Tuesday, September 23, 2008

Strategi Anwar

Ramai kenalan saya tertanya tanya kenapa Anwar IBrahim terlalu memainkan isu lompat dan membentuk kerajaan baru seolah olah esok sudah tiada (there is no tomorrow) bagi Pakatan Rakyat. Saya juga turut berfikiran demikian. Apa sebenarnya disebalik strategi Anwar ini? Pembohongan demi pembohongan dan 'political spin' yang dibuat oleh beliau sehinggakan kestabilan politik dan ekonomi negara tergugat kadang kadang tidak masuk akal.

Kalau kita selidik dan melihat latarbelakang Pakatan Rakyat, kita boleh membuat beberapa kesimpulan kenapa Anwar memainkan isu lompat ini. Nyata yang sebenarnya bahawa isu lompat ini digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyatdari kelemahan pentadbiran Pakatan di 6 buah negeri yang ditawan oleh mereka dalam PRU12 yang lalu . Antaranya ialah:

1. Prestasi kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat tidak memberangsangkan. Ekonomi negeri negeri tersebut tidak bergerak dan banyak janji janji manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat masih tidak dapat ditunaikan.

Para ahli perniagaan di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula gelisah dan resah kerana pertumbuhan ekonomi di negeri negeri industri dan 'perniagaan' tersebut tidak seperti yang dijanjikan. Malah pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar mencari kesilapan kerajaan dulu daripada memikirkan bagaimana untuk menyuburkan ekonomi negeri negeri tersebut.

2. Anwar mendakwa bahawa dia mempunyai kenalan dari kalangan pelabur antarabangsa yang mempunyai dana pelaburan sebanyak USD satu trillion atau (RM3,400,000,000,000) yang boleh dilaburkan di Malaysia tetapi kononnya mereka tidak mahu berbuat demikian kerana kerajaan Malaysia dilihat sebagai tidak telus dalam pentadbirannya.

Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan tertanya tanya kenapa tidak dibawa pelaburan itu ke negeri negeri tersebut dan buktikan untuk kali terkhir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telus dan adil. Dengan pelaburan demikian, tentunya rakyat akan melihat beliau sebagai pemimpin yang tidak berbohong sepanjang masa

3. Begitu juga dengan isu dasar di antara parti parti komponen Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak dapat di persetujui dan menampakkan keretakkan. Antaranya ialah dasar parti DAP iaitu kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bercanggah dengan ideologi PAS iaitu meletakkan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara.

4. PAS nampak tidak selesa dengan kebangkitan DAP dalam Pakatan Rakyat dan melihat Anwar terlalu memberi muka kepada DAP dalam soal soal menentukan halatuju Pakatan Rakyat terutamanya tentang soal perkongsian kuasa dan masa depan dan kebajikan orang Islam di Malaysia.

5. Sementara itu, orang melayu yang menyokong PKR masih ragu ragu dengan penjelasan Anwar Ibrahim tentang penghapusan Dasar Ekonomi Baru yang nyata merugikan mereka. Sebagai kaum teras kepada pembentukan negara ini, orang Melayu (dan kaum bumiputera yang lain) merasakan apa perlunya dasar yang membantu orang melayu dimansuhkan walaupun ianya telah termaktub dalam perlembagaan.

Rasional mereka senang. Orang bumiputera hanya mempunyai kekuatan politik sementara kaum Cina mempunyai kekuatan ekonomi. Inilah sebenarnya yang membolehkan keamanan dan perpaduan kaum dinegara ini terjamin sejak merdeka.

Apabila kaum Cina yang mempunyai kekuatan ekonomi juga ghairah untuk mendapat kekuatan politik maka orang Melayu dan bumiputera akan merasa takut dan akan terpinggir. Ini tentunya akan menyebabkan perkongsian 'kuasa' di negara ini yang telah difahami sekeian lama akan hancur akibat kerakusan Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

6. Mereka juga kini menyedari bahawa Anwar sekali lagi dilihat sebagai seorang insan yang terlalu gopoh untuk mendapatkan kuasa dan menjadi Perdana Menteri sama seperti pada tahun 1998 sehingga sanggup mengadaikan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan suara rakyat dan demokrasi apabila beliau mahu menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang. Malah semakin banyak blog-blog yang pro Anwar menyuarakan kekesalan mereka dengan sikap tergopoh gapah ini.

Itulah salah satu sebab utama kenapa SAPP yang digembar genburkan pro Anwar dan Pakatan Rakyat tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat walaupun keluar dari BN.

DARD

10 comments:

  1. Akum Dato'. Lama tidak berkunjung ke blog Dato' ni sejak ruangan chit-chat ditutup.
    Saya amat setuju dengan pandangan Dato' tersebut. Tapi Dato', seperti yang saya katakan dalam banyak komen saya terdahulu, UMNO/BN akan berkubur sedikit waktu lagi sekiranya pandangan akar umbi seperti saya ini tidak diambil perhatian. Kenapa UMNO/BN gagal menyerap isyarat,amaran, petunjuk, dan inspirasi rakyat pada PRU12 yang lalu? Sebab manusia-manusia yang memimpin parti ini terlalu jarang menunjuk dan muhasabah diri. Selalu merasakan diri betul. Hasilnya, lihatlah keadaan sekarang. Tunggang langgang. Porak-poranda. Haru-biru. Kelam-kabut. kacau-bilau. Siapa yng jadi mangsa? RAKYAT Dato'... Pernah saya nyatakan suatu ketika dahulu dalam blog ini bahawa kita bakal menghadapi kadar inflasi tertinggi. Tidak betulkah Dato'? dan, lebih dari itu, kalau keadaan kestabilan ekonomi dan sosial tidak dikembalikan kepada kedudukan asal, kita bakal berdepan krisis ekonomi lebih teruk daripada tahun 1997. Tidak insaf2 lagikah pemimpin UMNO? Kenapa tiada perubahan? semakin takbur. semakin besar diri. SAPP sudah keluar. Pemimpin BN/UMNO senang cakap,... UMNO/BN tidak kerugian. Betul! tapi ini akan jadi pendorong parti komponen lain untuk berfikir kedudukan dalam BN. MCA dan Gerakan sudah menampakkan kecenderungan itu. Ingat Dato'! MCA dan MIC adalah tunggak UMNO untuk berkuasa. 2 parti ini pasti akan meninggalkan BN sekirannya mereka merasakan bahawa ber'simbiosis' dengan UMNO tidak berguna lagi. Apa yang akan jadi dengan UMNO? masih lagi menemberang? masih lagi keras kepala? Masih lagi mementingka kepentingan peribadi? masih lagi mengutamakan isi perut sendiri daripada memikir dan menyayangi rakyat? Dato' dan UMNO kena menerima kenyataan dan hakikat yang amat pahit kini... bahawa majoriti rakyat negara ini rasa teraniaya oleh UMNO. oleh kerajaan BN. Rasa tertipu. Meluat dan benci! bukan disebabkan oleh orang lain. Disebabkan oleh pimpinan UMNO sendiri! Angkuh! Takbur! Ego! Jadi, tolonglah Dato',... Tolonglah UMNO... Tolonglah BN,... Fahami rasa hati kami rakyat yang merasa tertindas,...... yang merasa teraniaya,.. yang rasa tidak dipentingkan oleh pemerintah,...

    ReplyDelete
  2. abdul rahman sulaiman khan4:34 AM, September 24, 2008

    Datuk,ketika majoriti fokus kepada agenda perubahan iaitu dengan menyegarakan peralihan kuasa, tiba-tiba Japlin Akim KP UMNO Sabah dan YB Usukan KB, menyatakan sokongan beliau kepada Khairy Jamaluddin,seorang menantu Abdullah Badawi yang bertandinh jawatan KP UMNo pusat, yang umum diketahui sebagai kroni Abdullah Badawi yang menolak gesaan supaya peralihan kuasa disegarakan.

    Nampaknya pendirian Pemuda UMNO Sabah menentang arus kerana rata-rata memberi pandangan betapa Khairy Jamaluddin amat tidak releven lagi dalam politik UMNO kerana dialah salah seorang yang menyumbang kepada penolakan orang Melayu kepada UMNO.

    Sungguh memalukan sikap 'pengampu' Japlin Alim dan pergerakan UMNO Sabahnya. Orang atasan pergerakan UMNO memang mahu Khairy sebab mereka ada kepentingan tetapi percayalah bahawa rakyat bawahan amat meluat, muat dan menolak Khairy Jamaluddin. Jika pemimpin pemuda UMNO Sabah tidak sedar perkara ini maka padanlah mereka 'diboo'ketika berada di permatang pauh sedikit masa dulu.

    Kepada sahabat Datuk, Japlin Akim dan Khairy Jamaluddin, khabarkan kepada mereka betapa UMNo memerlukan perubahan dan mereka ini nampaknya gaya tidak lagi releven dalam UMNO.

    ReplyDelete
  3. sudahlah datuk, jagan cuba menegakkan benang yang basah..kalah 2 kalah la.. jangan ingat kami tidak tahu datuk, ingat anwar buduhka mau dedahkan senarai tersebut, kompom la kena ISA datuk. xpun diculik dan hilang kena hantar pegi luar negara semua 31 MP tersebut.. ok la senang cerita dato' bagitau pak lah, beranikan diri jumpa anwar dan anwar akan dedahkan 31 MP tersebut. apamacam? mesti jawapan tak perlu jumpa..penakutla namanya..hehehe..hehe..penakut.. kalau sudah ada rumah disini kenapa tidak menetap? samala macam tiada rumah buss..betuk ka ndak? hehehe..setakat rumah tanpa dihuni datuk buat apa? orang kb sekarang banyak yang pergi datuk mintapenjelasan, tapi apa datuk buat? tolong khairy kempen pulak. betullah YTL cakap lepas ogos sabah tidak dipedulikan..hehehe jangan marahba geng..aku ni masih budak..malulah dengan budak pun takut kalah malu..hehehe..amun aku pesut tigad ku betisku, in lagi maku maap..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum YB Dato’
    Saya amat bersetuju dengan fakta-fakta yang dato’ utara kan..dan saya pasti ia bukan sandiwara. Namun begitu, kenapa pengaruh dan kewibawaan UMNO semakin tercalar dato’? adakah rakyat Malaysia tidak berpengetahuan dan berpendidikan sehingga boleh mempercayai cerita karut marut dtk seri anwar? Rasanya, dtk sri hishamuddin telah Berjaya membentuk system pendidikan Malaysia sehingga di iktiraf oleh PBB, itu yang nyata dan pasti adalah fakta dan bukan sandiwara.
    Beginilah dato’, berpijaklah di atas bumi yang nyata, beralaslah bila berkata, berfikirlah bila bersuara. Ahli politik hanya akan Berjaya dalam bidangnya sekiranya Berjaya mendapat sokongan rakyat. Rakyat hidup di bumi yang nyata (Akar Umbi). Dato’ tahu apa rakyat inginkan? Hehehe bukan apa yang ketua-ketua cawangan umno inginkan, yang pasti, pasal di orang lebih fikirkan duit dan wang berbanding kebajikan dan kepentingan rakyat.
    Relevenkah seorang ahli DUN yang telah menang, dan dia bertanding MP kemudian undi yang diperolehinya kurang daripada majoriti pihak lawan? Sangat menyedihkan, kekalahan teruk beliau berpunca daripada peraih-peraih undi dan penceramah-penceramah yang begitu taksub dan berkata seperti semua pengundi permatang pauh tidak mengetahui sedikitpun tentang kebenaran. Saya yakin beliau boleh memperoleh undi yang lebih tinggi atas kapasiti beliau sendiri. Itulah namanya hakikat bukan pengelat.
    YB Dato’, Kenapa UMNO takut dengan LOMPAT PARTI? HAHAHAHAHAHAHAHAHA..
    Dulu, Macamana UMNO boleh mengalahkan PBS? Sedangkan PBS telah menang majoriti… MACAMANA DATO!!!???? Semua orang sabah tahu bah.
    Mungkin ahli DUN PBS mengistiharkan di mahkamah untuk melepaskan kerusi yang dimenangi oleh nya atas kapasiti PBS, kemudian tanding balik atas kapasiti UMNO.. hahahaha begitu ka demokarsi tu kunun (demokarsi terpimpin). Kalau Pernah sekali jadi penipu dan perampas hak rakyat yang mengundi, maka label tersebut akan kekal untuk selamanya. Macamana la tu? Boleh kasi tukar balik kah? Kalau itu boleh berubah, barulah saya boleh terima semua hujah UMNO tentang LOMPAT PARTI.. huhuhuhu rm2 juta pada masa itu besar bah kan…
    Saya perhatikan PM Jepun silih berganti, tapi kerajaannya tetap stabil..kenapa itu arrr?
    Di sini baru ada segilintir yang tidak percaya kepimpinan, suda kecoh.. baru kasi timbul ramous pasal lompat parti,sibuk suda mau kasi penjara orang…huhuhuhu.
    Teruskan cara kepimpinan YB-YB UMNO dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia yang telah di beri pendidikan dengan cemerlangnya oleh Dtk Seri Hisamuddin boleh menilai dengan sebaiknya.
    Do Your Best To SUPPORT KHAIRY JAMALUDDIN… (punca umno tenggelam oleh arus korupsi)
    HAHAHAHAHA bye..bye.. Dato’

    ReplyDelete
  5. datuk dan pembaca blog.

    pemimpin kena bijak atur strategi

    http://pkrpasdap.blogspot.com


    GIMIK POLITIK DAN GIMIK RAYA

    Orang politik, perlu asa starategi dan buat strategi. macam anwar dan tun dr mahathir. kalau diam jadi besi berkarat...

    dah ramai ahli politik jadi besi berkarat.

    orang suka tak suka biasalah..tapi kena ingat, ramai tak suka TDM tapi dia berjaya mentadbir negara dengan majoriti 2/3.

    anwar walaupun orang tak suka pasal hubungannya dengan Amerika dan media asing, namun dia berjaya dengan penyokongnya.

    Kalau kita lembik, kita akan ketinggalan. karl Marl, pengasas ideologi komunis pernah memberitahu, persaingan politik tidak ada beza dengan persaingan dalam ekonomi. siapa kuat dia menguasai ekonomi dan menjadi bos? tidak ada beza dengan politik.

    Kalau masalah perlembagaan pokok utama untuk anwar jadi PM, jadi dia kena angkur..kena ingat, anwar bukan seorang ahli politik kampung, dia adalah ahli politik angkasawan. ada sahaja rancangan dan gimik politik cuba disenssasikan.

    Sama dengan raya, kalau tidak ada bunga api, tak meriah. jadi bunyi bom katak perlu juga walaupun dia bahaya supaya suasana raya itu meriah...

    Gimik Raya dan gimik politik juga mungkin hampir sama...mahu benda bunyi bommm dan suasana 'budak' main bunga api...

    ReplyDelete
  6. abdul rahman sulaiman khan3:10 PM, September 26, 2008

    Saya masih lagi merasa begitu geram dengan pendirian Pemuda UMNO Sabah yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Khairy Jamaluddin untuk bertandinh jawatan KP UMNO Malaysia. Apakah ini sesuatu yang tepat untuk menggambarkan sikap 'hingusan'pemuda UMNO Sabah? Sungguh menyedihkan sikap dan pendekatan pemuda UMNO Sabah ini. Ketika negeri lain sedang menuju perubahan tiba-tiba pemuda Sabah memilih untuk menjadi 'pencacai'kepada Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Badawi. Cuba baca blog Tun Dr.M. Beliau menyatakan bahawa Abdullah Badawi merupakan seorang presiden dan PM yang paling rakyat 'marah' berbanding dengan presiden dan PM PM yang sebelum ini. Mengapa? Apakah pemuda UMNO Sabah tidak dapat membuka mata berkenaan perkara ini..

    Sungguh 'sadis'pendirian pemuda UMNO Sabah ini. Kepada Japlin Akim dan kawan-kawannya,kita perlukan perubahan, berubahlah daripada sikap yang suka menjadi pengampu.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato,

    The nightmare may come true now that Dollah has finally realised that he doesn't stand a chance. Dont tell me that I didn't tell you so.
    I guess now most of the so-called supporters are pissing in their pants. Gone are the good old days where most leaders can do whatever they please and completely ignoring the voice of the akar umbi. Making shit statements as if they represent our voice. What goes around comes around bro.

    Lets see what Najib has got install for us and what will happen to the great son out law. Pick a horse bro and assist to repair the damage that has been done. It will be a shame to see someone with your caliber fades away ..." Dare to Change "

    Arcadia

    ReplyDelete
  8. Sdr Khan, tanpa politik Japlin siapa? Tanpa mengampu pimipin2 UMNO Sbh lebih jijik drp pengemis. Mrk pur2 tak sedar negri kaya tapi paling mundur. Yg penting perut mrk buncit. Rakyat biar papa kedana sb smpai praya beri 50 selesai masalah & tatap undi dia juga. ha ha ha

    ReplyDelete
  9. Salam perjuangan Dato'.. Pernah dato berkata bahawa DSAI adalah orang yang berperanan tentang kes LOMPAT PARTI di Sabah zaman PBS dahulu.. Tapi saya yakin Dato' sendiri menyokong tindakan DSAI pada ketika itu sebab Dato' berkepentingan.. Sekarang DSAI nak buat perkara yang sama untuk menukar kerajaan yang rasuah Dato' cakap perbuatan DSAI tidak bermoral.. Kenapa dulu Dato' tidak bercakap macam itu.. Adakah Dato' hanya menjaga perut Dato' dan perut anak bini Dato' saja.. Jawapan nya ya.. Sudah pasti Dato' hanya menjaga perut Dato sahaja.. Pemimpin macam Dato' ini perlu dibuang saja ke laut.. Rakyat Sabah tidak perlukan pemimpin seperti Dato.. Ada Faham???

    ReplyDelete
  10. Dato’

    Panjang cerita pun tiada guna, yang penting dato’ tumpukan pada pertandingan KJ.
    Orang KB memang akan menyokong dato’ sepenuhnya. Tapi jangan lupa dato’ RM50. Hahahaha.
    Dato’ Rumah dato dimana? Boleh kami pigi? Kami suda undi dato’ janganlah buat di dewan, rumah YB selalunya luas kawasan sekitarnya..cantik lagi tu..
    Jangan Lupa Dato’ rumah terbuka…
    Sedekahlah sedikit, bagilah kami orang kota belud ini sedikit makanan yang sedap…
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
    Jumpa dato’ di rumah dato’ nanti..
    SEE YOU!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: