Friday, October 31, 2008

Drama dalam Pemilihan UMNO Tuaran (Bab 1)

Salam semua.

Seperti mana yang anda semua sudah tahu, saya gagal dalam percubaan pertama saya bertanding dalam jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran. Tahniah saya ucapkan kepada saudar Aliasgar yang berjaya mempertahankan jawatan beliau. Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang mengundi saya dan kepada yang tidak mengundi saya, saya menghormati keputusan anda.

Walaupun saya menerima keputusan pemilihan tersebut, saya tidak dapat lari dari membuat postmortem atau kajian kenapa saya kalah dalam pemilihan tersebut. Saya memohon maaf kepada pembaca jika "post mortem" atau "bedah siasat" saya ini panjang berjela jela dan bersifat peribadi. Yakinlah pembaca budiman sekalian bahawa saya tidak emosional atau tidak professional tetapi cuma ingin berkongsi pendapat dengan anda semua. Jadi, izinkan saya mulakan....

Dalam pemilihan baru-baru ini, saya pertaruhkan "track record" saya sejak mencebur diri dalam politik secara aktif. Mulai dari pembabitan saya menubuhkan Kelab UMNO California, Amerika Syarikat, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, 8 tahun menjadi Ketua Pemuda UMNO Tuaran, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda BN sehinggalah menjadi ahli Yang Berhormat Parlimen Kota Belud.

Untuk berlaku telus kepada para perwakilan, saya mencetak satu majallah khusus memperlihatkan semua program dan aktiviti saya termasuk penubuhan Koperasi Pemuda Wawasan Berhad yang kini mempunyai dana sebanyak RM 100,000.00. Saya juga menampilkan wawasan saya melalui program "Ngini Nyeak" dimana wawasan ini berhasrat untuk mengembelingkan kekuatan ekonomi bumiputera di Tuaran bagi menyaingi dominasi kekutan ekonomi bukan bumiputera di bidang perniagaan runcit di Tuaran.

Tujuan saya ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi saya tidak mahu menipu perwakilan seolah olah saya menawarkan diri tanpa alasan yang kukuh atau bukti gerak kerja yang jelas.

Walaupun track record adalah penting untuk perwakilan membuat pernilaian, nampaknya calon lawan saya tidak pernah menghuraikan dengan jelas apa sebenarnya yang beliau telah lakukan dalam bentuk wawasan, program atau aktiviti selama memegang jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Bahagian.

Saya akui bahawa saya jarang berada di Tuaran untuk menghadiri majlis majlis kenduri dan menziarah orang sakit atau meninggal. Tetapi itu bukanlah niat saya secara sengaja. Sebenarnya tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda BN Malaysia menuntut saya untuk berada di seluruh pelusuk tanahair untuk menyelesaikan masalah dan mengurus ahli pemuda UMNO seramai 700,000 orang dan ahli Pemuda komponen BN seramai 300,000 orang (1 juta keseluruhannya).

Saban minggu ada sahaja program dan lawatan yang perlu dihadiri diseluruh negara. Sekejap ke Perlis, sekejap ke Kelantan, sekejap ke Kuching dan sekejap ke Johor.

Sebenarnya saya telah berjanji kepada diri saya sendiri bahawa saya akan menjalankan tugas sebaik mana yang mungkin agar nama Sabah dan Tuaran tidak diperlekehkan oleh kerja buruk prestasinya oleh saya. Saya memahami bahawa kalau kerja saya tidak memuaskan hati kepimpinan pusat, besar kemungkinan maruah pemuda UMNO Sabah akan tercalar dan peluang anak watan negeri Sabah memegang jawatan lantikan seperti Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda BN Malaysia akan tipis di masa akan datang. Begitulah tanggungan berat yang terpaksa saya pikul. Malangnya risiko yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa meninggalkan kampung halaman dan berada jauh dari orang kampung kerana urusan kerja yang begitu mencabar di ibukota Kuala Lumpur.

Selama ini tidak pernah terlintas di hati saya untuk membawa masalah kepada UMNO bahagian. Banyak kali saya katakan bahawa saya ingin membantu UMNO Bahagian dan bukannya untuk memporak-perandakannya. Didikan saya dalam UMNO dan pendedahan saya kepada budaya politik UMNO di peringkat atasan, mengajar saya untuk meletakkan kepentingan parti jauh lebih tinggi dari kepentingan diri saya sendiri. Tidak tergamak saya untuk mengharu birukan keharmonian dan perpaduan UMNO bahagian Tuaran hanya untuk kepentingan politik saya.

Namun, banyak mana sekali pun saya mengisytihar memberi sokongan kepada Umno bahagian, ternyata ada sesetangah pihak seolah olah "takut dengan bayang bayangnya sendiri".

Sebab takutkan bayang bayang itulah, maka pihak ini telah menggunakan segala kekuatan dan kelebihannya untuk mempengaruhi dan mengugut perwakilan terutamanya yang mempunyai jawatan seperti Imam, Ketua Kampung, JKKK dan Ketua Anak Negeri (KAN) dan wakil KAN, agar tidak mengundi saya. Kononnya saya tidak boleh dimenangkan kerana mengugat "kekuatan UMNO bahagian" dan membahayakan "perpaduan" UMNO bahagian. Ugutan dan hasutan ini tidak boleh dinafikan kerana ianya diketahui umum. Ada lebih kurang 100 perwakilan yang mempunyai jawatan seperti tersebut di atas.

Seperkara lagi yang saya terkilan ialah apabila saya menerima sms dari sebuah pihak, sehari sebelum persidangan Pemua UMNO Tuaran, yang meminta untuk diberi muka dan seterusnya meminta supaya salah seorang calon dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian diberi kemenangan tanpa tanding.

Saya rasa tertipu kerana termakan umpan ini. Selepas menerima sms tersebut, saya telah meminta semua anak anak buah saya menarik diri dari bertanding dalam pemilihan Pemuda dengan harapan tindakan tersebut dilihat sebagai penghormatan Pemuda kepada pihak tersebut seperti mana yang terkandung dalam sms yang saya sebut tadi.

Malangnya apa yang berlaku adalah disebaliknya. Bukan sahaja pihak tersebut tidak menghargai pengorbanan anak anak buah saya, keghairahan pihak tersebut untuk mengalahkan saya semakin melonjak lonjak.

Terlalu banyak perkara yang pelik pelik yang dilakukan secara langsung dan tidak langsung untuk menidakkan saya. Saya tidak akan menghuraikannya secara khusus dan terperinci disini. Cukuplah dengan mengatakan bahawa apa yang dibuat itu adalah di luar batasan perwatakan "political gentleman" atau orang berpolitik secara budiman.

Sebenarnya saya mempelajari banyak pengalaman dan pengajaran dari kekalahan saya tersebut. Pertama, saya akur bahawa perwakilan mahukan pemimpin yang sentiasa bersama sama mereka di akar umbi walaupun saya amat berharap agar ketiadaan saya di akar umbi dapat difahami (saya akan ulas ini dalam artikel saya yang akan datang). Kedua, jangan mengharap sangat pertolongan orang lain dalam pertandingan politik biarpun dijanjikan dengan kata kata yang manis. Ketiga, dalam politik tidak ada ruang untuk yang "gentleman atau budiman" - maknanya hati mesti keras seperti besi dan tidak punya perasaan!

Alangkah baiknya jika saya menyedari sikap sikap tersebut sebelum pertandingan yang lalu. Sebenarnya ramai orang yang telah memberi amaran dan peringatan kepada saya tentang sikap sikap ini, tapi apa nak buat. Bak kata orang, nasi sudah menjadi bubur.

Walaupun begitu saya teringat nasihat YAB Ketua Menteri melalui panggilan talipon beliau kepada saya sejurus selepas mengetahui kekalahan saya. Katanya, "Man, kekalahan kamu bukan bererti penghujung jalan...". Amat bermakna nasihat itu. Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi semangat kepada saya. Nasihat mereka saya tidak akan saya lupakan.

Salam,

DARD

-ikuti artikel artikel seterusnya berkenaan isu ini pada masa yang akan datang.

15 comments:

  1. saya bersetuju dengan pengajaran 1 dan 2. minta maaf saya tak bersetuju dengan pengajaran 3, sebab bertentangan dengan akhlak Islam.

    akhlak Islam yang sepatutnya memandu parti, bukannya parti yang menentukan/membentuk akhlak ahlinya...

    tanpa 'bias', iaitu berdasarkan artikel YB ini semata-mata, saya simpulkan parti YB ini, adalah parti yang bermasalah....

    -----------------------
    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. TERIMALA HAKIKAT APA ADANYA.. BEGITULAH POLITIK UMNO.. TIDAK USAH DINAFIKAN LAGI.. INI MEMBERI SAYA PELAJARAN JUGA BAHAWA JAWATAN SETIAUSAHA PEMUDA UMNOLAH PALING SIBUK DI MALAYSIA MELEBIOHI JAWATAN-JAWATAN2 LAIN SEPERTI MENTERI KERANA MENTERI2 YANG MENJADI KETUA BAHAGIAN PUN RAMAI, DAPAT JUGA TURUN PADANG..HAHAHA..PAS UNTUK SEMUA...

    ReplyDelete
  3. salam dard,
    seperti kata pepatah yg dato sendiri pegang " kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai" Rumah dato tepi pantai sudah kena lambung ombak, roboh dan ranap tapi bukan tidak boleh bina semula rumah itu kan? so.... binalah semula rumah itu, anggaplah ombak itu sebagai dugaan yg ditentukan oleh Allah SWT kpd dato.
    TUBAL

    ReplyDelete
  4. salam yb …

    saya amat terharu dengan luahan yb yang amat berani. pun begitu, saya tidak terkejut malah mengagak perkara begini lambat laun akan berlaku juga. isu ketidaktentuan pemilihan umno memang telah berlaku sejak dari dulu lagi dan ia amat sukar dibendung. maafkan saya sekiranya apa yang saya suarakan ini panjang berjela-jela dan ada menyinggung perasaan sesiapa secara tidak langsung.

    langkah yb menyenaraikan dan mencetak risalah mengenai program & aktiviti yb sepanjang penglibatan dalam politik sepatutnya di pandang secara positif & professional oleh ahli2 umno khususnya di tuaran. ia bukanlah utk menunjuk2 atau berbangga. adalah perlu kita memilih seorang pemimpin yang berwawasan, berkebolehan dan pro aktif untuk memandu kita ke hadapan dengan jayanya. pemimpin bukan sekadar menghadiri majlis perkahwinan & menziarahi orang meninggal. kalau itu sahaja tanggung-jawabnya, tidak perlu bertanding. sesiapa saja mampu berbuat demikian.

    sedih melihat orang melayu sekarang ni, sanggup derhaka kepada keturunan, prinsip dan agama sendiri demi kepentingan politik mereka. tambah sedih bila ada orang sabah begitu, mungkin tidak semua. di mana pada saat ini mereka mengharapkan agar lebih banyak lagi ‘sabahan’ di beri peluang untuk berada di peringkat nasional agar suara mereka lebih kedengaran. saya hairan & kesal mengapa orang di tuaran tidak melihat peluang2 yang ada sekiranya yb berjaya dalam pemilihan tersebut. melihat kepada ‘track record’ yb sebagai setiausaha pemuda Malaysia serta berpendidikan tinggi, sepatutnya orang2 di tuaran merebut peluang ini agar another ‘sabahan’ (with proven record – off coz) terus berada di peringkat nasional. dengan ini, lebih memudahkan perhubungan untuk pembangunan yang sememangnya amat dinanti di sabah.

    hanya satu sahaja jawapan untuk semua ini, sudah menjadi kelaziman dalam umno dan diri melayu itu sendiri penyakit hasad & dengki tidak dapat dipisahkan. jika di dapati ada calon orang muda ataupun a ‘rising star politician’ di bahagian yang didapati mampu mengugat kedudukan ‘orang-orang lama’ ini membuat mereka tidak betah duduk. walau ada pertalian saudara pun, mereka sanggup berkempen, melobi, memfitnah serta memboikot peluang calon2 seperti yb. sepatutnya mereka ini berfikiran terbuka, berkerjasama & berganding bahu dengan pemimpin muda yang mungkin mempunyai idea2 baru untuk pembangunan. tetapi tidak, mungkin seperti kata yb – mereka ini takut dengan bayang2nya sendiri. betapa ceteknya pemikiran bagi seorang yang berjawatan di dalam kementerian ! mereka yang tamak ini adalah musuh bangsa melayu. wajib disingkirkan dari barisan kepimpinan bangsa melayu. sudah sampai masanya ketegasan dilaksanakan. saya harap yb tidak memandang remeh perkara ini.

    KEPADA YB, saya berharap agar bersabar dan tidak patah semangat, terus menperjuangkan Islam & mempertabatkan maruah melayu serta berani melakukan perubahan demi mempertahankan negara. saya mengikut perkembangan politik yb dari jauh, pendapat peribadi saya yb mempunyai ciri2 seorang pemimpin yang berwibawa, berkarisma & bijaksana. tetapi janganlah lupa untuk menjadi seorang pemimpin yang jujur & ikhlas untuk menabur bakti. karaktor seseorang pemimpin penting kerana sikap anda menentukan keperibadian anda. tidaklah perlu yb berubah menjadi seorang pemimpin yang keras hati & tidak mempunyai perasaan seperti mereka, sememangnya itu bukanlah sifat diri yb. cukuplah sekadar berhati-hati dan tegas di masa hadapan dan belajar mengenali yang mana kawan, yang mana satu lawan. saya yakin yb mampu melakukannya, insyaalah.

    KEPADA ‘ORANG-ORANG LAMA’ serta kroni2nya, ingatlah bahawa jawatan yang anda sandang itu bukanlah satu kelebihan untuk kepentingan peribadi, tetapi adalah amanah dari rakyat ! anda mungkin menang sekarang tetapi ingatlah, ‘no king rule the kingdom forever !’. sememangnya kami telah muak dengan ahli politik sebegini yang mahu bertahta sehingga kiamat. anda mungkin berjaya sebagai pemimpin setempat kerana pengaruh, tetapi tidak ada apa2 yang hebat yang mampu anda berikan kepada pembangunan bangsa melayu selain memecahkan perpaduan orang melayu.

    KEPADA BANGSA MELAYU khususnya di tuaran, mungkin pada masa hadapan dapat membuat pilihan dengan akal fikiran bukan dengan perasaan. jangan biarkan perasaan mengawal fikiran kerana ikut hati – binasa, maka ikutlah akal – berjayalah kita semua ! janganlah kerna disogokan seratus dua ringgit kita menggadaikan masa hadapan anak cucu keturunan kita. begitu murahnya maruah bangsa melayu kita ...

    akhir kata, saya hanyalah seorang rakyat biasa dari jutaan rakyat malaysia yang tak ada apa2 kepentingan dalam politik. hanya seorang rakyat yang kecewa dengan keadaan politik semasa dalam umno. pun begitu, membujur lalu melintang patah, saya tidak akan berputus-asa terhadap umno – the champion of our independence & fighter for malay rights !!!

    wasalam,
    kunyinn

    ReplyDelete
  5. Great ambition is the passion of a great character. Those endowed with it may perform very good or very bad acts. All depends on the principles which direct them.

    All the best Dato'!

    ReplyDelete
  6. Tuan, itu kekalahan kecil tuan atas tipudaya rakan UMNO. Saya yakin tuan memang berkerja keras, dan jujur dalam pertandingan.
    Saya yakin, bagi tuan kalau pertandingan adalah secara Jujur, kejayaan kepada org yg ikhlas dan berkerja seperti tuan.
    TETAPI cuba bayangkan PAS atau parti pembangkang, yg mana BN/UMNO mempergunakan secara TIDAK BERMORAL segala bentuk serangan dan kemudahan kerajaan yg tidak sepatutnya digunakan. Betapa peritnya .

    Sesiapa pun tidak akan terkilan tewas kalau atas kekalahan secara gentelmen. Tetapi kekalahan oleh kerana pihak lawan main buyuk itulah yg tidak dapat diterima.

    Dalam UMNO, siapa JUJUR dia tewas. Yang korup itulah yang akan dinaikkan.

    ReplyDelete
  7. Denakan,

    Itu adalah dinamakan politik masakini, dimana orang-orang tak tengok apa yang kita telah untuk untuk mereka. Mereka hanya melihat pulus dan tidak memandang masa hadapan cucu cicit mereka.Teruskan perjuangan DARD dengan ikhlas dan ada orang memerhati dari atas akan perjuangan DARD.
    Jawatan tidak penting - yang penting hati kita untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Perjuangan masakini adalah semata-mata untuk material sahaja.

    ReplyDelete
  8. Kilu,

    Jawatan setiausaha pemuda UMNO Malaysia tidaklah sehebat jawatan Menteri. Namun, kesibukannya mungkin sama sahaja.

    Lagipun, kita mesti ingat bahawa Menteri mempunyai beratus ratus kakitangan dalam kementerian beliau dan berpuluh-puluh pegawai yang menjaga kerjakerja beliau.

    Saya hanya 2 orang pegawai kerja yang membantu saya secara langsung.

    ReplyDelete
  9. YB Dard, Kalau mau menang tinggal la di Tuaran, baik YB join UMNO di semenanjung la sbb YB tinggal sana. YB nie mau join UMNO Tuaran tapi jadi MP Kota Belud dan tinggal di KL. Biar org Tuaran ja la ja UMNO Tuaran, YB Dard jaga ja UMNO KL.

    ReplyDelete
  10. Ada ke Orang melayu di Tuaran.. hehe Setahu saya bajau adalah.. haha

    ReplyDelete
  11. Tuan,...

    Tuan ni melayu ke Bajau.. hahah.. Saya bajau tuan.. Saya bukan melayu.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dato',
    Secara jujurnya apa yang berlaku di tuaran HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU.
    Menurut majoriti akarumbi yang saya kenali di tuaran, mereka "kurang" memberi sokongan kepada kepimpinan dato'. mungkin benar dato' kurang bersama mereka dan mereka kurang mengenali dato'.
    Banyak yang kurang, banyak lah undi kurang, secara teorinya.
    Contohnya di KB ysebagai satu parameter yang saya ambilkira, Penyandang Ketua Bahagian kalah (+-)47 undi, tetapi naib ketua bahagian yang PRO kepada ketua bahagian menang dengan majoriti dua kali ganda.
    Emmm Dato', Kepimpinan yang kita ada perlu di buktikan dan dipamerkan kepada akar umbi, BUKAN perlu di bukukan/dimajalahkan. akan datang dato' perlu mengkaji semula politik umno di sabah pada masa kini. Yahhh dato', tanpa membuang masa yang panjang saya berpendapat keputusan dato' menjadi ahli parlimen KB dan menjadi Pro-KJ menyumbang peratus yang paling besar kepada kekalahan dato'. kenapa? Tanya akar umbi di tuaran, apa pendapat mereka kepada kepimpinan dato'. isu apa dimainkan oleh pesaing dato'?
    Post mortem dato' lebih kepada perkara yang hanya tuhan sahaja yang tahu, sukar untuk kita perbaiki dan perbetulkan. Politik bersih ada baiknya, sebagai contoh naib ketua bahagian KB yang baru menang. tanya orang KB, pasti majoriti nya akan mengatakan beliau adalah orang yang lurus dan kuat bekerja. TATAP JUGA DIA MANANG DATO', biarpun berada di kumpulan yang kalah. Contohi yang baik, hindarkan yang kurang baik dan selalulah bersangka baik, jangan pentingkan diri, sehingga semua calon PRO dato' "TERPAKSA" tarik diri, diorangpun ada karier sendiri, jadilah orang yang tabah dan cekal spt Ketua Bahagian KB yang baru. pasti perjuangan politik dato' akan terus bersinar.Allahualam.
    -PAS TIDAK RELEVEN DI SABAH, MAJORITI PENDUDUKNYA TIDAK DAPAT MASUK PAS- hahahaha

    ReplyDelete
  13. Salam YB!!!!
    akan-akan nangis ku moso tulisan nu tau... siyen do kilu tu do.. masam nyah penen utok pula ngarip.. yen pan.. ling-ling jomo dou, KEKALAHAN ADALAH SATU KEMENANGAN YANG TERTUNDA... jadi, dong nu padul bana, kerjo jo tei untuk rakyat.. mun tei nyah jadi pemimpin, bah jadi rakyat ny te tei.. mun soro pemimpin nyah buli ngubah UMNO, suba tei do soro rakyat... SALAM SETIAKAWAN!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Berpolitik memang mcm tu sekejap diatas dan sekejap dibawah jgn gundah gulana

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: