Friday, September 19, 2008

SAPP keluar BN - kecewa tapi lega

Jadi SAPP telah secara rasmi menarik diri dari daripada gabungan Barisan Nasional. Apa reaksi saya? Secara jujur saya katakan saya merasa kecewa tetapi lega kerana akhirnya mereka membuat keputusan tersebut. Lebih baik berdepan dengan 'musuh politik' yang nyata dari 'musuh politik' dalam selimut.

Apa yang menghairankan ialah kenapa SAPP tidak masuk dalam Pakatan Rakyat tetapi memilih untuk menjadi parti yang berdiri di atas kaki sendiri - parti yang bebas. Apa maknanya kenytaan YTL itu? Saya cuma boleh simpulkan bahawa SAPP sebenarnya tidak berminat dengan falsafah politik Pakatan Rakyat sebab itulah mereka tidak mahu masuk dalam Pakatan Rakyat. Apakah YTL tidak percaya kepada Anwar Ibrahim? Kenapa YTL tidak mahu membantu mengukuhkan political base Anwar Ibrahim untuk menumbangkan BN? Kempunan Anwar...

Mungkinkah YTL tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim? atau mungkin dia tidak percaya kepada pakatan politik dari semenanjung untuk menjadikan Sabah 'tanah jajahan ' mereka? Apa pun saya rasa Anwar kempunan dan merasa marah kerana SAPP tidak mengotakan janji untuk berjuang bersama.

Seperkara lagi, sejurus selepas mengumumkan SAPP keluar BN, YTL dikhabarkan terbang ke luarnegara. Kalaulah ini betul, kenapa tergesa-gesa ke luar negara? Mungkinkah ada perjumpaan untuk merundingkan 'sesuatu' dengan teman-teman Anwar di luar negara selepas pengumuman itu? Apa yang dirunding? Bila? Kenapa? Bagaimana? Atau pemergiannya ke luarnregara untuk melihat teknologi pertanian terkini disana sepertimana yang dibuat oleh kelab penyokong BN baru baru ini?

Dulu YTL tuduh ahli MP BN yang ke luarnegara ( Taiwan) 'diberi' RM50,000 seorang. Kalau ada yang menuduh YTL juga 'diberi' sesuatu? Berapa ya?

Tuhan saja yang tahu....

Salam.

18 comments:

  1. Bagi sy, soalnya bukan 'TAK MASUK' tapi adalah 'BELUM MASUK'. Dato ahli politik. Ptt Dato lebih maklum dgn perangai dan tindak tanduk politician. Hari ni lain pagi besok lain.

    SAPP hanya menunggu masa. Bila sampai masanya nanti mereka takkan terus bersendirian.

    p/s: Apabila dulu Dato pernah mengatakan di ruangan komen blog ini bahawa Dato akan melawat kg Lingkodon, kota belud dalam masa terdekat dan sudah ada di dalam jadual Dato, khabar itu telah disebarkan kepada para penduduk kpg.

    Semua org bercakap. Khabar itu seperti serius apabila Dato menyebut ttg 'sudah ada dlm jadual'. Tapi setelah 6 bulan berlalu, jadual itu tak juga kunjung tiba.

    Nampaknya lawatan itu belum ditetapkan masanya walaupun kononnya sudah ditulis di dlm jadual lawatan. Janji MP kota belud tu org dah tau. Tapi dia tak juga kotakan. Teruskan buat2 lupa dan nama Dato akan terus menjadi busuk di kalangan pengundi UMNO di kpg lingkodon dan beberapa kpg sekitarnya. Kota belud terlalu kecil dan persaudaraan antara penduduknya terlalu akrab untuk membuatkan 'berita' ini terus disebarkan dari mulut ke mulut.


    Selamat menjadi MP kota belud.

    ReplyDelete
  2. Dato
    Assalamualaikum dan salam mesra,
    Tindakan solo SAPP keluar dari BN memang menyedihkan kepada yang simpati dan memahami.

    Pada hakikat nya SAPP keluar BN ada lah kerana tidak sepakat dengan pucuk kerajaan BN Pusat untuk mempertimbangkan permintaan parti itu melalui deklarasi 8 perkara mereka.Rujuk : (http://www.sapp.org.my/default.asp?page=hq080620 )

    Suka atau pun tidak, pada ‘Orang Kita ‘yang mahu perubahan, usual murni yang di buat oleh SAPP tersebut , kalau dapat direalisasikan; mungkin juga dapat mengubah nasib Rakyat Malaysia di Sabah.

    Malang nya tindakan SAPP ini di buat secara tergesa-gesa tanpa mendapat restu secara total dari pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain di Sabah ini. Terutama sekali dari pemimpin-pemimpin kanan parti UMNO Sabah.

    Tindakan ini di kira tidak kesampaian kerana;
    1) Sama sekali tidak akan menggugatkan kedudukan kerajaan BN. Terutama sekali kerajaan BN Sabah
    2) Secara rasmi tidak memilih PR sebagai platform
    3) Tidak dapat menyelesaikan kemelut Perselisihan faham dikalangan pemimpin kanan parti. Ada yang setuju keluar ada yang tidak
    4) Setakat ini tidak memberi kesan besar kepada rakyat di peringkat akar umbi

    Memang tidak dapat di nafikan bahawa akibat tindakan keluar BN oleh SAPP ini serba sedikit akan mengujudkan ‘Chain Reaction’ atau reaksi berantai. Namun kesan pergerakan nya terlalu lambat. Atau kalau tiada bantuan, mungkin akan hilang di telan masa.

    Walau pun ada yang tidak puas hati, tetapi hanya parti UMNO Sabah juga yang akan jadi penentu perubahan kerajaan di Sabah untuk menjadi realiti.

    CATATAN:
    Bilangan Ahli-ahli YB UMNO Sabah
    ADUN – 34 dari 60 orang
    MP – 14 dari 25 orang.
    Untuk itu, fikir lah sendiri.

    EPILOG
    Walau macam mana pun kalau tiada perubahan, pasti rakyat Sabah akan bertambah miskin merepok. Manakala belia akan terus menggangur sepanjang zaman.
    Itu pasti.

    ReplyDelete
  3. abdul rahman sulaiman khan2:50 PM, September 20, 2008

    Datuk, saya percaya tindakan YTL keluar meninggalkan BN adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hatinya kepada Abdullah Badawi.Atas sebab ini juga dia tidak menyertai PR, atas percaturan SAPP keluar BN adalah disebabkan Abdullah Badawi dan bukannya BN secara total. Oleh itu bilamana kepimpinan UMNO dan BN telah bertukat maka YTL sekurang-kuranya mempunyai hujah untuk memohon kembali menyertai BN..Ini satu percaturan

    YTL sebenarnya keciwa kerana saya percaya dia merasakan dirinya mula dipinggirkan oleh BN, sedangkan dalam masa yang sama dia masih merasakan bahawa peranannya sangat besar sewaktu percaturan BN UMNO mengambil alih tampuk kerajaan Sabah daripada PBS sekitar 1994 dulu.

    Dalam BN Sabah sendiri betapa YTL telah melihat bahawa BN lebih memberi tempat kepada PBS dan Yee Moh Chai.Sebab itu sebelum pilihanraya raya yang lalu YTL cuba mahu bertanding di Parlimen K.Kinabalu. Mengapa dia memilih KK? Sudah tentu bukan semata-mata dia menatap di KK..Fikirkan.

    Kalau kita lihat suara SAPP lebihkurang sama dengan UPKO, mengapa? Sebab kedua-dua parti ini mempunyai sentimen yang sama, iaitu merasa terpinggir dalam BN Sabah. UPKO pun kita percaya, melihat bahawa BN Sabah lebih memberi perhatian kepada PBS dan Pairin Kitingan.

    Saya percaya jika PBS masih diluar BN, percayalah bahawa SAPP tidak akan keluar BN dan UPKO pun tidak akan membuka mulut seperti yang mereka lantang ketika ini.Semua ini sebenarnya persaingan untuk menjadi juara..

    Kita sebagai rakyat, mahukan kepada pemimpin yang jujur dan komitwed kepada rakyat.Parti tidak penting, yang penting ialah pemimpin yang idealistik dan mempunyai prinsip dan dalam masma yang sama dapat memegang dan mempertahankan prinsipnya.

    Zaman emosional dan taksub dengan parti politik tertentu, sudah berakhir.

    ReplyDelete
  4. DATUK CAKAP JAGAN HENTAM PERIBADI, JADI WHY SO BUSYBODY ABOUT ANWAR? kami tahu dato' 31 ahli parlimen sudah pun tandatangan dan sudah ada cop pesuruhjaya sumpah. dikhabarkan sultan mizan sudah terima salinan, tetapi pak lah tidak mahu jumpa dengan anwar..why? takutkah? pak lah sudah experience dengan signature yang disahkan ini dalam perlantikan MB terengganu dato', dato' ingat kami di sabah tidak tahu? kami tahu dato'....hehehe..idris jusoh tak jadi MB pasal lebih dari separuh ADUN BN sudah tandatangan tidak bersetuju..dan helaian kertas tandatangan itulah yang ditunjukkan kepada pak lah ketika pak lah jumpa sultan mizan. tu pasal dorang jumpa sekejap jer..hehehe..kami tidak buta di sabah datuk, cerita KJ dibantu oleh peti undi dari teluk kemang atau port dickson pun kami tahu..tu pasal MIC kalah dikawasan itu demi membantu KJ. tapi tiada masa mau lapor polis pasal akan tahu juga keputusannya. dan kami tahu pertandingan ketua pemuda adalah penentu kepada politik KJ. kerana kalau pak lah sudah turun dan dia kalah, abislah..hehe.. apa2pun kami warga KB bangga dengan dato' kerana tiada rumah di sabah dan menetap di kuala lumpur. gudluck la dato'..hehe

    ReplyDelete
  5. Tabiat kepimpinan Umno sejak kebelakangan ini nampak pelik, gusar dan gelisah seolah takut sangat tarikh keramat 16 September 2008.



    Bermacam-macam peristiwa berlaku menjelang tarikh tersebut membuktikan Umno yakin ia akan mencatat sejarah tersendiri walaupun melepasi tarikh berkenaan.

    Fenomena itu mengingatkan saya kata-kata Almarhum Presiden PAS, Dato' Fadhil Noor bahawa Umno ibarat 'Kerbau kena sembelih' di mana waktu itu sesiapa yang silap pegang tali akan ditentang yang melalui depan, belakang atau tepi akan merasai kesakitan jika tidak berhati-hati.

    Tukang sembelih pun tidak berani rapat bimbang kena celapak maklumlah kerbau mempunyai tenaga yang luar biasa bila menghampiri saat-saat kematian.

    Mungkin ia besar, tenaganya pula tentunya lebih kederat kata orang utara. Walaupun Almarhum telah lama meninggalkan kita tetapi kata-katanya tetap saya ingat tambahan lagi ia semakin di rasai apabila pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan fitnah yang mengaitkan dirinya dengan kes liwat dan penyalahgunaan kuasa.

    Jelas sekali, Anwar yang bertindak sebagai pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ini seakan mengingatkan kita ketika Almarhum dilantik sebagai peneraju GERAK yang dibarisi Badan Bukan Kerajaan (NGO) setelah Anwar disumbat dalam penjara ekoran fitnah yang melampau.

    Bukan itu sahaja malahan Almarhum berjaya memimpin Barisan Alternatif (BA) yang mengabungkan parti pembangkang daripada PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 1999 di mana banyak kerusi di menangi pembangkang dan beliau sendiri diamanahkan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

    Sekarang ini, giliran Anwar pula memimpin satu gagasan baru yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat untuk kesinambungan perjuangan Almarhum yang berjaya merentas segala ranjau dan onak untuk menyelamatkan Malaysia daripada keruntuhan moral yang teruk.

    Perkembangan itulah yang mengerunkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terpaksa melepaskan jawatan disayanginya kepada timbalan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bimbang rakyat terus menolak BN dalam pilihanraya ke 12 kelak.

    Sekarang ini semua pihak kata, apa dah jadi dengan tarikh 16 September tidak nampak perubahan kuasa pemerintahan pun!

    Anwar pula lebih berahsia siapa 30 Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti dan sehingga kini semuanya masih teka teki mungkin kerana bimbang bila didedahkan mereka akan diugut atau macam-macam lagi boleh terjadi.

    Kini, empat hari telah berlalunya tarikh 16 September banyak yang berubah hatta sikap Abdullah sendiri yang mana sebelum ini mendesak supaya Kelab Penyokong Kerajaan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan.

    Peristiwa itu tidak pernah wujud sebelumnya di mana dalam bulan puasa semua Ahli Parlimen BN keluar mempelajari hal ehwal pertanian di sana. Bak kata Profesor Chandra Muzafar ketika diasak oleh pengacaranya, Dr Agus Mohamed dalam rancangan Hujjah di TV9 baru-baru ini perbuatan tersebut tidak bermoral dan tidak menunjukkan sikap keberanian berhadapan dengan realiti.

    Selain bertindak menghantar Ahli Parlimen ke Taiwan, BN menggunakan akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan tiga orang aktivis dalam bidang berlainan iaitu pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

    Walaupun Tan dibebaskan dua hari selepas tangkapan atas alasan memastikan keselamatanya terjamin namun semuanya telah tercalar ekoran tindakan yang melulu sekaligus meningkatkan kemarahan orang ramai yang cintakan sistem yang telus dan adil.

    Bila Anwar berkata beliau berjaya membentuk kerajaan baru dalam sidang medianya dan bertekad akan bertemu Abdullah untuk mengatakan bahawa negara ini perlukan Perdana Menteri baru di samping memastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman dan tenteram Abdullah pula lari ke kampung halamannya di Kepala Batas kononnya menghadiri program bantuan fakir miskin di Komplek Budi Penyayang dan majlis berbuka puasa serta terawih di masjidnya.

    Ada juga orang kata, Abdullah balik kampung 'cuci rumah' untuk persediaan bila tiada kuasa nanti. Bahkan ada juga yang kata Abdullah pengecut untuk bertemu Anwar bagi berbincang tentang peralihan kuasa negara.

    Namun apa pun semua itu mungkin rancangan Abdullah untuk larikan diri dari kesibukan Kuala Lumpur bertemu rakan sepermainan di samping bertanya khabar atau menyejukan hati yang panas membara apabila jawatan nombor satu negara terbang ke tangan musuh politik.

    Lepas itu kedengaran pula Abdullah semasa sidang medianya tidak mahu bertemu Anwar kononnya pertemuan itu tidak berguna, sia-sia dan angan-angan Mat Jenin Anwar semata-mata.

    Selang sehari selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian tiba-tiba sahaja Abdullah dan timbalanya, Dato' Seri Najib bertukar porfolio dengan alasan sebahagian daripada pelan peralihan kuasa dalaman Umno.

    Mungkin ramai orang tidak setuju pandangan itu dan lebih kepada tanggapan peralihan jawatan untuk menyenangkan beliau mengarahkan tentera ambil alih kuasa dan mengistiharkan darurat bagi menjaga kepentingan politik.

    Atau, mungkin juga Anwar akan disumbat sekali lagi ke penjara atas alasan mengancam ekonomi sehingga mengakibatkan pelabur tidak yakin datang ke Malaysia dan mengancam keselamatan negara apabila menyebabkan negara tidak lagi aman dan tenteram.

    Jika mendapati BN kurang yakin untuk memerintah lagi lebih baik Abdullah bersikap profesional serahkan kuasa pemerintahan pada Pakatan Rakyat daripada menyerahkan kuasa menerusi pelan peralihan kuasa kepada timbalannya menjelang 2010 nanti demi masa depan Malaysia tercinta.

    Seandainya Abdullah berbuat demikian rakyat akan lebih menghormati pendirian Abdullah sebagai pemimpin yang beramanah bukan terus memusnahkan negara ekoran menyerahkan dayung kepada orang lain sedangkan perahunya sama. -

    ReplyDelete
  6. Nampaknya bukan sahaja YTL yg mendesak supaya peralihan kuasa disegerakan, kini beberapa Ahli MT juga telah membuat saranan yang sama.

    Banyak permintaan YTL adalah permintaan rakyat Sabah sejak PBS jadi pembangkang. Antaranya menaikkan royaliti minyak.

    ReplyDelete
  7. YB,
    Sekarang ini, kakitangan (Persekutuan) Kerajaan Sabah dan Sarawak tidak mendapat COLA seperti yang diamalkan di Semenajung Malaysia. Alasannya adalah kerana telah ada Elaun Wilayah.

    Walaubagaimanapun, Elaun Wilayah dan COLA adalah amat berbeza. Elaun Wilayah adalah elaun yang diberikan atas dasar Perjanjian Pembentukan Malaysia. Ia adalah hak Sabah sebagai salah satu syarat penyatuan Malaysia. Ia tidak boleh disamakan dengan COLA kerana adalah untuk kos sara hidup yg meningkat. Sekiranya Elaun Wilayah disamakan dengan COLA, seolah-olah perjanjian pembentukan Malaysia adalah tidak dihormati oleh Kerajaan Persekutuan.

    Mohon YB suarakan di Parlimen.

    ReplyDelete
  8. Kecewa tapi lega..

    Pelik ;-)



    Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Inilah pendirian UMNO tentang ISLAM.

    http://www.freeimagehosting.net/uploads/67e6255590.jpg

    Fikir2 kan lah.
    Kononnya ingin membela Islam.. tetapi bukti ini adalah yg nyata.

    ReplyDelete
  10. Pak Lah didesak oleh MT untuk resign. Pak Lah mengalirkan air mata kerana tiada MT yg menyokongnya. Najib terpaksa memotong sesi "menghentam Pak Lah".

    Semua ini adalah rahsia2 Mesyuarat MT UMNO.

    Petikan Berita Harian :
    Ahli MT bocor maklumat petualang dalam Umno

    SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.

    Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

    “Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang.

    “Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

    Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah.

    — Bernama

    ReplyDelete
  11. mana mp,

    Saya sudah masuk ke Kg Lingkodon beberapa kali. Untuk makluman, saya telah meluluskan beberapa projek-projek kecil di Kg Lingkodon. Antaranya ialah: (1) jambatan lorong kaki - kemudahan awam (2) permohonan pelihara itek - menaik taraf ekonomi dan (3) menaik taraf jalan alternatif dari Kg Lingkodon / Sadok Sadok ke Pekan, sekiranya berlaku banjir.

    Saya juga pada minggu lepas telah membuat lawatan mengejut ke rumah-rumah orang miskin di Kg Lingkodon.

    Semua ini saya lakukan tanpa publisiti media.

    Sila ke Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud untuk maklumat lanjut.

    Saya harap anda berlaku adil dan tidak menuduh saya tanpa fakta supaya rakyat tidak terpengaruh dengan kenyataan seperti yang anda buat.

    Tkasih.

    DARD

    ReplyDelete
  12. kilu,

    Posting anda lebih sandiwara daripada fakta.

    Tak payah susah susah nak berhujah. Kalau betullah Anwar Ibrahim mempunyai senarai MP BN yang melompat, APA NAK TUNGGU LAGI - UMUMKAN SAJA!!!

    ReplyDelete
  13. Kilu,

    Tolonglah jangan suka dengar fitnah dan cerita kedai kopi. Kalau saya boleh buktikan saya ada rumah di Sabah, apakah anda nak minta maaf?

    Kalau tidak mahu maaf, belanja kopi boleh?

    DARD

    ReplyDelete
  14. Kilu,

    Kalaulah Almarhum Presiden PAS, Dato' Fadhil Noor masih hidup, tentunya dia akan marah dengan anak muridnya bernama KILU yang terpengaruh dengan politik Pakatan Rakyat.

    Saya pasti kalau Almarhum Dato Fadhil Noor masih hidup, beliau akan bertanya kepada KILU, kenapa menyokong PKR/Anwar yang bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang tidak mahu negara Islam, tidak mahu hukum hudud, tidak mahu dasar pro-Islam?

    Bagaimana agaknya KILU nak jawab ya?

    DARD

    ReplyDelete
  15. pemudaumno,

    Isu peralihan kuada dalam jawatan tertinggi UMNO adalah hak ahli-ahli UMNO dan tidak ada bersangkut paut dengan orang luar.

    Yang penting peralihan kuasa tidak berdasarkan nepotisma.

    BErcakap pasal nepotisma ini, boleh saya minta pemudaumno komen sikit tentang nepotisma dalam DAP dan PKR?

    Kenapa kalau UMNO ada KJ dan Pak Lah menjadi wakil rakyat, semua maki hamun UMNO dan tuduh UMNO mengamalkan nepotisma?

    Kalau DAP ada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, Karpal Singh dan anaknya Gobindar Deo Singh, dan PKR ada Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah dalam parlimen, kenapa tidak ada suara dari parti pembangkang yang mengatakan mereka nepotisma?

    Saya tak fahamlah...

    DARD

    ReplyDelete
  16. 2usabahan,

    tolong email saya lebih lanjut fakta-fakta tentang isu COLA ini.

    InsyaAllah, saya akan bawa ke PArlimen.

    Email saya ialah mpkotabelud@yahoo.com

    Tkasih.

    DARD

    ReplyDelete
  17. exumno,

    kalau setakat menunjukkan keratan surat lusuh dan lama yang kita tidak tahu kesahihannya, saya rasa tak payahlah upload ke blog saya.

    Ayat-ayat dalam surat itu tidak akan berani diluahkan oleh UMNO.

    Saya boleh bagi anda surat-surat yang menggunakan letterhead UMNO yang saya kumpulkan dalam pilihanraya Permatang Pauh baru baru ini. Semuanya auta dan pembohongan!

    ReplyDelete
  18. Sa rasa, YTL terhutang budi dgn DSAI jadi dia keluar BN supaya DSAI tidak dapat mengungkit.

    Kecewa tapi lega :-)

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: