Saturday, July 26, 2008

Calon Naib Presiden - YAB Datuk Musa Hj Aman

Banyak yang telah diperkatakan tentang pemilihan parti UMNO yang sedang berlangsung sekarang sehingga kekemuncaknya pada bulan Disember nanti.

Saya merasakan kali ini, calon Naib Presiden UMNO perlu ada dari negeri Sabah. Ada beberapa sebab.

Yang pertama ialah prestasi UMNO Sabah amat baik dalam 3 pilihanraya berturut turut dimana kerusi UMNO dimenangi kesemuanya.

Yang kedua ialah kekuatan UMNO Sabah menjadi tulang belakang kepada kerajaan UMNO dan BN.

Yang ketiga, YAB DMA telah membuktikan kemampuannya untuk mentadbir negeri dengan prestasi kewangan negeri yang cukup baik.

Yang keempat, suara Sabah perlu didengar dengan lebih lantang di peringkat tertinggi parti supaya aspirasi ahli ahli UMNO Sabah khasnya dan rakyat Sabah amnya dapat diberi perhatian oleh parti dan kerajaan secara lebih berkesan.

Yang kelima, sudah tiba masanya orang Sabah mendapat peluang untuk mewarnai corak landskap politik negara pula...

Selain YAB DMA, calon dari Sabah yang lain ialah Datuk Shafie Afdal...

Apa pandangan anda?

16 comments:

  1. Kemenangan cemerlang UMNO diSabah menjadi tanda tanya dengan terjumpa beg SPR diSungai Tebobon!

    ReplyDelete
  2. SAYA RASA YB, LEBIH BAIK KITA BINCANGKAN TENTANG TEMPAT KITA( KAMI) SENDIRI IAITU KOTA BELUD. SAYA RASA JIKA DI TANYA YB MENYEBELAHI DTK SALLEH ATAU DTK MUSBAH MESTI YB MENJAWAP TIDAK DIMANA2. SEBAB YB SUDA PANING. DATUK MUSA AMAN MAHUKAN MUSBAH JAMIL MENANG.. MANAKALA MAHUKAN DTK SALLEH SAID..HEHEHE DUA2 PIHAK DTK TERSEPIT..HEHHEHE..PANINGLA YB.

    ReplyDelete
  3. Greeting Datuk,
    Please take a moment to look at this website. www.royalsulu.com. It should be of a particular concern of an informed Sabahan.TQ

    ReplyDelete
  4. Datu Panglima Masai11:13 PM, July 26, 2008

    saya setuju bahawa sekurang-kurangnya ada satu Naib presiden UMNO dari sabah tapi sebelum itu wakil Sabah kena lantanglah..Semua ketua-ketua bahagian yang ada sekarang ini adak lembik dan bersikap pengampu untuk periuk nasi sendiri saja..Kecualilah Ghafur Salleh dan Anifah Aman, yang lainlah tidak berkarisme sebagai pemimpin yangmempunyai ketokohan..Bung Mukhtar nampak lantang tapi macam 'tin kosong'merapu tidak tentu hala..YB pula terlalu penakut untuk berhujah hattan dalam parlimen pun kurang lantang..Gaya kepimpinan begini macam mana nak jadi naib presiden..Bagaimanapun kita mengharapkan agar keputusan pemilihan umno nanti akan jadi begini:

    Presiden: Tengku Razaleigh Hamzah
    Timbalan: Tan Sri Muhyidin Yasin
    Naib: Datuk Shahril Samad
    : Datuk Hishamuddin Hussein
    : Datuk Musa Aman

    Ketua Pemuda: Mukhriz Tun Mahathir
    Naib : ?? wakil Sabah

    Ketua Wanita: Dr.Mashitah Ibrahim
    Naib : ?? Sabah

    Puteri: Rosnah Rashid Shirlin..

    Apa pimpinan bayangan YB ?

    ReplyDelete
  5. Greeting Datuk,
    My personal opinion is that DMA actually do not have the kind of respect that a Sabah CM should have. He is just the final product of the foolish rotation system introduced by BN to fool Sabahan. DMA is not a democratically elected CM.He was just picked up by Kuala Lumpur. One of these days they will kick him out of office. From my point of view, this what make UMNO Sabah so damn fragile.The leaders are in simply just because the probabilities of getting picked as the next CM are just too strong for them to leave UMNO Sabah now. UMNO is for Malay. We do not have Malay in Sabah. UMNO is a domestic colonizer who find it way into Sabah through a very disgusting means.I think my muslim bumiputra brothers in Sabah should make an effort to make a party of their own. You see, one of the main concern of our early independent fighters was that if we were to join in the formation of Malaysia, it was just like passing the power of the British over Sabah to KL, and that is exactly what we are going through now. Naib presiden or not, I do not think it would make that much different.

    ReplyDelete
  6. bertanding untuk bekhidmat. bekhidmat untuk parti. Parti didukung orang Melayu. Melayu untuk dibela. Dibela untuk kemajuan bangsa, negara & agama.

    layarilah: kutupintartrg.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Disebabkan oleh prestasi Sabah yang amat memuaskan dalam Pilihanraya. DAN, Sabah adalah menghampiri 1/2 dari Semeanjung.. Kalau gabung Sabah + Sarawak, Lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Saya amat bersetuju sekiranya Jawatan2 penting dalam Parti dan Kerajaan diberikan kepada rakyat Sabah / Sarawak. Kalau boleh, calon dari Sabah/Sarawak menjadi PM di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum YBDARD..

    My 2 cents..

    Pada pandangan saya, sesiapa sahaja layak untuk mempertandingkan diri nya apabila ada pemilihan. Di dalam ulasan YB, saya bersetuju jikalau ada calon dari Sabah yang berkeinginan untuk bertanding jawatan Naib Presiden, Timbalan Presiden, mahupun Presiden parti jika berkaliber.

    Namun, jika system quota yang lapuk itu masih lagi dipraktikkan didalam UMNO, saya yakin takkan ada sesiapa pun dari Sabah yang mampu untuk bertanding didalam top post.

    Demokrasi itu telah mati didalam UMNO untuk sekian lama. Setiap PAU adalah satu event yang sia sia dan membuang masa dan wang. Pertandingan jawatan di kawal dan ditapis dengan quota pencalonan. YB DARD juga tidak akan pergi jauh didalam arena politik jika system quota masih lagi dipraktikkan.

    Saya mempunyai sebab2 yang logic untuk menyokong pendapat saya. Namun kotak website ini tidak akan mencukupi. YB DARD, on behalf of my young professionals mates, eventhou we support UMNO because of its constitution, we hate UMNO for its system in eliminating the opponent before on court using quota system. Dan untuk pengetahuan YB, up to date more and more young professionals graduating from overseas in particular going against UMNO not because of KJ or Pak Lah, but for its sickening quota system.

    However, I do wish that candidates from Sabah will make it to the top post.

    ReplyDelete
  9. Salam YB,

    Sebagai rakyat Sabah memang lah kami menyokong penuh dan rasa berbangga jika sekiranya ada dikalangan rakyat Sabah yang menjawat jawatan tertinggi dalam parti pemerintah utama.

    Ianya sudah tentu akan membawa perubahan besar darisegi kemajuan dan pembangunan.

    Dalam keadaan senario politik sekarang akan memberikan kelebihan kerana kelantangan bersuara pemimpin di Sabah telah menarik perhatian seluruh negara.

    Tetapi yang membimbangkan ialah berlakunya perpecahan darisegi undi sehingga kedua-dua calon dari Sabah mungkin akan tewas.

    YAB MA memang calon yg sesuai berdasarkan kedudukan beliau dan YB SA pula tidak kurang hebatnya kerana kepimpinan beliau diperingkat nasional telah dikenali.

    Mungkin YB RD boleh bagi komen calon mana yang patut tarik diri agar pandangan YB dapat dikongsikan demi kepentingan dan pembangunan Sabah...

    ReplyDelete
  10. Saya rasa tiada calon yang layak dari Sabah!!! Mengapa saya katakan begitu?

    1. Pemimpin UMNO dr Sabah tiada yang berani mengetengahkan hak sebenar Rakyat Sabah. Kebanyakannya lebih gemar jaga periuk nasi sendiri daripada kepentingan rakyat.

    2. Adakah pemimpin Sabah mampu memberi sumbangan jika pun terpilih? Ia akan berbalik kepada perkara 1 di atas.

    Pemimpin Sabah harus mengubah sikap mereka daripada sikap mementingkan diri sendiri kepada mementingkan kebajikan dan pembangunan Rakyat Sabah barulah mereka layak untuk bertanding diperingkat yang lebih tinggi.

    Jika tidak, kalaupun mereka menang, nikmat kemenangan itu hanya akan dinikmati oleh pemimpin(?) dan suku sakatnya, Rakyat akan terus berada di takuk lama.


    Molongkolong

    ReplyDelete
  11. Dard punya cable besar dalam isi kandungan pemerintah sekarang ini, musti pigi jauh punya lah. Saye gerenti. Sampai buli jadi calon di kota belud tempat gergasi-gergasi pemimpin jati orang bajau, itu dah kira jauh tu.

    ReplyDelete
  12. Keadaan politik di Malaysia sekarang ini adalah sangat sihat untuk Sabah. Bersama-sama Sarawak, kedudukan BN Di Dewan parlimen terletak di tangan kita. So, Malaya akan senentiasa memberi kita gula-gula. Semoga kekuatan Pakatan Rakyat di Malaya dapat dikekalkan supaya BN senentiasa bergantung harap pada kita. Keadaan sepatutnya memang begini daripada dulu. Ini adalah salah satu sebab mengapa Singapura tersingkir daripada persekutuan Malaysia. Kehadiran mereka akan memustahilkan parti Malaya daripada majoriti 2/3 di dewan parlimen kecuali pertolongan daripada Sabah dan Sarawak. Mengenai pencalonan naib presiden..coba kalau dipertandingkan pencalonan ini antara DMA dan seorang lagi individu lain diperingkat negeri Sabah..tengok..itu DMA boleh pegi kah tidak..

    ReplyDelete
  13. Siapa2 pun dari Sabah boleh menjadi pemimpin tertinggi di UMNO asalkan beliau ada kredibiliti dan kharisma. Sebagai contoh DARD adalah perintis pemimpin muda dari Sabah yg diiktiraf utk menjadi SU Pemuda Msia dan juga menjadi projek perintis di Sabah bahawa seseorang yg berkaliber boleh menjadi pemimpin di mana2 tidak kira asal-usul beliau atau tempat lahirnya. Bukannya "di helicopter kan", tetapi di"utus-khas"kan utk menyelamatkan Kota Belud yg sudah lama tidak bersama menikmati arus pembangunan yg pesat. DARD akan buktikan bahwa beliau boleh deliver di KB dan pengesahan bahwa peremajaan kepimpinan Sbh perlu disegerakan utk mendapatkan idea2 yg baru lagi segar. Dan juga sudah tiba masanya pemuda Sabah menawarkan diri untuk jawatan NKP Msia.

    ReplyDelete
  14. BUAT APA PIGI AFRIKA YB, BAGUS PIGI SELATAN PELIPIN..BUAT APA PIGI TULUNG AFRIKA? APA PAEDAHNYA KEPADA RAKYAT KOTA BELUD DAN SABAH. SELAIN DARIPADA FAEDAH KEPADA YB DAN KOCO2 KHAIRY YANG LAIN. DAPATLA KALI PRUJIK SANA KAN? BAGUS TULUNG PELIPIN SUPAYA PTI DI SABAH KURANG PASAL DORANG SUDAH ADA KERJA SANA. INI YANG DATUK YONG CAKAP, TAI SEPA MAU DENGAR? SEMUA PUN DENGAN EGO MASING- MASING. TLAMPAU PIKIR KEPENTINGAN PULITIK DIRI..DARI ZAMAN MAHATHIR LAGI DATUK YONG CAKAP. BAWA PEGI PBB DAN BINCANG D ASEAN. TAPI SEMUA CAKAP YONG TECK LEE CINA. KITA MESTI DENGAR MELAYU SAJA. SUPAYA YB2 UMNO SANANG RASUAH.. HEHEHE KAMI TAHU YB. RAKYAT KOTA BELUD TAHU..JANGANLA INGAT KAMI SENANG KENA KASI BUDUHLA..

    ReplyDelete
  15. YB yg paling penting adalah di pemilihan Bahagian di Sabah sendiri yg mana pilih lah PEMIMPIN yang betul2 boleh bawa kemajuan kepada SABAH,yang berpelajaran dan luas pengalaman serta berfikiran kehadapan.Jangan lah nak pilih PEMIMPIN hanya kerana dia adalah kroni macam MUIS di SEBATIK,macammana seorang yg tak tamat sekolah nak berjuang dan nak membanggunkan SEBATIK dan ada hati nak jadi TIMBALAN KETUA BAHAGIAN dan akhirnya ingin mejadi MP bila menjadi KETUA BAHAGIAN kelak? Buat malu sahaja. Di PERHIMPUNAN UMNO tiap-tiap tahun saya tengok ramai kononnya pemimpin sekarang ini termasuk MUIS lebih banyak masanya bersiar-siar daripada mendengar.Adakah mereka ini berani untuk berucap di PERHIMPUNAN UMNO nanti? Semestinya tidak kerana akal hanya panjang sejengkal.. Di situ kebanyakkan perbincangan serius dan perniagaan dan melobi pembangunan ditutur dalam bahasa inggeris,dapatkah dia ini masuk dalam perbincangan itu??

    Malang sungguh Sebatik kerana dapat seorang YB yg menyedihkan.. Dulu YB yg bagus di MEROTAI dan SEbatik di pinggirkan,namun utk pengetahuan semua YB yg terpinggir inilah yg bekerja memohon kemudahan air dan elektrik di MEROTAI dan SEBATIK tetapi hasil nya di kecapai dan dibangga-banggakan oleh YB yg tak tahu nak minta dimana peruntukan pun.

    ReplyDelete
  16. Salam YB,

    Maybe you should consider vying for Supreme Council seat. You have what it takes to be a member. Avoid associating yourself to a group and I think you will be fine. You will be surprise on the outcome of the UMNO election. UMNO needs people like you.

    Arcadia

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: