Sunday, June 22, 2008

Report Card 100 hari saya jadi Ahli Parlimen Kota Belud

Dalam masa 3 bulan ini, banyak perkara yang saya lalui dan alami. Antara lain:

Mengujudkan blog ini untuk berinteraksi dengan warga Kota Belud,

Meluluskan peruntukan jalan raya kampung bernilai RM800 ribu,

Meluluskan peruntukan projek projek kecil bernilai RM300 ribu dari wang peruntukan parlimen,

Mendapat kelulusan secara prinsip dari Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri untuk mengujudkan Sekolah Matrikulasi di Kota Belud yang memerlukan 100 ekar tanah. Projek ini akan menaikan kuasa membeli di Kota Belud kerana seramai lebih 1,000 orang akan tinggal di situ disamping mengalakan aktiviti ekonomi,

Membincangkan untuk menjadikan Kota Belud sebagai hub aktiviti industri gas dan minyak. Saya telah berjumpa dengan pihak pihak tertentu yang berminat untuk membangunkan kawasan Kuala Abai untuk tujuan itu supaya lahir peluang pekerjaan dan industri sampingan dan hiliran,

Mendapat persetujuan khusus dari Dato Dr Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk menyerahkan 1000 nama pemohon bantuan kebajikan dari kalangan ibu tunggal, orang kurang upaya, orang miskin dan orang tua,

Mendapat persetujuan khusus dari Dato Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mengemukakan 100 pemohon bantuan membaiki rumah bernilai RM5,000 satu rumah,

Membincangkan masalah dan pendekatan untuk membantu petani memajukan jelapang padi dengan Dato Mustapa Mohamad, Menteri Pertanian Malaysia,

Membincangkan pembangunan homestay di Kota Belud dengan Dato Seri Azlina Othman, Menteri Pelancongan,

Memulakan perbincangan dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk menaikan harga getah yang dibeli dari pekebun kecil di Kota Belud,

Memberi peruntukan sebanyak RM40 ribu untuk majlis-majlis Pesta Kaamatan di seluruh daerah Kota Belud,

Memberi bantuan RM15,000 kepada mangsa kebakaran sederet kedai di pekan Kota Belud,

Mengadakan seminar motivasi belia di Taun Gusi

Menyediakan dana untuk perniagaan kecil kecilan,

Mengedar 1,200 kampit beras kepada golongan miskin,

Merasmi berpuluh puluh program dan majlis rakyat dan kerajaan,

Melawat Kota Belud setiap hujung minggu (tanpa henti) selama 3 bulan ini untuk meninjau masalah rakyat.

Butiran lengkap tentang jadual kerja dan aktiviti serta perancangan pembangunan ada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen P169 Kota Belud.

Terima kasih.

DARD

15 comments:

  1. I do very much would like to participate in donating my 20 cent opinion in your blog.

    Pardon me for this, but it this your own blog or is it being run by your Personal Assistant?

    Hope to hear from you.

    ReplyDelete
  2. Tahniah YB DARD...kerana menjelaskan usaha2 Dato pada umum. Pastinya membuka mata pada golongan yg punya sangkaan negative pada Dato. Selamat bertugas & teruskan usaha...Salam

    ReplyDelete
  3. Tahniah, saya berharap dapat jadi macam YB suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. Org Kampung Undi BN8:01 AM, June 23, 2008

    DARD,

    Minta Dato dapat memberi sedikit peruntukkan untuk bagi projek bekalan air graviti ke Kpg Penampang, KB. Sumber air boleh di dapati dari Paip sediada(disumbangkan oleh oleh NGO (Lions Club Korea) di Kampung Penampang. Talian paip baru(HDPE PN16) diperlu sejauh +- 3.5 km utk sampai ke Kg Penampang. Kami sdh membuat permohonan tapi belum ada kelulusan. YB Datuk Musbah secara Lisan mau bantu kami tapi sampai skg macam tiada saja tu tindakan. Mungkin mau kasi sedap hati org Kg saja bah -''...Mf.... -=/??X=@#1 Jadi mohon jasa baik Dato hulurkan bantuan peruntukan Dato sia ingat dlm RM60k saja. Tolong lah Kami Dato.. Kami undi Dato.. Tolong masukkan dalam list Top Priority Dato.

    Salam

    ReplyDelete
  5. Assalamuálaikum.

    Setelah sekian lama blog ini wujud, baru kali ini saya berpeluang untuk menitipkan komen. Sebagai salah seorang pewaris perjuangan politik keluarga, saya sangat berbangga dengan pencapaian YB Dato' sebagai Ahli Parlimen Kota Belud. Saya tetap memberi sokongan dan mengikuti perkembangan dari jauh. Saya juga bercita-cita untuk menjadi seperti Dato' suatu hari nanti, insya-Allah.


    Ikhlas,
    EZZA FAZLINA BINTI JAMLIDI

    ReplyDelete
  6. mr bertz, this is my blog and I manage it myself. I built it, I developed it, so you can bet your 20 cents worth of idea, I surely run it myself...

    ReplyDelete
  7. Mr Bertz, jangan kau kasi rendah2 ini DARD bah. Ini mimang DARD punya personnel blog bah. Saya sendiri pengunjung blog ini tiap hari dan sentiasa memberikan komen2 topik2 panas. hehehee

    ReplyDelete
  8. Thanks YB for your prompt reply..

    My 20cents..

    Saya sebenarnya tertarik dengan idea YB untuk menjadikan KB sebagai hub aktiviti industri gas dan minyak. Kudos! I'll try to make it very short.

    Bukan bersikap negatif, namun ingin berkongsi dgn YB ttg kesukaran industri Oil&Gas.

    KB boleh menjadi pusat untuk manufactured equipment oil&gas yang biasanya diimport dari luar negara dan harganya di "mark up" sehingga 300% tanpa sebab munasabah (punca kos operasi Petronas meningkat).

    Secara dasarnya, salah satu faktor yg membantutkan ekonomi Malaysia keseluruhan adalah kegagalan dari Pak Lah untuk membawa foreign investor. Berbagai2 corridor telah dibuka,namun bkan itu puncanya. Root cause adalah disebabkan dasar pelaburan asing kita yang sentiasa berubah2, tax yang utter rubbish and it varies from 1% to 300%. Not need to mention birokrasi Kastam yang amat menyusahkan. Kita sekarang ketinggalan jauh dgn Vietnam, dan pada saya dalam jangkamasa 5 tahun lagi, kebanyakan pelabur akan keluar dari Malaysia.

    Minta YB kemukakan usul untuk revise kembali Tax kita supaya dipermudahkan (Singapura flat rate Import Tax 5% untuk semua barangan) berbanding kita (Malaysia from 1% to 300% Import Tax dan sentiasa berubah2). Kelulusan untuk melabur di Vietnam mengambil masa kurang dari 72 jam manakala Malaysia 3 bulan.

    Jika ini dapat diusulkan dan diterima, KB mampu untuk menjadi hub Oil& Gas dan mungkin juga buleh menjadi "Free Tax Zone" utk equipment oil&Gas.

    My 20cents.

    ReplyDelete
  9. Dear jomo_pagari,

    Maaf kalau cara saya menulis nampak seperti menyinggung perasaan.

    Namun niat saya baik. Saya cuma bertanya untuk kepastian.

    YB DARD,

    Maaf kalau YB tersinggung.

    Saw you in the TV during live parliament telecast..From the way you talk, i know that you are quite different from the others. For that I decide to contribute my 20cents to you.

    Thanks.

    ReplyDelete
  10. mr bertz,

    Thanks for your comments.

    Sorry, I think you are being overly simpistic here.

    The tax range in Malaysia is needed to protect certain indigenous industries from the vagaries of world market and competition. If you dont slap a 300% tax, pretty soon there will be no more local industries in Malaysia.

    In Singapore the opposite happens. Because most if not all Singaporean industries are geared for export, there fore they need to lower and standardise the rate. Hence 5% across board!

    As for Vietnam, I dont think a 75 hours can be applicable to Malaysia's experience. Over there, there is a serious lack of enforcement of the rule of laws.

    Perhaps it is even more dangerous to Malaysia because we might unwittingly allowed undesirable elements from outside into Malaysia.

    DARD

    ReplyDelete
  11. Surat untuk YB Dato' Abdul Rahman Dahlan

    Kalau YB Dato’ ada kelapangan, orang-oarang dari pendalaman K.B ingin memohon di paparkan senarai-senarai ”Orang Kota Belud Yang Terlibat”, Mahal suda tambang YB Dato’ kalau kami pigi di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen P169 Kota Belud. Copy and Paste Jak kan, Nda ada suda pakai Typewriter sekarang…

    1) Meluluskan peruntukan jalan raya kampung bernilai RM800 ribu – Kontrektor mana buat?

    2) Meluluskan peruntukan projek projek kecil bernilai RM300 ribu – Siapa2 dapat?

    3) Sekolah Matrikulasi di Kota Belud yang memerlukan 100 ekar tanah – Dimana dicadangkan? Selalunya siapa punya tanah, dia punya projek.

    4) Membangunkan kawasan Kuala Abai untuk tujuan itu supaya lahir peluang pekerjaan dan industri sampingan dan hiliran – Banyak kah tanah orang kampung terlibat? Diorang setuju? Atau menggunakan pengwartaan di bawah seksyen 4 dan 5 atau seksyen 3 (paksaan).

    5) 1000 nama pemohon bantuan kebajikan dari kalangan ibu tunggal, orang kurang upaya, orang miskin dan orang tua – kalau ada list baru bagus, boleh comment nama-nama tidak layak tetapi saudara PEMAJU MUKIM, JKKK, KETUA CAWANGAN UMNO di kg-kg tersebut.

    6) 100 pemohon bantuan membaiki rumah bernilai RM5,000 satu rumah – Kalau ada rumah di KK, boleh dapat kah YB Dato’? dari dulu banyak suda berlaku.. kalau ada draft list okey juga tu. Copy paste siapa yang memohon jak, nanti YB Dato’ juga yang Decide.

    7) Masalah dan pendekatan untuk membantu petani memajukan jelapang padi dengan Dato Mustapa Mohamad, Menteri Pertanian Malaysia – ada ditimbulkan mengenai Traktor & Mesin Penuai padi yang naik harga? Subsidi tetap sama juga.. hehehe 50% reduce untung, kalau dulu dapat RM1000 bagi 1 ekar, sekarang RM500 pun susah...

    8) Homestay di Kota Belud – kalau senarai dan gambar dimasukkan dalam Browser kementerian pelancongan bagus juga tu.

    9) Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk menaikan harga getah yang dibeli dari pekebun kecil – Terima Kasih YB Dato’

    10) RM40 ribu untuk majlis-majlis Pesta Kaamatan di seluruh daerah Kota Belud – Terima Kasih Dato’ ( Jangan lupa peruntukan Buka Puasa nanti di kg-kg, sedekah Al-Quran, Sejadah, Minum selepas sembahyang terawih, kenduri migang DLL) hehehe setiap kg boleh kasi masuk nama YB Dato’ dalam senarai Minum selepas sembahyang terawih?  Sedekah itu menambah pahala, ikutlah kemampuan kita, jangan sampai menyusahkan kita.

    11) RM15,000 kepada mangsa kebakaran sederet kedai di pekan Kota Belud-Terima Kasih YB Dato’ Jasmu Paati akan dikenang.

    12) Mengedar 1,200 kampit beras kepada golongan miskin – Diorang memang miskin atau diorang saudara mara orang tertentu? Ada list penerima suda ni...suruh jak kerani di Pejabat KB kasi email pada YB Dato’..

    13) Menyediakan dana untuk perniagaan kecil kecilan – siapa-siapa suda terampit ini YB Dato’?

    Akhir sekali,

    Pengurusan data dan rekod yang eficient boleh mempengaruhi pengurangan pembaziran dari segi kewangan. ( contohnya kalau di dapat peruntukan membaiki rumah pada 2008, pasti dia tidak layak untuk 2009) Kerja-kerja kampung yang ditaja oleh YB-YB (sebelum ini) selalunya kurang mendapat sambutan penduduk kampung kenapa? RM3000 disalurkan oleh YB tetapi RM1000 sahaja di belanjakan, keuntungan pihak pengurusan kampung melebihi 100%, orang kampung pendalaman selalu marah dengan karenah-karenah pemimpin akar umbi UMNO ini. Faktor-faktor YB boleh kalah pada election akan datang. Biar telus dan JANGANLAH KITA MENYEMBUNYIKAN NAMA-NAMA KONTEKTOR TERLIBAT DENGAN PROJEK-PROJEK YANG DI BIAYAI OLEH DUIT RAKYAT (BUKAN DUIT BN ITU). dan nama penerima bantuan. (ramai yang menipu jadi susah(susah betul-betul baru tau), tapi yang susah tapi nda dapat akan bertambah sakit hati).

    Sekian. Terima Kasih.


    Surat ini tidak perlu tandatangan, ia adalah tulin

    (Bluesrilex)
    J.K.K.K
    Kampung Pendalaman,
    Kota Belud.

    ReplyDelete
  12. YB DARD,

    I respect your point of view and noted.
    But having said that, Malaysian vendors/businessman/manufacturer can no longer be protected from the open market. This is the main reason and culprit why the standard of living in Malaysia is so "crooked". We tend to protect certain corporation with intention; for them to take the opportunity to strengthen, buckle up and be able to fight in the open market within a few years. But that doesn't happen in a real world. In fact it leads to Market Domination. These are the group that simply set the price as they’re the only player in that sector apart from global pricing. I can surely list down the entire commodity that has been dominated by a single party. Next time perhaps.

    For instance, because of Proton, the Import Tax for imported cars is jack up to 300%. For the sake of protecting Proton. Local vendors have been given a chance of more than 20 years to participate in automotive industry with PROTECTION. But in return, vendors and people in Proton misuse their power and don't give a hoot about the quality of the cars what more consumers. As a result, we Malaysians are being indirectly "FORCED" to buy Proton cars on the basis it’s the cheapest. And nobody can deny these hard solid bitter facts. Proton produces junk like cars. The worst car I have ever been in or driven. (Endorsed by Top Gear in UK for level of non-reliability)

    Singapore is known for its business hub. A trading nation should if I may say. This is one of their major contributing factors towards their income apart from tourism etc.
    YB DARD can surely Google it in fact now, and check. All over the world, any company from overseas will most definitely have their Sole Distributors, in Singapore. Any products. But why Singapore? Why Singapore? What do they have to offer that we don’t? We're doing what they're doing. We do export; well we used to be an exporter country “4” years ago and been doing really well.
    In fact we have got a lot more resources than Singapore, Agriculture, Natural resources, Manufacturing etc. Not need to mention our operating cost is lower than them. Much much lower than them.

    And my answer is very simple, our Foreign Investment Policy need serious revision. And the Kastam fella should stop “pau” people like me.

    Dear YB DARD.
    I don’t have any bad intention towards you. My main concern is the economy. Competition within corporation will bring good towards the consumer/people. (Just like what happen now between Air Asia and MAS) More and more people flying now.

    My 30cents.

    p/s: We should go for teh tarik sometimes. Hehehehehe.

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum DARD :-)

    Saya akan ke pertandingan Debat Mini Parlimen K-Bestari Peringkat Negeri Sabah tidak lama lagi. Tajuk yang diperdebatkan adalah: Siaran langsung persidangan Parlimen menyemarakkan demokrasi

    Sebagai salah seorang Ahli Parlimen, apakah pro dan kontra kenyataan tersebut mengikut pandangan DARD? Demokrasi yang bagaimanakah yang dimaksudkan dalam konteks perdebatan itu?

    Mohon pandangan.

    Ezza F. Jamlidi

    ReplyDelete
  14. mr bertz,

    This time I agree with you.

    Proton was more a patriotic venture than business venture. That is the reason why the quality is inferior. Fyi, I stopped buying Proton after my 3rd Proton purchase. Not because I was not patriotic but I think I had done my fair share of national service.

    From now on, I will still put Proton in my buying option list but it will certainly not going to be number one chouce or number two or number three...

    DARD

    ReplyDelete
  15. Tahniah DARD, Inilah ketelusan yang kita selalu mahu lihat. Diharap DARD bentangkan diParlimen supaya semua Ketua Kementerian, Jabatan dan Agensi lain mendedahkan pencapaian matlamat mereka "live" setiap bulan bagi membermaklumat semua rakyat yang mereka telah bertugas mengikut matlamat yang ditetapkan. Umpamanya - Unit antidadah KK telah menahan sekian banyak pengedar dadah diKK pada bulan June 08 etc etc.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: