Friday, September 19, 2008

Peringatan kepada semua....

Saya harap semua komen yang berbentuk menghentam peribadi tidak di'post'kan dalam blog ini. Saya dapati sejak akhir akhir ini, banyak komen telah melencong jauh dari isu sebenar dan ini adalah perkembangan tidak sihat. HENTIKAN!

Kalaupun ada yang tidak bersetuju dengan fakta atau hujah yang diutarakan disini oleh saya atau penulis lain, saya harap berilah 'counter argument' atau 'hujah balas' yang berdasarkan fakta atau pandangan yang berasas.

Salam,

DARD

9 comments:

  1. apa kata tidak perlu kelulusan Dato untuk komen2 yg di post.
    Kalau ada komen2 yg tidak OK.. dato hanya perlu delete

    ReplyDelete
  2. Takkan ahli parlimen baru kena komen tak baik sikit dah rasa tak sedap hati kot...Kalau Dato boleh menggunakan blog ini untuk menyerang peribadi pemimpin lain, kenapa tidak pengunjung ini berhak berbuat perkara yg sama terhadap Dato?

    ReplyDelete
  3. abdulrahman sulaiman khan2:55 PM, September 20, 2008

    Saya setuju supaya kita berhujah secara fakta atau sekurang-kurang, kalau marah sekalipun biarlah disampai dengan bahasa yang sedap dibaca.Kalau menulis dengan bahasa tidak tentu arah, mencarut, memaki dan memekik-mekik, itu mabuk namanya. Maukah anda kelihatan seperti orang mabuk?

    ReplyDelete
  4. TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985

    Tanggal 19 November lalu, genaplah 23 tahun tragedi Memali berlaku. Rasanya, ramai di antara sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah atau baru saja melangkah ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. Kerana ianya adalah satu tragedi yang penuh dengan pengajaran dan sesetengahnya masih menjadi misteri, maka ada baiknya diceritakan semula di sini untuk tatapan bersama.

    Hujung minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang pernah saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang saya dengar itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi keliru bila ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya..

    Masih saya ingat kata-kata Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan selepas kes tersebut. Kata Pak Ya, "Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual bergolok bergadai, jual lembu, jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, lepas tu kalah. Dah tak ada apa dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam pus) la, lagi molek!!". Pak Ya ni harcore sungguh, masa tengah menjual kain, sempat lagi dia sembang bab politik, dia kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud ni, nanti kalau semua orang kena potong tangan, siapa nak gi menoreh?". Selain dari itu, banyak juga cerita terperinci Memali yang diceritakannya kepada saya, semuanya berbau pekat UMNO.

    MALANGNYA - PAK YA SUDAH PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA MEMALI VERSI PAK YA CUMA TINGGAL SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA. APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA TURUT SERTA MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA!

    Sekitar 1985 juga, saya sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di pedalaman Baling. Beliau tak habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Bila timbul isu Syahid, beliaulah antara yang paling lantang mempertahankan asy-syahid Ust Ibrahim Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji tinggi sangat, sekolah attap pun pasti habis ke tidak, tapi tang bab agama, dia jenis 'Samekna Wa atoqna" (Kami Dengar dan Kami Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana Pakcik Dolah tahu kata Ibrahim Libya tu mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu tak caya, mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". Termenung saya.

    MALANGNYA - PAKCIK DOLAH JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA TURUT MENGIRINGI MAYAT PAKCIK DOLAH KE LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA DAN PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI!

    Oleh kerana kedua-dua Pak Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan cerita-cerita yang pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka saya tidak ada pilihan, selain ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah mengisahkan cerita Memali ini secara panjang lebar kepada saya sekitar tahun 1985 dulu. Rakan2 beliau adalah antara yang tertembak dan gugur syahid semasa kejadian itu, dan beliau sendiri, walaupun tidak menyatakan kepada saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga melihat akan air mukanya, beliau nampak seakan terkilan kerana hari kejadian itu tidak jatuh pada hari giliran beliau mengawal rumah asy-syahid ust Ibrahim Libya!!

    Cerita beliau inilah antara yang paling boleh dipercayai.

    Malangnya, pada hari sabtu yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada urusan di luar Baling. Saya jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana niat saya ikhlas, saya ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang gugur syahid atau ditembak dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan mereka ini merupakan anak jati kampung Memali. Banyak kisah menarik yang diceritakan.

    Maka itu, dengan gabungan cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga sedikit cerita dari Pak Ya, Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur pula dengan beberapa sedutan dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, insyaallah kita akan bercerita lagi.

    ReplyDelete
  5. Takpe..

    Sabar.. Sabar separuh dari Iman :-)



    Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. UMNO mencabar Anwar mengumumkan senarai Ahli Parlimen yg ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat.
    Anwar telah menawarkan dan telah menulis surat untuk berjumpa Pak Lah dan menyerahkan senarai nama tersebut. Tak kan perkara besar sekadar umum pada media massa kan. Tetapi Pak Lah tidak terima untuk berjumpa.
    Anwar pun mecadangkan diadakah sidang parlimen Khas dan ia ingin umumkan dalam Parlimen. Tetapi Pak Lah pun tidak mahu.
    his his his.... Cabar konon...

    ReplyDelete
  7. Yang terkenal cuma Datuk Dr Jeffry Kitingan , Tuan Haji Ansari Abdullah dan Datuk Chau Chin Tang. Manakala pemimpin-pemimpin yang lain, hanya layak di labelkan sebagai 'Pemimpin seconda class ' di sini.
    Mereka-mereka ini kebanyakan nya terdiri daripada; pensioner, ‘not so popular professionals’ dan bekas-bekas pemimpin BN yang telah di lupakan zaman. kalau di banding dengan kehebatan pemimpin-pemimpin BN pada ketika ini, mereka hanya layak di taraf kan sebagai 'Askar Bantuan'.
    Ayam Serama kata:-
    Cuba tanya ajin brapa undi dia dpt sbg calon bebas?Hilang depositkan? Tapi tengok angkuhnya dia boleh label org 'Pmimpin 2nd Class' atau "Askar Bantuan'.Bolekah Ajin ckp dia 'kelas kambing' seiring dgn Presiden SETIA & BERSEKUTU yg hilang deposit juga?Tengok cermin la dulu sebelum nilai org lain. Tapi dimaafkan sb mungkin Ajin tengah mabuk ba. Ha ha ha ha.

    ReplyDelete
  8. Yang terkenal cuma Datuk Dr Jeffry Kitingan , Tuan Haji Ansari Abdullah dan Datuk Chau Chin Tang. Manakala pemimpin-pemimpin yang lain, hanya layak di labelkan sebagai 'Pemimpin seconda class ' di sini.
    Mereka-mereka ini kebanyakan nya terdiri daripada; pensioner, ‘not so popular professionals’ dan bekas-bekas pemimpin BN yang telah di lupakan zaman. kalau di banding dengan kehebatan pemimpin-pemimpin BN pada ketika ini, mereka hanya layak di taraf kan sebagai 'Askar Bantuan'.
    Ayam Serama kata:-
    Cuba tanya ajin brapa undi dia dpt sbg calon bebas?Hilang depositkan? Tapi tengok angkuhnya dia boleh label org 'Pmimpin 2nd Class' atau "Askar Bantuan'.Bolekah Ajin ckp dia 'kelas kambing' seiring dgn Presiden SETIA & BERSEKUTU yg hilang deposit juga?Tengok cermin la dulu sebelum nilai org lain. Tapi dimaafkan sb mungkin Ajin tengah mabuk ba. Ha ha ha ha.

    ReplyDelete
  9. 2usabahan,

    kalau saya luluskan kesemua komen komen yang dihantar, saya rasa saya tidak berlaku adil kepada mereka yang dituduh bermacam macam oleh penulis.

    Secara jujur saya katakan di sini, bahawa komen komen yang saya rejeck tidak banyak. Hampir 95% komen saya siarkan.

    Kalau anda mengikuti komen komen pembaca, ramai yang mengkritik saya tetapi saya terbitkan juga kerana komen tersebut tidak berunsur fitnah dan tuduhan melulu. Mereka hanya meluahkan pandangan mereka dan saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka.

    Sebagai garis panduan, komen yang confirm akan saya reject adalah komen yang menghina agama dan bangsa. Begitu juga yang menuduh berasaskan hearsay atau khabar khabar angin serta komen yang beremosi sehinggakan isu munasabah yang mereka bawa tenggelam dalam komen emosi yang keterlaluan...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: