Monday, July 07, 2008

Keselamatan negara vs kepentingan politik

Perdana Menteri telah mengatakan bahawa keadaan kestabilan negara adalah terjamin. Walaupun banyak perkara dan isu yang berlaku sejak akhir akhir ini, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamtan negara masih dalam keadaan terkawal.

Kestabilan dan keselamatan negara bukanlah semata mata tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Pihak pembangkang juga mempunyai tanggungjawab tersebut. Malangnya, pihak pembangkang lebih suka mengambil tindakan tindakan yang populis seperti demonstrasi, fitnah melulu dan tuduhan tidak berasas.

Pembangkang harus lebih professional, lebih bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa kerajaan BN memenangi pilihanraya persekutuan dengan majoriti yang selesa dan secara sah. Maka itu, tindakan Anwar Ibrahim mencanangkan untuk membentuk kerajaan PR menjelang September 16 ini adalah perbuatan yang mensabotaj demokrasi negara.

Kenapa tidak biarkan suara rakyat diterima dan kedua dua pihak iaitu BN dab PR menjalankan tugas untuk mentadbir kerajaan masing masing. Kenapa perlu mahu menubuhkan kerajaan persekutuan melalui pintu belakang? Kenapa tidak boleh tunggu sehingga pilihanraya ke 13?

Berdemonstrasi sepanjang masa tidak akan mengubah keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah. Kalaupun PR berpendapat bahawa tindakan BN untuk menaikkan harga minyak atau cara menangani masalah ekonomi akan menyebabkan sokongan rakyat kepada BN akan susut, itukan masalah BN. Sepatutnya , PR 'bergembira' kerana rakyat 'marah' dengan BN.

Pada saya BN adalah gentleman dan bertanggungjawab terhadap masa depan negara dan generasi yang akan datang. Dengan mengambil tindakan menstruktur semula subsidi, membuktikan bahawa BN tidak takut untuk membuat keputusan yang susah dan pahit untuk ditelan demi untuk memastikan masa hadapan negara terjamin.

BN akan berjumpa semula dengan pengundi pada PRU13 dan pada masa itu, BN yakin akan terus menguasai kerajaan persekutuan dan akan menawan semula 5 buah negeri yang BN kalah pada PRU12 yang lalu. Insyaallah.

4 comments:

  1. Seorang tuan guru dalam tazkirah pada satu majlis yang diikuti penulis baru-baru ini, mengingatkan hadirin dengan amaran menakutkan; dua daripada tiga hakim akan masuk nereka; manakala pemimpin (imam) zalim tidak akan dipandang langsung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

    Siapakah pemimpin yang zalim itu? Mereka adalah orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Mereka memerintah ikut nafsu dan syahwat. Mereka menangkan kroni. Mereka makan suap. Mereka mengamalkan undang-undang rimba. Menghumban manusia dalam penjara tanpa bicara. Inilah manusia yang paling dimurkai Allah SWT. Mereka paling jauh daripada rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. YB DARD,

    Saya adalah penyokong BN walaupun tidak menyertai mana-mana parti. Saya tertarik dengan optimism YB yang BN akan menang dalam PRU13 akan datang. Saya tidak sehaluan dengan YB mengenai perkara ini. Saya yakin dan percaya yang BN akan tumbang pada PRU13 atas sebab berikut:

    i. Faktor Pak Lah, jika beliau terus menjadi PM, ramai penyokong BN malah ahli UMNO sendiri akan tidak mengundi BN ataupun tidak turun mengundi/Undi rosak. Persepsi dikalangan Rakyat terhadap beliau agak negatif termasuk saya sendiri.

    ii. Faktor Sabah dan Sarawak. Suara rakyat kedua-dua negeri untuk mendapatkan lebih perhatian daripada Kerajaan Persekutuan semakin hangat. Tidak mustahil isu-isu mengenai hak akan ditimbulkan dan unsur sentimen dipermainkan. Ini bahaya bagi BN kerana ia akan melibatkan unsur emosi. Rakyat yang emosional tidak bertindak secara rasional di peti undi.

    iii. Bagi rakyat biasa Sabah seperti saya, nampak seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mengambil indah isu-isu yang ditimbulkan oleh pemimpin akar umbi seperti isu PTI, kewarganegaraan dan pembangunan. (Contohnya apabila Nazri Aziz memperbodohkan org. Sabah apabila menjawab di Parlimen mengenai dengan pertumbuhan mendadak penduduk Sabah, PSC Yang di ketuai oleh Bernard Dompok di mana kerjasama tidak diberi oleh Jabatan Persekutuan bila diminta)

    iv. BN mempercayai media MSM yang tidak memberikan gambaran sebenar di lapangan. (BN percaya propaganda sendiri)

    Secara peribadi, saya sendiri akan mengundi selain daripada BN pada PRU13 jika tiada perubahan berlaku. Jika prestasi kerajaan negeri di bawah PR baik, saya akan undi PR walaupun dengan hati yang berat.


    Molongkolong

    ReplyDelete
  3. Akum Dato'....
    Saya cukup tertarik dengan kata-kata Dato'..." Biarlah PR dan BN mentadbir negeri masing-masing"... Kalaulah itu yang berlaku cukup baik. Tapi dalam keadaansekarang ini, berlakukah perkara ini? Bukan kerajaan persekutuan bersama angkatan medianya sentiasa menyerang negeri yang dikuasai PR setiap hari? Baik Dato' bagi teguran skit kepada bos2 dan kawan dato' di persekutuan. Biarkan Lim Guan Eng, Azizan, TS Khalid, Datuk Nik Aziz dan MB Perak buat keja masing2. Jangan ganggu. Pusat biar buat keja pusat. kalau ada silap negeri2 PR nie, tegur! tolong bagi nasihat! bukan pergi ganyang. Satu lagi Dato', seperti molongkolong, saya harap Dato' dan semua org2 BN sedialah untuk jadi pembangkang yang kuat selepas pr13 kalau semua masalah yang ada skrg ini tidak di selesaikan. masalah2 di peringkat negeri dan nasional!

    ReplyDelete
  4. anak_sama, kenapa perlu kita menyalahkan media yang anda tuduh menyerang kerajaan-kerajaan negeri PR?

    Semua yang dilapurkan oleh media ialah tentang kelemahan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri tersebut yang melibatkankepentingan orang awam.

    Apakah kerajaan negeri PR perlu diberi keistimewaan dan tidak perlu dikritik? Bukankah PR dari dulu mahukan keterbukaan dan ketelusan? Bukankah mereka melalak dahulu bahawa kerajaan perlu untuk di "teropong" oleh pihak media demi kepentingan orang ramai?

    Sekarang kerajaan PR baru faham bahawa bukan senang untuk mentadbir kerajaan. Sewaktu menjadi pembangkang semuanya nak kritik tanpa memberi ruang untuk kerajaan BN "bernafas".

    Jadi saya rasa anda perlu berterima kasih kepada pihak media kerana membongkar kelemahan kerajaan negeri PR supaya rakyat dapat jawapan kepada masalahmereka.

    Anak-Sama sekarang baru tahu bahawa sebenarnya kerajaan PR "cakap tak serupa bikin"!!!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: