Thursday, June 05, 2008

Penjelasan Kerajaan tentang kenaikkan harga mnyak

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus. Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun. Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang. Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2. Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik. Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion. Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.

14 comments:

  1. Inilah kerajaan BN semua naik.siapa yg undi BN baru baru ni apa komen? thai & singapore mahal? negara ni mana ada minyak. bandinglah negara pengeluar minyak.kenapa PM tidak berani banding dengan BRUNEI? yang naik BAS apa macam? contoh TUARAN-KK RM 4 lepas ni mungkin jadi RM 5,satu hari 8 tambang sekarang,macam mana mau jimat satu satu pengangkutan awam bas. kerajaan suruh naik perahukah? utamakan rakyat konon...

    ReplyDelete
  2. YB Dato', Bagaimana pula nasib kami ini yang naik kereta tumpang yang tidak mendapat susidi minyak untuk pergi KK kerja? sebab bas-bas mini yang ada terhad dan tidak menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil terus dari office. Tambang sekarang RM130 seorang, nanti naik RM200 seorang. gaji baru RM600 sebulan. bagaimana kami meneruskan hidup Dato'? Rakyat seperti kami tidak perlu untuk hidup di Malaysia? ada beribu-ribu orang lagi senasib dengan kami, menyara keluarga dengan keadaan yang terdesak seperti ini. kenapa subsidi hanya diberi kepada orang-orang yang berkemampuan sahaja(berkereta lebih dari kemampuan-itulah diorang bising. Bila kami boleh menikmati kemudahan KOMUTER dari K.Belud Ke Kota Kinabalu? Pekerja-pekerja petronas tahun ini menerima 8bulan bonus, kami dapat pengangkutan paling teruk dalam di malaysia. ORANG KOTA BELUD langsung tidak dihargai!

    ReplyDelete
  3. Subsidi memang patut dikurangkan. Ianya merupakan mekanisme yang tidak sekata dan menggalakkan perbelanjaan pengguna yang lebih daripada yang mampu (seperti pembelian secara kredit melampau).

    Tapi, persoalannya ialah, bagaimana pengurangan subsidi ini dijalankan. Antara masalah dalam polisi terakhir ini ialah:

    -Mengapakah sykt2 penjana elektrik tidak dipengaruhi peningkatan harga ini. Mungkin boleh dikatakan bahawa ini adalah untuk membantu rakyat dengan mengekalkan harga elektrik rendah, tapi ini tidak tepat. Orang kaya menggunakan elektrik pada kadar yang lebih tinggi, maka subsidi bagi penjana elektrik sama sekali tidak menyelesaikan masalah ketidak-sekataan subsidi.

    -Mengapa peningkatan drastik sekaligus?

    -Mengapa kebanyakan rancangan bantuan ialah dalam bentuk bantuan kepada pemandu2 atau pengguna jalan raya. Bagaimana pula dengan rakyat yang kurang atau tidak menggunakan kenderaan dan tidak boleh menerima bantuan ini? Bukankah mereka juga susah kerana kenaikan harga minyak akan meningkatkan harga barangan? Inflasi it fenomena umum.

    ReplyDelete
  4. Salam YB,

    Demi negara kena bajet lagi..

    Tidak mengapa..

    Tahan tukul bah..

    Salam YB.

    ReplyDelete
  5. dengan rendah diri saya menjemput YB memberi perhatian kepada www.durianranau.blogspot.com saya

    ReplyDelete
  6. Rakyat tiada halangan untuk menerima penjelasan kerajaan berkenaan kenaikan harga minyak ini tetapi dalam masa yang sama menteri dan ahli-ahli parlimen perlu dikenakan pemotongan elaun.Naikkan cukai korporat dan cukai pendapatan..Kemudian Datuk sendiri kena menyokong usaha YG Salahuddin Ayud supaya penyata akaun Petronas dibentangkan dalam persidangan parlimen supaya rakyat tahu dan berpuashati tentang bagaimana duit petronas dibelanjakan..

    ReplyDelete
  7. Tak perlu untuk saya sokong YB Salahuddin sebab ianya gimik politik pembangkang! Sesi mesyuarat kedua parlimen akan bermula pada 23hb Jun jadi kalau ada usul-usul yang diperlu dibawa oleh mereka bolehlah dibahaskan pada 23hb nanti.

    Tkasih.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan saranan YB Salahuddin dari PAS. YB BN sepatutnya rasional dan bukannya menolak bulat2 saranan YB PAS hanya kerana berlainan parti. What a shame...

    YB Rahman Dahlan, tq sbb ada blog ni. Boleh la sy maklumkan kepada yb tentang keadaan kampung kami, kampung lingkodon yang sudah berdekad menyokong kerajaan barisan nasional ini. Kesian sungguh saya dekat beliau2 di kpg kami. Masih juga setia menyokong BN ni sdgkan kemudahan asas seperti jalan raya dan air paip pun tidak disediakan. Jarak dengan pekan kota belud hanya dalam 3 km sahaja, tapi kemudahan asas pun tak lengkap.

    Jangankan talian telekom, air pun kami terpaksa sambung sendiri ke bukit belakang kampung kami. Puihh..memalukan!! Dah berapa penggal pegang pemerintahan tapi masih juga tak bela penduduk. Waktu undi bukan main lagi tunjuk muka minta undi. Bagi janji itu ini. Dah habis undi senyum sorang2 kumpul duit. Kami yang mau keluar pekan ni pun terpaksa jalan kaki sebab jalan kereta tak dapat lalu. Punya teruk ini kerajaan. Memang patut pun rakyat tolak. Tapi tak tahu macammana bole menang juga di sabah ni.

    Kami tau la kampung kami tu ada orang2 biasa saja.orag2 tua yang suda lanjut umur. Tapi jangan lupa yang pasal sokongan diorang la BN terus berkuasa beberapa penggal di Parlimen Kota Belud (P169) ni. Kalau macam ini la punya kerajaan, kami generasi muda akan simpan BN atau UMNO ni dalam tong sampah pd masa depan. Tapi YB tak perlu bimbang sebab waktu kami angkat bendera pembangkang tu mungkin yb dah habis berkhidmat dah dan tak payah pikir politik dah sebab dah banyak duit waktu tu.

    Hairan betul kami orang2 di KB macammana orang luar boleh menang di sini. Apalah agaknya yb selaku bukan org kb akan buat utk kami di sini ni. Nak tengok adakah kota belud khususnya kampung kami akan dapat pembelaan.

    Jangan pula nanti YB terkejut waktu menonton buletin utama TV3 tiba2 isu ini dipaparkan dan nama ahli parlimennya disebut pemberita. Kalau di Kunak boleh, kenapa kota belud tidak.

    ReplyDelete
  9. Jomo KB, pertama sekali anda mahukan supaya sidang parlimen khas dibuat untuk membincangkan kenaikan harga minyak. Tahukah anda bahawa untuk mengadakan sidang parlimen khas memerlukan duit yang banyak. 25 MP dari Sabah dan 30 dari Sarawak tepaksa terbang ke KL. Kerajaan terpaksa bayar tiket kapalterbang, tempat tinggal dan elaun mesyuarat serta overtime kakitangan parlimen yang akan memakan perbelanjaan tidak kurang dari 200,000 ribu ringgit. Buat apa bazirkan duit itu sedangkan sesi parlimen akan bersidang pada 23hb Jun nanti di mana MP pembangkang termasuk Salahuddin sendiri boleh menyuarakan usul dan pandangan terhadap isu minyak ini.

    Parti pembangkang termasuk PAS hanya tahu nak berretorik untuk mendapatkan sokongan politik. Apakah anda menyokong pembaziran yang dicadangkan oleh parti pembangkang ini? Apakah anda merasa saya hanya memberi pandangan membabi buta sahaja?

    Tentang Lingkodon, sebenarnya saya akan lawat tempat itu. Jadual telah dibuat.

    Tentang saya kumpul duit setelah jadi YB, tolonglah buat komen yang lebih intelektual sikit. Komen itu tidak adil dan fitnah.

    Saya mahu menjadi wakil rakyat yang telus dan bertanggungjawab dan saya minta anda juga jadilah pengunjung blog ini yang berhemah dan berintegriti.

    Masalah rakyat tetap akan diperjuangkan oleh saya. Apa pula peranan anda sebagai anak watan KB untuk membantu saya? Pernahkah anda cuba membuat program sosial atau motivasi untuk menaikkan semangat anak anak muda KB untuk belajar rajin rajin dan jangan ponteng sekolah. Pernahkah anda meluangkan masa sedikit untuk mencari penagih dadah dan minta mereka bertaubat supaya mereka boleh menjadi modal insan yang berguna untuk KB? Pernahkah anda menasihati orang kampung jangan salahguna subsidi dengan menjual baja dan racun yang diberikan oleh kerajaan?

    Soal jalan dan prasarana di Lingkodon adalah satu masalah besar. Tetapi anda jangan sampai hilang pertimbangan.

    Kerajaan bagi subsidi pendidikan, pertanian dan kesihatan kepada orang Lingkodon... apakah itu tidak perihatin?

    Kerajaan bagi subsidi orang tua, orang OKU, ibu tunggal, makanan tambahan dan bermacam macam lagi subsidi untuk orang Lingkodon... apakah itu kerajaan tidak bertanggung jawab?

    Kerajaan bagi jalanraya KB ke KK, lapangan terbang baru, polis dan tentera untuk jaga keselamatan.. apakah orang Lingkodon tidak mendapat manafaat darinya walaupun prasaran tersebut tidak terletak di kawasan kampung Lingkodon?

    Masalah rakyat di Lingkodon amat saya fahami, tetapi saya perlukan sukarelawan bukannya pengkritik yang hentam keromo sahaja.

    Tkasih.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kerana YB bagi respon kepada pandangan kami.Sebagai genarasi baru saya mohon kepada YB dan rakan2 dlm BN yang lain supaya merubah mentaliti lama pemimpin UMNO..Orang UMNO tak habis-habis dengan dendam politik sehinggakan apa saja yang dicadang dan diusulkan wakil rakyat pembangkang semuanya dianggap retorik..Sikap ini tidak betul dan angkuh..Sepatutnya idea dan usul yang baik perlulah disokong tanpa mengira siapa yang membawanya.Sekaran ini dan dalam sesi parlimen bukan lagi masa untuk meraih undi tetapi masa untuk menjalin tenaga untuk menjaga negara..

    sikap ortodok pemimpin dan wakil rakyat BN sangat mengeciwakan..Apa masalah sokong usul pembangkang kalau ianya idea dan benda yang baik..BN meminta pembangkang bersangka baik pada kerajaan BN tetapi bagaimanapula BN? Nampaknya mengata dulang paku terserpih..

    Satu lagi YB, sekolah-sekolah agama dan pondok pengajian agama di kapung-kampung orang Islam di KB berada dengan keadaan yang daif dan menyedihkan..Tolonglah institusi agama ini supaya anak-anak muda Islam kita tidak terpisah jauh daripada agama Islam

    ReplyDelete
  11. ahmadinejad, tolong baca dan fahami ulasan saya diatas. Saya bukan bantah tanpa alasan.

    ReplyDelete
  12. YB. pasal Harga minyak naik biasala tu. Yang tak bestnya kita orang Sabah kena tinggalkan. 2500 cc kereta dan kebawah ngam kalau di Malaysia Barat. Sabah Sarawak ramai pakai 2800 ke atas. Kenapa JALANRAYA PUNYA PASALLA. Jadi Yb Dato' kena pertahankan kita orang. Ok

    ReplyDelete
  13. Terima kasih YB atas respon yang diberi. Maaf sebab lambat bagi respon sebab saya hanya dapat access internet di cyber cafe. Di kpg kami tak dpt internet sebab tiang telefon telekom hanya terhenti setakat di kpg sembirai sahaja.

    Pertama sekali, minta maaf kalau ada antara komen2 lepas yang tersasar. Komen saya tu adalah hanya satu gambaran kecil kemarahan dan kemuakan perasaan penduduk kampung kami yang selama ini telah rasa tertipu dengan janji2. Tapi saya sedar yang YB tidak patut dipersalahkan sebab YB baru sahaja memegang jawatan ini.

    YB, isu kemudahan asas adalah satu isu kritikal yang amat dekat dengan masyarakat. Air yang bersih diperlukan pada setiap hari. Jalan raya digunakan pada setiap hari dan penduduk memerlukan kemudahan perhubungan yg baik dan tidak ketinggalan dari perkembangan teknologi seperti yang dinikmati oleh rakyat malaysia yg lain.

    Pasal bantuan2 org tua dan miskin yg diberikan kepada penduduk kami, terima kasih sebanyak2nya diucapkan dan kami bersyukur kepada Allah. Tetapi jgnlah pula hanya kerana itu, isu utama iaitu isu kemudahan asas dilupakan. Tatkala di smnjg penduduknya memperjuangkan isu2 korupsi dan isu2 besar yg lain, kasihan sungguh kita di sini masih bertekak soal isu kemudahan asas.

    Saya tak nak berbincang mengenai isu politik nasional, lebih baik kita bincang isu kemudahan asas itu sahaja.

    YB, jika perkara2 ini dpt YB selesaikan selama YB berkhidmat sbg MP KB ini, saya tidak akan melupai YB sampai ke penghujung hayat dan saya akan mempertahankan YB di hdpn rakan2 dan org kampung kerana YB telah berjasa yang amat besar kepada kami semua.

    Semoga diberikan kekuatan selalu dan semoga dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan cekap.

    ReplyDelete
  14. salam yb...
    saya dapat merasakan yb mempunyai keikhlasan untuk mengubah kb kepada daerah yang lebih baik dan membangun. keep it up.

    tahniah kepada rakyat kb yang mempunyai yb yang punya kebijaksanaan membantu rakyat. harap-harap tidaklah jadi seperti daerah saya di pitas yang tiada perubahan dari segi sosio-ekonominya.

    yb, saya tidak kira sama ada yb ini dari parti politik mana tapi kalau yb memang bantu rakyat, im always with u.

    peace, bro!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: