Tuesday, June 03, 2008

Politik Wang

Salam,

Saya amat tertarik dengan pandangan anda semua dalam soal politik wang dalam pemilihan UMNO dalam ruangan "Cakaplah...".

Hampir semua anda meletakkan masalah politik wang ini kepada calon-calon yang bertanding kerana anda berpendapat merekalah yang beriya-iya mahu memberi habuan kepada perwakilan. Betulkah pemimpin yang bertanding sahaja yang bersalah? Bagaimana pula dengan perwakilan yang menuntut habuan untuk memberi undi mereka? Apakah mereka juga bersalah dalam hal ini?

Sememangnya politik wang harus ditolak kerana ianya adalah satu jenis rasuah yang boleh menghancurkan parti. Cuma fenomena ini tidak mudah untuk di hapuskan begitu sahaja kerana ianya membabitkan "willing buyer, willing seller".

Apa pandangan anda? Bagaimanakah ianya dihapuskan?

12 comments:

  1. pemimpin bersih.. penyokong pun akan beransur bersih.. jangan putus asa..

    ReplyDelete
  2. POLITIK WANG berleluasa dalam Barisan Nasional terutamanya UMNO. Ia tidak berlaku dalam parti-parti pembangkang seperti PAS. Cara mudah menghindari Politik Wang dalam BN/UMNO adalah dengan keluar UMNO masuk PAS. Say NO to UMNO. 18 Thn PAS memerintah Kelantan, tidak pernah didapati terdapat rasuah dlm parti atau menteri2, berbanding dgn UMNO yg mana Rasuah sudah menjadi TREND.

    ReplyDelete
  3. DARD, izinkan saya untuk memberikan pandangan saya didalam perkara ini. Politik wang didalam pemilihan UMNO adalah disebabkan oleh sistem didalam UMNO. Walaupun UMNO mempunyai 3 juta ahli, tetapi presiden dipilih oleh cuma lebihkurang 200 orang iaitu ketua2 bahagian. Oleh yang demikian kalau saya ada duit, saya cuma perlu "beli" 200 orang ketua bahagian ini dan suruh diorang atur pemilihan 10 orang ahli daripada bahagian mereka untuk mengundi saya semasa AGM UMNO. Kalau mau murah lagi, tidak payah beli semua 200 orang ini, cuma beli 110 orang ketua bahagian. Gerenti menang!! bagaimana mengatasai masalah ini? Ubah sistem pemilihan jawatan MT dan keatas!!! Biar semua ahli parti membuat undian terus untuk jawatan2 MT dan keatas! It will be too expensive for someone to buy or bribe everybody in the party. Of course, the very rich candidates can still buy everybody but then again, if this guy is very rich, chances are he will not enter politic and prefer instead to take a holiday somewhere and enjoy his wealth.

    ReplyDelete
  4. DARD, ubah sistem pemilihan UMNO. Sistem yang ada sekarang membolehkan seseorang yg beminat untuk menjadi Presiden dengan hanya "membeli" 110 orang ketua bahagian, san suruh ketua2 bahagian ini atur perwakilan mereka ke AGM UMNO. Politik wang ini boleh diatas dengan cara "making it more expensive" untuk beli membeli. Saya cadangkan agar semua jawatan MT dan keatas dipilih terus oleh ahil-ahli parti atupun sekurang2nya cawangan. making it more expensive to bribe may not necessarily eliminate money politic but it is safe to assume that those with lots of money will most likely not enter politics and instead spend their time enjoying their wealth!

    ReplyDelete
  5. Salam Dato'.
    Seandainya terdetik niat di hati dato untuk meniadakan unsur2 rasuah dalam semua peringkat operasi parti/kerajaan, saya bersyukur. Benar Dato, bukannya mudah untuk menghapuskan politik wang ini. Sebab, bagi saya, ianya sudah begitu sinonim dengan UMNO/BN (maaf Dato'). Ahli2 telah diajar dengan unsur ini sejak sekian lama. Bukan setakat ahli2 UMNO/BN malah seluruh warga kampung, khasnya di negeri sabah ini. Wang belanja pi;lihanraya bukan lagi suatu kesalahan. malah suatu kemestian. Kerana ini, orang kampung sanggup berpukul dengan ketua satu2 unit peti undi. Kadang2 wang akan ditaburkan di masjid2, surau2 kampung pada mlm pilihanraya. Ataupun pemberian (boleh juga disebut pembelian) dengan harta seperti tong gas, tangki air, zink. Ini realiti. Untuk menghapuskan unsur ini adalah teramat payah dan hampir2 mstahil. Apa yang kita boleh buat hanyalah pembasmian (pengurangan) dan kawalan. Namun, bagi saya tidak ada istilah terlewat dalam menangani perkara ini. pertama, jadikan budaya ketelusan sebagai satu ciri penting calon pemimpin masa depan. ambil tindakan yang tegas terhadap sebarang pelanggaran etika ini tanpa sebarang syarat. Siapa pun tidak harus terlepas dari perkara ini. Jangan skali2 doble standart! Dato' tiada jalan pintas untuk menjayakan perkara ini. Sekiranya Dato benar2 perihatin dan mahu membasmi perkara ini, percayalah,.. di sana jalan yang panjang dan berduri perlu Dato' lalui. Tidak sa;lah kalau dato' jadi perintis... Tapi banyak halangan dan cabaran yang Dato harus te,mpuhi dahulu... seperti yang Dato fahami....

    ReplyDelete
  6. Politik dan wang memang amat sukar dihapuskan terutamanya dalam UMNO.Hanya iman dan takwa saja yang dapat mengelakkan seseorang daripada politik wang sama ada yang memberi atau menerima. Hanya pemimpin yang percaya kepada akhirat, syurga dan neraka saja yang mampu menghindari politik wang..Hanya mereka yang percaya akan Allah dan Nabi Muhammad itu rasul dan pesuruh Allah saja yang tidak akan terliur dan tergamak untuk memberi atau menerima rasuah politik..Ingatlah, politik wang itu adalah rasuah dan haram disisi agama Islam..Tiap-tiap yang haram itu balasannya api neraka dan azab yang pedih..Jika kita dapat memahamkan benda ini kepada ahli UMNO,insyaAllah politik wang akan dapat dikurangkan..Hari ini barangsiapa yang ada kuasa dan upaya, marilah membangunkan tarbiyah Islamiyah agar satu ketika genarasi kita akan terselamat daripada dosa dan kejahilan..

    ReplyDelete
  7. Perwakilan yang datang dari jauh contonya sabah memerlukan belanja untuk datang ke PWTC. Adakah UMNO ada menyediakan segala-galanya? termasuk duit poket untuk membeli tanda mata dari KL? Kita perlu bersyukur sebab ada juga calon yang tolong menyediakan tempat tinggal dan makan malam yang lebih baik.
    Daripada perwakilan yang datang semasa pemilihan dahulu, hanya 50% sahaja yang tidak boleh di pengaruhi oleh wang(kaya sedia), sebab itu kadang-kadang ada juga keputusan yang tidak memihak kepada orang kaya.
    Sebenarnya pada masa ini rasanya peratusan tersebut semakin kecil.
    Politik wang pada masa ini bukanlah satu isu yang begitu mempengaruhi pemilihan. Perwakilan semakin pandai, tetapi keperluan CALON YANG KAYA MEMBANTU PERWAKILAN PERLU DITERUSKAN. Kecualilah UMNO menyediakan elaun RM5000 keatas kepada perwakilan, barulah tradisi seperti ini dapat dikurangkan. ::> Kena jadi perwakilan / calon baru faham perkara sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. saya rasa YB sendiri tau macam mana politik wang dalam BN/UMNO...apa pula pandangan YB,macam mana pula pandangan YB untuk menghapuskannya.

    ReplyDelete
  9. DARD

    Saya pernah tewas KP Bahagian kerana tak guna politik wang. Apa nak kesal? Jawatan ni amanah, bukan rezeki. Kalau terikut dengan rentak orang, kita pun sama ajalah. Tambahan pula DARD berjawatan dalam parti dibawah kepimpinan PakLah yang ada integriti,ketelusan, baik sistem penyampaiannya, terbuka, Islam Hadhari dan nak bawa kita ke era Cemerlang Gemilang Terbilang, jadi jangan kaitkan diri dengan politik wang.

    ReplyDelete
  10. dato

    saya ingin cadangkan agar BN/UMNO menerbitkan satu akhbar rasmi seperti harakah dan the rocket milik pembangkang. walaupun media massa spt bharian/utusan/media prima milik kerajaan, pada hemat saya sekiranya BN/umno ada akhbar sendiri lebih efektif di dalam menyampaikan wadah kepada orang ramai

    ReplyDelete
  11. untuk perlahan-lahan melenyapkan politik wang,marilah kita memilih pemimpin yang beramanah..kalau dia seorang muslim, pilihanlah calon yang menjaga agama,iaitu yang menutupi aurat dan keaiban dirinya,menjaga sembahyang lima waktu dan patuh kepada hukum hakam agama..

    ReplyDelete
  12. Rasuah = Penyakit HATI yg KRONIK

    HATI bersih = InsyaAllah Hapuslah RASUAH

    Just my 2 cents viewRasuah = Penyakit HATI yg KRONIK

    HATI bersih = InsyaAllah Hapuslah RASUAH

    Just my 2 cents view

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: