Monday, June 30, 2008

Tuduhan liwat Anwar Ibrahim...

Saya berharap penyiasatan dibuat oleh pihak polis secara terperinci tanpa rasa takut dan gentar kepada sesiapa temasuk dari pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Kes ini serius dan melibatkan banyak spekulasi yang tidak sihat dan merbahaya kepada kestabilan ddan keselamtan negara.

Kita tidak boleh biarkan teori konspirasi menjadi penyebab kes ini dan rakyat menjadi keliru.

Saya berharap semua pihak bertenang dan membenarkan pihak polis menjalankan kerja mereka untuk memastikan kesahihan kes ini.

Saya akan bagi komen selanjutnya nanti.

DARD

22 comments:

  1. aku ingat, ini adalah titik tolak pergolakan politik di Malaysia. Kes ini akan memberi dua impak besar kepada kerajaan. Tidak di nafikan, keadaan sekarang, sokongan rakyat agak berbelah bagi. Impak yang pertama, kalau tuduhan liwat nie benar, aku ingat, politik anwar akan musnah sama sekali dan kerajaan akan dapat meningkatkan kreadibiliti. Tapi jgn lupa, ada juga rakyat yang sokong membabi buta biarpun anwar mungkin disabitkan bersalah. Impak yang kedua, jika anwar menang kes liwat ini, kemungkinan besar kredibiliti BN sebagai kerajaan akan terus tercemar. Dan tsunami politik dan teori yang mengatakan anwar akan ke 'PUTRAJAYA' mungkin akan menjadi kenyataan. Kita tunggu dan lihat. Semoga kebenaran akan muncul.

    ReplyDelete
  2. Adakah PKR relevan untuk masa depan?

    ReplyDelete
  3. Kenapa bila saya berkata - kata atau menulis hanya sebilangan sahaja yang memahami saya? Ini sudah agak bagus juga sebab saya boleh meramalkan secara perancangan yang bijak kerana in the end Allah swt yang menentukan. Bagi saya untuk kekal kukuh sama ada dalam ekonomi atau sosial kita mesti terus berkomunikasi dua hala dan open minded tentang ini. Kita mesti tahu hala tuju kita sementara masih fresh. Kerana apabila kita sudah lanjut maka masa akan menunggu untuk kita menghembuskan sentuhan terakhir untuk kita pass kepada grand grand grand children nanti. Kelak semua akan berubah atau purely improved. Seorang dewasa berkata kepada saya dan saya hanya mendiamkan diri sambil membalas komunikasi dua hala sebagai memberi respon sepositif yang mungkin kepada dia. Dia berkata dengan sesiapa pun kita sokong akan tetap sama juga jadi why bother? Kerana saya mengajukan soalan yang mudah untuk dia kerana itulah komunikasi dua hala yang kita inginkan untuk memberi respon sepositif yang mam

    ReplyDelete
  4. Saya percaya ini lebih kepada cubaan pihak tertentu yg kita tak tahu lagi siapa dalangnya untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar Ibrahim...

    InsyaAllah jika dugaan ini dapat diharungi, Pakatan Rakyat akan berada di Putrajaya. Ini dugaan yang besar. Harus dihadapi dengan sabar agar beroleh kemenangan.

    Saya sokong DSAI dalam kes ni!>

    ReplyDelete
  5. Perkembangan yang terbaru ini amat menyedihkan sekali kerana ianya tambah menghuru-harakan politik negara kita yang kini memang sudah pun berada dalam keadaan lintang-pukang dan tak tentu arah.Saya cadangkan supaya YB Datuk mengusulkan kepada rakan-rakan dalam saf kepimpinan UMNO agar melakukan reformasi yang drastik dengan menukarkan saf kepimpinan depan yang ada sekarang dengan menggantikannya dengan barisan yang baru..Eloklah kalau Pak Lah dan Najib Tun Razak diberhentikan dan digantikan dengan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan shahrir Samad sebagai Timbalan Perdana Menteri..biarlah kedua-duanya dari johor yang penting mereka ada kewibawaan..Bagi pihak pembangkang pula..kita nasihatkan anwar Ibrahim,Wan Azizah,Lim Kit siang,Karpal singh,Hadi Awang dan beberapa orang lama lain bersara terus daripada politik..Orang-orang lama ini sudah tidak lagi berguna dan hanya mencipta keadaan yang menyusahkan ekonomi dan rakyat.YB Datuk kena berani bersuara, jangan asyik 'yes man' saja..Usulkan supaya menteri-menteri dalam kabinet yang nampak kurang releven sudah supaya turut berhenti, mereka umpamanya Nazri Aziz,Azalina Osman,Rais Yatim..(Rais-apa punya kenyataan yg konon 'win-win' sedangkan pulau batu putih terlepas kepada singapura..)Apa bikin Noh Omar danahmad shabery..tiba-tiba lagi menteri sukan dr Pahang itu timbul..Jika itu saya ingat baguslah Datuk yang jadi menteri sukan..Cakaplah Datuk..jangan tak cakap..Kalau Ezam boleh diterima masuk UMNO,mengapa John Ghani,belum diterima..? UMNO bertindak secara huru-hara..,Datuk yang berada didalam, cakaplah...

    ReplyDelete
  6. Anwar is now 62 years old. And for a 62 years old grampa, I don't think he can easily sodomize / victimize a 23 years old man; Saiful Bukhari, without consent - just like that. It is something that goes against the law of nature; the prey looks stronger than the predator.

    http://www.kadayanuniverse.com

    ReplyDelete
  7. Saya sebenarnya pening, tuduhan liwat tersebut ada tarikh dan tempat, kenapa anwar tidak bagi alibi yang boleh menafikan tuduhan tersebut? Malahan beliau bersandiwara dengan batapok di kedutaan turki dan macam-macam lagi.

    Apa yang anwar dapat dengan bersandiwara? Mari kita renung bersama...

    Molongkolong

    ReplyDelete
  8. Rakyat yakin penjelasan Anwar berbanding siasatan polis - Hashim Jasin
    Bashir Ishak
    Wed | Jul 02, 08 | 12:53:55 pm MYT

    KANGAR, 2 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat, rakyat sebenarnya lebih yakin dengan penjelasan Ketua Umum Parti Keadilan (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berbanding siasatan pihak polis dalam kes dakwaan liwat yang terbaru.

    Beliau berkata demikian mengulas dakwaan liwat terbaru ke atas Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan menggemparkan negara baru-baru ini.

    Jelasnya lagi, dalam suasana yang ada sekarang rakyat akan lebih yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh Anwar yang menyatakan dakwaan tersebut bertujuan untuk menyekat karier politik beliau.

    "Apapun dakwaannya, saya nampak rakyat akan lebih merujuk kepada penjelasan Anwar mengatasi apa yang dijelaskan pihak kerajaan," ujarnya lagi.

    Beliau berpendirian bahawa reputasi pasukan polis bakal sekali lagi tercabar berikutan dakwaan perlakuan liwat itu jika siasatan tidak dijalankan dengan adil.

    Beliau melihat pengalaman lalu (tragedi 1998) telah membuktikan bahawa integriti pasukan polis dalam menjalankan siasatan ke atas kes Anwar terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

    "Pengalaman 10 tahun lalu menyebabkan tercalarnya reputasi mereka tapi rakyat tidak yakin dengan apa yang didakwa itu.

    "Pimpinan kerajaan menyeru rakyat untuk meyakini integriti pasukan polis sedangkan dakwaan terbaru terhadap Anwar ini menimbulkan tanda tanya kepada rakyat apakah peristiwa tahun 1998 lalu akan berulang," katanya.

    ReplyDelete
  9. sanang saja mau jawab itu tuduhan liwat, yang tuduh kana liwat ada kasi tau tempat dan tarikh kana liwat jadi brader anwar kasi la alibi dia dalam masa tuduhan liwat berlaku. apa mau susah-susah batapok di turki, lepas itu masam-masam lagi.

    bagi bukti, tutup serita.

    Biar lambat jangan liwat.

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya bercakap tentang pembelaan rakyat dan bukannya bercakap tentang serangan peribadi.

    Bukan budak tadika bah...

    Tahu bezakan yang mana betul atau salah.

    Mengingati 5 PM dulu dan kini lebih berfaedah dari mengingati Anwar Sodomy. $_$!

    ReplyDelete
  11. Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.


    Antaranya;

    * Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM?
    * Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar?
    * Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib?
    * Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat?
    * Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK?
    * Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib?
    * Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
    * Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!

    Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:

    Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?

    Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!

    Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

    Sekian, IB

    ReplyDelete
  12. Letihlah pasal kes Anwar ni, do we need another 5-10 years of Anwar again ...public dah fed uplah the all his antic ...

    Samada dia peliwat atau tidak, bukan untuk kita decide kerana we will never know the truth ...ini semua kerja Allah swt ...kalaulah betul selama ini dia buat kerja macam tu ..Allah swt akan mengaibkan dia ...

    Dato Rahman, kudos on revealing the issues on gay activities in our country now which I personally think its very alarming ..like I once told you ...just stick to doing your job rather than busy keeping your job ...Tahniah bro ...


    "arcadia"

    ReplyDelete
  13. Alibi ada pada Anwar. Cuma skrg ni mereka xnak dedahkan dulu sbb xnak strategi pihak pelapor diubah2.

    Lagi lawak, laporan polis takda masa kejadian. Hanya tarikh yang ada. So senang nak ada2 kan waktu pada kemudiannya. Kemudian, salinan laporan polis xdiberikan. Kenapa? sbb kalau laporan dah ada, boleh digunakan untuk fight bagi pembuktian alibi.

    pemFitnah dan penyebarnya semoga mendapat laknat Allah. Amin.

    ReplyDelete
  14. Mohd Rashidi Hassan11:08 AM, July 07, 2008

    Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak
    Mohd Rashidi Hassan

    KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

    Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

    Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

    "Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

    Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

    Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

    "Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

    Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

    "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

    Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

    "Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau._

    ReplyDelete
  15. "Bersumpah...saya akan lakukan" - Anwar

    KUALA LUMPUR, 7 Julai - "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

    Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

    "Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

    "Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

    "Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

    "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

    Malaysia mesti diselamatkan

    Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

    Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

    "Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

    "Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

    "Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.

    "Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

    Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

    Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

    Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

    Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

    Saya akan bongkar habis-habisan

    Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

    "Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

    "Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.

    Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

    Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

    Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

    Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

    "Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

    "Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

    Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

    Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak. - mks._

    ReplyDelete
  16. Did you remember what happened after DSAI buktikan dia tak bersalah b4 dia masuk court? They suddenly changed all the evidences...

    By right, orang yg menuduh perlu buktikan kesalah orang yg dituduh. Orang yg menuduh perlu buktikan dulu...

    Ramai orang tak sedar, Saiful buat laporan pada 28 Jun 2008, dlm laporan dia telah mengaku telah diliwat pada 26 June 2008 (2 hari sebelum laporan dibuat). Dlm press statement, Najib ckp Saiful jupa dia 3 hari sblm laporan dibuat, iaitu pada 25 June utk mengadu bahawa dia telah diliwat.. Macam mana dia bleh mengadu kt Najib padahal dalam laporan, dia diliwat sehari selepas dia mengadu kt Najib...

    25 June 2008 (3 hari before laporan) - Saiful mengadu pada Najib dia telah diliwat.
    26 June 2008 (2 hari before laporan) - Saiful dikatakan diliwat
    28 June 2008 - Saiful buat laporan dia diliwat pada 26 June
    1 July 2008 - Najib ckp tak kenal Saiful. Mula2 ckp mamat tu jupa pegawai dia je utk minta "biasiswa"
    3 July 2008 - Najib ckp Saiful dtg ke rumah dia utk mengadu 3 hari sblm laporan dibuat...

    ReplyDelete
  17. Pemuda PAS cadang tubuh suruhanjaya, siasat Najib

    KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja dapat dibentuk bagi mengadakan penyiasatan terhadap kecelaruan dalam urus tadbir negara yang melibatkan institusi penguatkuasaan, Jabatan Peguam Negara, Polis Di Raja Malaysia dan individu penting dalam negara yang terlibat dalam pelbagai tuduhan baru-baru ini.

    Cadangan tersebut disuarakan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin Al-Muktafi Billah Shah.

    Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Tadbir Istana Negara, Sofwan Ibrahim di hadapan pejabat Istana Negara hari ini.

    Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabki Yusuf, Exco Pemuda yang terdiri daripada Mohamad Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) dan Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai.)

    Jelas Salahuddin, siasatan tersebut melibatkan pertuduhan surat akuan bersumpah Raja Petra Raja Kamarudin bertarikh 18 Jun 2008 yang melibatkan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, iaitu isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

    Selain itu ia juga melibatkan laporan polis terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim bertarikh 28 Jun 2008 oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan melibatkan tuduhan liwat.

    Salahudin juga mengharapkan siasatan dibuat terhadap laporan polis terhadap Anwar bertarikh 1 Julai terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail memberi keterangan palsu berhubung beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor pada 20 September 1998

    Dalam pada itu, beliau juga menggesa siasatan dilakukan berkaitan surat akuan bersumpah P. Balasubramaniam bertarikh 1 Julai 2008 berkenaan tuduhan terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak dan surat akuan bersumpah kedua bertarikh 4 Julai 2008.

    Jelasnya, oleh kerana terdapat tuduhan langsung terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri, Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail maka badan eksekutif negara sudah hilang kelayakan untuk menangani penyiasatan dan pendakwaan dalam kesemua tuduhan dan laporan yang amat berkaitan antara satu sama lain.

    Selain itu dalam memorandum tersebut, Salahudin juga memohon agar Yang Di Pertuan Agung menitahkan Dato' Seri Najib, Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Ghani Patail untuk bercuti daripada jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

    Tambah Salahuddin, penubuhan suruhanjaya tersebut bagi menyiasat semua perkara tersebut supaya dapat memulihkan keyakinan rakyat kerana katanya surat akuan bersumpah dan laporan polis itu menyebabkan timbul rasa curiga dan suasana yang membahayakan keselamatan negara, poliitk dan ekonomi negara yang boleh mengundang campur tangan kuasa asing dalam urusan negara.

    Seterusnya Salahuddin menyatakan, PAS menolak sebarang campur tangan kuasa asing dalam urusan negara.

    "Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan. Apa pun kelemahan dalam sistem di negara kita biarlah kita semua yang mengurus tadbir negara kita. Saya cukup yakin dan percaya apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, maka ia boleh menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

    "Contohnya dalam isu mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim, apabila suruhanjaya bebas ditubuhkan, ia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Begitu juga isu klip video Lingam,"katanya.

    Selain itu katanya, di samping penyerahan memorandum diharap beliau mendapat keizinan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperjelaskan mengenai kandungan memorandum tersebut.

    Dalam pada itu, Salahudin dijangka akan membentangkan usul mengenai perkara yang sama di Dewan Rakyat esok.

    ReplyDelete
  18. Dia seperi seorang budak sekolah yang nakal dan sering mempopularkan kenakalannya.Dia sering menguji pengetua, guru-guru dan sekolahnya. Masalahnya, pengikut fanatiknya memuja dan teruja dengan kenakalannya.Tanpa kenakalan dia hampir dilupakan orang. Kenakalan membuatkan dirinya lebih popular dan atas alasan itu dia mahu orang memandang hanya ke arahnya. Jika dia budak sekolah dia boleh digantung untuk tujuan siasatan.

    ReplyDelete
  19. Walaupun secara peribadi saya tidak gemar sumpah menyumpah, tetapi bagi ramai orang islam, sumpah dengan nama tuhan di dalam masjid mempunyai pengertian yang mendalam.

    Saya tidak pasti ianya akan menyelesaikan masalah siapa yang salah dan siapa yang benar kerana seseorang itu boleh bersumpah di masjid walaupun dia bersalah kecuali dia takut disambar petir dalam masjid itu.

    Kita perlu percaya kepada polis dan kehakiman untuk mengadili setiap kes yang disiasat.

    Malangnya, Anwar telah memperkecil kecil kewibawan polis dan kehakiman dengan memberi kiasan bahawa mereka tidak boleh dipercayai. Anwar mungkin lupa bahawa dia bebas dari tuduhan liwat sebelum ini kerana keputusan kehakiman. Begitu juga Ketua Polis Negara mendapat hukuman setelah didapati bersalah dalam kes pukul Anwar. Jadi kenapa sekarang tidak mahu proses kehakiman dilangsungkan.

    Begitu juga tuduhan tuduhan kepada pemimpin pemimpin yang lain. Semuanya mesti melalui proses kehakiman supaya mudah mudahan keadilan dan kebenaran akan dapat diketahui.

    Salam.

    ReplyDelete
  20. DARD harus tahu, wlaupun Anwar bebas sebelum ini kerana keputusan kehakiman. TETAPI beliau ditangkap dan diDERA juga oleh POLIS.

    Perumpamaan:
    Contohnya kalau saya culik dan rogol anak DARD, dan saya berbaik hati untuk membebaskan dia tanpa syarat. Lepas tu, saya jumpa DARD mengakuinya. Adakah DARD akan mempercayai saya lagi lepas itu. Adakah saya baik hati kerana membebaskan anak DARD? Tentu sahaja DARD tidak akan mempercayai saya lagi kan. Walaupun saya baik hati membebaskan anak YB.

    Itulah perumpamaannya antara Anwar dan Polis.

    ReplyDelete
  21. Dato',

    Jgn la heran sgt kenapa Anwar tak percaya dengan polis pula. Dato dah lupakah pengalaman dia 10 thn lepas? Sebab percaya dengan polis la dia kena belasah dekat lokap.

    Rakyat masih ingat dan anwar masih ingat.

    Tetapi rahman dahlan masih hairan dan lupa.kesian...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: