Wednesday, July 23, 2008

Gita Gutawa - Sempurna

Kita berhenti cerita politik sekejap.... Ini adalah salah satu lagu yang saya minati. Penyanyi bernama Gita Gutawa dari Indonesia ini masih gadis muda belasan tahun tapi punya kehebatan yang terserlah.

Harap ada dari Kota Belud yang punya bakat seperti ini..... Enjoy

10 comments:

  1. Dr.M memperkenalkan "Dunia Tanpa Sempadan" melalui pengenalan kepada dunia internet. Terima Kasih Dr.M.

    Berbalik semula kepada tajuk kali ini. Gita Gutawa berasal dari Indonesia yang saya rasa saya mula kenal dari iklan Cornetto ketika menyanyi bersama Dafi AF.

    Kenyaringan suara Cik Gita memanglah memikat sebilangan pendengar termasuk saya juga kerana pembawaan beliau melalui lagunya sangat unik kalau saya gambarkan.

    Saya pernah melihat juga Cik Gita menyanyi bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza di mana saya boleh katakan di sini bahawa Cik Gita ada potensi untuk berkembang maju lagi seperti artis-artis dari seberang yang sebelumnya.

    Stacy AF. Satu watak yang patut juga diketengahkan. Anak kelahiran Sabah yang berjaya menjadi artis Sabah pertama memenangi Akademi Fantasia setelah program realiti tersebut diperkenalkan pada tahun 2003.

    Contoh sebegini mesti menjadi pendorong kepada rakyat Malaysia yang mahukan impian mereka tercapai dan terus berusaha demi agama, bangsa dan negara.

    Terima Kasih Dr.M dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  2. Oklah bro. Its a good change from the 24 hours politics news that we have been receiving of late. Bro, go down to the ground. The rakyat is suffering and let all your bosses know. Information they are getting is gravely inaccurate. SEMPURNAKANLAH !!

    Arcadia

    ReplyDelete
  3. Arcadia,

    Can you give me your email address? Just email me please. Need to communicate with you.

    Thanks.

    DARD

    ReplyDelete
  4. wsicpqJangan sajikan sesuatu yg mengalihkan daripada keadaan sebenar.Rakyat di KB terlalu banyak yg menderita.Cari cara untuk mengatasinya,buka dengan lagu.

    ReplyDelete
  5. I agree with you Arcadia..people in low income group are affected the most...this will cause social unstable..

    The crime rate will increase....total poverty+ Oil price + Food Price + Living cost; salary gov. servent even being increased recently cannot coup with the situation.

    In theory this will create social deviance.....believe or not people are steeling each other now, cari besi buruk, pagar rumah, curi minyak kereta waktu malam etc...

    I found recently in KB some parent will let their kids skip schools can't afford to pay for transport + poket saku.

    yes bro... SEMPURNAKANLAH !!!


    Shah

    ReplyDelete
  6. Tuduhan kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat adalah tidak betul.

    Subsidi berjumlah puluhan billion masih diberi kepada rakyat. Malah subsidi minyak yang dikatakan ditarik oleh kerajaan sebenarnya masih diberi kepada rakyat berjumlah berbillion billion.

    Perlu diingat bahawa kegawatan ekonomi yang melanda negara ini bukannya berpunca dari kerajaan. Ianya berpunca dari dua fenomena iaitu kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan krisis makanan dunia yang terjadi pada masa yang sama!

    Projek pembangunan masih berjalan. Melalui pejabat pusat khidmat ahli Parlimen Kota Belud saja kita telah dan akan diberi RM600 ribu untuk jalan raya kampung, RM1.5 juta untuk projek projek kecil, RM200 ribu untuk penebatan sungai dan bermacam macam lagi.

    Ini tidak termasuk peruntukan secara langsung oleh kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri.

    Sesiapa yang mahu berniaga boleh diberi peluang. Sesiapa yang mahu bertani boleh diberi subsidi. Sesiapa yang mahu berkebun boleh diberi sokongan.

    Sebenarnya kerajaan menyediakan banyak peluang untuk sesiapa saja berjaya dalam kehidupan masing masing di bumi bertuah Malaysia ini. Pokoknya, ada kemahuan tak? Tapi kalau ada kemahuan pun tapi tidak ada usaha tidak akan berjaya.

    Contoh yang paling bagus ialah pendidikan. Kenapa ramai orang masih tidak melihat pendidikan sebagai keutamaan nombor satu. KErajaan membantu rakyat miskin dengan bermacam macam bantuan untuk memastikan anak anak kita mendapat pendidikan. Pakaian sekolah, yuran, makanan tambahan, susu, asrama, biasiswa,buku teks etc etc... Pendeknya siapa saja yang mahu berjaya dalam pendidikan tetapi tidak mampu untuk belajar kerana kemiskinan akan dibantu oleh kerajaan.

    Saya berani mengatakan disini bahawa kerajaan Malaysia adalah antara kerajaan yang paling perihatin terhadap kehendak rakyatnya di seluruh dunia. Hampir semua aspek kehidupan kita disubsidikan oleh kerajaan. Sekolah, letrik, air, kesihatan, pertanian, makanan, pengangkutan, industri, perniagaan, keselamatan dan lain lain adalah semuanya disubsidikan.

    Saya tidak menidakkan ada yang miskin tetapi pada masa yang sama jangan menidakan peranan yang telah diambil oleh kerajaan.

    Kalau tuan2 rasa ada yang perlu dibuat lagi, kita bincang bersama...

    Tkasih

    DARD

    ReplyDelete
  7. My dear YB Dato,

    We are not denying the fact that the government has done a lot in the past, saya sendiri adalah product subsidy government ie study scholarship. Implementation is what its all about. Kalau ada idea bagus macam mana pun kalau implementaion tak baik, rakyat takkan dapat merasa nikmat yang kerajaan bagi ie Dasar Ekonomi Baru.

    Havent you seen the latest statistic on credit card usage. People are spending more than what they are earning monthly. Saya takut, by year end, bankruptcy notice lagi banyak dari news dalam surat kabar.

    For the record, I am a very staunch supporter of UMNO and Barisan Nasional but Anwar has raised some good points during the debate. Honestly Dato, do you think that we need the Corridors. Oklah, just for history sake and need to be remember by when you are no longer in power, scraplah a few and concentrate on the really important corridors. The government need to instill the 'belanja berhemah' spirit amongst civil servants and policy makers.

    On the distribution of wealth, like you, I have friends in the political and business circle, bagi lah to the well deserved. I have friends who is enjoying all kinds of benefits from the government and they are not even party members.

    Maybe UMNO should re-create the payung system that was intoduce during Tun's era. One malay millionaire creates more millionaires among the malays. That is how you build a prosperous nation.

    As for your request, insyaallah one day we will meet over a cup of latte. As for now, let us just meet in the cyberworld. Honestly, I had the previlleged of meeting you some time back and was very impressed. I personally think that you are a good man with vision and huge potential. Evidently, you have discharged your duty as the Setiausaha Pemuda to the best of your ability and acted like a seasoned politican. Keep it up bro and I am sorry in advance if my past and future comments annoyed you in any way.

    Arcadia

    ReplyDelete
  8. Datuk,dalam manifesto BN,janji untuk meberi negara yang aman dan selamat tapi sekarang nampak gaya kita kurang selamat..kadar jenayah meningkat..hari hari dalam berita TV akan pembunuh,paling teruk kejadian tembak seolah-olah malaysia sudah jadi macam columbia..apa sudah jadi kerajaan BN? Kalau sudah tidak mampu serah saja kepada pakatan rakyat..

    ReplyDelete
  9. Assalamulaikum........Setahu saya lagu kegemaran YB ialah SURAYA.........Saya sentiasa mengikuti perkembangan YB dan ahlamdullillah....saya amat berbangga dengan kejayaan YB. Semoga Kota Belud akan terus membangun dibawah pimpinan YB. Wasallam.....

    Kenalan Lama
    - Azidie -

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya ramai remaja berbakat di Kota Belud. Walaupun saya bukan berasal dari daerah itu, tetap melalui penglibatan saya dalam industri hiburan di Sabah, mereka hanya perlu dorongan dan sokongan semua pihak. Sesuatu yang unik tentang Kota Belud selain dikenali sebagai pekan koboi, di daerah ini juga satu-satunya tempat yang mana terdapat lokasi santai karaoke bukan hanya dimalam hari tetapi juga pada siang hari. Ia satu-satunya daerah di Sabah dan mungkin juga di Malaysia yang mempunyai tempat santai karaoke pada siang hari. Saya percaya budaya ini antara pendorong kepada golongan remaja di sana meminati bidanf nyanyian..

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: