Monday, July 07, 2008

CUKUPLAH RUANG CAKAPLAH...

Saya tidak mempunyai masalah jika ada yang mengkritik kerajaan atau saya sendiri. Saya juga masih boleh bersabar kalau bahasa yang digunakan ada kalanya berunsur fitnah, menghina dan berniat jahat terhadap kawan kawan bloggers dan saya sendiri.

Namun kesabaran saya begitu tercabar apabila ada yang menggunakan gambar lucah sebagai ikon blogger dalam ruang "Cakaplah...".

Maka itu, saya dengan ini mengambil keputusan untuk tidak lagi menyediakan ruangan "Cakaplah.." kerana perbuatan salahguna yang semakin berleluasa.

Terima kasih.

DARD

13 comments:

  1. Alamak YB, takkan pasal seorg semunya terjejas, Pak Lah pun ndak ambil tindakan sama Yong Teck Lee sbb bukan semua ahli SAPP begitu tapi kenapa pulak kami yg terasa juga kesannya. Wlu apa pun ma kasih kpd YB kerana menyediakan runagan ini. Kepada kengkawan semoga maju jaya, kita bawa haluan masing2 hehehehe....

    ReplyDelete
  2. DARD, a perfect excuse. kalau hendak seribu daya, kalau tidak mau seribu excuse! A very obvious strategy: suruh satu orang buat kacau, lepas itu gunakan 'kekacauan" tersebut untuk menutup forum tersebut!!

    ReplyDelete
  3. satu kerugian bagi YB Dard sendiri.

    ReplyDelete
  4. Cabaran saya yg mengatakan ruangan itu tidak akan sampai 2 - 3 bulan sudah terbukti.

    Alasan Penutupan ruangan cakaplah amatlah tidak releven. Ini telah membuktikan bahawa DARD tidak dapat memimpin dan mendidik dan moderate sesebuah forum. Avatar yg menggunakan gambar lucah tersebut boleh didelete oleh pemilik web (DARD) sebab ada function moderator / administrator. Tetapi itu pula dijadikan alasan utk menutupnya. Kalau setakat forum tidak dapat ditadbir dgn baik, bagaimana hendak menjadi pemimpin?

    ReplyDelete
  5. Sementara saudara menuntut saya memberi ruang untuk memberi kebebasan kepada semua, saya juga berhak untuk menuntut saudara saudara menghormti kebebasan itu. Ternyata ada yang menyalah gunakan kebebasan itu dengan menerbitkan gambar lucah.

    jomo pagari kata saya tidak mengotakan janji saya untuk meneruskan ruang "Cakaplah..." dan akan menutup ruangan itu dalam masa 3 bulan.

    Apa yang saya janji ialah tidak akan tutup ruangan blog saya. Ruangan blog ini tidak ditutup. Saya cuma tutup ruangan "Cakaplah..." yang telah menyiarkan gambar lucah.

    Saya sudah cukup bersabar dengan kualiti perbahasan dalam ruangan itu. Walaupun banyak perkara yang dibahaskan itu berfaedah, tetapi gambar lucah tidak boleh ditoleransikan! Mungkin juga jomo pagari yang posting gambar itu untuk memaksa saya menutup ruangan "Cakaplah..." untuk membuktikan bahawa saya mencari alasan untuk menutupnya. Tapi mungkin juga tidak.

    Apapun, bloggers masih boleh berinteraksi dan berbahas dengan saya melalui ruangan blog ini.

    Salam.

    ReplyDelete
  6. Inilah manusia, bagi peluang salah guna, peluang tutup marah.

    Saya fikir kalau diberi peluang gunakan dengan sebaik-baiknya. Dan saya fikir adalah hak bagi orang yang memberi peluang untuk menarik balik peluang tersebut sekiranya ia disalah guna.

    Molongkolong

    ReplyDelete
  7. Walau apapun, Bah terima kasih kepada DARD kerana mewujudkan satu ruang utk berforum walaupun telah ditutup.

    Bah.. tinggallah blog ini sahaja.
    Oh yaaa, saya baru terjumpa dgn salah seorang org Kota Belud juga. Rupanya dia ada forum juga sudah lama. Apa kata kita ramai-ramai pigi sana web forum dia http://www.sabahan.net . Kita sokong org KB bah.
    Ada peserta international lagi dlm tu.

    Sempat juga kami minum2.. dia juga adalah pengunjung blog ini tetapi nda aktif buat posting dan forum. Dia kasi kanal sama saya lah ni forum.

    ReplyDelete
  8. DARD kasi promote lah forum dia tu di sini. Sokong org KB bah. http://www.sabahan.net

    Buatkan link di front page DARD. Suda 10 thn pula dia buat forum ini tapi ramai lagi org sabah nda kanal. hehehe

    ReplyDelete
  9. Saya sokong keputusan YB DARD. Saya memang sedih kerana ini lah satu blog yang paling saya minati sejak PRU12. Kita telah melihat YB menggunakan teknologi masakini untuk memimpin rakyat dikawasannya. Kepada sesiapa yang gemar membuat posting yang lebih suka menghina, meluahkan perkataan kesat, melihat-lihatkan gambar lucah, buat lah blog sendiri. Jemputlah kami melawatinya..

    ReplyDelete
  10. function moderator / administrator why don't you use it ????, to control the substances ( images / text) ? I thought everything becoming better, lately. With this action it will give significant impact on your political present in KB. Sorry to say this...the "rational" to shut ruangan cakaplah.. is too thin!!!!..We know you're very good exploiting word "freedom" & "Democracy"...Org KB will think now how to deal with you..politically..

    ReplyDelete
  11. Fungsi Moderator dan administrator dalam ruangan cakaplah tidak ada. Semua komen disiarkan secara real time dan tidak boleh di tadbir atau moderated.

    Program itu tidak membenarkan sesiapa pun termasuk administrator dan moderator untuk men"delete" komen atau avatar yang lucah atau tidak sesuai!

    As far as my political career is concern, I believe orang KB will judge me based on my performance as an MP and not by my decision whether to allow pornography in my blog site or not!

    ReplyDelete
  12. I saw the image it wasn't a phronography, it was a "manikin" pictured from the back: a doll used for fashion cloth display (frontage shop). Can't you see that??!!..you just simply wrongly defined the image..."your heart leading your brain"...becareful!!

    ReplyDelete
  13. masih terbayang wajah arwah bapa saudara Datuk Haji Dahlan Bin - ketika menjadi ketua daerah di tuaran pada tahun 1970an sebab rumah kamu berdekatan dengan sekolah saya sm. st john tuaran

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: