Sunday, September 07, 2008

Anwar oh Anwar

1. Anwar adalah manusia opportunis yang sanggup menggadaikan segala galanya termasuk keselamatan negara untuk memnuhi nafsunya menjadi Perdana Menteri.

2. Sebagai Ketua Pembangkang, sepatutnya Anwar menjadi ahli politik yang matang. Dia dan Pakatan Rakyat sepatutunya memberikan khidmat menerusi sistem dua parti di negara kita. Biar rakyat yang menilai samada dasar yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat lebih baik dari dasar Barisan Nasional.

3. Tren politik yang dibawa oleh Anwar adalah jenama politik yang merbahaya kepada demokrasi negara dan konsep harmony antara kaum dan agama. Kenapa? Kerana:

(a) Setiap kali pilihanraya kecil, keganasan berlaku apabila BN bertanding dengan calon PKR. Kalau BN bertanding dengan DAP atau Bebas, keganasan tidak berlaku. Ini kerana penyokong PKR keterlaluan dari segi kelakuan semasa pilihanraya kecil.

(b) Anwar kata 30 ahli parlimen BN akan lompat untuk masuk Pakaatan Rakyat. Dengan itu mereka akan menubuhkan kerajaan berdasarkan majoriti satu kerusi sahaja. Apakah kerajaan yang ditubuhkan itu nanti stabil dengan majoriti satu kerusi? Tidakkah nanti ada kemungkinan seorang MP akan lompat keluar dari Pakatan Rakyat apabila kehendak dia tidak dapat dipenuhi oleh Anwar? Bukan kah ini akan membawa ketidakstabilan politik dan keselamatan kepada negara?

(c) Menurut Anwar dan Pakatan Rakyat, slogan dan falsafah PR ialan mereka mendaulatkan suara rakyat, memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. Apakah dengan meminta ahli parlimen BN untuk melompat itu sesuai dengan falsafah dan slogan Pakatan Rakyat tersebut? Tidakkah usaha Anwar untuk mencuri ahli parlimren Bn itu anti demokrasi, tidak menghormati kebebasan pengundi yang telah memilih BN pada 8hb Mac yang lalu, tidak bebas dan melanggar hak asasi manusia. Nyata Anwar dan Pakatan Rakyat hipokrit dan tidak mempunyai pendirian.

(d) Ditakdirkan 30 ahli parlimen BN lompat, tidak mustahil penyokong BN yang berjumlah berjuta juta orang akan memberontak dan akan berdemonstrasi dijalanraya kerana hak mereka dirampas oleh Anwar melalui pintu belakang. Keselamatan dan keamanan negara akan terjejas. Rusuhan dan pergaduhan akan berlaku. Semua ini gara gara Anwar nak jadi Perdana Menteri.

4. Anwar perlu ingat bahawa peluang yang diberi oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk mrenjadi alternatif kepada BN perlu digunapakai sebaik mungkin. Saya berpendapat bahawa hasil dari tren pengundian pada PRU12 yang lalu, rakyat mahukan two party system (sistem dua parti) untuk memberi check and balance kepada kerajaan memerintah. Jika Anwar mahun bermain politik perang piskologi, politik jalanan atau politik opportunis, saya rasa rakyat akan menolak mereka nanti kerana mereka membelakangkan konsep yang mereka canang canangkan sendiri.

5. Saya juga heran kenapa kumpulan masyarakat madani (civil societies) seperti SUARAM, ALIRAN, Majlis Peguam dan lain lain senyap sahaja dalam isu ini? Mereka ini selalu mendabik dada mereka adalah mewakili suara rakyat madani, hak asasi, kebebasan dan demokrasi. Kalau kerajaan dianggap buat salah, mereka akan kutuk dan bidas kerajaan seteruk teruknya. Tapi sekarang apabila Anwar mahu menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, mereka senyap sunyi. Saya kata mereka ini HIPOKRIT dan tidak berpendirian. I have lost respect for them!

6. Amerika Syarikat selalu bertempik diseluruh pelusuk dunia kononnya mereka adalah suara keamanan, suara demokrasi dan defender of freedom. Kerajaan Malaysia sentiasa menjadi mangsa propaganda Amerika yang lebih pro kepada Anwar. Dalam banyak hal termasuk kes liwat Anwar, Amerika cepat memberi komen yang membayangkan agar Kerajaan menghormati suara rakyat yang menyokong PKR , menghormati hak asasi Anwar, jangan ada konpirasi politik dan sebagainya. Tetapi apa yang Anwar buat sekarang lebih merbahaya kepada sistem demokrasi negara kerana Anwar terang terang mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pilihanraya yang telus, adil dan saksama (dimana ketelusan dan keadilan dalam PRU12 juga menyaksikan 5 buah negeri dan 82 kerusi parlimen jatuh ke tangan Pakatan Rakyat). Kesimpulan saya Amerika sanggup menjadi hipokrit, berat sebelah, bias dan pilih kasih kerana teramat sayang kepada Anwar.

40 comments:

  1. Salam Dato'...

    Saya lebih berpandangan bahawa ahli-ahli parlimen BN seperti dato sebenarnya resah dan gelisah kerana bakal kehilangan pangkat sebagai ahli pemerintah apabila parti BN berjaya ditumbangkan...

    Segala hujah2 lain adalah alasan semata2. Saya rakyat sabah. Saya mahu perubahan dan saya dah putus asa dengan parti BN. Kami mahu perubahan. Sekian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dato dan selamat berpuasa. Semoga Dato dan keluarga di murahkan rezki selalu.
    Di samping itu sebagai ahli keluarga, saya mendoakan agar perjalanan kempen Dato untuk merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Tuaran dapat berjalan dengan lancar dan di rahmati Tuhan .
    Untuk rekod saya setuju dengan motto Dato; "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut di nilai orang jangan jadi wakil rakyat".
    Merujuk kepada komen Dato tentang Anwar dan pergolakan politik semasa di Malaysia saya tertarik juga untuk menyumbangkan pendapat . Pendapat yang sebanyak sedikit berkaitan dengan isu yang telah Dato hurai kan dengan panjang lebar
    . Saya tidak ada masaalah dengan kritikan Dato terhadap DSAI , Pakatan rakyat dan Associates (kumpulan masyarakat madani). Kerana pada pendapat saya, dalam beberapa hal-hal yang tertentu mungkin ada juga kebenaran nya.
    Walau pun pada dasar nya saya mempunyai ideologi politik yang sealiran dengan DSAI, namun saya maseh selesa dengan pendirian saya sendiri .Tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
    Soal penglibatan Amerika dalam politik DSAI pun saya tidak akan sentuh kerana sebenar nya pengetahuan saya dalam hal tersebut , maseh lagi samar-samar.

    TEPUK DADA TANYA SELERA
    Orang kata daun tak kan bergoyang kalau angin tidak bertiup. So, rasa nya spekulasi yang kita dengar di sana sini mengenai perlompatan MP BN ke PR tidak akan timbul kalau tiada punca nya.
    Bagi saya hal-hal saperti ini tidak akan ujud lansung kalau usaha kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN selama ini tidak lari dari sasaran dan dasar asal.
    Maksud nya gagal dalam Perancangan dan Perlaksanaan yang di janji dan diidam-idamkan oleh rakyat selama ini. Perkara saperti ini amat terasa oleh golongan yang berpendapatan rendah dan belia-belia yang banyak menggangur. Saperti yang berlaku di Sabah. Rasa nya Dato faham apa yang saya maksud.
    Pada pendapat saya isu DSAI as a person, bukan lah masaalah sangat kepada BN. Tetapi apa yang penting ia lah kelahiran satu Doctrine Anwarisma yang mendapat sambutan ramai dikalangan golongan muda mudi.
    Golongan ini amat susah di kenal pasti. Ada yang bersuara ada yang tidak.
    Mereka ini kebanyakan nya terdiri dari golongan elite yang lahir dari berbilang bangsa dan kaum . Mereka berada di mana-mana., seluruh Malaysia dan juga di luar negara.
    Unik nya, mereka ini secara diam-diam mulai mendapat perhatian masyarakat di dalam dan luar bandar.
    Pada hakikat nya, ada lah tidak adil lagi kejam untuk semata-mata mempersalahkan mereka ini. Sepatut nya kerajaan BN sanggup dan berani review masaalah dalam sendiri. Sifat kebanyakan pemimpin-pemimpin BN yang lupa bahawa masa sudah berubah Seakan-akan mereka rasa bahawa situasi yang berlaku berpuluh-puluh tahun dehulu ada lah sama saperti sekarang.
    komplen timbul di sana sini menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini terlalu taksub dengan agenda sendiri. Lebih mementing kan pangkat dan kekayaan , hingga melupakan missi dan visi asal kerajaan untuk membantu rakyat yang teraniayah.

    ReplyDelete
  3. helo YB MP Kota Belud...
    Berabis kau hentam Anwar ye..mcm lah UMNO/BN tu perfect sangat.Tapi takpa..kalau saya di pihak anda, pasti saya pun takutttt..jantung degap-degup kerana kedudukan YB di hujung tanduk...nanti bila Anwar jd PM..mulalah jilat pantat tu.Tapi betulkah Malaysia amalkan demokrasi tulen? Hanya org bodoh yg mengakui ketulenan pilihanraya di Malaysia...dah bertimbun bukti penipuan oleh BN melalui SPR. Kalau nak tunggu demokrasi tulen utk gulingkan BN..sampai kiamat. Heloo..kita kan dah merdeka 51 tahun...dah matang.Siapa pun perintah negara, kita tetap aman, selamat, makmur.Lagi..saya suka juga kalau USA pro Anwar..byk manfaat kita terima.

    ReplyDelete
  4. DARD

    Bersikap matang sebagai ahli Politik beri pendapat yang logik dan mampan - Ni lah sikap Melayu moden kutuk sana sini - orang yang baca Blog adalah orang yang tidak menerima sebulatnya apa diperkatakan kerana mereka akan melayari semua blog atau cerita sensasi - Saya berpendapat berikan komen yang membantu kejayaan kawasan DARD

    ReplyDelete
  5. Pensiangan; Umno Youth threatens the peace
    Posted on September 8th, mkini blog

    The potential of a parliamentary by-election in Pensiangan, Sabah offers an exciting opportunity to test the political mood of indigenous East Malaysia.

    I assume Kurup, the incumbent, will re-contest the seat. Maybe he will contest under a different ticket, teehee.

    The case can still be appealed though, so let’s wait and see how that turns out. We could also have a new Federal government by then, for all we know.

    Speaking of which, I can’t help but point to some idiocy on the part of Umno Youth secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan:

    Umno Youth has questioned the “deafening silence” from the Bar Council, NGOs and bloggers over plans by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to woo Barisan Nasional MPs.

    Its secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan said these groups, which claimed to defend the rights of the people, have remained silent over Anwar’s move to engineer defections, which he described as undemocratic and an act of stealing the mandate of the people.

    “Where are the voices of NGOs, Bar Council and bloggers who had voiced loudly the need to protect the rights of people?” he asked here yesterday.

    “Why are they not coming out to criticise Anwar and tell him it is morally wrong to grab power? Does their silence mean that they are being used by Anwar?”

    This is like assuming the world is dark just because one is blind.

    Obviously, the good Datuk has no real experience reading the blogosphere (or maybe this is one of those illustrious Umno leaders who ‘cannot understand English?’ :) , which has seen some of the most explosive and compelling debates about the desirability of a crossover situation.

    It’s like hearing a blackboard being scratched.

    Worse yet, he’s in a very threatening mood:

    “If Sept 16 does occur, it will not be a surprise if Barisan supporters go to the streets to challenge the legitimacy of a government formed through undemocratic means. And all this is because Anwar wants to be Prime Minister.”

    Ooh. Take to the streets to do what exactly, Mr. Umno Youth?

    ngoo...punya YB...u ingat rakyat tiada otak kah

    ReplyDelete
  6. kalau dulu org kluar dari PBS tu camna? demokrasi ka? kena ubat sendiri baru bising ceh.

    ReplyDelete
  7. rakyat sabah kata dia mahu perubahan. Ok tiada masalah. Itu hak dia. Tapi jangan nafikan hak pengundi yang mahu BN. Faham tak?

    ReplyDelete
  8. solymone,

    Tkasih atas pandangan anda. Saya setuju bahawa BN mempunyai kelemahannya tersendiri, apatah lagi sudah memerintah selama 50 tahun. Ramai pemimpin BN perlu membuat 'soul-searching'.

    Tkasih.

    ReplyDelete
  9. akinabalu,

    kamu adalah penyokong fanatik anwar yang tidak guna akal bila berbahas. IQ dia ni mesti negative. Tolong jangan jaja pant*t Anwar dalam blog ini nanti ramai yang mahu!!!

    Lagi akinabalu kata
    "...Tapi betulkah Malaysia amalkan demokrasi tulen? Hanya org bodoh yg mengakui ketulenan pilihanraya di Malaysia...dah bertimbun bukti penipuan oleh BN melalui SPR. Kalau nak tunggu demokrasi tulen utk gulingkan BN..sampai kiamat. "

    Janganlah bodoh sangat argument tu. Kalau pilihanraya tidak tulen dan penuh dengan penipuan kenapa Pakatan Rakyat dapat 5 buah negeri dan 82 kerusi parlimen? Oh, kalau BN menang, kamu kata SPR menipu, kalau Pakatan Rakyat menang, kamu kata demokrasi dan suara rakyat! Poraaahhh!!!!

    ReplyDelete
  10. Y.B.,Patutlah BN mereput pasal dapat MP yang berfikir macam YB. Bangang tak habis habis macam Khinzir Jantan

    ReplyDelete
  11. tanpa nama @ 1:40pm kata... "Worse yet, he’s in a very threatening mood:

    “If Sept 16 does occur, it will not be a surprise if Barisan supporters go to the streets to challenge the legitimacy of a government formed through undemocratic means. And all this is because Anwar wants to be Prime Minister.”

    Ooh. Take to the streets to do what exactly, Mr. Umno Youth?
    "

    You see Mr Tanpa Nama, you are a hipocrite of the hihgest order. You and Anwar keep talking about how Pakatan Rakyat uphold democracy, the sanctity of people voice and freedom of the people.

    When you and Anwar advocate to topple a legitimately chosen government thru a democratic means ie elections, then you are a big fat liar.

    I think you need to be reminded that BN still commands majority parliamentary seats, state seats and popular votes. For you to deny their right is contemptous and down right insult to their intelligence.

    DO you think the millions and millions of Malaysians who voted BN into power would sit idle and watch their mandate to be taken away by some power-crazy politician named Anwar?

    I bet you your last cent, there will be seas of blue colour shirts worn by protesters against a traitor to democracy like Anwar and you.

    ReplyDelete
  12. Sudah aku kata dulu, orang ini jangan bagi dia bebas kerana dia mesti buat kacau. Sudahlah bagi bebas, budak bangsat itu kerumah dia lagi untuk urus pasportnya. Apa ini semua, sekarang terimalah akibatnya.Aku tak terkejut kalau budak bangsat itu ikut Anwar kalau dia dapat perintah Malaysia. Jangan dirisaukan orang disini. Yang melompat semuanya di semenanjung ..HAHAHA

    ReplyDelete
  13. Dear Yb,
    if the PR govern today the next day the fuel price will drop,u will never have the chance to see ur so called blue sea.yet the rakyat who voted the
    BN on march regret that they voted the wrong party.the rakyat who voted BN wanted the change too,b'coz the cost of living keep rising.do you think the rakyat stupid? to join u & the gang to protest. pls wake up do your own survey....10 out of 10 want the cheaper MINYAK

    ReplyDelete
  14. Abdul Rahman Sulaiman Khan9:14 PM, September 09, 2008

    01.Adakah Datuk turut serta dalam lawatan makan angin di Taiwan.Membuang masa dan membazir.Bukankah ada baik kalau BnBBc arahkan membernya balik dan meninjau kawasan masing-masing..Takutkah kena pancing oleh agent2 PR ?? Kalau tuan-tuan bukan daripada spesis ikan yang suka makan pancing, mau takut apa?

    02.Adakah Datuk turut tandatangan surat akujanji yang didraf Shafie Afdal? Satu tindakan yang kebudak-budakkan dan bersifat pencacai. Ada hati konon bertanding Naib Presiden tapi kemampuan paras AMT pun tidak layak..perasan, memalukan Sabah saja.

    03.BN kata tubuh kerjaaan melalui aksi lompat tidak bermoral kerana mengguna pintu belakang...Datuk, bagaimana pula kerajaan BN Sabah 1994? Bukankah kerajaan itu dibentuk melalui aksi lompat..Adakah kerajaan BN Sabah waktu itu adalah kerajaan yang tidak bermoral..??

    04. Mengapa Abdullah Badawi terlalu lembab sehingga mendedahkan negara kepada isu-isu yang berbahaya..Isu ketua UMNO bukit Bendera iaiu,siapa namanya tu,Datuk Ahmad..? Sepatutnya awal-awal Abdullah Badawi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menahan pemimpin ini dibawah Akta ISA..Isu yang diperkatakan Datuk Ahmad amat bahaya dan tidak sepatutnya diperdebatkan secara terbuka..Mungkinkan Abdullah Badawi juga marah pada Datuk Ahmad tapi kalau dia tangkap Datuk Ahmad ni takut pula Melayu UMNO marah padanya dan akibatnya bertambah meloponglah Abdullah Badawi..

    Selaku orang yang rapat dengan kepimpinan pusat UMNO, cuba Datuk jawab bagi pihak mereka..

    Satu lagi,pada pandangan Datuk, siapakah yang lebih berguna kepada orang Melayu,Anwar Ibrahim atau Khairy Jamaluddin Abu Bakar..

    Datuk,jawab Datuk...

    ReplyDelete
  15. Setiap kali anda membuat posting menghentam pembangkang atau anwar, nampak sangat awak seorang yg berfikiran cetek. Ntah apa2 ntah, tanpa fakta.

    ReplyDelete
  16. Saya bukanlah seorang penyokong Anwar. Tetapi, dengan maklumat yang lebih meluas dan kes-kes yang berlaku... BN adalah parti yang amat kejam.

    Sejarah telah membuktikan... yang paling merbahaya di Malaysia adalah UMNO. UMNO telah membuat pembunuhan berdarah umat Islam di Mamali. Maka tidak mustahil UMNO membuat fitnah sama ada fitnah Liwat atau Fitnah kononnya Anwar bersekongkol dgn Amerika.

    Setahu saya, belum ada bukti pun yang ditunjukkan bahawa Anwar bersekongkol dgn Amerika. Yg saya pernah terbaca, surat rasmi Mahathir memohon bantuan fund pilihanraya dari USA untuk menentang kebangkitan Islam di Malaysia yg diterajui oleh PAS.

    Rakyat Sabah perlukan perubahan. UNDI kepada BN bukannya UNDI tulen, kerana lebih kepada UNDI RASUAH. Saya sendiri dapat RM 50 semasa pilihanraya yang lalu.

    ReplyDelete
  17. ' TEAM MUKRIZ ' dare to change Dato Rahman ..come join and support our cause to save UMNO ..Lupakanlah budak rembau tu ...he is stage 4 cancer ..chemeotheraphy pun tak boleh nak ubat ....

    ReplyDelete
  18. Mereka hanya mahu apa yang mereka inginkan. Mereka mengukur berdasarkan kehendak beberapa individu di kalangan mereka bukan atas kehendak majoriti rakyat. Kehendak sekumpulan individu yang berkepentingan itulah yang diangkat dan dijaja ke sana ke mari seolah-olah memberi gambaran majoriti rakyat mahukan Anwar.Tindakan mereka ini memberi gambaran yang mereka sangat mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah Pusat dan Sabah. Ini berlaku kerana mereka terlalu memuja seseorang dan individu yang dipuja itu pula memang mengapi-apikan semangat pemujaan melampau kepada dirinya. Anwar hanya mahukan jawatan Perdana Menteri, jawatan yang pernah hampir tiba untuk dirinya semasa dia menjadi TPM. Tetapi kerana pemimpin nombor satu pada waktu itu melihat Anwar tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri kita, Anwar terpaksa disingkir demi menyelamatkan rakyat Malaysia. Kini orang yang pernah disingkir itu mahu kembali semula dengan cara-caranya yang tidak sopan dan bermaruah. Dia mahu memaksa kehendaknya seorang ke atas semua 27 juta jiwa rakyat Malaysia. Dia hanya mahu jalan belakang sahaja, sedangkan jalan pilihan raya yang terbentang luas untuk dirinya seolah-olah tidak dilihat sebagai berguna lagi. Dia bukan sahaja mahu jatuhkan kerajaan melalui jalan belakang, malahan dia mahu jalan yang lebih pintas. Ia seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak begitu yakin yang rakyat akan menyokong dirinya sebagai perdana menteri dan memberi undi kepada partinya untuk menubuhkan kerajaan. Dia jatuh dahulu pun kerana dia tidak sabar, kini sikap ketidaksabarannya itu benar-benar menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. Dia mahu kita mengikut cakap dan cara-caranya. Ini tentu tidak dapat kita lakukan sebab cara yang betul atau salah itu bukan ditentukan oleh siapa diri orang itu tetapi apa yang dibawanya dan cara-cara yang digunakannya sama ada sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini atau tidak. Perlembagaan dan undang-undang negara sepatutnya menjadi pegangan rakyat Malaysia bukannya prinsip dan cara-cara yang begitu peribadi. Ketahuilah saya menolak Anwar bukan kerana dakwaan liwat yang membabitkan dirinya, tetapi kerana tindak tanduknya yang sama sekali tidak sesuai dengan suasana Malaysia yang selama ini sangat mementingkan keharmonian dan keamanan. Tindak tanduknya lebih cenderung untuk menyusahkan rakyat dan boleh menyebabkan rakyat dan negara ini terdedah kepada ancaman keselamatan dalam jangka panjang. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya yakin majoriti rakyat Malaysia tidak akan membenarkan ini berlaku kecualilah jika mereka sudah hilang pertimbangan dan kerana marahkan nyamuk seekor lalu kelambu dibakar.

    ReplyDelete
  19. http://www.kulitpisang.com

    Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?
    Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."
    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

    ReplyDelete
  20. Tanpa Nama @ 1:14 PM, September 09, 2008 said....

    "... the rakyat who voted the
    BN on march regret that they voted the wrong party.the rakyat who voted BN wanted the change too...."

    This is exactly what I mean by baseless argument. How can you represent the minds of millions of people who voted BN last time. Who appointed you to be the spokesman for these millions? Where did you get the fact that those who voted BN wanted a change and that they regretted voting BN?

    The lasat time I checked, I am the MP of Kota Belud and represent the voices of the people there. I havent heard anyone told me that they regretted voting for BN.

    Go home and do your homework boy!

    ReplyDelete
  21. czackpy @ 4:31 PM, September 08, 2008 wrote:

    "Patutlah BN mereput pasal dapat MP yang berfikir macam YB. Bangang tak habis habis macam Khinzir Jantan"

    Pure stupidity. Kalau tak boleh berbahas dengan fakta dan hanya tinggalkan komen seperti di atas, eloklah jangan layari blog saya. Buang masa saja.

    ReplyDelete
  22. Abdul Rahman Sulaiman Khan @ 9:14 PM, September 09, 2008 berkata:

    01.Adakah Datuk turut serta dalam lawatan makan angin di Taiwan.Membuang masa dan membazir.Bukankah ada baik kalau BnBBc arahkan membernya balik dan meninjau kawasan masing-masing..Takutkah kena pancing oleh agent2 PR ?? Kalau tuan-tuan bukan daripada spesis ikan yang suka makan pancing, mau takut apa?

    Jawapan: Saya tidak pergi ke Taiwan. Saya rasa keputusan ke Taiwan tidak perlu dipolemikkan kerana kalau ada MP yang nak lompat, mereka boleh berbuat demikian sewaktu berada di Taipeh. Apa yang kamu takutkan?

    02.Adakah Datuk turut tandatangan surat akujanji yang didraf Shafie Afdal? Satu tindakan yang kebudak-budakkan dan bersifat pencacai. Ada hati konon bertanding Naib Presiden tapi kemampuan paras AMT pun tidak layak..perasan, memalukan Sabah saja.

    Jawapan: Pencacai dan kebudak budakan? UMNO terpaksa menjawab tohmahan boss kamu Anwar, so whats wrong with that?

    Dato Shafie Afdal dah jadi menteri, kamu baru jadi apa? Apasal marah sangat. Kenapa tak marah dengan Anwar kerana bohong bohong bohong pasal 16hb Sept? Apa kamu ni penyokong fanatik Anwar seolah olah Anwar tidak boleh buat salah kah? Merbahayalah kamu ini!

    03.BN kata tubuh kerjaaan melalui aksi lompat tidak bermoral kerana mengguna pintu belakang...Datuk, bagaimana pula kerajaan BN Sabah 1994? Bukankah kerajaan itu dibentuk melalui aksi lompat..Adakah kerajaan BN Sabah waktu itu adalah kerajaan yang tidak bermoral..??

    Jawapan: Siapa mastermind soal lompat tahun 1994? Anwar sewaktu adalah Timbalan Perdana Menteri. Semua orang tahu, Mahathir menyerahkan Sabah untuk diurus oleh Anwar. Yang menjadi mastermind pada waktu itu adalah pemimpin idola kamu ANWAR IBRAHIM!!! Penyakit dia ni berulang semula tahun 2008 ini.

    Bukalah mata kawan oii!!


    04. Mengapa Abdullah Badawi terlalu lembab sehingga mendedahkan negara kepada isu-isu yang berbahaya..Isu ketua UMNO bukit Bendera iaiu,siapa namanya tu,Datuk Ahmad..? Sepatutnya awal-awal Abdullah Badawi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menahan pemimpin ini dibawah Akta ISA..Isu yang diperkatakan Datuk Ahmad amat bahaya dan tidak sepatutnya diperdebatkan secara terbuka..Mungkinkan Abdullah Badawi juga marah pada Datuk Ahmad tapi kalau dia tangkap Datuk Ahmad ni takut pula Melayu UMNO marah padanya dan akibatnya bertambah meloponglah Abdullah Badawi..

    Jawapan: Ahmad Ismail telahpun dijatuhkan hukuman oleh UMNO.

    Kepada soalan anda siapa yang lebih berguna kepada orang melayu. Jawapan saya ialah UMNO!

    Seperkara lagi, saya nak tanya saudara, apa pandangan saudara apabile Theresa Kok minta supaya azan di perlahankan suaranya kerana menganggu ketenteraman awam?



    Jawab Abdul Rahman Sulaiman Khan jawab...!!!

    ReplyDelete
  23. PemudaUMNO @ 11:22 PM, September 09, 2008 berkata:

    "Setiap kali anda membuat posting menghentam pembangkang atau anwar, nampak sangat awak seorang yg berfikiran cetek. Ntah apa2 ntah, tanpa fakta"

    Kalau nak buat komen tanpa ulasan yang bernas, baik saudara jangan buang masa saya nak respond. Ada faham tak?

    ReplyDelete
  24. ahliumno @ 11:30 PM, September 09, 2008 berkata:

    "Rakyat Sabah perlukan perubahan. UNDI kepada BN bukannya UNDI tulen, kerana lebih kepada UNDI RASUAH. Saya sendiri dapat RM 50 semasa pilihanraya yang lalu."

    Aikk... anda marah dan tuduh BN rasuah tapi peliknya anda kata anda terima rasuah itu dan lepas dah beli baju dengan RM50 tu, komplain pula... serahkan baju tu pada BPR dan buat lapuran polis.

    ReplyDelete
  25. Syabas Datuk,kerana mampu menjawab komen-komen panas! Masalahnya Datuk, bukannya Anwar kuat , sebenarnya pimpinan tertinggi UMNO sudah terlalu lemah, akar umbi dahagakan kepimpinan yang mampu dijadikan teladan, dari segi ketajaman mindanya, kejelasan tutur katanya dan keberanian membuat keputusan yang adil.. UMNO seperti sebuah kapal yang hanyut tanpa hala tujuan yang jelas disebabkan oleh ketidakupayaan juragannya mengemudi kapal.. selagi kepimpinan UMNO tidak berubah, samada sikap atau orangnya, UMNO menuju kehancuran, silap haribulan akan senasib dengan parti USNO/BERJAYA.. bukankah kedua-dua parti tersebut diterajui oleh orang Melayu? Disebabkan kesilapan pimpinan tertinggi, parti tersebut sudah dilupakan, hanya tinggal kenangan...Kita harus sedar kekuatan parti pada hakikatnya bergantung kepada kekuatan peribadi Ketua/Pemimpin..Hebat peribadi Ketua lebih kukuhlah kesatuan parti..
    Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mengaku kesilapan bukan dengan membuat kenyataan akhbar "I apologise bla..bla" tetapi berani membetulkan kesilapan, dalam politik "we can't afford to make judgemental mistake"..
    Realitinya dunia ini Datuk, kalau kita lemah atau dalam kesusahan, yang pertama lari adalah yang kita sangka kawan. Apatah lagi dalam politik.. Percayalah, andainya kepimpinan UMNO yang sedia ada berubah dalam masa yang terdekat, Nescaya gagallah rancangan Anwar..tetapi sudah pasti perkara tersebut tidak mungkin berlaku..
    "Selamat Berpuasa"

    ReplyDelete
  26. abdul rahman sulaiman khan8:50 AM, September 11, 2008

    YB Datuk,pertamanya izinkan saya membetulkan persepsi Datuk berkenaan kami yang mengeluarkan pandangan yang tidak menyokong UMNO dan BN...

    Sebenarnya kami bukanlah penyokong Anwar Ibrahim.Apatah lagi dikatakan fanatik, malahan kami tidak sedikit pun teruja dengan janji-janjinya tetapi ramai dikalangan kami ini memilih menghentam UMNO dan BN disebabkan terlalu geram dengan pendustaan para pemimpin UMNO dan BN terhadap bangsa Melayu (cakap kononnya DEB untuk Melayu tapi sebenarnya lebih banyak kepada tauke-tauke Melayu, Melayu kampung dan yang miskin, dapat apa ?) khasnya..Para pemimpin yang bongkak, angkuh dan lupa daratan, UMNO dan BN, menyebabkan ramai rakyat memangkah pembangkang walaupun sebenarnya mereka tidaklah suka kepada Anwar Ibrahim. Mereka hanya memangkah PR bertujuan menyedarkan UMNO dan BN betapa parti ini telah dipimpinan oleh kepimpinan yang lemah dan perpesong daripada matlamat yang sebenarnya. Sedarkah DAtuk betapa UMNO ketika ini sebahagian besarnya diterajui oleh tokoh-tokoh perniagaan yang matlamat mereka bukan untuk berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat tetapi hanya menjadikan jawatan dalam UMNo sebagai batu loncatan untuk mendapatkan peluang perniagaan. Sebab itulah mereka sanggup menggunakan rasuah wang untuk menang dalam pemilihan UMNO..Mereka bukan saja tidak lagi kisah akan nasib bangsa malah dosa pahala pun mereka tolak ketepi.

    Yang inilah kalau Datuk sedar, menjadi punca kepada mengapa Melayu dan Malaysia amnya semkin menolak UMNO dan Bn, sehingga 5 negeri jatuh ketangan geng-geng Anwar..(Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara, hanya pada zaman Abdullah Badawi, disebabkan oleh kelembaban beliau sebagai PM dan presiden UMNO..)

    Datuk berkenaan dengan soalan Datuk tentang Teresa Kok yang kononnya mengarahkan supaya laungan azan di Selangor diperlahankan atas alasan menggangu ketenteraman awam..Bagi kami yang pertama ialah ISLAM, soal politik dan parti adalah perkara kedua ketiga atau seterusnya..Jadi, jika benar perkara ini, maka ini adalah sesuautu yang boleh dikenakan tindakan dibawah akta Hasutan kerana ianya boleh membangkitkan kemarahan dikalangan umat Islam..Saya cabar Datuk, atas kapasiti Datuk sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, supaya membuat laporan Polis berkenaan perkara ini.

    Datuk menanyakan kredibikiti saya untuk menidakkan tindakan Shafie Afdal untuk bertanding jawatan Naib presiden UMNO? Mana adil untuk Datuk membandingkan pencapaian saya dengan Shafie Afdal.Saya bercakap dengan meletakkan penilaian saya berdasarkan kepada sandaran perbandingan karisme antara Shafie dengan pemimpin-pemimpin dan menteri UMNO yang lain.Sebagai rakyat Sabah saya merasa malu dengan tindakan terhegeh-hegeh Datuk Shafie mengumpul tandatangan MP Sabah dan Sarawak konon untuk menunjukkan ketaatsetiaan mereka kepada Abdullah Badawi dan BN..Ini politik lama dan ketinggalan zaman. Mujurlah kita masih orang seperti Anipah Aman dan Ghafur Salleh.

    Soal lompat di Sabah..Saya turut percaya bahawa Anwarlah mastermindnya dulu.Tetapi waktu itu Anwar malkukannya atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO dan BN maka UMNO dan BN perlu memikul dosa itu dulu,kini dan selamanya..Bagaimanapula halnya dengan dakwaan kononnya dulu selepas pilihanraya 2004, terdapat kelakuan ura-ura membeli ADUN PAS Kelantan untuk melompat kedalam UMNO dan BN, adakah masa tu Anwar juga mastermind..? Datuk dan kawan-kawan DAtuk boleh menafikan dakwaan ini, tetapi ingat Allah mengetahui segalanya dan biasalah apa yang kita buat dulu dan dibalasNya pada hari kemudian. (Lupakan ini, suatu cerita lama.Tapi saya mahu katankan bahawa UMNO dan Anwar sama saja..)

    Mengenai tindakan terhadap Datuk Ahmad Islam (konon nak jadi nasionalis Melayu..porahhh !!! Nasionalis haprak adalah..)Sepatutnya dia dipecat terus dari UMNO kerana orang yang seperti inilah yang menyebabkan UMNO menjadi tidak releven..Gantung 3 tahu, apa barang.Boleh lagi pula duduk buat sidang akhbar di sebelah setiausaha agung UMNO Adnan Mansur.

    Anwar atau Khairi? Datuk jawan, UMNO ! Saya jawan, ISLAM...

    Terima kasih Datuk, selamat bertemu lagi..

    ReplyDelete
  27. as/kum yb.

    sya adalah org KB, sya malulah mendapat yb mcam datuk ni. sya ingatkan pembangkang shj yang suka berbahasa kasar rupa2nya yb BN pun serupa juga.selama ni sya dengar ceta dari kwan2 dri Tuaran tentang perangai datuk ni tapi dari cara datuk menjawab komen dalam blog ni sya rasa betullah ckap2 org tuaran tu

    ReplyDelete
  28. Official: Not Arranged By Taiwan Foreign Ministry



    Foreign ministry’s Department of East Asian and Pacific Affairs director Yu Te-sheng said the foreign ministry refused to comment or speculate on the political motives behind Malaysian MPs’ visit as reported on the Malaysian media, adding that the ministry had not taken any initiative to make arrangements for the trip.


    Yu said, as he was told, the trip would focus on the agricultural development in Taiwan.



    He emphasised that this was not an official trip, and the Malaysian MPs would not be accompanied by any representative from the foreign ministry. The delegation also would not pay a courtesy visit to the foreign ministry, he added.



    (Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily

    ReplyDelete
  29. "Rakyat Sabah perlukan perubahan. UNDI kepada BN bukannya UNDI tulen, kerana lebih kepada UNDI RASUAH. Saya sendiri dapat RM 50 semasa pilihanraya yang lalu."

    Aikk... anda marah dan tuduh BN rasuah tapi peliknya anda kata anda terima rasuah itu dan lepas dah beli baju dengan RM50 tu, komplain pula... serahkan baju tu pada BPR dan buat lapuran polis.
    --------------------------------
    Kalau saya tidak ambil duit itu, itu kan duit rakyat... Ya saya ambil tapi saya tidak beli. Saya cuma bagi kepada tabung yg memerlukan.

    Serahkan kepada BPR? hahaha.... berapa banyak laporan BPR telah dibuat. Bukankah BPR di bawah kerajaan BN. Mana mau amik tindakan. Rakyat tahu ttg itu.. Presiden SAPP selama ini tidak diambil tindakan oleh BPR, tetapi apabila dia menyuarakan cadangan undi tidak percaya kepada BN, barulah tuduhan rasuah dibuat. Lawak kan..

    ReplyDelete
  30. abdul rahman sulaiman khan @ 8:50 AM, September 11, 2008 berkata:

    "YB Datuk,pertamanya izinkan saya membetulkan persepsi Datuk berkenaan kami yang mengeluarkan pandangan yang tidak menyokong UMNO dan BN..."

    Saudara Arahman, saya tidak ada masalah dengan orang yang mengkritik UMNO dan BN. Malah saya juga tidak ada masalah dengan kritikan terhadap saya sendiri.

    Cuma yang saya mahu ialah berhujah dengan baik tanpa terlalu emosi supaya semua pembaca blog ini dapat iktibar dari tulisan saudara.

    Kalau saudara tengok sejarah tulisan blog saya, saya hanya aakn menggunakan bahasa pasar apabila saya membalas tulisan yang terlalu emosi sehingga point yang dibawa oleh penulis tidak kesampaian ke minda pembaca.

    Salam....

    ReplyDelete
  31. ara @ 9:12 AM, September 11, 2008
    berkata...

    "as/kum yb.

    sya adalah org KB, sya malulah mendapat yb mcam datuk ni. sya ingatkan pembangkang shj yang suka berbahasa kasar rupa2nya yb BN pun serupa juga.selama ni sya dengar ceta dari kwan2 dri Tuaran tentang perangai datuk ni tapi dari cara datuk menjawab komen dalam blog ni sya rasa betullah ckap2 org tuaran tu"

    Ara, kalau Ara selidik tulisan saya dalam blog ini, saya hanya mengunakan bahasa pasar jika penulis terlalu emosi sehingga point yang ditulis itu tidak dapat disampaikan dengan baik sedangkan point itu mungkin mempunyai kebenaran dan kekuatan.

    Saya harap semua penulis menulis dengan cara yang berhemah. Kritiklah apa yang patut tetapi jangan emosi dan membutakan mata terhadap apa yang ditulis oleh saya.

    Salam....

    ReplyDelete
  32. dear YB why don't we start here,

    Selamat petang kepada pengunjung blog YB DARD, kita mau buat survey ni untuk buktikan kepada YB, sesiapa yang mengundi BN di pilihanraya yang lalu rasa menyesal dan mahukan perubahan selepas kenaikan minyak pada June lepas...

    sila nyatakan YA atau TIDAK

    ReplyDelete
  33. abdul rahman sulaiman khan3:39 PM, September 12, 2008

    Datuk,saya baru terbaca komen KJ berkenaan saranan MUhyiddin Tassin agar peralihan kepimpinan UMNO.Nampaknya KJ tidak faham apa masalah UMNO dan mengapa umat Melayu ketika ini lari daripada UMNO.KJ bertanya, bagaimana peralihan kuasa dalam UMNO boleh memulihkan UMNO. Tidakkah dia faham bahawa ketika ini orang Melayu menolak UMNO disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Badawi.Jadi sekiranya Abdullah Badawi digantikan dengan orang lain maka kita percaya keyakinan orang Melayu kepada UMNO akan pulih. Kita juga tidak tahu sama ada KJ sedar atau tidak bahawa dia merupakan salah seorang yang menjadi liabiliti kepada UMNO. Mungkin para pemimpin UMNO terutama Pemuda suka kepada KJ tetapi percayalah akar umbi sudah muak dengan telatah KJ. Sebab itulah mereka mendesak pertukaran. Kami tiada saluran untuk menyampaikan ini kepada KJ tapi Datuk adalah sahabat rapat KJ, oleh itu jika berkesempatan khabarkanlah kepada dia keadaan ini.Semoga kita dapat menyelamatkan UMNO..Jika tunggu sampai 2010, nescaya UMNO tidak akan mampu dipulihkan lagi..Mungkin jika pelan peralihan kuasa ini tidak diawalkan kepada Disember nanti, kita bimbang selepas pilhanraya ke 13 nanti hanya tinggal Sabah saja lagi yang masih dikuasai UMNO...Kekuatan pembangkang bukan kerana Anwar tetapi kekuatan mereka sekarang dijemlakan oleh kemarahan orang Melayu terhadap UMNO dan kepimpinan yang ada.

    ReplyDelete
  34. saya setuju dengan rakyat sabah. kerana saya pun rakyat sabah..sudahlah dato..orang sudah tidak percaya..baru jak anwar tambah majoriti, si kurup pulak dibatalkan kemenangan..orang jelas nampak BN sudah tidak relevan.. bukankah generasi muda kini antara produk umno? sekarang semua sudah marah dengan umno..jadi pendidikan yang umno berikan sudah berhasil..dan inilah hasilnya. didikan yang benar kejalan yang benar datoi. jadi kalo rakyat tidak mahu umno dan BN .tak payahla pertahankan benang yang basah. kami amat malang jadi rakyat kota belud, ada MP YANG TIADA RUMAH DI SABAH.. MALANG2 APA BULI BUAT KOTA BELUD RAMAI ORANG TUA..BULILAH DATUK MANANG 8 MARCH HARI TU. KALAU PEMUDA SEMUANYA TIDAK UNDI DATUK. MINTAK MAAFLAH, TERIMALA KENYATAAN BN MEMEANG SUDA TIDAK KENA PAKAI..PAS FOREVER!TAKBIR...

    ReplyDelete
  35. Anwar dianggap merbahaya krn UMNO tahu dasar DEB yg memperkayakan kroni2, anak menantu dan golongan kecil saja, kronisme & rasuah akan dihapuskan. Tepuk dada & tanya selera mana kamu dpt harta kekayaan dlm sekelip mata? Poorah!

    ReplyDelete
  36. awak ingat dah besar sangat skg? otak ada penyakit mentalmyophia! I bet for Aliasgar sb dia tidak angkuh mcm awak. Menang cuma guna wang juta2 beli undi but PRU13 you are gone man!!! bertemu buku dengan ruas nanti. Mangan diing bukan mangan daeng ba!

    ReplyDelete
  37. BERANI BUAT KERANA BERANI BERTANGGUNG JAWAB
    Dato,
    Assalamualaikum. izin kan saya meluahkan lagi pendapat saya dalam blog Dato sekali lagi dengan tujuan berkongsi pengalaman. Bukan di sebalik nya saperti yang telah di lakukan oleh beberapa orang individu di blog ini. Dari kontek etika penulisan sungguh mengeciwakan. Apa-apa pun lebih berat mata memandang lebih berat lagi memikul.
    Baru-baru ini 3 individu telah di tahan di bawah akta ISA. Mereka ini ada lah it Raja Petra Kamarudin's of Malaysia Today, Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng and then DAP MP for Seputih Teresa Kok. Saperti yang kita tahu pemberita Tan Hoon Cheng telah di bebas kan. Manakala yang lain maseh dalam tahunan.
    Yang sangat menarik ia lah sifat kaum Cina di Semenanjung. Bila mana ahli kaum mereka mendapat masaalah mereka sanggup bersatu tanpa mengira pegangan parti politik. Parti-parti DAP, KEADILAN, MCA dan GERAKAN bersatu untuk memperjuangkan kebebasan orang mereka.
    Berbeza dengan kita disini. Saya perhati dalam blog ini terlalu banyak bahasa kesat lagi kasar sengaja di keluar kan . Saya sangka tujuan kita melayari blog ini untuk bertukar-pendapat dengan penulis nya secara rasional.
    Apa yang saya nampak ayat yang mengutuk penulis secara peribadi. Sedang kan Penulis hanya secara terbuka meluahkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap karina Pemimpin di sana. Saperti Datuk Seri Anwar dan Dato Amiga dan sebagai nya.
    Saya tak nampak beliau menghentam peribadi kita. Apa lagi memaki hamun kita selaku penulis yang hanya menumpang blog orang. Saya sendiri dalam banyak hal tidak mesti setuju dengan points atau stail penulisan beliau. Namun saya tidak tergamak mengutuk peribadi beliau.
    Rasa nya selama ini beliau tidak berhutang atau menganggu ketenteraman keluarga saya . So, saya rasa ada lah dosa bagi saya untuk menulis kata yang tidak sopan terhadap beliau.
    Tiada keuntungan untuk saya mengangkat kaki beliau, kerana pada dasar nya ‘ political philosophy ‘ beliau dengan saya berbeza. Beliau BN saya Pembangkang. Cuma saya akan cabar pendapat beliau (bila saya rasa tidak betul) secara rasional berlunas kan penulisan yang berintegriti.
    Jom-jom beliau fed-up dan tutup ruang kita untuk menyuarakan pendapat macam mana? Beliau rugi kah, gaji kena potong kah? Beliau di lucut dari MP KB kah?
    Dalam kontek mengundi , bilangan kita disini terlalu kecil untuk menidakkan beliau dari jadi YB dimana parti beliau yang menempat kan beliau.
    Kalau berani cuba jumpa beliau di luar. Kepada saudara saya dari suku Bajau. Dengan izin, ingin saya kata kan “ Amun ngai kiti sian lagi". "Asih2 no ghai.Nya pan teko pingo2”
    Amaran dan ancaman dari KB kerana salah pendapat di sini, bagi saya suam-suam kuku sahaja. Saya bertugas di KB selama tujuh tahun. Tiada juga yang berani menghentam atau pun memotod saya. Setahu saya, orang-di sana sangat beradat. Itu pun,Kalau berani cuba lah orang-orang Perasan. Apa jadi.
    Walau macam mana pun dalam bulan yang mulia sini saya memohon maaf kalau ada tersalah kata

    ReplyDelete
  38. Walau apapun alasan yang diberi oleh mana-mana pihak, sama ada PKR dan penasihat parti itu Anwar Ibrahim atau mana-mana ahli parlimen yang cuba melompat parti, namun ia tetap tidak bermoral dan tidak beretika. Selalunya apabila isu sebegini timbul terutama sekarang, ramai yang cuba mempertahankan tindakan itu sebagai sesuatu yang bukan asing dalam politik di Malaysia khususnya di Sabah, atas alasan ia pernah berlaku. Sama ada ia pernah berlaku atau tidak hakikatnya ia bukan suatu budaya yang sihat untuk diteruskan. Kepada mana-mana ahli parlimen yang ada berkira-kira untuk berbuat demikian, anda harus menyedari dan tahu bahawa walaupun (barangkali) tiada undang-undang yang boleh menghalang anda berbuat demikian, tetapi jangan lupa bahawa anda telah mengkhianati kepercayaan dan penat lelah para pengundi anda berduyun-duyun ke pusat mengundi semasa pilihanraya semata-mata untuk memenangkan anda sehingga anda pada saat ini telah bergelar YB. Anda kena tahu bahawa anda kini bergelar YB bukan kerana diri anda tetapi kerana anda ialah wakil kepada parti yang bertanding dan pengundi dikalangan rakyat sebenarnya mengundi untuk parti yang mereka percaya mempunyai kredibilti dan kemampuan untuk mentadbir dan membangunkan negara ini. Anda mungkin mengatakan BN dan PM yang ada sekarang lemah dan tidak mampu mentadbir Malaysia. Tetapi kena sekarang.? Sepatutnya ketika nama anda disenaraikan untuk menjadi calon BN semasa pilihanraya dahulu, anda patut telah membuat keputusan menolak pencalonan itu dan bukan sekarang apabila anda telah bergelar YB. Kepada Anwar Ibrahim berhentilah menjadi pengkhianat bangsa dan petualang negara. Jangan kerana tindakan anda itu menyebabkan Malaysia akan menjadi satu lagi negara berdarah seperti Thailand, Pakistan dan Agfanistan. Sekiranya anda teringin sangat nak jadi PM dan memerintah negara ini, sabar-sabarlah dan tunggulah 4 tahun dari sekarang. Buatlah persediaan dari sekarang untuk merebut semua 222 kerusi dalam parlimen dan bukan dengan cara tidak bermoral dan tidak beretika seperti sekarang. Kepada semua ahli parlimen yang berkira-kira nak menjadi katak tu, imbas kembali bagaimana jahatnya Anwar Ibrahim ini semasa merebut jawatan TPM dari Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu. Anwar lah bapa kuropsi menaburkan berjuta ringgit yang didapati dari salah sebuah syarikat judi terbesar di Malaysia. Manusia berselindung disebalik nama Islam tetapi bersikap munafik.!

    ReplyDelete
  39. Sesiapa yang termakan kata-kata manis Anwar Ibrahim, imbaslah kembali bagaimana beliau merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TPM dari Tun Ghafar Baba dahulu. Gunakan wang sogok perwakilan/bahagian untuk menyokong beliau. Dari mana agaknya Anwar dapat duit tu.? Tanyalah sebuah syarikat perjudian terbesar di Malaysia yang menyediakan wang untuk Anwar. Mungkin Anwar layak mendapat gelaran Bapa Kuropsi Malaysia.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Ian abar YB,Datuk.Saya Anak Sama bana merasa terkilan kerana YB.Datuk tidak terpilih sebagai Tim.Ketua Umno Bahagian Tuaran. Sebagai Anak Sama Tuaran,saya merasa berbangga kerana YB.Datuk walaupun Jomo Sama Tuaran tapi dapat diterima sebagai seorang pemimpin anak sama tuaran yang dapat diterima oleh Jomo Sama walaupun bertanding di Parlimen Kota belud.Penerimaan Jomo Kota Belud ta' diri Datuk membuktikan bahawa Datuk ialah seorang pemimpin masyarakat Bajau yang dapat diterima kempimpinannya oleh seluruh Masyarakat Bajau pada hari ini.
    Namun begitu saya amat hairan dengan sikap para perwakilan Umno Tuaran yang tidak mahu memandang kehadapan mengenai potensi kepimpinan masa hadapan YB. Datuk, dengan tidak memilih YB.Datuk sebagai timbalan Ketua Umno Tuaran merupakan kesilapan besar dan akan, merugikan ahli umno tuaran itu sendiri.
    Walaubagaimanapun keputusan menang dan kalah bukanlah pengukur sebenarnya kewibawaan seseorang itu untuk berkhidmat kepada masyarakat.saya berkeyakinan bahawa YB.Datuk mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin anak sama masa kini yang harus diketengahkan ditengah gelanggang politik negara,teruskan perjuangan.
    YB.Datuk, Saya telah menghabiskan separuh dari umur saya ( 21 Tahun ) untuk berjuang memertabatkan " Ling Sama " ( Bahasa Bajau Sama )tapi kurang mendapat kerjasama daripada para pemimpin sama pada hari ini.Walaupun adanya USBO dan Persatuan Sama,namun usaha kearah memertabatakan bahasa Bajau amat perlahan sekali.YB.Datuk banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bahasa sama ini tolonglah libatkan masa sedikit untuk meneruskan kelangsungan "tuturan sama tu'.
    Saya telah lama berjuang untuk membukukan bahasa-bahasa sama agar tidak hilang,namun oleh kerana kekurangan keupayaan dari segala-galanya kerana saya adalah anak sama kecil sahaja yang tidak ada daya upaya tanpa sokongan mereka yang diatas.
    Saya telah menerajui badan penyelidik bahasa bajau sama.Tugas kami menyelidik dan mengumpul bahasa-bahasa sama untuk dihimpunkan dan ditabungkan (Simpanan) oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk dijadikan sebagai satu bahan rujukan dan akan dimasukkan sebagai bahasa melayu.
    Akhirnya saya ingin " ngendowit ta' YB.Datuk tabanginnu kami ( Ahli Jawatankauasa Penyelidik Bahasa Bajau Sama )

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: