Saturday, September 27, 2008

Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar

In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." - Anwar Ibrahim

ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim?

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa. Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri.

Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

1970-an

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan tercetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan.

Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.

1997

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu.

Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda.

Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara.

Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian.

Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.

- dipetik dari laman web Pemuda UMNO Malaysia

20 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato,

    I totally agree with you bro. To be honest, I am sick of this Anwar stories. One lie after another and believe me, it will never end. One dateline after another. Kind of remind you of somebody. Dont you think so ...Anyway, thats Anwar Ibrahim for you.
    Memang style dia dari dulu macam itu. Dari zaman dia di ABIM, perangai dia tak berubah. Kalau dalam kesusahan, dia gunakan rakyat untuk meraih simpati. I really feel sad for all his supporters. For a man who does not have faith in the legal system, dialah yang paling banyak menyaman orang. This guy is a big joke.
    Why we are not countering him is still a big mystery for me. To be honest, we never had anybody to counter all his claims be it in Malaysia or outside the country. Its like we allow him to say whatever he wants to ridicule our government. I guess, all this happens because of our very weak government. That will change insyaallah.
    We will go head on with Anwar insyaallah when the changes in UMNO takes place.

    Arcadia

    ReplyDelete
  3. Kii, nyak paya kami ajar nu sjarah pandai pan kami moso & nulis. Kibin a pan sukup bloon nei mcm ko. Ada ka 'Partiless' sab ngarib nei. Am Anwar tu bana sekutu USA & USA a telampau raat no, nginai Msia jadi major trading partner nei ta Asean? Dekitt agen yahudi no, mcm2 no. Nyak rayat mekalei kaam Kii betiu. Am yo destoh yan taau embo nu Pak Lah stemu koh yo. Nyak ruun no masa depan amuhno a kii! he he he he

    ReplyDelete
  4. jadi rakyat lapar ka dato sampai anwar boleh menukar kerajaan? mengapa rakyat lapar? sepa memerintah sehingga rakyat lapar?


    Aku bukan
    seperti engkau sangkakan
    pura-pura di dalam berjuang
    Aku tidak pandai
    menyulam rahsia
    juga tak pandai
    bermadah pujangga

    jika ada benci di hati
    oh katakanlah padaku..
    relaku terima walau kutukan
    asalkan aqidah terjaga..
    kerana tidak sanggup lagi..
    mempermainkan dustur Ilahi..
    hakikat
    hati tak terluka
    walau zahirnya ada yang ketawa..

    Tuhan,
    ku mohonkan keampunan
    keterlanjuran
    yang berulang kali
    teman,
    kita patrikan di sini
    berakhir sebuah lamunan duniawi
    terima syukur taufiq Ilahi..


    PAS SAMPAI MATI!!!! TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  5. http://pkrpasdap.blogspot.com

    datuk,

    pasal anwar kena tanya EZAM kenapa dia tinggalkan perjuangan dengan anwar.

    yang bodoh sikit ialah PAS. dia pun tergila-gila hendak jd kan anwar PM sedangkan anwar hanya nak pergunakan PAS sahaja bagi menarik orang Melayu.

    Kalau anwar jujur memperjuangkan malaysia, kenapa dia tak anggotai DAP- parti semua kaum? atau PAS -parti Islam?

    Jawapan kena tanya Ezam..

    ReplyDelete
  6. abdul rahman sulaiman khan5:28 AM, September 28, 2008

    TEORI RAHMAT

    Akhirnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menunda persidangan agung UMNO kepada Mac 2009, dipercayai sebagai satu proses untuk mempercepatkan peralihan kuasa, lebih awal daripada jadual asal tahun 2010. Keputusan MT UMNO ini dilihat sebagai satu tindakan yang baik oleh sebahagian besar pemimpin UMNO meskipun Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Badawi melihat penundaan persidangan agung ini sebagai menyukarkan bagi calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO nanti.

    Sama ada setuju atau tidak, keputusan yang telah dibuat oleh MT UMNO ini sebenarnya mempunyai kebijaksanaan tertentu. MT UMNO telah meletakkan jalan yang paling diplomasi untuk menyatakan kepada Abdullah Badawi selaku presiden UMNO dan Perdana Menteri, bahawa beliau perlu berundur lebih awal untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai tampuk kekuasan pemerintahan negara. Keputusan mesyuarat MT UMNO ini dilihat sebagai suatu percaturan untuk menyelamatkan Abdullah Badawi daripada mencatat sejarah sebagai presiden UMNO yang pertama tewas dalam pemilihan parti (itupun jika Abdullah Badawi mengumumkan untuk tidak akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan UMNO nanti.).

    Lebih penting,keputusan MT UMNO dilihat sebagai langkah terakhir untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada membentuk kerajaan yang sekaligus mengakhiri riwayat kerajaanBN dan UMNO. Meskipun amaran dan pelan pembentukan kerajaan baru oleh Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat, hanya dipandang sinis dengan pelbagai propaganda media oleh para pemimpin UMNO, namun umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim tidak bercakap kosong. Kita percaya bahawa dalam para pemimpin memperlekehkan hajat Anwar Ibrahim, tetapi dalam masa yang sama tindakan mereka ini tidak lebih hanya sebagai untuk menyedapkan hati saja, sama seperti orang yang buat-buat bising untuk menghilangkan ketakutan kektika berhadapan dengan sesuatu yang menyeramkan. Dipercayai bahawa Anwar Ibrahim melalui gabungannya dalam pembangkang akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi dalam sesi parlimen nanti dan jika ini berlaku, dibimbangi bahawa satu keputusan yang luar biasa bisa berlaku. Dimbangi bahawa jika undi tidak percaya ini benar-benar berlaku dan mencapai keputusan yang diluar jangkaan, makan ianya bukan saja mengakhiri pemerintahan Abdullah Badawi tetapi sekaligus mengakhiri hayat kerajaan BN dan UMNO.

    Sekarang denga proses peralihan kuasa yang semakin hamper, semua mata tertumpu kepada Najib Tun Razak. Beliau dilihat senagai bakal presidenUMNO dan perdana menteri. Sama ada ianya bakal menjadi kenyataan, hanya Allah swt yang lebih berkuasa atas segalanya. Mengikut pertimbangn singkat, Najib lah yang bakal meraih semuanya tetapi perlu dingat bahawa Tengku Razaleigh juga sedang mengintai jawatan presiden UMNO. Tidak mustahil akan berlaku kejutan dan jika ianya benar-benar berlaku maka teori RAHMAN tidak akan menjadi kenyataan sebaliknya ianya sebenarnya teori RAHMAT.

    ReplyDelete
  7. abdul rahman sulaiman khan5:41 AM, September 28, 2008

    Datuk, dalam komen Datk ini, adakah Datuk tetap memberi komen seperti ini jika pada hari ini Anwar Ibrahim adalah perdana menteri dan presiden UMNO (andainya anwar yg mengganti Dr.M dulu, bukan Abdullah) ? Atau mungkinkah Datuk lah salah seorang dikalangan pemimpin UMNO yang akan setia berbaris di airport menunggu ketibaan Anwar Ibrahim, bersalam dam mencium tangannya?

    Buat makluman Datuk, rakyat sekarang sedang susah. Harga barang naik dan kada inflasi tinggi.Sebungkus biskut kering yang biasa dimakan rakyat bawahan, 3 tahun lepas harganya RM1.80 tapi hari ini harganya RM3.60 Semua ini bukan salah Anwar tetapi berpunca daripada ketidakcekapan kerajaan sekarang mengawal ekonomi negara..Abdullah Badawi gagal mentadbir negara secara berkesan.Jangan jadikan kenaikan harga minyak global sebagai punca semua ini sebaliknya kebijaksanaan pemimpin akan dapat mengatasi segala rintangan yang ada...Datuk terlalu banyak mengeluarkan komen yang berbentuk mengampu kepimpinan yang sedia ada..

    ReplyDelete
  8. Inilah yang saya tuliskan dalam blog saya pada 31 Ogos 2008 “Dalam hampir kesemua percakapan Anwar, fokusnya hanyalah ghairahnya untuk menjadi Perdana Menteri dan semua tindakannya sekarang berkisar pada hal peribadi itu bukan sangat pada soal kepentingan parti, agama, bangsa dan negara”. GuruBashid

    ReplyDelete
  9. Yes 200% aye for fresh election. Now that Anwar eligible to contest not like mac 2008 'disqualifed by default' and Msian in Sbh had seen that its not 'chaotic' to vote against BN. As for SAPP, have they decided how many seat to contest. SAPP must sit and talk with the Pakatan leaders in Sbh and/or KL. I am saddened to read certain bloggers just did their cyber posting without qualities. Egagah, MP Kota Belud, SabahKita, Senjaliza etc should not smear the qualities of cyber knowledge. Who are these guys so erratic with their compilations.
    Thumb up for SAPP, Keruak.com, SSkeruakblogspot,malaysiakini,msia today. Balanced and educational.

    September 28, 2008 11:48 AM

    ayamserama lagi:-
    Bana pan komen jomo ta SAPP blog a Kii. Bei pan aku moso lain2 memang bole tahan sigai ampun blogs. Nyak mcm kaam tu. A sebab aku nyak komen alap2 sb memang kerjoon bi blooon.

    ReplyDelete
  10. Taking this opportunity untuk mengucapkan:

    " SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR dan BATIN " kepada YB Dato sekeluarga.

    Arcadia

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum pak. Yan abar? (^_^)

    Pada saya, tidak ada apa-apa pun yang istimewa pun pada diri Anwar, selain menjadi antara faktor penyumbang kepada kekecohan dan kekacauan di Malaysia. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan beliau juga menyebabkan perpecahan perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu.

    Say NO to Anwar!

    Anak Sama
    (http://puteriezza.com)

    ReplyDelete
  12. Saya lucu bilamana para pemimpin BN tidak pandai berhenti mnjadikan anwar sbg alasan kepada kejatuhan ekonomi dan daya saing negara, walhal kelemahan kepimpinan dari BN memang sudah terang dan nyata sebagai penyebabnya.

    Kalau dato dan pemimpin2 bn lain betul2 hebat, seorg anwar tidak akan dapat menggoyangkan parti besar bn ini seperti sekarang sehingga dato perlu menghentam dia di dalam setiap pos dalam blog dato ni. Itu tandanya anwar seorg yg hebat sehinggakan seorg ahli parlimen yg tidak terkenal seperti dato dan penyokong kj pun sanggup membazirkan pos blog ini untuk mengulas pasal anwar.

    Kami hrp undang2 akan dikukuhkan nanti dan semua salah laku pemimpin tak kira bn atau pr akan dibongkarkan dan dibersihkan kelak.

    Dao no kau bmbg bana psl anwar. Jogo no jo bana2 kota belud tu.

    ReplyDelete
  13. ini semua cerita sudah basi lah yb, rakyat sudah pandai menilai mana dia intan mana dia permata.

    ReplyDelete
  14. Salam Perjuangan Dato'.. Apa yang saya lihat pada penulisan Dato' pada kali ini merupakan sesuatu perkara yang sering diungkapkan oleh ahli2 UMNO kononnya menunjukkan DSAI ini seorang yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan Negara.. Tulisan Dato' kali ini tidak ubah seperti apa yang diparkatakan oleh Menteri Penerangan semasa debat dengan DSAI berkaitan penurunan harga minyak.. Adakah ini sebenarnya mentaliti ahli umno seperti Dato.. Apakah sampai hari ini Dato' masih menafikan rakyat hidup dalam kesusahan.. Kenaikan harga minyak, harga makanan dan banyak lagi menyebabkan rakyat semakin miskin.. Rakyat Sabah khususnya sangat tertekan dengan kenaikan semua barang.. Tapi mungkin bagi dato kenaikan bersen-sen sahaja tidak mengapa kerana dato ni banyak pendapatan ( pendapatan secara haram ka atau tidak saya tidak taulah pula).. BN telah gagal dalam mengawal inflasi di Malaysia.. Saya pasti Dato tidak setuju dengan saya.. Tapi yang pasti rakyat telah sengsara teruk dengan kerajaan BN..

    ReplyDelete
  15. Hm..ini cerita sudah bangas ni..Apa yang rakyat mau sekarang ialah ketelusan kerajaan sekarang. Lihat isu-isu yang menjadi keperluan di Sabah. Kalau kerajaan sekarang ndak buat apa2, apa salahnya pilih Anwar?
    Lagipun sepanjang kerajaan sekarang memerintah Sabah, apa yang jadi? Sabah paling miskin. Pendidikan paling uncit. PTI ndak pandai selesai2. Kana pijak2 oleh UMNO.

    Dorang yang kasi mula isu2 perkauman yang melampau. Sekarang ni mo terjangkit sudah di Sabah yang selama ni harmoni dan tiada masalah kaum. Ketuanan Melayu la, pendatang la..bila masa ada Melayu sini Sabah? atau YB sekarang ni mengaku melayu sudah? Lupa asal-usul sebagai 'jomo sama' ka? Ini la politik perkauman yang di war-warkan oleh UMNO tapi teda pun YB tulis di blog. balik2 hantam Anwar..ndak juga kami suka Anwar tapi kami lagi ndak suka kerajaan sekarang terutama UMNO.

    ReplyDelete
  16. Ternyata rakyat sudah semakin terbuka pemikirannya..

    Komen2 di atas menjadi sedikit bukti...

    Hanya pemimpin2 BN yg masih berfikir guna cara lama.

    hehehe

    ReplyDelete
  17. Salam denakan ku sememon...
    Ayamserama...kenapa saya yang selalu kena target dalam blog SAPP, kerana saya mempertahankan kebodohan orang-orang kita menyanjung pemimpin tidak bertempat.
    Begitu juga dalam blog Duniatiger, saya belasah habis DSAI dan kuncu-kuncunya,kerana mereka inilah yang merosakkan kesenian dunia politik Malaysia. Mereka inilah (Botak Yong,DSAI)PELACUR POLITIK yang sudah tidak laku,masih mahu services orang....ishhh, palui bana pan barang jomo tu..
    DSAI bukan berjuang untuk rakyat, apatah lagi negara ini. Anwar, kalau boleh..mahu menghancurkan negara ini untuk muncul sebagai hero dalam kacau-bilau itu..!! Adakah ahli politik kita yang berani ambil risiko macam ini, nyah ru'un lagi denakan..
    Kalau ada penyokong beliau yang masih percaya dengan penipuan Anwar, patutlah mereka masuk kursus Biro Tatanegara sebanyak 100kali, agar mereka menemui jalan pulang kepada asal mereka.

    ReplyDelete
  18. Anwar defends his track record
    Fauwaz Abdul Aziz | Oct 22, 08 6:58pm
    Opposition Leader Anwar Ibrahim today hit out at his detractors, especially those who questioned his track record as finance minister, saying he was responsible for having passed one of the largest allocations ever recorded for Sabah, during his tenure.
    MCPX
    During the debate which followed Johari Abdul's (PKR-Sungai Petani) speech, in which Johari had slammed the government for failing to help bumiputeras, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) intervened to ask about Anwar's role during his time in government.

    "What did the opposition leader do (for bumiputeras) during his eight years as finance minister?" asked Abdul Rahman.

    Unfazed by Johari's assertions - that he (Johari) and Anwar, among others, had struggled against corruption and nepotism until the latter's sacking from Umno in 1998 and were punished for it - Abdul Rahman repeated his challenge, saying "Can you just answer the question?"

    At this point, Anwar stood up and took leave from Speaker Pandikar Amin Mulia to answer Abdul Rahman himself.

    "I just want to clarify as there are some among my Umno colleagues who have asked about my tasks and role while in Umno and in government, and suggestions have been raised that we had purportedly abandoned the problems of Sabah's people," said Anwar.

    He did not mention Salleh Kalbi (BN-Silam) by name, but it was Salleh who yesterday compared Anwar to a 'second-hand car' trying to shed a mangled past and refurbish himself as the new champion of all Malaysians.

    Recalling Anwar's statements while in government more than 10 years ago, Salleh said the former deputy prime minister was in Parliament for the second time in his life and trying to ‘deceive' the people in Sabah and Sarawak into seeing him as their saviour.

    Anwar, however, said his track record spoke volumes of his contributions, especially to Sabah. Among these, he claimed, was the largest allocation up to then granted to the eastern state as part of the federal government's budget.

    "For as long as I was a minister in the government... until 1998, I as finance minister had passed the largest allocation to Sabah and Sarawak including, within a period of one year, an additional RM800 million ... for Sabah and RM200 million for the supplementary budget, a record at that time.

    "But because of prejudice (against me), all this is denied. Speaker, on the issue of bumiputeras, we placed a network for bumputeras who are capable of advancing to be uplifted," he said.

    'Speak as noble warriors'

    As Barisan backbenchers shouted hoots of derision at him, Anwar took the opportunity to deal them a stinging criticism of their behaviour, which effected an unusual silence among the ruling Barisan MPs.

    He also played on Speaker Pandikar Amin Mulia's name to compare how real ‘warriors' conducted themselves in contrast to the behaviour of Barisan parliamentarians.

    "They can scream while hiding behind the microphones, but that is not the way of warriors.

    "If they really are pandikar (fighters) and pahlawan (warriors), they would stand and speak and answer. They would not scream under the tables as what is happening now," he said.

    "If only they stood as warriors who are mulia (noble) and amin (trustworthy)," he added.

    "If we differ in views, that does not matter. But it must be based on facts, not by heaping insults and slander. Stand, if you do not agree with Sungai Petani, and argue based on facts," Anwar said. from malaysiakini

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: