Monday, July 07, 2008

Dr Hatta adalah Mat Rock!! / Hipokrit & Double Standard

Salam,

YB Dr Hatta (Kuala Krau) dari parti PAS menjadi kordinator untuk program 1 juta protes di Kelana Jaya hari ahad yang lalu. Dr Hatta dan pihak pembangkang mewar-warkan bahawa seramai 1 juta rakyat akan memprotes kenaikan harga minyak pada hari itu.

Apa yang terjadi ianya gagal kerana hanya 30,000 yang datang. Apakah rakyat sudah letih dan fed up dengan demontrasi mingguan yang dipelopori oleh pihak pembangkang?

Yang menjadi persoalan saya tentang program ini ialah 2 perkara. (1) Dulu PAS begitu marah dengan Pemuda UMNO Malaysia kerana mengadakan program Pelancaran Putera UMNO di Melaka yang didakwa oleh mereka tidak menghormati waktu sembahyang kerana masa program tersebut ialah dari 4 petang hingga 10 malam. Kenapa Dr Hatta tidak memperdulikan waktu sembahyang bilamana program protes tersebut berjala dari 10pagi sehingga 12 tengah malam? Kenapa doube standard?

(2) Baru baru ini Pemuda PAS membantah tindakan pihak penganjur perlawanan bolasepak antara Singapura dan Selangor yang menyelitkan elemen hiburan oleh artis artis tempatan. Mereka begitu marah dan menyerahkan memorandum bantahan. Tetapi saya ingin bertanya kenapa dalam program yang dikordinasikan oleh Dr Hatta ini menyelitkan konsert rock sehinggakan penyanyi rock tersebut dibidas dan terpaksa di tangani secara fizikal? Bukankan itu hipokrasi? Dulu bantah tetapi sekarang boleh pulak? Sudah lah itu, artis yang dijemput adalah penyanyi rock sehingga lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi rock itu jauh melampaui batas batas ketimuran.

Saya betul betul hampa dan kecewa dengan tindakan double standard dan hipokrasi yang diambil oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP. Kalau BN yang buat, kita dituduh anti Islam dan sebagainya tetapi kalau pemimpin PAS yang melakukannya, ianya di'halalkan' oleh PAS. Nyata PR adalah penuh hipokrasi dan double standard!!

DARD

7 comments:

  1. Biasa la, memang budaya PAS, orang lain nda buli, dia buli.


    Molongkolong

    ReplyDelete
  2. Datu Panglima Masai11:33 PM, July 09, 2008

    Perlu anda semua ingat bahawa orang PAS tidak merestui acara hiburan dalam perhimpunan itu..Dr.Hatta saya percaya telah terperangkap dalam permainan sekularisme PKR..PKR tiada beza dengan UMNO, kerana orang-orang yang membentuknya ialah UMNO...Saudara molongkolong,cuba huraikan apa maksud anda..apa yang dibulikah oleh PAS yang tidak orang kebanyakkan bulih..? Kalau anda seorang sekular jangan cuba membahas hukum ugama..

    ReplyDelete
  3. mmmm Datu panglima masai,

    Dulu orang PAS kasi kafir orang UMNO pasal kerjasama dengan MCA, MIC. Sekarang apa kurang PAS dengan DAP dan PKR (Parti Sekular). Masih ingat amanat Hj. Hadi?

    Saya ingat Dr. Hatta lebih bijak dari saya sebab dia Doktor, macamana orang bijak buli terperangkap oleh PKR kalau dia ada prinsip?

    Dulu konsert ella pemuda PAS adakan bantahan? Sekarang macammana? Apakah beza ella dan Caburetor Dung? Adakah yang hadir perhimpunan protes itu semua lelaki? Mana prinsip PAS?

    Datu, saya rasa PAS hanya guna Islam untuk kepentingan Politik. Saya percaya kalau diberi pilihan PAS akan memilih kepentingan Politik lebih daripada kepentingan agama.

    Molongkolong

    ReplyDelete
  4. YB Dato', blog ni adalah blog MP Kota Belud...tetapi kenapa sy lihat pengisiannya lebih banyak menyentuh isu2 politik nasional tidak menumpu kepada permasalahn rakyat tempatan Kota Belud?

    Mungkin Dato boleh wujudkan blog lain utk tujuan itu...terima kasih.

    Saya tidak bersetuju dgn Molongkolong dan Dato' dalam komen di atas.

    Salam.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn kamu nama saya. DARD macam mana dgn perkembangan isu2 yg dibangkitkan dlm forum Cakaplah, seperti jln2 sesak di pekan KB, isu kemiskinan dll.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan nama saya... saya sendiri sdh lama menyepi mengikuti perbahasan2 di blog ini. banyak perbahasan yang tidak menyumbang kepada kota belud secara langsung,... terima kasih Dato'.

    Anak_Sama

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: