Saturday, July 26, 2008

Lawatan Ke Afrika

Saya akan bersama sama rombongan Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri ke Afrika dari 27hb Julai hingga 7hb Ogos. Saya akan menjadi salah seorang panel dalam Persidangan Antarabangsa negara negara Afrika Selatan. Malaysia akan membentangkan kertas kerja berkenaan dengan program membasmi kemiskinan dan program kejayaan pembangunan negara.

Selepas dari Zambia saya akan ke negara Afrika Selatan.

13 comments:

  1. YB Datuk ini la puncanya kalau ADUN yg di pilih tak berpendidikan tinggi,YB Sebatik pun memang asal keturunan pendatang mungkin kenyataan itu utk memudahkan keluarganya utk bekerja tanpa bersusahpayah mendaftar secara halal.Kenapa Muis tak boleh berfikir jika dibenarkan ambil pendatang haram bekerja dimasa hadapan mereka akan terus masuk ke negeri sabah kerana mereka akan berfikiran bahawa kerajaan akan sekali lagi akan menawarkan tawaran yg serupa dimasa akan datang. Harap Datuk nasihatkan lah YB Sebatik itu supaya berfikir sebelum membuat kenyataan,kita hendak mereka ini keluar dari negeri kita.Rakyat sabah sendiri sebenarnya terlalu ramai yg menganggur kenapa tak di usulkan supaya diadakan Bengkel atau kursus mengajar mereka ini bagaimana bekerja di industri pembinaan dan perladangan? Ini sekaligus dapat menampung keperluan pekerja disabah.Ini tidak apa yg saya tengok kebanyakkan kontraktor binaan dan perladangan inginkan untung yg besar dan secara mudah mengambil pekerja asing dan paling pengkhianat mengambil pekerja haram.

    Saya amatlah kecewa dengan perlantikan Muis sebagai YB Sebatik kerana setahu saya YB Datuk Dr Patawari telah menunjukkan prestasi yg amat cemerlang membawa perubahan kepada 2 kawasan yg telah diwakilinya sebelum ini. INILAH SALAH SATU PUNCA KENAPA SABAH TIDAK AKAN MAJU SAMPAILAH SEKARANG KERANA ORANG YG BERKEBOLEHAN DIPINGGIRKAN DAN ORANG YG MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK TP TAK BERKEBOLEHAN YG DIPILIH.

    Tolong lah nasihatkan YB SEBATIK yg jahil itu SUNGGUH MENGECEWAKAN

    Adun Sebatik cadang PATI diambil bekerja
    24th July, 2008

    TAWAU: Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sebatik Abdul Muis Picho mencadangkan supaya pendatang asing tanpa izin yang bakal ditahan dalam operasi besar-besaran di Sabah bermula bulan depan tidak terus dihantar pulang ke negara asal sebaliknya dibenarkan diambil bekerja oleh majikan yang berminat.

    Selain mengurangkan kos kerajaan untuk mebnghantar mereka pulang, langkah itu dapat menampung kekurangan tenaga kerja khususnya dalam sektor perladangan dan pembinaan di Sabah, katanya kepada Bernama kelmarin.

    Abdul Muis mencadangkan agar semua agensi kerajaan yang berkaitan menyediakan pusat sehenti bagi mengeluarkan dokumen yang diperlukan kepada pendatang tanpa izin ini bagi memudahkan urusan pengambilan mereka oleh majikan.

    “Melalui cara ini, saya yakin ramai pendatang tanpa izin ini akan menyerah diri secara sukarela kepada pihak berkuasa,” katanya.

    Beliau berharap kerajaan Indonesia dan Filipina dapat memberi kerjasama dengan mengeluarkan dokumen seperti pasport kepada rakyat masing-masing yang diberkas nanti bagi membolehkan majikan yang berminat mendapatkan mereka sebagai pekerja.

    “Mana-mana PATI yang tidak diambil bekerja oleh mana-mana majikan perlulah dihantar balik ke negara asal,” kata Abdul Muis.

    Pada 17 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa operasi pengusiran pendatang tanpa izin dari Sabah yang dianggarkan berjumlah 150,000 orang, akan bermula awal Ogos ini.

    Operasi bersepadu itu akan dimulakan di pantai barat Sabah sebelum ke pantai timur dan tertumpu kepada pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan juga dokumen tamat tempoh.

    Abdul Muis juga meminta kerajaan supaya mengkaji semula kadar levi yang dikenakan bagi setiap pekerja asing yang diambil bekerja kerana levi yang terlalu tinggi menjadi antara punca majikan mengambil pendatang tanpa izin untuk bekerja dengan mereka.

    ReplyDelete
  2. Datu Panglima Masai11:05 PM, July 26, 2008

    apa perlunya lawatan YB ke Afrika dalam konteks pembangunan K.Belud.Sebagai MP Kota Belud,sepatutnya YB perlu sentiasa ada di KB, meninjau kampung-kampung yang masih mundur dan miskin, meliaht kesengsaraan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang..Kena tengok,beras sudsidi selalu tiada di pasaran..Kalau beginilah mentaliti YB, tiada bezanya antara YB dengan yang lepas-lepas..

    ReplyDelete
  3. Tahniah.

    Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ianya menunjukkan kesungguhan dan integriti dalam memacu ekonomi negara bersama.

    Masih banyak lagi misi yang belum tercapai dan usaha sebegini diharap akan menambahkan lagi pendapatan negara sekaligus akan membantu rakyat Malaysia selaras dengan integriti yang semakin deras mengejar impian menjadi antara yang terbaik dalam dan luar negara.

    Keazaman kerajaan akan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya usaha mereka memastikan Malaysia pimpinan Barisan Nasional terus unggul dalam mencapai MALAYSIA FOR MALAYSIAN.

    Terima kasih Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  4. Salam YB,

    1. Jika ada kesempatan nanti tolong snap gambar2 stadium untuk world cup 2010.

    2. Atau apa saja tentang persiapan world cup 2010 di SA.

    3. Thanks Datuk.

    ReplyDelete
  5. Diharap dengan lawatan ini DARD dapat mencari idea bagaimana untuk meminimakan kemiskinan di Sabah yang amat teruk ini. Biarlah Sabah terkeluar dari nombor muncit (negeri termiskin di Malaysia).
    Pegi lawatan itu, jangan hanya enjoy saja tetapi cari kaedah menyelesaikan masalah kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
  6. saya sokong statement sabahan tu, walaupun saya bkn anak jati sabah, tp bila pegi ke sana memang jauh beza dr malaysia barat

    ReplyDelete
  7. Balik Dari RSA tolong bawa kambing baka boer kasi lapas di Kota belud, biar kambing tempatan jadi baka boer, masa raya korban kita kasi korban kambing yang saiz besar.


    Molongkolong.

    ReplyDelete
  8. Satu perkara nak bangkitkan di sini berkenaan FORUM MAJLIS PEGUAM tu.. terbaru PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia itu yg dinytakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi saya tertanya-tanya mana kenyataan daripada Pemimpin ISLAM yg bernaung dibawah PARTI KEADILAN RAKYAT yg kononnya memperjuangkan ISLAM?????

    ReplyDelete
  9. My thoughts on development basically revolves around 4 important necessities..

    1) Accessibility - good and well maintained road, reliable public transport. Back in the 80's, both DR M and Daim Zainuddin were brainstorming on how to develop Malaysia from a backwater country to an industrialized country.. and they look to USA and found that good HIGHWAYS & ROADS were essential in achieving that goal. Thus Lebuhraya Utara Selatan came into reality, and i can bravely say it is the single most important factor that paved the way to what Malaysia is right now... I dont expect that KB will have those kind of highways, but well built and maintained road in every nook and corner of kota belud would definitely be the most important artery for development

    2)Utilities - uninterrupted electricity, clean water supply, extensive drainage system, reliable sewerage system.. No modern civilization can live without these essentials

    3) Education - schools and other higher education institutes

    4) Health - clinics and well equipped hospitals

    By tackling these 4 important issues, i dare say that in 10 to 15 years, we can develop KB from being one of the poorest district in Sabah into the ideal district to live in..
    Anyway YB, just do your damn best to help develop KB..

    ReplyDelete
  10. Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
    Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??

    ReplyDelete
  11. Saudara ketam yang kurang siuman, bila masa pula Keadilan @ PKR memperjuangkan Islam...PKR itu samalah macam UMNO,sebuah parti sekular yang memperjuangkan Melayu,Cina India..Baguslah ketam pigi diam-diam dalam lumpur..lalung manda taau layagan aya..

    ReplyDelete
  12. Tak payahlah nak marah kepada YB yang dah kita pilih, TPM ajak ikut sekali biarlah...cari pengalaman...bukan rugi pun orang Kota Belud kalau YB MP tiada dalam kawasan sebab kan banyak orang kanan dan kiri yang buat kerjanya...begitulah UMNO....Tahniah! Kalau YB seorang yang berjiwa rakyat renungilah ceramah SS Dr.Asri....Mufti Perlis...bukan sekadar yang ada...saya yakin YB boleh...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: