang dia pergi.....
    Dato x cukup untuk mendengar rintihan orang kota belud tp dato ada masa menjalankan perniagaan KJ...
    Dato tiada masa untuk merasmikan apa2 majlis di kota belud...
    tapi dato ada masa untuk menemani KJ merasmikan majlis orang lain....
    Harap dato jgnla kerana terhutang budi kepada KJ... kawasan dato tergadai...
    saya bangga pada mulanya kerana kota belud dapat MP yang ada pangkat besar peringkat nasional "SETIAUSAHA PEMUDA UMNO MALAYSIA" "SETIAUSAHA BN MALAYSIA".
    tapi ternyata semuanya sekarang telah terbukti.. ianya hanya kerana KJ semata-mata, nothing special...
    saya berpendapat dato bukan lah seorang pemimpin tulin yang berjuang kerana rakyat tetapi kerana KJ semata-mata...
    ramai yang menyesal kerana mengundi dato tempoh hari termasuk la saya...
    akibat kesibukan dato rakyat menjadi mangsa...
    sepatutnya dato melantik wakil dato yang benar2 boleh menjaga kwsn dato..
    ini tidak.. dato mengharapkan org2 yang tidak boleh diharap langsung...
    saya melontarkan komen ini untuk kebaikan dato.. kerana bagi saya dato ada masa depan yang cerah dalam politik sabah sekiranya tidak silap langkah.. dato kena betul2 faham sentimen politik kota belud sekiranya ingin jd MP kota belud untuk penggal yang akan datang.. jangan bergatung sgt dengan KJ yang semua orang dah menyampah dengan perangai budak hitam satu ni.. di N9 sendiri tidak mendapat sokongan akar umbi.. harap dato tidak jd seperti beliau..
    harap dato terima komen saya ini dengan ikhlas kerana keputusan pemilihan baru2 ini menunjukkan dato ditolak kerana tidak dekat dengan hati orang2 UMNO di tuaran..

    ReplyDelete
  12. Salam Dato,
    Banyak kepincangannya dalam faktor2kekalahan KJ tempoh hari, dan Dato sepatutnya yang menanggung beban kesalahan tersebut.

    Perwakilan melihat KJ melalui pembawaan Dato dalam perhubungan dengan masyarakat daerah Tuaran. Dato sendiri tahu keputusan pemilihan tersebut yang menunjukkan semua pengikut2 Dato kecundang dalam pemilihan Pemuda dan bahagian.

    Dato harus menilai semula pergaulan Dato dengan orang2 yang `mengelilingi' Dato, yang saya lihat banyak berperangai `lebih kuah dari sudu'. Penampilan dan penyertaan Dato dalam kehidupan harian masyarakat daerah Tuaran juga harus di `adjust' sedikit. Abg. Ali Ashgar dan Zamani bukannya kaya harta, tetapi mereka kaya budi bahasa yang memudahkan rakyat biasa seperti saya selesa berdampingan dgn mereka.

    Pengikut2 peribadi Dato juga harus datang dari kumpulan yang sederhana, bukannya seperti yang ada sekarang, yang terlalu `agresif dan sikit2 mekong'. Rekod pegawai peribadi Dato terlalu gelap untuk dibersihkan, melainkan Dato gantikan dengan pengiring yang baru. letaklah pengiring Dato yang ada sekarang ke tempat lain, gantikan dengan pengiring yang `mesra rakyat'..insyaallah!!

    ReplyDelete
  13. Salam sejahtera dato',
    Dalam politik begitulah, pernah dato' selidiki perasaan 'orang-orang' dato' yang terpaksa tarik diri?
    bagaimana pula harapan akar umbi yang ingin melihat mereka jadi pemimpin? mungkin kepimpinan mereka jauh lebih baik daripada dato'.
    teruskan tugas sebagai YB di KB dan berusahalah melobi untuk jawatan-jawatan yang dilantik agar karier politik dato' tidak terkubur seperti KJ yang memperkenalkan kepada kontektor di sabah supaya mendapat tajuk projek kerajaan kemudian dilantik terus oleh MOF -KJ banyak duit suda dato', nda ada politik pun dia buleh suda kasi idup orang-orang dia-

    ReplyDelete
  14. Salam YB DARD,

    My 2 cents,

    Your losses are well predicted. And KJ soon will face the same consequences.

    I might be wrong, but then again I might be right.

    The scenario in politic is changing YB DARD and its rapid. You should know this better.
    Gone were the days Hidup Melayu, Menjaga hak Melayu, Kebajikan Melayu.

    People nowadays wanted to see what policy you fight for or what do you have to offer. How you could benefited them. Just like in other developed country. Sell your policy. You have been in US before; you should know better how the game is being played there.

    A few month ago people in UMNO blabbering about the ever un-democracy quota system. But what happen now? Nothing.

    The very root cause in UMNO is its system. And I believe the so called system release it lashes on you.

    From my observation, the thing I hate the most about Pemuda UMNO is that when you have a post in Pemuda, they pretend to be a wise jack. They know everything. They like the feeling to be surrounded by the ever asses licking follower (which eventually will stab you from behind). And in return, most of them become a tad arrogant person. They think that they have been long in politics, they know better. These disguise me the most.

    You are not at the end of the road. It’s just a beginning.

    “Associates with the wise, discard the fools”

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: