Sunday, September 14, 2008

Penangkapan ISA terhadap 3 individu

KENYATAAN MEDIA
YB DATO' ABDUL RAHMAN DAHALAN
SETIAUSAHA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD


1. Saya berpendapat bahawa tahanan terhadap wartawan Tan Hoon Cheng, dgn menggunakan ISA adalah tidak tepat, dan boleh menjejaskan imej kerajaan.

2. Alasan Syed Hamid bahawa tahanan itu perlu dibuat kerana menjaga keselamatan Tan adalah alasan yang sama sekali mengundang kekeliruan. Kenapa perlu guna ISA sedangkan pihak polis boleh memberi perlindungan polis kepada Tan?

3. Penggunaan ISA adalah untuk perkara yg serius dan perlu digunapakai apabila undang-undang lain tidak mencukupi atau tidak dapat menyelesaikan masalah yg boleh menggugat keselamatan negara dengan segera.

4. Berbanding dengan penahanan wartawan itu, di dalam kes Raja Petra dan Teresa Kok, Syed Hamid berkata tangkapan yang dibuat adalah berasas perbuatan mereka yang boleh ditakrifkan sebagai ancaman kepada ketenteraman negara yang memang jelas dan memang wujud (clear and present danger to the country). Hal ini jelas kerana, walaupun telah berkali kali diberi nasihat atau amaran untuk jangan cuba mencabar had undang undang atau bermain dengan terma dan semangat para pengasas negara yang berbilang kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

5. Sebagai Setiausaha Pemuda yang mewakili dan peka terhadap suara generasi muda, saya juga tidak mahu alasan-alasan yang tidak konkrit dan boleh mengundang kekeliruan diberikan seperti di dalam penahanan ISA wartawan Tan Hoon Cheng itu akhirnya akan menyebabkan krisis keyakinan terhadap Kerajaan berlaku, terutamanya di kalangan generasi muda.

YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN

21 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan YB.
    Sepatutnya penahanan ISA tidak diperlu dilakukan. Ini akan menjejaskan nama negara di serata dunia.
    Menteri Dlm Negeri juga ada mengatakan, Dato Ahmad tidak ditangkap ISA kerana telah dikenakan hukuman oleh UMNO. Ini telah menggambarkan bahawa undang-undang UMNO seolah-olah melebihi tarafnya dari undang-undang negara. Sedangkan UMNO hanyalah parti... dan Dato Ahmad sepatutnya didakwa di bawah akta hasutan.

    http://2usabahan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    salam datuk. sudah lama sata tidak bersua dalam website datuk. saya hendak lontarkan persoalan tentang ISA. ringkas aje/

    ISA dengan hudud PAS mana kejam?

    potong tangan walaupun mencuri karipap di pasar malam.

    ISA tak tangkap kalau setakat curi karipap...

    tapi PAS kata Hudud PAS aalah ISA ALLAH? Kalau lawan bererti kafir..itu dulu sekarang nada lain bunyi.sekarang boleh join dengan DAP untuk mengharamkan azan sebagaimana berlaku di puching, sekangor.

    ReplyDelete
  3. abdul rahman sulaiman khan5:37 AM, September 15, 2008

    Datuk, saya turut berpendapat bahawa penahanan wartawan Tan ini memang tidak patut dan satu kesilapan.Agak mengeciwakan bila menteri dalam negeri mengeluarkan statement yang mengelirukan. Belum ada dalam sejarah negara bilamana seseorang di tahan atas alasan untuk keselamatan diri orang yang dithan itu..Sepatutnya yang perlu di tahan dibawah ISA ialah Datuk Ahmad Ismail.Alasan bahawa dia sudah pun dikenakan oleh UMNO adalah sesuatu yang tidak logik..Siasatan Polis terhapad dia juga terlalu lambat dan lembab. Mengapakah Abdullah terlalu berlembut dengan Ahmad Ismail itu?

    Dalam kes Teresa Kok, sungguh menghairankan kerana Teresa sendiri menafikan dalam blognya bahawa dia terlibat dalam melarang laungan azan di kawasannya. Orang yang bising-bising ialah Khir Toyo.Maknanya kes ini lebih kepada 'cakap mulut saja' MP PAS juga telah membuat laporan Polis, jadi sepatutnya Khir Toyo sendiri patut ditahan dan disiasat dibawah akta Hasutan, kerana menghebahkan satu berita yang menimbulkan keresahan umum. Selayakkan Khir Toyo patut di tahan di bawah ISA sendiri..

    Saya menyokong menggunaan ISA dengan alasan untuk keselamatan negara tetapi penggunaannya mestilah adil, bermaksud hendaklah dikenakan kepada sesiapa saja hatta pemimpin UMNO sendiri.kelemahan Abdullah Badawi amat meresahkan sekali.Kenyataan Zaid Ibrahim berkenaan ISa ini merupakan suatu yang amat bernas.Beliau menyarankan agar ISA hanya diguna untuk pengganas dan komunis saja, tetapi jika hendak diguna juga untuk kes-kes seperti sekarang ini, maka kerajaan perlu ada kesanggupan yang tinggi, iaitu hendaklah menggunakan dengan adil dan bukan ditujukan kepada musuh-musuh politik pemimpin kerajaan saja.

    (Maaf Datuk, saya nak guna sikit ruang untuk memberi komen kepada aba Mie..)

    Wahai abaMie,apa yang kamu cakap pasal PAS dan potong tangan walaupun curi karipap ini ni? Ternyata kamu ini bukan saja jahil tentang hukum dalam Islam tetapi kata-kata kamu berbaur penghinaan terhadap Islam.Kamu juga patut ditahan dibawah ISA.Saya tidak mau komen pasal PAS tetapi potong tangan adalah satu hukum yang terkandung dalam ISLAM, mengapa kamu memperlekehkannya? Adakah sudah hilang kepercayaan kamu kepada agama Islam? Kamu benci PAS,tak kisahlah, saya pun bukan fanatik PAS tapi janganlah mempersendakan hukum Allah. Taubatlah abaMie...

    ReplyDelete
  4. Dr Asri Zainul Abidin2:25 PM, September 15, 2008

    Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
    15-09-2008 11:57:12 AM
    Oleh ZIEMAN

    PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

    Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

    "Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

    "Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

    "Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

    Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

    Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

    "Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

    "Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

    Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

    "Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.

    Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

    "Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

    "Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

    Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

    "Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

    "Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.

    Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

    "Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

    Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

    "Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

    Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

    "Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

    Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

    Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

    "Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

    mSTAR Online

    ReplyDelete
  5. abe MIE,
    tak baik membuat fitnah thdp undang-undang hudud. Lebih2 lagi bulan Puasa ini.

    Dah baca ka hudud yg dicadangkan oleh Pas Kelantan? Kan lebih baik kalau undang-undang hudud itu dibahaskan di dewan rakyat. Biar ramai yg tahu isinya. Ini akan mengelakkan org ramai membuat fitnah.

    Ini ramai yg tidak tahu malahan membuat tuduhan fitnah.

    ReplyDelete
  6. Syed Ibrahim Syed Noh3:45 PM, September 15, 2008

    Jamaah Islam Malaysia kecam penahanan Teresa dll

    KENYATAAN MEDIA
    Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
    14 September 2008

    JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

    Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin.

    JIM ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan amatlah penting dalam perundangan. ISA menyalahi prinsip keadilan kerana mereka yang ditahan dinafikan hak untuk “tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya”, dinafikan hak bela diri, dinafikan khidmat guaman dan boleh ditahan selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.

    Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16 jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?

    Apakah dengan ini wartawan tersebut perlu berterima kasih kepada Kerajaan atau sepatutnya menyaman Kerajaan kerana merampas hak kebebasan beliau sebagai warganegara dengan alasan yang tidak munasabah langsung?

    Perbuatan menuduh tanpa sebarang bukti adalah perbuatan yang haram dari sudut Syariah, kerana ianya sendiri merupakan sebab utama kepada keadaan huru-hara di kalangan masayarakat yang hilangnya kepercayaan antara satu sama lain.

    Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6, penyebaran perkhabaran dan maklumat yang tidak sahih lagi meragukan menyebabkan berlakunya pertimbangan yang tidak adil, lantaran mengundang kepada musibah fitnah yang melanda masyarakat.

    Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka sewajarnya cukup menjadi pengajaran bagi kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan masyarakat.

    JIM mengesyorkan mana-mana pihak yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.

    JIM memandang penahanan wartawan Tan Hoon Cheng seolah-olah beliau bertanggungjawab ke atas kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail sebagai tidak wajar kerana Ahmad Ismail dan pengikut beliau sendiri yang sengaja memberikan provokasi perkauman tanpa sebarang kawalan emosi di hadapan wartawan-wartawan.

    Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula merupakan satu ketidakadilan kerana dakwaan bekas Menteri Besar Selangor keatasnya telah dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, masjid di Damansara yang dikatakan disuruh perlahankan bunyi azannya telah memberi penjelasan bahawa azan tidak berbunyi dengan kuat kerana alat pembesar suara azannya mengalami kesulitan teknikal, bukannya kerana ditentang penduduk bukan Islam.

    Penduduk bukan Islam di kawasan perumahan sekitar sebuah masjid di Puchong pula dilaporkan hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis kuliah bacaan ayat al-Quran, bukannya azan itu sendiri.

    JIM berpendirian jelas bahawa apa juga alasan yang dinyatakan kerajaan atas episod penahanan terbaru ini samada sebagai “pencetus polemik ketakutan” atau “pencetus kegawatan”, ianya seharusnya boleh ditangani dengan pelbagai akta lain yang sedia ada.

    Tindakan menggertak dan menangkap blogger, wartawan, para pengkritik dasar kerajaan khususnya dari kalangan parti pembangkang tanpa hujah yang konkrit hanya akan mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif dan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan pasca Pilihan raya Umum ke-12 terutamanya dalam konteks lanskap politik negara kini. Tindakan ini hanyalah mengesahkan lagi bahwa ISA digunakan untuk tujuan politik parti pemerintah.

    JIM amat kesal dengan tindakan parti politik pemerintah yang sanggup memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama demi untuk menutup pelbagai kelemahan kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, adalah lebih baik pihak kerajaan berusaha menyelesaikan pelbagai kemelut yang terjadi di dalam negara sekarang ini tanpa menggadaikan suasana keamanan yang sedia ada. Hentikan politik perkauman, fitnah dan tuduh menuduh tanpa bukti lagi tanpa bicara dan kembalilah kepada Syariat Islam.

    JIM menggesa Kerajaan untuk membebaskan Teresa Kok, Raja Petra dan tahanan-tahanan ISA yang lain dengan serta merta atau dakwa mereka di mahkamah. Nasib tahanan yang ditahan dalam tempoh yang lama sehingga 7 tahun juga perlu dibela.

    Sebagai anggota aktif gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), JIM menyeru rakyat yang prihatin untuk turut tampil membantah ISA dan penahanan berhubungnya melalui program-program yang dianjurkan oleh GMI. Dalam tuntutan keadilan dan kebenaran, tidak ada batasan agama, kaum atau budaya.

    Syed Ibrahim Syed Noh
    Timbalan Presiden

    ReplyDelete
  7. datuk, saya nak jawab soalan
    abdul rahman sulaiman khan- seorang berfikiran sempit dan masih berpegang kepada ISLAM PAS dengan mengkafirkan orang UMNO sahaja dan memuji kepimpinan Islam DAP.

    teresa kok lakukan 3 perkara
    1. perlahankan azan dan kemudian terus haram. kamu tahu ke apa yang berlaku di puchong?
    2. tukar papan tanda ada tulisan jawi kerana ia tidak difahami pelancong.
    3. menyuruh Pakatan buat 20% wang zakat untuk agama lain.

    Yang membuat laporan polis ialah JAKIM, dan beberapa badan kerajaan lain serta NGO Islam. Bukan Khir Toyo saja. Dia orang terakhir beritahu dalam blognya.

    jangan taksub kepada PAS dan tak boleh membezakan antara HUDUD PAS dengan hudud iSLAM. PAS menggelarkan Lim Guang Eng sebagai Khalifah teragung Umar Bin Abdul Aziz. Ketahap itu Islam dijunjung PAS?

    Pernah diceramah PAS, Lim Kit Siang diberi takbir allahuakhbar... dan mengafirkan UMNO yang selama ini berkiblatkan Allah.

    Bahkan PAS kini tak lagi mempunyai slogan membangun bersama Islam.Dia mengamalkan konsep negara kebajikan- iaitu slogan sama yang digunapakai oleh sistem komunis.

    Abdul Rahman- MENGHINA PAS BUKAN BERERTI MENGHINA Tuhan ALLAH DAN agama ISLAM, bahkan ulama PAS, Nik Aziz pernah memberitahu Allah mencarut!!! Harakah pula menyiarkan dalil da petikan al-Quran yang menunjukkan Allah mencarut.

    Adakah Abdul rahman menyembah Tuhan mencarut sebagaimana diperjelaskan oleh Nik Aziz?

    PAS lebih suka meletakkan DAP sebagai sahabatnya daripada UMNO yang menyembah Allah yang tidak menyembah agama mencarut. Fikirlah. Ada otak pakai, ada emas gadai, ada tanah kasi DAP.

    Kalau hendak tahu lebih lanjut, sila ke website saya.

    (terima kasih kerana datuk menyiarkan komen saya. orang macam nie kita kena perbetulkan. sudah lama mereka MAKAN TAK BETUL).

    ReplyDelete
  8. Salam Dato'

    Saya tegas dan komited menolak akta zalim ini dari digunakan seterusnya kerana ia menjejaskan imej kerajaan yang sedia tercalar dan implikasinya jelas kepada UMNO yang masih demam tak kebah-kebah.

    Negara kita mempunyai undang-undang khusus untuk menangani kes terkini ISA, mengapa perlu ditakutkan rakyat dengan akta zalim ini. Dato' perlu dengan tegas membuktikan suara pemuda sebagai sayap pendesak kerajaan. Jangan sesekali takutkan manusia lebih dari takutkan ALLAH..

    Tiada maknanya sekadar bermegah dengan gelaran YB dan Dato' kalau ia sekadar pemanis mulut selepas makan sahaja.

    Lagi satu Dato', harap blog ini lebih terbuka dan sebarang komen tidak memerlukan pengesahan tuan punya blog. Jika ada komen yang terkeluar dari norma kemurnian adab dan sopan bangsa maka gunakan kuasa sebagai tuan tanah untuk menghapuskan "ancaman makhluk perosak".

    Mohon mencadangkan.


    thx!

    ReplyDelete
  9. Ooi kibin (sabahkita), anwar da kata harga minyak ada saturation point & akan turun. Rujuk kpd debat dgn mentri mulut berbuih. Kan dia betul. Yg Bodolah bahlulu sangat naikkan minyak dulu cpa nasiat? menantu bangang?skg minyak turun, barang naik (BN) juga. Napa? Sb rakyat tiada keyakinan dgn parti dinosor. Skg minyak turun, Bodolah tunggu apa lg? Flip-flop-flap-flup-flaaaak!Tapi mentaliti kibin, raman, ajin dll daa jumud akibat rasuaaah. Mati pun BN juga sb pnyakit tebal rasuaaah dlm dada.

    ReplyDelete
  10. Panglima Awang Semaun4:07 PM, September 16, 2008

    Ketua Pemuda UMNO Sabah membuat laporan Polis terhadap kenyataan Christina Liew Timbalan Ketua Keadilan Sabah, konon atas alasan kenyataan Christina menyentuh kedudukan dan hak Raja di negara kita ini. Saya tidak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Japlin Akim ini tetapi ingin menimbulkan persoalan bahawa hanya inikah yang mampu dilakukan oleh Pemuda UMNO Sabah untuk meraih populariti dengan publisiti murahan ini. Kononnya pemuda begitu prihatin, tetapi sayang pemuda UMNO Sabah hanya mau menggunakan isu ini untuk menutup kelemahan mereka yang ketika ini bolehlah diandaikan sebagai hidup segan mati tak mau. Pemuda UMNO Sabah sebenarnya mempunyai misi yang lebih penting iaitu untuk memperbaiki nasib dan masa depan pemuda kita di Sabah khasnya pemuda UMNO.

    Banyak perkara yang patut difikirkan dan diambil usaha oleh barisan Pemuda UMNO Sabah terutama Japlin Alim sebagai ketua, masalah pengangguran, buta huruf, dadah, jenayah, keruntuhan moral dan bermacam-macam lagi penyakit yang melanda pemuda kita patut diberi perhatian oleh Japlin Akim. Tetapi sayang Japlin Akim dan pemuda-pemudanya lebih suka kepada yang sensasi dan polular.Apakah sumbangan dan jasa-jasa yang telah diusahakan oleh Japlin dan pemuda-pemuda nya sepanjang menerajui pemuda UMNO Sabah..Nyatakan kalau ada yang sebesar zarah...Berlaku keganasan terbaru yang melibatkan pembunuhan kejam terhadap seorang penuntut UMS yang mayatnya ditemui di jalan Sulaman, sayang Japlin dan pemuda UMNO Sabah tidak mengeluarkan kecaman mereka terhadap kejadian ini bagi membuktikan keprihatinan mereka terhadap nasib belia dan pemuda.

    Japlin Akim ketua pemuda UMNO KB dan Datuk selaku MP,rakyat mengharapkan perubahan minda dikalangan pemimpin kita supaya benar-benar prihatin terhadap tanggunjawab mereka kerana rakyat tidak mampu lagi dipertontonkn dengan sandiwara yang retorika..

    ReplyDelete
  11. Lebih baik lagi Dato tumpukan kepada hal2 di KB. Org pilih dato sbb nak dato buat kerja bgnkan kb bkn nak suruh dato ulas pasal politik kat smnjg sj.

    Kalau suka sangt nak cerita psl tu, jgn guna nama mpkotabelud. Org dtg sini nak tgok somethiing psl kb.

    Sekian

    ReplyDelete
  12. YB Dato,

    Agak terperanjat melihat YB bersama KJ hari ini disamping Norza (kalah diperingkat cawangan) Rezal (soon to be unemployed but aspire to be Deputy Head) Hamid Mandela (uncertain future)and Azeez ( no need to comment ).

    Can't you feel the wind of change ? You really underestimate yourself my dear sir by just being seen in that group.

    ReplyDelete
  13. abe MIE 'TERJAH'
    Posting anda banyak FITNAH.
    Banyak Fitnah2 yg dibuat. Dasar Munafik.

    Teresa Kok sendiri tidak pernah menandatangani dan bersama dlm kes Isu Azan. Sila baca penafian Teresa Kok. Yg buat cerita adalah Khir Toyo. Sila buktikan laporan awal bukti selain Khir Toyo. Mana blognya?

    Lim Guang Eng tidak pernah digelar (oleh sesiapa pun) sebagai seperti yg kau laporkan. Tetapi Lim Guang Eng pernah menyatakan beliau akan meniru cara kepimpinan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Ini kerana Lim Guan Eng tertarik cara pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz.

    Dibawah Pakatan Rakyat, seorang yg amat memusuhi Islam seperti DAP boleh puji khalifah Islam. Tapi dlm BN, bukan Islam tambah memusuhi Islam, org Islam memfitnah Islam.

    Selaku ahli UMNO, saya makin tertarik dengan Pakatan Rakyat, dan saya amat berharap YB antara salah seorang yg akan melompat (sekiranya benar akan berlaku penghijrahan).

    ReplyDelete
  14. abe_mie
    setahu saya, Undang-undang Hudud yang dicadangkan oleh PAS tidak pernah dibahaskan di mana2 Parlimen. Ia ditolak mentah2 tanpa ada penelitian.

    Undang-undang Hudud itu juga tidak pernah dipertikankan oleh mana-mana ulama di Malaysia atau Luar Negara.

    Yang penting, dalam Undang-undang Hudud tersebut, prinsip UTAMA yang tertulis adalah menjadikan Hukum Allah (berpandukan Al-Quran dan Hadis) sebagai keutamaan.

    Ingat, kalau kalau kita menghina Hukum yg menjadikan Hukum Allah sebagai keutamaan, ditakuti kita akan tergelincir Akidah atau boleh menyebabkan Murtad tanpa kita sedari. Maka berhati-hatilah dalam membuat komen.

    Lebel Hudud Pas hanyalah dibuat oleh UMNO dan ahlinya yang diketahui sebagai Musuh Politik PAS.

    Pesanan ini hanyalah pesanan dari seorang Islam. Berpesan-pesanlah ke arah kebaikan.

    ps: Saya pernah membaca cadangan Hukum Hudud tersebut. Maka itulah saya berpesan.. walau anda tidak setuju tapi janganlah menghinanya.

    ReplyDelete
  15. abdul rahman sulaiman khan9:18 AM, September 18, 2008

    Akhirnya KJ menawarkan diri bertanding Ketua pemuda UMNO. Tak kisah itu hak dia dan biarlah perwakilan penuda membuat keputusan, janji pertandingan adalah secara sihat. Tetapi sebagai rakyat biasa, saya berpendapat KJ patut berehat saja daripada politik kerana dia ketika ini tidak leagi releven kepada UMNO dan Malaysia. Dia adalah liabiliti kepada UMNO..Dia datang berceramahn di permatang pauh, akhirnya BN kalah besar..

    Untuk abemie, menuduh saya berfikiran sempit, tahniahlah kerana abemie seorang intelek dan berfikiran waras, tetapi abemie mengapa pula kamu mengecam dan mengaitkan saya dengan PAS dan hal-hal yang sewaktu dengannya..Saya tidak bercakap untuk membela PAS, saya hendak membelu hukum potong tangan kerkana hukum itu ada dalam Islam..Dalam Islam, kalau mencuri hukumnya adalah potong tangan tetapi tidaklah bermakna sewenang-wenang terus potong saja, ianya ada juga perundangannya..Tidaklah seperti yang abemie fikir. Abemie, jika kamu bukan pencuri, janganlah takut kepada hukum potong tangnan.

    Abemie,jangan kaitkan saya dengan PAS atau siapa-siapa, saya bercakap untuk kapasiti saya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab mempertahankan ugama Islam dan negara..Yang abemie pigi cakap pasal kafir mengkafir, apa hal ? Abemie seperti orang meroyan, sawan dan sasau.Marilah berbahas secara fakta dan waras,jangan emosional.Apa benda abemie meracau..

    ReplyDelete
  16. abdulrahmansulaimankhan9:36 AM, September 18, 2008

    abemie, apa nama blog kamu tu dan alamat dia

    ReplyDelete
  17. I agree with you, tanpa nama. Suprise to see my MP standing next to KJ last night in tv3.

    ReplyDelete
  18. Dato,
    Assalamualaikum , dan izin kan saya sekali lagi meluahkan serba sedikit komen di sini. Setakat ini saya belum berniat untuk mengeluarkan pendapat saya based on topik “ Penangkapan ISA terhadap 3 individu “ di blog Dato, kerana isu ini straight forward. Hampir2 semua surat khabar dan blogs mengeluarkan pendapat masing2. Ada yang pro ada juga yang contra.

    Dalam blog saya pun saya sentuh juga perkara ini. So saya tidak perlu membuang masa untuk menunjukkan pandai atau lawa dalam blog Dato semata-mata untuk mempamirkan kebodohan saya dalam isu ini.

    Dalam perhatian saya komen pelawat sungguh menarik. Mereka yang saya maksudkan ini termasuk lah 2usabahan, abe mie, abdul rahman sulaiman khan, dr zainul abidin, pemudaumno, syed ibrahim syed noh, perfectwater75, panglima awang semaun, kbelud dan termasuk seorang yang bernik tanpa nama. Saya bagi tabik spring untuk mereka .

    walau pun mereka ini tidak setuju dengan Dato dalam banyak hal, namun mereka maseh beradat. Sama ada menggunakan penggilan Dato, YB atau tidak menyentuh apa2.

    Lain pula hal nya dengan seorang pelawat yang pengecut dari KB yang menggunakan nik tanpa nama ini(macam kita tak tahu siapa dia).
    Dia ini telah melawat semua blog semata untuk tujuan mengherdik dan memaki hamun, menuduh orang lain tidak sempurna dan memperburuk-buruk kan peribadi orang konon nya dengan berbuat demikian rezki beliau akan murah dan beliau akan mendapat pahla.Pada hal dengan berbuat demikian sebenar beliau menampakkan kebodohan yang terbodoh di dunia.

    Contoh nya cuba kita perhati dan huraikan bersama ayat-ayat beliau dan bandingkan kan dengan yang lain.
    “Ooi kibin (sabahkita), anwar da kata harga minyak ada saturation point & akan turun. Rujuk kpd debat dgn mentri mulut berbuih. Kan dia betul. Yg Bodolah bahlulu sangat naikkan minyak dulu cpa nasiat? menantu bangang?skg minyak turun, barang naik (BN) juga. Napa? Sb rakyat tiada keyakinan dgn parti dinosor. Skg minyak turun, Bodolah tunggu apa lg? Flip-flop-flap-flup-flaaaak!Tapi mentaliti kibin, raman, ajin dll daa jumud akibat rasuaaah. Mati pun BN juga sb pnyakit tebal rasuaaah dlm dada.”.

    Corak menulis dengan menggunakan bahasa,” Ooi, da,dgn,cpa,skg, Napa,sb, skg, Bodo, Flip-flp-flap-flup-flaaak, rasuaaah, sb dan dlm” dah lama saya tak nampak dimana-mana kecuali bahasa chat atau penulisan level darjah tiga sekolah rendah.

    Maka itu lah sebab saya tidak setuju dengan perfectwater75 untuk membuka blog ini tanpa pengesahan dari tuan punya blog.

    Sebenar kita malas ancaman makhluk perosak saperti nik tanpa nama dari KB ini menganggu konsentrasi kita demi untuk bertukar-tukar pendapat di antara kita di seluruh Malaysia ini. Kecuali sebodoh yang seorang ni

    ReplyDelete
  19. abdul rahman sulaiman khan8:26 AM, September 19, 2008

    Datuk, siapakah nama 4 ahli UMNO Sabah yang dipecat keahliannya dalam UMNO dalam mesyuarat MT UMNO Semalam..Ada dalam akhbar tapi tidak disebutkan nama. Tolong Datuk bagi tau..

    ReplyDelete
  20. " Kini 2 daripada 3 orang yang ditangkap di bawah ISA baru-baru ini telah dibebaskan. Yang menariknya kedua-duanya berbangsa Cina.Hebatnya politik bangsa Cina. Bukan sahaja dari pembangkang malah dari komponen BN sendiri, iaitu Gerakan dan MCA turut menjadi pendesak kebebasan mereka.

    Keadaan ini amat berbeza bagi manusia yang bernama Melayu sekiranya ditahan di bawah ISA.Tiada desakan yang cukup lantang daripada pelbagai pihak yang bernama Melayu.

    Yang ada hanyalah beberapa kerat ahli politik Melayu dan sebilangan kecil NGO Melayu.Dalam Parti UMNO hanyalah YB Zaid Ibrahim sahaja yang nampak konsisten menentangnya.

    Soalnya sampai bila manusia yang bernama Melayu harus terus menerus diperlekehkan dan dianiaya oleh bangsa sendiri.Sampai bila tahanan-tahanan yang ada di tirai-tirai besi ISA itu hendak dibebaskan.Apakah sampai mereka mati tanpa sebarang bicara ke atas mereka.

    Apakah kita mahu dianggap mempunyai sistem perundangan yang begitu lemah sehingga kita tidak dapat menyelesaikan kes-kes seperti ini.Atau apakah kita mahu dunia mengatakan bahawa pihak polis di negara kita lembik dan tidak bermaya menyelesaikan kes tersebut sehingga mengurung mereka bertahun-tahun lamanya.

    Sebagai seorang Melayu yang mengaku beragama Islam, apakah tindakan itu adil dan diredhai Allah.Ke mana hilangnya pertimbangan akal sebagai seorang muslim.Apakah kita berasakan kekuasaan yang kita ada akan kekal sehingga ke hari kiamat.

    Kepada pimpinan kita, keadilan haruslah diberi sama rata,jika YB Teressa Kok dibebaskan atas alasan pihak polis sudah selesai menjalankan penyiasatan maka kaedah serupa perlulah diberikan kepada manusia yang bernama Melayu.Jangan dibiarkan manusia yang bernama Melayu meringkuk di sana bertahun-tahun lamanya tanpa bicara. Ingatlah doa manusia yang dizalimi sentiasa diterima oleh Allah dan ingatlah azab di akhirat terlalu berat bagi setiap diri kita.Fikirkanlah

    ReplyDelete
  21. Akum YB DARD.

    Terima kasih dan tahniah kerana sudi bersama kami tidak menyetujui undang-undang rimba ISA. saya rasa, ramai kawan2 tel;ah pun membahaskan perkara ini.
    mohon izin dato' untuk perturunkan sedikit pengalaman mengenai undang2 hudud.
    Terutama kepada abe mie, harap dapat sedikit gambar tentang undang2 ini.
    undang2 ini berdiri atas beberapa konsep yang kukuh. Abe mie, curi karipap tidak kena putung tangan. kerana, antara konsep undang2 ini ilah, sekiranya benda yang dicuri itu adalah barang makanan, ia tidak akan dikenakan hukuman potong tangan. dan, sekiranya org tersebut mencuri kereta yang tertinggal kunci di dalam,.. i tidak dikenakan hukuman. sekiranya dia mencuri kereta yang berkunci tetapi tidak diletakkan di tempat sepatutnya (salah paking), pun tidak kena hukum. mencuri kereta yang berkunci yang yang berada didalam kawasan rumah, tetapi gate tidak kena kunci pun tidak jatuh hukuman, mencuri kereta yang kena kunci, dalam kawasan rumah, gate berkunci tetapi pak guard tertidur pun tidak kena hukum. Curi buah yang masih dipokok pun tidak jatuh hukuman. curi makanan kerana lapar pun tidak jatuh hukuman. dan banyak lagi syarat2 lain. begitu juga kalau berzina. banyak juga prosedur sebelum dijatuhkan hukuman hudud. Last2, dalam semua hukuman, saksi amat di titik beratkan. sudah semestinya saksi adalah adil dan tidak pernah melakukan dosa besar? boleh carikla saksi sebegini. Sebetulnya abe mie, hudud ni bukan macam menyaman orang bah. hudud amat susah dilaksanakan. tetapi amat berat dan menggerunkan. PAS tahu hakikat ini. hukum ini bersifat mendidik dan mengajar. bukan bersifat menghukum. Abe Mie, kalau setakat tahu kulit sahaja, saya nasihatkan jangan cakap pasal hudud. takut2 menjadi seolah2 mempersoalkan hukum yang qot'i dalam Quran....... pesanan untuk saya dan semua,.....

    Anak sama

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: