Friday, July 25, 2008

Kerajaan perihatin

Tuduhan kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat adalah tidak betul.

Subsidi berjumlah puluhan billion masih diberi kepada rakyat. Malah subsidi minyak yang dikatakan ditarik oleh kerajaan sebenarnya masih diberi kepada rakyat berjumlah berbillion billion.

Perlu diingat bahawa kegawatan ekonomi yang melanda negara ini bukannya berpunca dari kerajaan. Ianya berpunca dari dua fenomena iaitu kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan krisis makanan dunia yang terjadi pada masa yang sama!

Projek pembangunan masih berjalan. Melalui pejabat pusat khidmat ahli Parlimen Kota Belud saja kita telah dan akan diberi RM600 ribu untuk jalan raya kampung, RM1.5 juta untuk projek projek kecil, RM200 ribu untuk penebatan sungai dan bermacam macam lagi. Sudah ramai yang diberi bantuan membaiki rumah dan banyak lagi yang akan menyusul.

Ini tidak termasuk peruntukan secara langsung oleh kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri yang berjumlah ratusan juta ringgit.

Sesiapa yang mahu berniaga boleh diberi peluang. Sesiapa yang mahu bertani boleh diberi subsidi. Sesiapa yang mahu berkebun boleh diberi sokongan.

Sebenarnya kerajaan menyediakan banyak peluang untuk sesiapa saja berjaya dalam kehidupan masing masing di bumi bertuah Malaysia ini. Pokoknya, ada kemahuan tak? Tapi kalau ada kemahuan pun tapi tidak ada usaha tidak akan berjaya.

Contoh yang paling bagus ialah pendidikan. Kenapa ramai orang masih tidak melihat pendidikan sebagai keutamaan nombor satu. KErajaan membantu rakyat miskin dengan bermacam macam bantuan untuk memastikan anak anak kita mendapat pendidikan. Pakaian sekolah, yuran, makanan tambahan, susu, asrama, biasiswa,buku teks etc etc... Pendeknya siapa saja yang mahu berjaya dalam pendidikan tetapi tidak mampu untuk belajar kerana kemiskinan akan dibantu oleh kerajaan.

Saya berani mengatakan disini bahawa kerajaan Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling perihatin terhadap kehendak rakyatnya. Hampir semua aspek kehidupan kita disubsidikan oleh kerajaan. Sekolah, letrik, air, kesihatan, pertanian, makanan, pengangkutan, industri, perniagaan, keselamatan dan lain lain adalah semuanya disubsidikan.

Saya tidak menidakkan ada yang miskin tetapi pada masa yang sama jangan menidakkan peranan yang telah diambil oleh kerajaan.

Kalau tuan tuan rasa ada yang perlu dibuat lagi, kita bincang bersama...

5 comments:

  1. Pendirian Datuk dalam menempatkan pendidikan sebagi Nombor satu saya sokong dengan sepenuh jiwa dan raga saya. Sememang ia adalah satu satunya jalan yang paling efektif dalam memakmurkan rakyat dari segi sosio-ekonomi. Namun para ahli physchology ada mencadangkan ianya bukan kaedah 100% dalam menilai kemampuan sebenar seseorang, namun ianya adalah yang terdekat. Inteligence/kebijaksanaan dalam kontek physchology ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang itu menyesuaikan diri dan survive dalam persekitaran semasanya. Seseorang itu mungkin mempunyai ijazah bertimbun yang membuktikan beliau memang mempunyai kebolehan menulis dan berfikir dalam ruang yang setaraf dengan pengiktirafan akademik yang dimilikinya, namun itu belum menjamin tahap kesihatan sosial dan keupayaannya untuk survive dalam satu-satu keadaan yang dihuninya. Oleh sebab yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan sudah memberikan langkah-langkah seterusnya kepada pencapai-pencapai cemerlang bidang akademik kita, kerajaan sudah menyediakan berbagai peluang dan kemudahan bagi mereka meneruskan perjuangan akademik mereka, tetapi apa yang kita sudah lakukan kepada yang tidak cemerlang. Kebanyakan anak muda kita merantau sampai keluar negara bagi mencari pekerjaan dan majoriti mereka ini paling tidakpun lulus SPM. Bolehkah satu bentuk program yang mensasar kepada golongan ini bagi mencungkil x factor mereka di adakan? Seperti pencarian bakat myteam yang memang membawa hasil positif, demikianlah juga program itu dilaksanakan. Sesiapa yang menyerlah kebolehannya di hutan, jadikan dia komando, sesiapa yang menyerlah di air, jadikan dia penyelam atau apa sahaja yang berkaitan dengan kebolehannya. Setiap iklan kerajaan untuk pengambilan pekerja dalam bidang-bidang seumpamanya bukannya sampai ke pengetahuan orang-orang kampung. Bakti orang yang berkedudukan dalam merealisasikan perkara seumpama ini ialah membawa perkara ini kepada mereka. Bila mereka lalai, itu kewajiban moral kita untuk menyedarkan mereka. Itu yang dikatakan merubah nasib anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan could have done better. Much much more better. That’s why the people think that the government has not done much. And that leads to accusation that the government is not prihatin.

    Wlaupun saya tidak bersetuju dengan DSAI tentang beberape issue, namun debat beliau dgn Shabery Chik relevan. Kerajaan masih mampu untuk mengesan beberapa kebocoran dan kumpulkan kebocoran ini untuk dialurkan kepada subsidi minyak. Mudah. Cuma isunya mahu atau tidak untuk megakui kesilapan.

    Statement kegawatan adalah hasil dari factor luaran bukanlah alasan yang cukup kuat. Kegawatan yang dirasai sekarang adalah hasil kelemahan pentadbiran Pak Lah dalam menangani isu ekonomi.

    Kenaikan minyak secara mendadak adalah contoh bagaimana cerdiknya pemimpin kita menyelesaikan masalah. Masih ada formula lain yang lebih berkesan.

    Minyak umpama nadi utama dialam badan kita. Jika disekat, seluruh anggota tubuh badan akan merasai impaknya.

    2 perkara yag penting didalam hidup manusia. Makanan untuk terus hidup. Dan kenderaan untuk memudahkan urusan kehidupan. Makanan dan minyak.

    Apa bezanya kalau ditarik subsidi makanan dan ditarik subsidi minyak?

    Tarik subsidi makanan, harga makanan naik, tetapi harga minyak masih sama.

    Tarik subsidi minyak, harga makanan tetap naik dan harga minyak for sure naik.

    Isu pokok, kerajaan berjaya menaikkan taraf hidup orang miskin yg minimal. Dan berjaya memiskinkan gologan pertengahan dibandar2. Tahun 2020, golongan miskin akan menjadi kaya, dan golongan pertengahan akan menjadi miskin.

    Tiba tiba saya merasakan I’m not in the mood untuk mengulas ttg isu minyak kerana tiada guna nya. Saya letih dan kecewa.

    My 2 cents.

    ReplyDelete
  3. Singapore sdg menurunkan harga minyak secara berperingkat. Dalam tempoh 20 hari dah diturunkan 5 kali.

    So Malaysia bila lagi? Nak naik harga cepat jer. Nak turunnya tak sampai2. Lps tu akan kata minyak singapore lagi mahal dari malaysia. Sbnrnya sbb utama ialah, pemimpin atasan malaysia kurang bijak mentadbir ekonomi.

    ReplyDelete
  4. DARD, I still don't get it after the rise in the price of petrol and diesel, how could it stil not affect the people, the public. People both with low and high income are certainly influenced by this as the rise in the price of petrol will automatically affect the price of goods. It's just been reported that the inflation rate has hit 6.6%, is that high or low? We don mind to experience the increase in price of petrol, but the quantum should not be that great! Why don't the government jus scraps projects that are only beneficial to their loyal supporters, that could have saved billion of ringgits and utilise the money to assist and lower the suffering of us, the Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Datuk dengan ikhlas saya katakan jumlah RM600 ribu untuk jalan kampung di Kota Belud tidak mencukupi. Patut pun jalan kg di kawasan Kg Kelawat masih lagi tidak diupgredkan ataupun dipinggirkan. Banyak perkara kemajuan Kg Pangi Kelawat sehingga kini masih lagi tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

    Saya adalah ahli UMNO Kg Pangi dan ingin melihat sedikit kemajuan dalam soal kemudahan infrastruktur di Kg ini. Nampaknya Datuk Herbert gagal untuk menangani perkara ini kecuali hanya janji semasa pilihanraya umum yang datang setiap 4 tahun. Maka saya tidak heran jika ada penduduk di Kg Kelawat telah berpaling arah kepada Pakatan Rakyat semasa pilihanraya yang lalu.

    Saya ada jawaban kepada perkara ini. Untuk menguatkan semula pengaruh BN kita perlu menangani permasalahan Kawasan Pengundian Kelawat. kita bagi keutamaan kemudahan kepada mana kg yang benar-benar memerlukannya di dalam mukim kelawat seperti masalah yang dihadapi oleh Kg Pangi. And this will lead to another development in this area towards strengthening the BN foot hold.

    Sebagai ahli UMNO Kg Pangi saya bersedia membawa Datuk kepada permasalahan sebenar Kg ini. Mungkin selama ini datuk diberi gambaran yang kurang tepat.

    Datuk boleh hubungi saya di talian 019-8527091 atau email kulinamir@yahoo.com

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: